^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label cuti cuti negeri kelantan. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti negeri kelantan. Show all posts

07 June 2012

*Dr. Aisha, doktor family kami*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

aku sekarang dah ada doktor family sendiri..... tiap2 hari dia dok sibuk cari kesakitan orang..... doktor tu x lain x bukan adlaah Dr. Aisha..... hehe, asik ler tanya kat aku..... "mama takit ke?" "mama, mana takit?" "ni tenape mama, takit ke?"..... hoho, bila aku cakap x der pape, maka bear dia la yang jadi mangsa..... kena sumbat ubat, kena cek jantung, kena tampal handyplast, kena gunting kuku, kena x-ray n apa2 la yang sewaktu dengan kerja2 seorang doktor..... dan memang cita2 Aisha adalah untuk menjadi doktor.....

bila di tanya "Aisha nak jadi apa?"..... "Aita nak jadi tokte"..... hehe paham ke apa yang Aisha sebut tu..... paham kan..... cuma kau x pastu sama ada dia faham tak apa itu doktor, tapi setiap kali pi klinik dia dah tahu da mana satu doktor, n apa yang doktor buat....

 setiap kali pi shopping kompleks, sibuk la anak dara aku tu nak cari mainan doktor set..... so, last trip kami ke Kelantan weekend ari tu kan kami ada pi Rantau Panjang, ingat nak jalan2 jerk..... rupa2 nya ada jugak yang kami grap di sana, memula hubby beli sweater dia, pehtu jersey dia, pastu aku cari la bantal angry bird untuk Aisha n last sekali Aisha ternampak la mainan nieh..... terus mintak aku beli.....

aku pulak cek2 dalam purse, ada lagi RM yang boleh digunakan (bajet cukup2 jerk bawak, takut terlebih belanja pulak kan, hehe) maka aku pon realisasikan la kehendak anak dara itu..... mainan apa.....

v

v

v

v

v

 off course la mainan untuk seorang doktor kan..... tapi yang mini jerk..... hehe


 ni isi dalam dia..... complete untuk jadi seorang doktor..... siap ada 'ear phone' (warna hijau belah kiri atas) untuk dengar degupan jantung baby dalam perut..... hikhik


 Aisha with her Mini Medical Play Set


 sedia untuk menjalankan tugas sebagai doktor.....


alhamdulillah, aku bersyukur coz Aisha suka sangat ngan mainan yang dibeli tu..... harap2 mainan tu kekal lama sikit coz mainan lain tu dalam 1 2 hari lepas beli, mula lah ntah kemana2 jerk menghilang, memanjang x cukup korum..... huhu, tapi setakat hari ini, peralatan doktor masih lagi di tempat asal coz setiap kali lepas dia rawat bear, aku suruh dia simpan balik dalam beg doktor dia..... nampaknya dia dengar kata..... seronok aku tengok dia..... hehe

 setiap kali aku cakap "Aisha nak jadi doktor, kena school rajin2 tau, nanti boleh work jadi doktor"..... dia tunduk n angguk2 kepala tanda setuju..... moga apa yang dicita2 kan Aisha akan tercapai satu hari nanti..... Ameen

k, sekian

06 June 2012

*Review KBSB Inn, Kota Bharu Kelantan*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

cari intro jap nak cerita pasal aktiviti di Kelantan sepanjang Pesta Sukan Kraftangan Kali Ke-18 hujung minggu lepas..... tapi x jumpa2 lah mood nak cerita..... lagipon x tahun nak cerita apa kat sana..... aku sebenonya x berapa gemo nak bercerita alkisah opis kat blog aku ni kan..... maklum lah ini blog untuk family n aktiviti aku di luar waktu pejabat..... kalu nak cerita aktiviti pejabat boleh la pegi kat website opis aku kat SINI atau blog rasmi bahagian aku kat SINI.....
wah, sempat promote..... haha

ok, aku nak share a.k.a review sikit pasal hotel tempat aku stay sepanjang aku berada di sana..... memula orang sana set aku stay kat  Hotel Raudhah..... tapi aku tolak coz aku pernah stay situ n ada review pasal Hotel Raudhah sebelum ni..... FYI kami kena bayar sendiri hotel mana tempat kami tidur, cuma transport jerk yang ditanggung oleh opis.....

so, dah cancel hotel tu, aku mintak pandangan dari pegawai kat opis sana n dia cadangkan beberapa nama hotel untuk kami dok n rate pon lebih murah dari hotel sebelum ni..... aku pon tipon lah satu2 hotel yang disenaraikan..... x der la banyak pon, dalam 2 3 hotel jugak..... n sangkut lah 1 hotel ni yang masih kosong..... trus kompem..... actually hotel ni pon salah sorang usahawan kraf batik kami di negeri Kelantan..... siap dapat diskaun lagik..... aku ambik 1 bilik, n kawan opis aku ambik 1 bilik share ngan pengarah Kompleks Kraf Langkawi..... pengarah bahagian kami pon dok sini tau..... hehe itu cerita lain, x mor ulas bebanyak.....

kat sini aku stay ngan family aku la kan (hubby n Aisha)..... ok, jom tengok hotel tempat kami stay..... n kali ni aku ambik gambo rupa depan hotel ni..... haha

 inilah dia.....
KBSB Inn, Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan..... hotel ni kat lot kedai jerk..... tingkat 1 dia letak butik jual baju batik, tingkat 2 n 3 dia buat hotel..... time ni jam 7.00 pagi, tengah tunggu bas ambik kami untuk ke stadium bagi acara sukan..... tu yang kedai batik kat bawah tu x buka lagi..... sambil tunggu bas, sempatlah aku snap2 hotel ni..... hehe


 bukak jerk pintu, ada nampak katil n pintu ke bilik air.....
saiz bilik ni kecik jerk..... boleh muat katil queen siza, almari baju, meja bulat n tv yang digantung di atas..... oh ya, ekon ada tau hotel ni..... sesuai la dengan harga dia yang murah..... harga untuk 1 malam bermula dari RM50.00 (sempena cuti sekolah)..... kalau hari biasa harga dia RM80.00 (bilik standard)..... 
pintu tu adalah pintu bilik air..... cukup untuk letak tandas duduk, sinki comel n air terjun (kata Aisha)..... x la pulak aku ambik gambo dalam bilik air coz time ni Aisha tengah bersenang lenang dalam bilik air tu main air terjun, nanti ada aksi 'mangga' plak dari Aisha..... huhu


 ni gambaran dari pintu bilik air plak.....
sila abaikan barang yang berterabur tu yerk..... hehe so dalam bilik ni ada almari baju, meja bulat siap dengan bunga orkid artificial, tv comel yang kadang2 dia tulis "no signal" n kettle untuk masak air..... eh siap ada lampu tidur seramik tau.....


 lagi pandangan dari pintu bilik air.....
dah kata hotel ni owner dia usahawan kraf, haruslah barang2 dalam bilik pon ada unsur kraf kan..... alas katil dari batik blok termasuk alas meja bulat, lampu tidur seramik, frame gambar dinding batik n suis lampu jugak ada hiasan seramik, tanda arah kiblat ada, tapi sejadah n Al-Quran x der la macam hotel yang aku dok sebelum ni..........

secara overall hotel ni memuaskan aku n family nak tidur waktu malam jerk..... walau kecik tapi kami selesa dok sini..... bersih jerk walau tiada lif nak naik atas..... maklum la, 3 tingkat jerk pon kan..... breakfast pon x der..... n satu lagi, hotel ni x der tingkat kecuali kalau tempahan bilik kita ambik yang superior (kuuut) untuk 3 orang.....


 sesapa nak tempah.....
boleh call yerk, orang yang layan kita on phone atau kat receptionist pon ok jerk..... so aku boleh la recommend pada kengkawan yang nak dok hotel budget macam ni yerk.....


 kalau pada sesiapa yang ada GPS.....
takut sesat, boleh jerk GPS kan hotel ni, tapi bukan atas nama KBSB Inn yerk..... tapi atas nama Moon Kopitiam..... GPS boleh detect kopitiam tu, mana aku tau.... coz hubby bawak dia nyer GPS walau kami naik bas, haha..... boleh lepak situ dari jam 9.00 pg sampai 1.00 pagi soknyer..... hehe sebelah kopitiam tu ada 1 lagi hotel budget, Hotel Suri nama dia..... x tahu la rate berapa kan..... kalau dalam google maps, area depan hotel tu ada Yati Ayam Percik, tapi sepanjang kami kat sana, x nampak la pulak restoran tu..... huhu

n lastly, aku stay hotel ni dah la ada diskaun coz memang time cuti sekolah kan..... siap ada tambahan diskaun coz kami staff dari kraftangan..... kiranya aku nak berterima kasihlah kat Abg Gee (pegawai dari cawangan Kelantan) yang uruskan pernginapan kami kat sini..... kiranya diskaun runtuh lah kami dapat..... Alhamdulillah

k, sekian


22 May 2012

*Review Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

 salam,

 ingat x sebelum ni aku pernah cerita yang aku ada outstation ke Kelantan atas urusan kerja..... selama 2 hari di sana, aku stay kat Hotel Raudhah, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan..... ala dekat jerk ngan Hotel Habib yang aku pernah dok sebelum ni kat sana..... rate dia jangan tanya yerk coz aku ditaja oleh opis aku..... muehehe di taja..... kelas ko jah..... hurm tapi kalu x silap aku rate sini lebih kurang RM140 kut + breakfast..... aku pon x berapa ambik tau sangat coz datang sini nak keje kan, so x kisah la dok mana pon janji boleh rehat di malam hari.....

nak tengok rupa depan hotel nieh..... huhu, jangan mengharap yerk coz aku lupa nak snap pintu masuk hotel ni, coz aku dah penat sangat, sampai sana dah malam, then sok pepagi trus pi keluar keje, then sampai hotel malam lagi, sok nyer pepagi keje lagi n malamnya trus balik KL..... haha, gila pack jadual aku kat sana..... memang saja aku buat gitu coz x mor lelama kat sana, windu kat orang KL maaaaahhhhhh..... hehe

tapi gambo area belakang hotel ni aku ada snap....


 ha, ni kawasan belakang hotel raudhah, yang bumbung hijau tu adalah Hotel Habib, owner dia sama ngan Habib Jewel tu.....


 ni dalam bilik hotel.....

not bad la, macam biasa ada 2 katil single, ada tv yang siaran x berapa nak clear tu, ada meja solek, ada cerek air, ada cawan tapi x der tea or nes nak bancuh..... mungkin orang hotel lupa nak top-up kut..... huhu..... ada almari yang dalamnya ada hanger, ada sejadah n Al-Quran..... bawah tv dalam kabinet tu ada peti ais, tapi x berfungsi, dah hidupkan suis pon x sejuk..... aku x tahu ada masalah apa, but aku malas nak mintak pihak hotel betulkan coz aku dok sini sekejap jerk n sorang2..... kalau aku ngan family, harus aku mintak pindah bilik..... oh ya, bilik yang au dok ni ada semut la..... huhu..... gambar kecik tu ada pintu ke balkoni belakang.....


kiri : pintu ke luar balkoni
kanan : bilik air

biasa jerk bilik air dia..... tidak disediakan sabun, shampoo gelas mahupon shower cap..... yang ada cuma sinki biasa, toilet bowl, shower + heater n cermin muka yang tinggi mencanak..... aku kalu tengok cuam nampak rambut jerk..... mungkin digantung tinggi2 coz ada komen dari mat saleh yang terpaksa tunduk bila nak tengok cermin dalam bilik air ni kut..... aku pon x tahu.....

tapi satu aku puji hotel ni, coz dorang menitikberatkan penghuni yang beragama Islam..... macam kat atas aku cerita tadi dia ada sediakan sejadah n Al-Quran kan..... selain tanda kiblat, kat setiap bilik juga ada ditampal doa memacam..... erm, ker setiap hotel kat Kelantan ada mende2 ni semua.....


see, ada doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa masuk bilik, doa keluar bilik, doa pakai n buka pakaian pon ada.....

owh, perasan x kat bawah doa masuk n keluar tandas tu ada sign "Hotel Ansar"..... mungkin sebelum ni nama dia adalah Hotel Ansar lepas tu tukar management, so nama dia jadi la Hotel Raudhah..... rasanya zaman dulu (lebih kurang tahun 2008) aku pernah stay hotel ni..... time tu pon hotel ni dah teruk, apatah lagi sekarang..... huhu

siap dapat komen dari tenaga pengajar yang datang sekali ngan aku, dia dapat bantal yang penuh ngan rambut kat bantal tidur dia..... so, biasa orang nak tido akan kira biri2 kan, tapi dia terpaksa kira rambut sebelum tidur..... erm, camaner tu yerk.....

moga hotel ni lebih prihatin dengan kemudahan dan service kat hotel ni yerk.....



owh, ini bukan gambar kat hotel tu ye kengkawan..... ni adalah toilet kat Airport Kota Bharu..... aku suka ngan interior dia..... konon2 verangan la nak buat gini jugak kat umah kan..... tapi xder la letak bebanyak sink n cermin tu kan..... yang penting dah verangan nak letak cermin tinggi (macam gambar sebelah kanan) macam tu.....  hehe..... "boleh kan PAPA"..... ngeeeee

 ha ni keadaan kat airport..... time ni sume orang dah stanby nak masuk kapal..... aku jerk yang duduk lagi..... malas la nak beratur pepanjang..... tunggu orang dah tinggal sikit baru aku bangun dari kerusi..... haha aci tak.....

tapi tetiba flight ter'blackout plak..... so kena tunggu la 15 minit dalam kapal Air Asia  tu tanpa lampu tanpa air-cond sementara dorang betulkan sumber elektrik..... lepas tu, alhamdulillah aku selamat sampat di Airport LCCT 1 jam kemudian.....


k, sekian


erm, selit 1 pic aku n Tim (kawan opis) kat Awana Genting Highland masa 1st day kami sampai hari Khamis lepas..... cerita penuh, sok yerk..... hehe


23 February 2012

*Kronologi Kejadian Di Kelantan*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hah, kronologi pulak.....
aper kes.....?
hehe, ni adalah kejadian yang berlaku masa aku outstation di Kelantan last week.....
x banyak gambar yang diambil coz komited dengan kerja kan.....
hehe

so aku share la apa2 yang patut kat sini yerk.....


12.02.2012
perjalanan kami bermula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.....
ada 2 kenderaan = 6 orang.....
perjalanan melalui Pahang dan terus ke Kelantan.....
sampai di sana lebih kurang jam 6.30 petang.....


di Kelantan, kami stay kat Hotel Habib, Kota Bharu.....
hotel ini adalah milik owner kedai emas Habib Jewel, baru mula beroperasi last year.....
ni kali ke2 aku stay kat sini, dekat dengan bandar.....
lokasi hotel ni dekat dengan bangunan MARA dan Mahkamah Kota Bharu.....
jalan belakang sikit dari hotel ni dah boleh jumpa tempat shopping The Store.....


malam tu kami dinner di Restoran Pinang Seribu.....
cik Lala (tudung hitam gambar bawah kanan) belanja, thanks Lala, lain kali boleh belanja lagik.....
tomyam dia memang marvelous.....


13.02.2012
pagi tu kami dah start keje.....
pi melawat ke bengkel2 usahawan kraf untuk tengok progress pengeluaran produk dorang.....
agak memenatkan, tapi demi tugas, kami lakukan jua.....


tengahari kami di belanja makan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, En Razis Mohd Said (berkemeja putih).....
makan di Restoran Nurfa, tepi jalan jerk restoran nieh.....
terima kasih en. Razis.....
makanan dia boleh tahan sedap tapi sebab aku x berapa gemar masakan percik, so x habis lah ikan percik tu.....
hehe

lepas makan, sembahyang jap.....
n petang sambung lagi kerja2 pemantauan.....


petang tu sebelum balik ke hotel, kami lepak di Pantai Cahaya Bulan (sebelum ni dipanggil Pantai Cinta Berahi).....
sambil pekena seafood celup tepung.....
time ni group yang naik kereta 1 lagi dah xder, dorang ke Terengganu untuk tugasan lain.....
so, tinggal aku bertiga termasuk pemandu berhemah opis kami, en. Ijoi.....


waktu malamnya, untuk merelease tension bekerja di waktu siang.....
kami layan bowling di Pacific Bowl di KB Mall, Kota Bharu.....
pemenang pada malam tu adalah en. Joe (berbaju biru).....
dan sebagai hadiah, dia belanja kami makan burger oblong.....
haha, tetiba orang yang menang belanja makan.....
thanx en. Joe.....


14.02.2012
last day di Kelantan.....
waktu pagi kami jalankan tugas seperti biasa.....
sambung melawat ke bengkel usahawan di sekitar Kota Bharu.....
aku usahakan untuk siapkan kerja awal.....
dan alhamdulillah berjaya.....
jam 2 petang kerja dah setel.....
maka.....
seterusnya kami ke.....









Rantau Panjang


sebelum jenjalan shopping kat kedai bebas cukai rantau panjang.....
kami pekena sup di gerai tepi kedai.....
sebaris dengan Mydin kat Rantau Panjang.....
memang sedap.....
nyum nyum.....

lepas tu, apa lagik.....
shopping time.....
tapi x shopping mana pon, maklumlah gaji dah ujung2 jerk.....
huhu
dapat lah kami rembat 1 2 helai baju kat situ.....


then malamnya.....
kami pekena Nasi Kerabu Golok.....
x der la sampai ke Golok nuun kami pergi.....
still di Kota Bharu lagi, tapi nasi kerabu tu memang special.....
apa yang special pon aku x tahu, mungkin ayam n daging dia di panggang, tu yang jadi special tu.....
aku x berapa gemar nasi kerabu, tapi dah orang belanja.....
aku bedal je la.....
hehe


 terima kasih Abg Pojee (t-shirt merah) yang belanja kami makan malam tu.....
memasing khusyuk jerk makan.....
lepas tu kami layan perlawanan bola sepak antara Selangor lawan Kelantan.....
hehe


15.02.2012
ha.....
hari ni perjalanan kami adalah ke negeri Perak pula.....
sebelum tu, pepagi jumpa Pengarah cawangan untuk minta izin berundur setelah tugas selesai.....
perjalanan melalui Rantau Panjang, Gerik bermula jam 11.00 pagi.....


singgah di Puncak Titiwangsa.....
rehatkan ketegangan kaki dan badan kat situ.....
lepas tu, sambung balik perjalanan sampai lah ke Kuala Kangsar lebih kurang jam 5.00 petang.....

erm, penat pulak menaip.....
sambung lain kali la yerk.....
hehe

k, sekian


di Perak x berapa banyak gambar, so nanti aku share cerita je la yerk, tu pon kalu aku ingat. huhu.....
gambar2 kat entry ini semuanya bersaiz kecil untuk tidak memecahkan situasi gambar tersebut. sorry yerk kengkawan.....

08 December 2011

*Dinner Nasi Lemak Kota Bharu*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
masih berkisar cerita outstation ke Kota Bharu, Kelantan last week.....
lepas kita lihat cara melakukan solat di hotel oleh kanak2, hari ni aku kongsi menu kami di sana pula.....

1st day kami di sana, sebelah siang kami dijamu dengan makanan yang marvelous sesangat di Restoran Syam, Kota Bharu.....


 Restoran Syam ni dari luar nampak biasa, macam kedai yang ada 4 buah meja kecik.....
sekali masuk jerk dalam.....
wallah!!! luas giler, dengan aicond, siap ada stage lagik.....
dua tingkat ko restoran nieh.....
n yang lagik best, laluan ke parking ke area belakang restoran nieh ada lampu candelier ko.....
umah aku pon x der tau..... tapi sorry gambo xder yerk kengkawan... huhu
makanan kat sini pon sedap2 belaka.....
menu > set nasi putih, tomyam putih, ikan xxx tiga rasa, telur bistik, ayam goreng halia, kerabu mangga, udang goreng butter kut, sayur campur, sambal belacan, air sirap selasih, air suam untuk buat susu Aisha
makan 6 orang lebih kurang RM100.....
office bayar..... Alhamdulillah

 then, lepas makan trus check-in Hotel Habib dalam jam 4 ptg.....
hajat nak merehatkan badan yang letih lepas makan buat lawatan ke bengkel pengusaha.....
tapi xder yerk rehat, coz melayan my lil Aisha yang sibuk berkenalan dengan peralatan n perabot kat dalam bilik tu.....
habis sume dipunggahnye.....
last2 lepas aku solat..... aku bukakan tv, chanel cartoon..... baru statik dok depan tv.....
tu yang jadi adegan yang aku cerita semalam tu.....

sementara anak dara aku tu syiok tengok tv, aku pon mandi.....
hajat nak ajak 2 org fasi yang aku bawak skali dari KL kuar dinner malamnye.....
tapi memasing ada hal la pulak, so aku decided untuk turun bawah jerk n beli makanan bungkus.....

lebih kurang jam 6.30 ptg, aku siap2kan Aisha.....
ajak dia turun.... depan hotel ada kedai makan..... bila ushar menu yang ada hanyalah nasi lemak n laksam jerk..... coz tuan punya kedai demam..... huhu sian makcik tu.....
aku xder pilihan lain, so aku take away nasi lemak 1, air sirap bandung 1 n choholate muffin 2



balik hotel, masuk bilik, makan.....
hajat nak makan lepas maghrib terpaksa dibatalkan coz my lil Aisha dah sibuk nak makan.....

 habis makan, layan cartoon lagik.....
lebih kurang jam 8.30 mlm Aisha dah mula melayukan mata..... maklumlah penat seharian jadi bodyguard mama dia dari KL ke KB kan.....
so, buat susu..... trus zzzzzzzzzz

aku, time ni lah aku wat kemas kini kerja2 aku untuk ari ahad.....
pukul 10 mlm..... trus join Aisha zzzzzzzz

Alhamdulillah, tiada sesuatu yang terjadi di luar dugaan.....
cuma my lil Aisha terjatuh dalam toilet coz sibuk nak jugak ngekor aku masuk dalam.....
last2 bedebam, seb baik jatuh terlentang n ada towel alas kaki.....
so, pujuk jap, n ok.....

so, Ahas punye cerita nanti upload yerk.....
penat menaip.....
hehe

k, sekian

07 December 2011

*Cara melakukan solat di hotel oleh kanak2*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

cerita last weekend masa aku outstation ke Kelantan atas urusan OP.....
aku ke sana, atas urusan kerja, tapi aku bawa my lil Aisha coz tiada sapa nak jaga dia ujung minggu kan.....
hubby tetiba ada kursus dari Jumaat sampai Ahad.....
so, aku xder pilihan, kena bawa sekali si kecik tu.....
Alhamdulillah, urusan di sana telah selesai walau aku x boleh nak concerntrate sangat.....
yelah, budak kecik tu bukan boleh nak duduk diam lebih dari 20 minit kan.....
habis 1 dewan dia jadikan playground, siap main tumpah2 kan susu lagik.....
huhu

ok, ni aku nak share.....
info dari pemerhatian aku ngan my lil Aisha masa kami berada di bilik hotel habib.....
kami stay di Hotel Habib Jewel
tentang
cara melakukan solat di hotel oleh kanak2 (Aisha ler tu...hehe)


jom layan


 memula kita bentang sejadah ikut arah anak panah yang ada kat siling bilik kiblat.....
bentang betul2 supaya selesa masa kita solat.....


 kemudian, ambil telekung dan pakai.....
kain dahulu..... kemudian telekung.....


 betulkan kedudukan telekung agar selesa kita pakai.....
pastikan muka terkeluar dari ruang sepatutnya terletak di tempat yang betul.....


 setelah selesai.....
ambil remote tv dan tukar kepada chanel yang sesuai dengan jiwa kanak2.....


 dan akhirnya, kita layan chanel kesukaan kita tu hingga selesai.....

agak2 x selesa atau penat tengok tv sambil berdiri.....


 kita buka telekung yang dipakai tadi n landing atas katil pula.....


 landing dengan muka tersenyum sambil tengok tv hingga cerita itu selesai.....



 k, sekian