^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

31 October 2011

*Malaysia In Miniature Land*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

 Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
 Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984
Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008


 Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.



1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.



1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)




1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.


1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.

 sumber  n dah pernah ada review di SINI

*Berakhirnya Legasi 'Umi' Pengasuh Hari Ini*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 Salam Isnin,

Tak nak bebel panjang, cuma nak kongsi yang hari ini adalah hari terakhir my lil Aisha akan duduk di rumah pengasuh yang dipanggil 'Umi' oleh anakku.  Hampir 3 tahun Aisha di asuh oleh 'Umi', aku rasa sangat2 selesa n tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dilakukan oleh beliau ke atas anakku termasuk lah anak2 lain yang dijaga oleh beliau seramai 4 orang. Kecuali ada juga lah luka2 kecil, itu pon dibuat oleh anak2 lain yang dijaga sekali oleh beliau, Daniel, Syifa n Khasif. Beliau akan pulang ke kampungnya di Langkawi untuk memulakan perniagaan kedai makanan yang memang menjadi kepakaran dan permulaan hidupnya di Kuala Lumpur ini. 

So, esok my lil Aisha akan ku hantar ke tempat baharu di Taska & Tadika Temanku, Bangunan PJD, Titiwangsa.  Last week masa pergi buat lawatan ke taska tu, Aisha aku tengok ok jer, n macam x sabar2 nak join kawan2 di situ, dah memang my lil Aisha mudah untuk berkawan.  Moga dia akan selesa n bersedia untuk belajar di tempat baharu itu. Aku juga mengharapkan agar di situ, my lil Aisha akan mendapatkan perkhidmatan terbaik selaras dengan harga yang aku bayar setiap bulan nanti.

To 'Umi' pengasuh, aku harap beliau dapat memulakan kehidupan baharu seperti yang diidamkan.  Kak Imah, aku hargai jasa mu selama 3 tahun menjaga Aisha. Insyaallah, mana tahu suatu hari nanti kami bercuti ke Langkawi, boleh lah kita berjumpa di sana kan.....

p/s: mood tak nak sedey2 ok.....



28 October 2011

*Your Email Has Won!!! ~ Promosi Gel Pen DARA*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 hah!!!!! tajuk sungguh mabeles lah kan..... hehe
nak kongsi email lagi nieh..... kali ni, aku rasa kalau aku clain mesti aku dah kaya raya, kalah pengarah filem Datuk Yusof Haslam atau anaknya di Shamsul Yusof tu kan.....

jom tengok pic yang aku dapat dr email yahoo.com (actually hari ini aku tengah nak clearkan email2 aku yang tak buka lagi espesially dalam spam box. sebelum delete, aku bukak lah mana2 tajuk yang menggiurkan mata aku..... haha


 see, email aku memang jackport lah..... wah seronoknye.....

antara isi kandungan email (sorry yerk aku copy paste jerk, so paham2 kan lah yerk):-

MasterCard / Microsoft INTERNATIONAL MEGA JACKPOT
Bradford City Centre Branch
7 hustlergate bradford, West Yorkshire
MICROSOFT OFFICE, UNITED KINGDOM
DIRECTOR: Mr. Cassie L Patzer

Attn:Winner
Winning No:M/card/456/2011
Ticket No:Mcard/647/2011
Notification Date:22/10/2011
AMOUNT WON: £500,000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
This email address has brought you an unexpected luck,Your e-mail
address was selected and confirmed among the 200 winners by our co-sponsor Microsoft
International, through their latest internet software. You are
therefore been approved by MasterCard Int. /Microsoft UK the sum of
£500,000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).


ini dari 1 email, aku dapat 3 email dalam masa 5 jam pada hari yang sama..... cuba bayangkan aku dapat duit tu, mau aku buat tilam duit2 tu..... muahaha, berangan itu harus sebelum ia terjadi betul2 kan..... hehe

then,
nampak tajuk email yang aku bulatkan dalam pic atas tu....."Promosi jualan Gel Pen DARA ™ !! Hanya RM30"

erm, kengkawan pernah dengar apa itu Gel Pen DARA?..... aku tak pernah, tu yang aku macam tertarik dan aku buka..... aku sebagai designer tak bertauliah pelajar lulusan AD UITM, kat opis aku nieh mesti lah aku tertarik dengan perkataan 'Pen' itu kan. nak tahu apa isi kandungan?.....


APA itu Gel Pen DARA ™ ? Melincir dan Mengetatkan dan mengindari dari masalah KEPUTIHAN

"Gel Pen -DARA ™ " tidak seperti pelincir atau krim pengetat yang lain, sebab ianya mengetatkan secara semulajadi sementara dan mengawal pelincir setakat perlu untuk mendapatkan kenikmatan maksimum dan keselesaan.

Gel Pen -DARA ™ juga mengawal dari pada masalah keputihan . 

Apa kandungan Gel Pen DARA ™?

Gel Pen DARA ™ mengandungi minyak dari kulit pokok ,sirih dan majakani ,kandungan semulajadi yang menambahkan ketegangan otot pada bahagian bawah vagina, membolehkan genggaman yang lebih kuat bagi kenikmatan seksual yang lebih untuk kedua-dua pasangan.

Bagaimana Gel Pen DARA ™ berfungsi?

Kandungan minyak pokok, sirih dan majakani memberikan kesan rasa ketat dengan serta-merta, sementara kandungan antioksida melembutkan dinding vagina untuk mengembalikan kehilangan rasa ketat yang berpunca daripada proses penuaan, perubahan hormon dan selepas melahirkan anak. Ini juga membantu mengurangkan masalah yang timbul akibat daripada penipisan tisu-tisu pada dinding vagina disebabkan masalah yang berkaitan dengan penuaan. Kandungan antiseptik semulajadinya membantu mengelakkan jangkitan. Minyak pokok dalam Gel Pen DARA ™ dan Vaselin yang diluluskan oleh FDA merangsang dinding vagina.

Bagaimana untuk menggunakan Gel Pen DARA ™?

Ambil Gel Pen DARA ™ atas jari dan sapukannya dalam vagina. Kesan ketat boleh dirasakan dengan serta-merta. Kesan boleh dirasakan dalam 5 hingga 15 minit selepas disapukan tetapi jika inginkan kesan yang maksima tunggu sehingga 1 jam selepas mengunakan Gel Pen DARA ™ .Jika mengunakan Gel Pen DARA ™ pasti kan zakar betul-betul kuat untuk membuat tusukan yang pertama seleps mengunakan Gel Pen DARA ™ .

"Ramai yang berterima kasih kepada kami setelah mengunakan Gel Pen DARA ™ , lebih 90% perempuan mencapai orgams /kepuasan setelah mengunakan Gel Pen DARA ™ .

Jika si isteri mengunakan Gel Pen DARA ™ pasti si suami tidak akan mencari orang lain selepas ini .

Diuji secara dermatologikal. Selamat, tidak mendatangkan rasa gatal-gatal
atau belian Secara manual

Bank Account  Maybank - A/C no 157214014207 
Bank CIMB - A/C 02070000894207 

Lepas bank in sila SMS ( 014-7579008 )atau Email ( sentosaabadimarketing@gmail.com) kan bukti seperti Jumlah ,
Tarikh dan masa bank in.    
Barang akan di poskan selepas pembayaran di sahkan .  

*Tidak sesuai untuk wanita mengandung .


Product Description

Mengembalikan dan mengetatkan dinding faraj.

Memberi kesempurnaan dalam hubungan suami isteri.

Merapatkan keintiman setiap pasangan.

Menghilangkan bau kurang enak pada rahim.

Menjadikan setiap kali hubungan sex seperti malam pertama .

Sesuai untuk wanita yang sudah Menopause Atau Putus Haid.

Bahan utama :
1-Extrak Minyak Pokok
2-Majakani
3-Sirih
4-Bahan2 yang diluluskan oleh FDA


peringatan:-
aku bukan share partner, aku bukan dealer, aku bukan nak promosi produk ni, aku bukan pengguna apatah lagi beli produk ni, aku cuma nak share isi kandungan email yang aku dapat.....
sebarang kesulitan yang dihadapi adalah atas tanggungjawab sendiri.....

p/s: semalam kerja separuh hari coz balik awal antar my lil Aisha pi klinik n jaga Aisha kat umah,
my lil Aisha kena cirit birit n muntah2,
kengkawan doakan my lil Aisha sihat ye hari ini,
Ameen.....

# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

*AmBank-Customer Verification*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

pagi tadi ada buka email yahoo aku yang dah berkurun juga lah aku tak buka. Buka email dan aku dikejutkan dengan 1 email dari AmBank baru2 ini seperti di bawah:-

 ________________________

kemusykilan:
  • kenapa perlu ada customer verification di hantar melalui email.
  • sepatutnya ia dihantar ke rumah customer atau alamat yang diregister oleh customer bank.
  • "failure in validating your identity will assume that your account is fraudulous and will be closed." melampaunye bank sampai nak close akaun kalau x buat pengesahan nie? iskiskisk
  • yang paling penting..... aku tak ada n tak pernah buka akaun di AmBank, camaner dorang boleh hantar kat aku suruh verify akaun.... huhu

tindakan aku:
  • aku dah banyak kali dengar yang jangan sekali2 buka attachment yang dihantar oleh mana2 bank untuk pengesahan pelanggan, takut itu adalah 1 sendikit penipuan.
  • kalau betul pon bank nak pengesahan, aku tunggu pihak bank call atau surat sampai ke rumah.
  • so..... memang tak arr aku nak buka attachment dalam email tu. biar lah akaun aku close pon coz aku memang tak ada akaun kat bank tu.... muahaha

p/s : apa pendapat kengkawan???
 
# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

27 October 2011

*Bayi Kembar Bercerita*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
so sweet.....
agak2 apa yang dorang borakkan yerk.....


26 October 2011

*Wordless Wednesday - petua buat duit dengan FaceBook*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

 p/s : Happy Deepavali kepada mereka yang menyambutnya


25 October 2011

*just 4 U*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 I want to say











































































HAPPY DEEPAVALI

n
happy holiday























k, sekian



*Sogo ~ Sunway Putra Mall (The Mall) ~ Ikea*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 kisah kami pada 15.10.2011

Alkisah pada last-friday-night-sogo-sale-pizza kami x dapat apa2 pon, so seperti yang dijanjikan hubby ajak kami ke Sogo sekali lagi keesokkan harinya (Sabtu)..... kami pon bersiap2 seawal 10 pagi..... bajet nak sampai awal ke bangunan itu takut parking penuh.....

last2 apa yang aku khuatirkan (perghhh ayat x boleh blah...) rupa2nya menjadi kenyataan..... parking Sogo penuh..... last2 kami pusing balik n cari tempat tujuan lain..... "pi The Mall jom, kut2 lah Parkson ada sale" aku gigih bagi idea..... "jom....." hubby membalas, dan hubby pon meneruskan perjalanan ke The Mall..... Aisha ikut jerk kami sambil mulut pot pet pot pet tengok bangunan kiri kanan jalan (dia dok tengah2 antara aku n hubby)..... walau kekadang kami x tahu apa biji butir bicara dia..... huhu, sorry ye sayang.....

 on da way ke The Mall..... oh sekarang dah dikenali sebagai Berjaya Sunway Mall..... Hotel Legend pon dah tukar nama kepada Berjaya Sunway Hotel..... pengurusan baru kut.....

sesampai di sana..... alang2 dah tengahari (kami x breakfast lagi) hubby ajak cari makan..... n aku terpandang restoran The Chicken Rice Shop (TCRS)..... "kita makan kat situ nak, Aisha leh makan nasi ayam"..... "jom" senang jerk jawapan hubby kan..... x yah gaduh2..... hehe

orang agak ramai time kami masuk tu tapi nasib baik ada 1 meja kosong n kami pon duduk..... dah duduk baru aku teringat yang aku x der cash, aku tanya hubby, dia pon x der jugak..... ayak!!!!! camaner nieh dah duduk baru teringat..... aku panggil budak pelayan restoran n tanya samada dorang terima debit kad x?..... dorang terima tapi maybank kad jerk..... owh! seb baik aku guna bank singa tu..... kalu x, hubby kena naik atas dulu lah pi cucuk mesin kan.....  dah clear pasal bayaran n kami terus order set nasi ayam untuk 2 orang.....

menu yang di order sampai..... kami pon makan.....


 alhamdulillah, licin sume pinggan, lapo benor kami gamaknyer coz x dapat masuk Sogo punye pasal.....


 my lil Aisha sambil makan sambil main2 keliling meja..... siap baring2 lagi atas kerusi panjang.....


 see..... sampai tertonggeng2 aku nak suapkan nasi ke mulut dia yang tengah enak berbaring nieh.....

selesai makan, kami naik atas konon2 nak mencari sesuatu yang boleh di beli..... Parkson ada buka gerai kat lobby, terjah jap tapi x der yang berkenan..... yang ada kemeja lelaki, t-shirt lelaki, spender lelaki, seluar lelaki..... eee bosan lak, hubby jerk yang pi celah2 timbunan pakaian tu mencari sesuatu

aku pon layan lah Aisha yang dah sibuk nak naik turun tangga..... aku biar jerk dia naik n turun buat dengan pengawasan aku lah kan, letih jugak mak follow dia naik turun tangga tu, maklumlah baru lepas makan..... huhu

x lama lepas tu, hubby pon join kami naik atas, "tak der yang best lah, ingat nak beli seluar slack wat keje, tapi mahal jugak....." hueh hueh hueh jimat duit..... sampai kat puncak tangga, ada burung merak di situ..... apa lagi, sebagai blogger tegar weekdays, aku pon snap arr gambar.....


 see, 2 orang model aku jadi mangsa bergambar dengan burung merak..... nak Deepavali kan, kenalah ikut tema.....

puas layan Aisha naik turun tangga, kami pon rasa macam bosan jerk coz apa yang di cari x jumpa..... tetiba hubby bertanya, "destinasi seterusnya?"..... aku x boleh menjawab..... sambil turun ke lot parking sambil la kepala aku ni ligat berfikir nak kemana..... hajat memang dah lama nak ke Ikea, tapi takut hubby x setuju..... tapi Alhamdulillah, kali ini hubby x membantah..... cuma hubby x berapa tahu jalan nak kesana.....

sampai di kereta, hubby trus set GPS untuk ke Ikea..... seb baik ada, kalu x..... punah la harapan aku nak ke sana..... huhu

yeah!!!!! sampai jugak Ikea..... tapi.......... alamak, parking penuh la..... pusing 3 4 kali jugak kami menunggu parking, dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami..... dapat parking, dekat jugak lah dengan pintu masuk..... xder lah menapak jauh kami..... "Mama, jom..... Pa, jom....." gamit Aisha pada kami sambil tangan kuis2 lengan hubby ajak turun..... "Jap la Aisha, tutup radio dulu..... ok"..... Aisha ikut arahan n tutup radio..... pandai anak mama.....


 tada!!!!! lagi 2 orang model aku jadi mangsa kat signboard Ikea pulak..... hehe

sampai di Ikea, nak tahu apa yang kami cari dulu..... "Toilet dia kat mana yerk....." hoho hubby cari toilet lah pulak..... kami pon mencari lah toilet mengikut signboard yang tergantung..... maklumlah ini baru kali kedua kami sampai, hampir 4 tahun yang lalu kami datang sini masa mula2 kena transfer kerja kat KL nieh.....

selesai uurusan di toilet, kami pon berbaik ke agenda kami ke Ikea..... jenjalan dalam Ikea Showroom tingkat atas..... saja ambil idea untuk ruang rumah kami di TRP, Rawang..... gambar dalam Ikea?..... jangan muntah pulak yerk, tengok pic yang banyak nie.....

jom layan


 1st deco yang aku terpikat..... bayangkan umah aku bawah tangga ada kabinet macam nie.... tapi tv x mor letak kat situ..... x muat.....


 ha, yang ni deko berhadapan dengan kabinet bawah tangga macam gambar atas tu.....
see, my lil Aisha tengah khusyuk baca buku kat situ.....


 ini pulak letak kat ruang family kat tingkat atas pon ok jugak kan.....
my lil Aisha baru lepas turun dari sofa tu..... bajet nak pi sofa itam tu pulak, test power pijakkan..... hehe


 hah, papa dah test duduk, n tengok2 senarai harga yang terpampang kat situ..... 
dia minat kat LED light tu, lelaki lelaki.....
perempuan dalam gambar tu bukan aku yerk.....


erm, kalu kabinet putih pon cantik kan..... maching ngan sofa merah..... kat umah dah ada cermin tingkap dengan english motif, so boleh la buat deco english style kat tingkat atas kan..... hehe



 lamp stand tu cantik kan.....  letak kat sebelah tv kabinet ganti desk lamp dalam gambar atas tu.....


 owh, aku tengah syiok snap pic lamp stand tu tetiba my lil Aisha panjat sofa cum katil tu dengan kasut dia sekali engkau.....


 wah!!!!! syiok yerk main kat sofa tu.....


 puas pusing2 kat area ruang tamu, kami berpindah ke ruang bilik tidur.....


 my lil Aisha meng'test keanjalan tilam di situ.....


 eh!! hubby senyum dalam paksa..... aku yang suruh hubby senyum tu.....
dah alang2 duduk, ambik gambar lah kan.....
sekurang2 nya ada gambar kalu x beli pon..... haha


 my lil Aisha


 lagi my lil Aisha meng'test keanjalan tilam keluaran Ikea.....


 hah, dapur impian, saiz dah lebih kurang dah.....
ehem, hubby setuju aku nak buat macam ni tau..... hikhik


 KC sebelah kanan......


 KC sebelah kiri.....


teringin nak buat island macam nieh, tapi kalu tengok keadaan KC kat atas tu rasa x payah kan.....


erm..... tu jerk yang sempat aku snap..... gambo aku sikit abuk tak dok kang..... dah x larat dah nak ambik gambo coz Aisha dah mula mengganas dengan aksi2 yang tidak patut dipertontonkan di sini..... so, kami pon berjalan dengan pantas n cuba pujuk Aisha supaya tidak ada lagi aksi panjat2, lompat2, tarik2 di Ikea tu.....
keluar dari Ikea, sempat lagi rembat buku favorite Aisha..... pujuk supaya biar x mengganas..... haha


turun bawah trus cari pintu keluar.....


 bayar parking.....

n balik.....



 ini hasil rembatan kami (aku sebenonyer) di Ikea.....

dah, penat taip..... nak pikir deko rumah pulak lepas ni dengan idea2 yang dapat dari Ikea..... hehe

k, sekian

24 October 2011

*Hentikan pengguguran bayi dalam kalangan rakyat Malaysia*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Seorang wanita yang sarat mengandung bertemu Doktor disebuah klinik swasta, wanita itu berusia 21 tahun:

Doktor, saya ada masalah, baru sahaja 10 bulan lepas saya melahirkan anak pertama saya dan sekarang jarak mereka amatlah dekat.

Baiklah, apa yang awak nak saya lakukan Puan?
...
Boleh tak kalau doktor tamatkan kandungan saya ini? Saya berharap sangat dengan bantuan doktor.

Doktor itu kemudian berfikir sejenak dan berkata:
"Puan, baiklah, ini cadangan saya, paling mudah dan kurang merbahaya untuk Puan"

Wanita itu tersenyum gembira selepas mendengar jawapan doktor tersebut.

Kemudian doktor itu menyambung, "nampaknya awak tidak sanggup untuk menjaga 2 bayi serentak bukan? Maka untuk itu, cadangan saya, kita tamatkan riwayat anak yang puan sedang dukung itu. Jika kita bunuh dia, puan masih boleh ada seorang lagi bayi untuk dijaga dan tidak menyakitkan puan, Setuju?".

Wanita itu membentak. "Doktor dah gila?!!! Kenapa saya nak kena bunuh bayi yang dah lahir ni. Kan jenayah membunuh tu!"

"Ya, saya setuju dengan cakap puan, ianya satu jenayah untuk membunuh bayi"

Doktor itu kemudian tersenyum dan meninggalkan perempuan itu keseorangan di bilik rawatannya...

Di akhir pertemuan diluar kliniknya, doktor itu berlari mendapatkan wanita itu dan berkata

"Tiada bezanya membunuh bayi yang sudah lahir dan masih di dalam kandungan, Ia masih kejam dan bersabit jenayah"

Kongsikan penulisan ini jika anda setuju.
Hentikan pengguguran bayi dalam kalangan rakyat Malaysia

Bersamalah menyelamatkan nyawa insan tidak berdosa




# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

21 October 2011

*Semak status keaslian handphone di sini!!!*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status... keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01












02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA










p/s : aku dapat #04..... kengkawan dah cek lum?????


*Ini bukan ayat Al-Quran*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


PENTING! tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran.

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

 sumber : kak zai

# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

20 October 2011

* wahai lelaki ~ Tips Ringkas Pilih Bini*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
haaa.. ni dia tips paling cun utk pilih bini.. 
 
Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua…

 

*Last Friday Night ~ SOGO Sale ~ Pizza Sentul Raya*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
amaran:
entry byk gambar tapi maaf gambar x berapa nak clear

salam khamis,

this is our journey for last almost 6 days before that's Friday night..... wallah speaking lak aku ari ni yerk..... ntah bahasa aku ni betul ke idok, kengkawan baca je la yerk..... yang penting aku nak kongsi perjalanan kami last Friday night sebelum weekend.

jom layan.....

oleh kerana ada khabar2 angin yang kompem betul mengatakan SOGO ada buat SALE!!!!!, maka kami rakyat Malaysia berikrar..... eh, ikrar laks..... hehe maka kami pon mulakan perjalanan ke SOGO malam jumaat lepas, lagipun my BIL yang ondaway nak balik kampung (naik bas di Hentian Putra) dah janji nak jumpa kami kejap di train station SOGO, nak bagi barang kononnya..... keropok keping Terengganu maahhhhh..... hehe

so, gerak dari rumah jam 8.30 mlm n 10 minit lepas tu smpai lah kami ke Sogo..... masuk dalam cari parking..... pusing, pusing, pusing, Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak parking..... trus naik atas tuju ke ruang legar tengah2 Sogo tu yg ada jual barang2 baby..... mata trus bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat..... bukan aku jerk yang teruja, hubby aku lagilah teruja..... maklumlah dia memang sesangat lah x nak jejak kaki ke Sogo tu coz jem katanya..... tapi malam tu, aku paksa jugak dia n nampaknya dia dah mula buka mata untuk sesama shopping di Sogo..... niat nak cari baju untuk anak2 sedara di Terengganu nuun, terlanjur jap lagi nak jumpa abang, boleh la kirim kat dia kan.....

penat lah cerita, jom tengok gambar pulak.....

hubby tengah pilih2 baju untuk anak2 sedara yang 3 orang tu..... pilih2 dah x tahu nak selongkar macamana lagi..... dah berterabur suma baju2 tu..... ingat nak cari yang sama pattern atau sedondon untuk 3 beradik tu, tapi dah x jumpa dah..... dengan ramai orang kat situ yang memilih, dengan my lil Aisha yang berlari kesana ke sini, x terkejar aku..... last2..... "papa cari lah baju untuk dorang, x kisah la macamana pon janji dapat..... mama tengok Aisha ntah mana la dia lari tu.....", hubby pon setuju "ok"



last2 aku datang balik kat hubby dengan dokong Aisha..... tengok hubby berdiri jerk kat tepi longgokan baju..... "dah jumpa?"..... "x jumpa lah, yang ni x der saiz untuk Aina, yang kale ijau ni x der pulak saiz Luqman, mama try cari yang kaler putih ni untuk Aina..... ambil sume kaler putih, senang"..... aku pon setuju n mulalah selongkar2 sampai ke bawah x jugak jumpa.....



aku tengok jam dah pukul 9.15 mlm..... tengok kat kaunter bayaran pun dah ramai yang beratur..... kami masih x jumpa apa yang dicari, sambil2 tu hubby call abang dia tanya dah sampai ke belum.....



nak tahu apa jadi..... kami x beli pape pon..... baru aku tahu yang Sogo ni tutup pukul 9.30 malam yerk..... huhu

so, dalam kelam kabut still lagi berharap kami jumpa baju untuk anak sedara kami tu..... tengok guard pon dah sedia nak turunkan roller shutter untuk tutup pintu..... maka kami pon putus harapan untuk memilih..... hubby cakap "x payah lah mama, abang dah sampai kat luar, jom..... sok kita datang lagi..... x pe lah x yah bagi kat abang malam nie....." aku dengan kecewa hanya mampu mengangguk kepala..... huhu ingat bleh la sampar sehelai baju untuk Aisha..... huhu

selesai jumpa abang n keropok keping Terengganu bertukar tangan..... kami pon borak 2ala kadar (coz abang nak kejar bas dia gerak jam 10.30 mlm) trus balik umah..... dah dok dalam kereta baru sedar yang kami x makan malam lagi..... trus berkira2 nak makan apa, nak makan di mana..... nak tahu kami makan apa?..... alaaaa x aci la tgok tajuk semula..... jom kita sambung cerita.....



hah, kereta beratur untuk keluar dari Sogo.....


so, perjalanan kami diteruskan ke tempat tujuan untuk dinner..... dinner jam 10.30 malam tur..... huhu jalan punya jalan, xder la sesak sangta coz orang ramai dah sampai ke tempat tujuan memasing kan..... hubby trus jerk pulas stereng kereta ke Sentul Boulevard, Sentul raya.....

sori pin x clear coz cermin kereta dah 1 minggu x basuh..... eh, buakn cermin kereta jerk, 1 bodu kereta x berbasuh..... haha



hah, dah hampir nampak dah tempat yang akan dituju,,,,, trus cari parking mana yang kosong.....



masih lagi dalam kereta, memasing tertanya2 operation hour bagi Pizza Hut nie coz tengok lengang jerk dalam kedai tu..... last2 hubby ambil keputusan untuk ushar dulu kat pintu kedai tengok dia tutup pukul berapa.....



sambil2 tu aku layan snap2 ngan Aisha dalam kereta..... banyak jugak gambar yang aku snap, tapi kebanyakkannya blur coz budak ni x tahu nak diam..... huhu



see, hubby dah berjalan balik ke kereta dengan muka senyum hingga ke telinga..... maknanya ada berita gembira buat kami..... Pizza tutup jam 11 mlm..... yeszzza

kami pon kuar kereta n trus masuk Pizza n cari meja yang ada kerusi panjang sampai ke dinding, bajet supaya senang nak kontrol Aisha daripada turun naik kerusi..... tetiba waitress Pizza datang n bawa menu, "Bang, sekarang ni untuk take away jer yerk, kami dah nak tutup"..... hubby tengok jam n bagi tau kat waitress tu, "kan baru pukul 10.30 nie, kat pintu tu tulis tutup pukul 11"..... "memang lah bang, pukul 10.30 sampai pukul 11 untuk order take away jerk"..... dah tu yang ko bagi buku menu ni buat hape? kat untuk take away menu book dia lain..... oh, itu aku cakap dalam hati jerk, x sampai hati lak nak cakap kat budak tu yang aku tengok dah penat muka dia..... malas nak panjang2 cerita, hubby pon balas "ok".....


so, untuk tidak mengecewakan waitress tu, hubby pon ambil menu book tu n belek2, lepas tu kami bangun n trus ke kaunter nak make order.....

sampai kat kaunter, hubby sibuk order pizza yang biasa kami order..... aku pulak sibuk tunjuk2 pada Aisha belon2 yang tergantung kat atas siling, bajet2 budak waitress tu dengar n bagi kami belon tu..... hubby dah abis order n aku tengok budak tu buat dek jer, so aku tanya "Dik, belon tu ada lagi x?"..... budak tu senyum kat aku n trus kuar dari kaunter ke rak simpan..... "kejap kak yer"..... hehe, ada harapan nak dapat belon nie..... Alhamdulillah, dia bagi 2 belon kat Aisha 1 kuning 1 merah, memang itu jerk kaler yang ada pon.....

sambil tunggu order kami siap, 15 minit tu nak tunggu pizza masak..... Aisha dah sibuk2 suruh aku tiup belon, aku mabil bg kat hubby, Aisha bg lagi 1 belon kat aku suruh tiup..... terpaksa lah aku tiup..... huhu, kembang kuncup kembang kuncup pipi ngan idung aku meniup belon tu..... n berjaya..... aku ambil straw n lekatkan kat belakang belon tu supaya senang my lil Aisha pegang.....



ops!!!!! x nampak muka pula.....


see my lil Aisha, bukan main seronok dia dapat belon.....



ke sana ke sini berlari bawa belon..... mentang2 lah dalam kedai tu hanya ada kami n 3 orang pekerja Pizza jerk, dibuatnya kedai tu macam rumah.....

hah, kengkawan penat ker?..... jap, sikit lagi nak abis dah yerk..... hehe



"erm, nanti birthday party Aisha nak belon macam ni jugak lah....." agaknya itu yang dipikirkan oleh anak aku ni agaknya.....



aku pon nak enterprem jugak lah..... credit tu hubby coz snap this pic.....



hubby pon nak enterprem jugak.....



flying kiss...... mmuahhhh, untuk aku jerk tau..... haha



Aisha lagi dengan belon2 dia.....



macam yang aku khabarkan kat atas tadi, kami take away yerk..... so inilah menu dinner cum supper kami malam tu



close up sikit walau x sharp..... Pizza Hawaiian Chiken



jangan betulkan mata anda, memang pic ni yang x clear..... Chicken Ball Spaghetti Bolognesse 



"makan pizza? x nak lah, main belon lagi best....."


Alhamdulillah, maka berakhirlah journey kami last friday night ~ Sogo Sale ~ Pizza Sentul Raya..... Aisha x makan pizza, so aku suap lah dia ngan spaghetti..... n banyak jugak dia makan..... n aku relies yang my lil Aisha lebih suka makan makanan berasaskan mee daripada nasi..... ok ker yerk.....? 

k, sekian