^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

09 December 2014

pizza jam-packed big variety box

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


di kala malas memasak datang dalam diri..... maka si isteri pon pujuk si suami untuk call company delivery yang boleh tolong masakkan sesuatu untuk mengisi perut kami di kala malam hari.....

setelah 15 minit menunggu, maka makanan pon sampai di depan pintu.....





Pizza Jam-Packed Big Variety Box menjadi pilihan kami untuk mengisi perut 3 beranak.....

not bad pizza baru ni..... yang bunga tu rasa menggoda, my lil princess Aisha awal2 dah kutip bunga2 tu..... pedas katanya, tapi tetap di makan..... lagi satu cheese dia banyak, so puas la makan..... yang lain2 tu biasa la rasa dia kan..... ada mushroom soup, spaghetti, drummet pedas n garlic bread.....

alhamdulillah, dapat merasa pizza nieh.....

k, sekian

04 December 2014

#throwback : Majlis Orientasi Tahun 1 2015

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 pejam celik pejam celik, dah nak masuk Darjah 1 dah anak dara aku nieh..... alhamdulillah, daftar online je untuk masuk darjah 1..... senang dan mudah sebab semua di hujung jari, tinggal pi sekolah untuk pengesahan dan last week 25 Nov 2014 dah pon dijalankan Majlis Orientasi & Suai Kenal Tahun 1 2015 kat sekolah pilihan kami.....

 sebab utama pilihan adalah dekat dengan rumah..... hihi




sampai2 pagi tu, daftar nama dulu..... lepas tu anak2 dapat kertas berwarna.....
berkumpul di tapak perhimpunan dengan mengikut warna kertas memasing, ada warna Ungu, Biru, Hijau dan Merah.....
Aisha dapat warna Biru..... so, moh la kita beratur ikut warna ye.....

 


masa ni, mak ayah semua berkumpul kat tapak perhimpunan tunggu anak2.....
semua lebih kurang ada 170 orang anak2 yang daftar untuk Darjah 1 kat sekolah ni.....
kertas warna tu untuk tentukan kumpulan sebelum ujian Saringan LINUS diadakan..... ye lah, masa ni x der lagi la pembahagian kelas kan..... just kumpul secara random jer.....

lepas anak2 beratur, berjalan masuk ke dalam kelas untuk ujian, mak ayah kena la dengar taklimat.....
 



mak ayah dilarang pergi ke kelas ye, masa anak2 ambil ujian.....
jadi, marilah kita duduk di kerusi dan dengar je taklimat yang diberi untuk pengetahuan bersama.....




taklimat disampaikan oleh Guru Besar, En Mohd Yazid.....
x boring sebab dia pandai buat lawak, tapi lawak yang berpelajaran la kan..... kalu aku buat lawak, kelain nanti jadinya..... hihi

 banyak la info yang diceritakan.....
 



yang paling penting kat sini.....
pelajar dinasihatkan datang awal ke sekolah selewat2 nya pukul 7.15 / 7.20 pagi..... sebab tetiap hari ada perhimpunan, cuma beza ada perhimpunan pendek dan perhimpunan panjang sekali seminggu..... macamana perhimpunan pendek ngan perhimpunan panjang, kena tanya pihak sekolah la ye..... 

kalu sekolah aku dulu, hari Isnin ada perhimpunan kat tapak perhimpunan reramai ada nyanyi2 lagu, ada doa, ada ucapan cikgu dan lain2 la amanat yang cikgu nak sampaikan, hari2 lain cuma beratur kat tepi kelas, baca doa je, lepas tu dah boleh masuk kelas untuk sesi belajar.....


 

ni cerita pasal bayaran pulak.....
RM30.50 dimansuhkan..... tapi PIBG RM25.00 kena bayar untuk tanggung kos selenggara sekolah yang pihak KPM x sediakan..... bayaran buku, untuk tahun 1 2015, dah pon aku beli masa hari tu juga, total RM42.30 termasuk buku komunikasi.....




hah, ni lah penerangan untuk LINUS, ujian Saringan Linus yang anak2 ambil untuk tentukan kelas hari ni.....
mungkin tiap sekolah ada lain2 pendekatan kan, tapi untuk sekolah ni, ujian adalah berdasarkan kepada pendekatan LINUS untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.....




dan sekarang, pejalar tak dinilai melalui peperiksanan..... pelajar di nilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)..... erm, yang ni x berapa nak clear sangat, kalu aku salah tolong betulkan ye.....
apa yang penting, keputusan anak2 boleh tengok online melalui web saps.gov.com.my.....
erm, nanti kita cuba ye, boleh ke tidak..... ;)

 sebelum guru besar mengakhiri taklimat, dia ada share rahsi pelajar cemerlang.....





Elakan Pemakanan :
Minuman berkarbonat
Perkakas dalaman haiwan
Otak haiwan
Coklat & gula2
Sisa semut
Makanan ringan
Makanan masam / pedas
Biji Gajus

Galakan Pemakanan :
Kacang soya
Kismis
Madu
Kurma
Pisang
Ikan tongkol
Kacang badam
Daging


"sebab tu lah anak2 orang Terengganu pandai2 belaka, sebab dorang makan nasi dagang, nasi dagang kan guna ikan tongkol"..... antara statement guru besar..... hihi



dah selesai taklimat guru besar, lepas tu ada taklimat dari GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum..... 
lepas tu, mak ayah tunggu lah anak2 yang ambil ujian saringan keluar dari kelas..... tugas ni aku serah kat Hubby sebab aku nak mencekik kuih yang dibeli kat luar sekolah pagi tadi..... Hubby dah makan masa taklimat tadi..... aku macam biasa la, snap sana snap sini, guna HP Hubby..... hihi




sesi menunjukan kelas kepada Papa

hah, gembira je anak dara tu keluar dari kelas ujian..... kira ok la tu kan.....
memacam aku tanya kat dia, tapi dia jawab dengan tenang je..... aku pulak yang risau lebih2..... ngeh2
statement yang paling tak menahan dari Aisha dalam banyak2 yang aku tanya adalah "tadi soalan tak ada bahasa Cina pon Mama"..... hihi, dia ingat macam kat tadika dia kut, kat tadika ada belajar bahasa cina.....

macam yang aku cerita kat atas tu, ujian ni cuma untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris je..... lain2 macam Pendidikan Islam dan Sains x der.....




sebelum balik moh la kita bergambaran kat stage dulu buat kenangan ye.....

kat sini sempat lah jumpa jiran belakang rumah, n mak ayah kepada kawan2 tadika Aisha, borak2 pasal sekolah anak2 tahun depan, perangai memasing nak masuk sekolah, barang2 nak di beli, transport ke sekolah... memacam lagi lah.....
 



dan dapat juga ambil gambar dengan Olaf..... hihi, comel je kan.....

maka, berakhirlah Majlis Orientasi & Suai Kenal untuk tahun 1 2015.....
harap2 Aisha boleh terima pembelajaran di sini, dan seterusnya membanggakan kami sekeluarga..... inshaa Allah..... aamiin..


k, sekian


02 December 2014

#throwback : Majlis Graduasi & Sukan Tahunan 2014

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas, sekolah Aisha ada buat Majlis Graduasi & Sukan Tahunan Kali Ke-25..... majlis jatuh pada hari Ahad 16 Nov 2014, so tak ada masalah la nak kena ambil cuti kerja kan..... Alhamdulillah, dah graduated dah anak dara sorang nieh..... majlis di buat simpel je, sebab student x ramai sangat, tapi apa yang penting ada majlis penghargaan untuk pelajar2 yang dah pon tamat sekolah tadika kat sini..... hehe





cuma buat kat padang sekolah, di bawah kemah, x der pentas pon..... tapi tetap meriah dengan gelagat budak2 sekolah..... hihi





majlis dimulakan dengan perbarisan pelajar, lepas tu ada nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, tarian untuk lagu 1 Malaysia, lagu bahasa cina n lagu badan saya.....




dah habis nyanyi lagu, ada bacaan ikrar pulak.....



ha, ni dah siap2 pakai jubah n beratur untuk penyampaian sijil oleh pengerusi tadika.....




sesi penyampaian sijil.....




senyuman di hari graduasi walau masa ni x berapa sihat.....


 dah selesai penyampaian sijil..... ada sukan pulak..... Aisha dapat masuk 3 jenis sukan berkumpulan, 2 sukan dapat tempat pertama n lagi satu sukan dapat tempat kedua..... alhamdulillah.....






posing sikit dengan Mama ngan Papa lepas habis acara sukan.....



hadiah sukan yang Aisha dapat.....
erm, lupa nak snap fail yang dapat masa penyampaian sijil graduasi kat atas tu kan...... dalam tu ada sijil tadika, ada gambar yang sekolah ambil, ada buku n pensil..... nanti kalu ingat nak share kat sini gambar yang sekolah amek tu..... untuk kenangan..... hihi




last but not least.....
pic anak dara bergambar sebelum balik.....



hari jumaat last day sebelum cuti sekolah, ada jamuan, so cikgu cakap pakai baju biasa n pakai kasut bertutup..... seronok la Aisha nak melaram pakai baju "frozen' katanya...... bukan baju frozen pon, tapi baju jubah panjang n ada manik2, tu yang katanya baju frozen sebab panjang meleret sampai ke buku lali, siap request nak pakai cekak rambut bulu2 n tocang rambut macam elsa..... hihi layan kan je lah, janji dia seronok nak pi sekolah.....

alhamdulillah, selesai tadika, tahun depan dah darjah satu pulak..... moga Aisha boleh terima pembelajaran di masa2 akan datang..... inshaa Allah..... aamiin..


k, sekian



27 November 2014

#throwback : kemas pasu depan rumah

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


cerita bulan lepas..... saje isi masa lapang dengan mengemas pasu.....
pokok serai yang kat balkoni atas pon aku mintak tolong Hubby turunkan bawah..... senang aku nak monitor pokok tu nanti..... kalu kat atas, cuma rajin tengok dari tingkap bilik je, nak keluar ke balkoni rasa macam jauh je nak jalan, padahal dekat je, tapi sebab 'M' menguasai diri..... maka semua benda pon jadi susah..... 

bila dah pindah ke bawah, ni senang sikit nak tengok, pi balik keje kompem akan tengok dulu, then agak2 perlu penjagaan lebih, nanti ujung minggu boleh plan nak buat apa kan..... so, bulan lepas kerja2 pemindahan dan penyusunan semula dibuat.....




tak da lah banyak mana pon, pokok serai 3 pasu, dari atas bawa turun bawah, trim daun biar x nampak serabut..... 
pokok pandan dari 1 pasu, dijadikan 2 pasu, trim bagi cantik semua daun kasi kijau.....
pokok mulberi kasi trim, sebab kalu x trim, nanti dia x mor berbuah.....
pokok kangkung yang comel2 tu, kasi tambah tanah biar membesar bagai johan..... sian si kaloi Mai, makan kangkung kurus2 je..... huhu

hah, cerita pasal pokok mulberi kan, setakat ni dah 4 kali tuai buah dia, sekali tuai sebiji je..... so kami dah merasa 4 biji yang fresh dari pokok..... hehe, pokok comel, maka buah pon comel la kan.....





pokok mulberi yang sentiasa berbuah.....Alhamdulillah




zoom sikit..... ada yang masih muda, ada yang dah nak masak.....



 ini buah yang dah hampir masak.....
erm, kalu macam kat atas tu, separuh hitam separuh merah kira x masak betul lagi tu..... yang warna hitam tu manis, yang warna merah belah atas tu masam..... masa ni dah tuai kali ke 2 kut, dapat la 2 biji..... aku satu, Aisha satu, Papa x makan buah, so tengok je..... 

tapi buah atas tu kami makan yang separuh je, sebab yang warna merah tu masam..... huhu, so lepas kalu nak petik, kena betul2 hitam, tapi kena cepat sebab hitam tu sekejap je, nanti kalu x perasan, dah kering pulak, tak dapat merasa pulak.....

 ha, dapat bayangkan x kecomelan buah tu dari gambar kat atas..... memang comel sangat..... kalu makan, setakat rasa ujung lidah je..... hihi, hurm aku gugel buah ni, saiz dia besar la jugak, tapi yang kat rumah ni kecik je, ke sebab pokok tu masih kecil lagi..... so, kita tunggulah nanti lama2, mana tau dia makin membesar ikut saiz pokok kan.....

Alhamdulillah, dapat merasa buah ni fresh..... orang kata, berbudi pada tanah, inshaa Allah akan dapat hasilnya kan..... ada impian nak tanam pokok2 herba @ ulam, tapi x jumpa benih lagi..... moga impian tercapai satu hari nanti..... hehe

k, sekian



25 November 2014

#throwback : pasang paip air dua kepala

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

ini adalah entry bulan 9 yang lepas..... entry pasal survey jubin yang pecah dalam rumah kami..... tapi x beli pon jubin, kami beli bende lain..... dan benda tu dah pon siap pasang sebenarnya..... cuma x share kat sini lagi je..... haha





ha, ni kedai yang kami survey jubin 2 bulan lepas..... Hok Ju Hardware Sdn Bhd kattepi jalan besar Taman Bersatu, Rawang..... sekarang kalu nak beli barang2 hardware, kami suka pi sini sebab layanan bagus, harga boleh kurang n boleh cuci mata lebih sebab banyak barang kat sini..... dia ada 3 lot kedai, tu yang puas tengok barang tu..... hihi




ok, ini lah bende yang kami beli kat kedai tu..... bidet untuk bilik air tetamu kat tingkat bawah..... bagi nampak ekslusif walau guna yang biasa2 je..... harga RM22.50, lepas diskaun  dapat lah RM18.00





satu lagi bende yang sangat aku idam2 kan, paip dua kepala..... harga RM32.00, lepas diskaun dapat harga RM28.00..... senang kalu ada dua kepala ni. satu kepala yang sambung kat bidet untuk cuci apa2 yang patut lepas membuang, satu kepala lagi untuk ambil wuduk, so xder la dengan hose yang berpusing2 tu jugak untuk wuduk kan..... yang ni dapat la kuar air direct dari kepala paip tu..... alhamdulillah, dapat jugak akhirnya.....




ha, ni bila dah siap pasang kat toilet tetamu tingkat bawah..... my dear Hubby pasang sendiri.....te dear menunaikan impian istrimu ini..... hihi




so, lepas ni nak tukar juga kepala paip yang kat toilet atas pulak..... kena ada keizinan Hubby dulu sebab dia yang nak pasang kan..... aku tukang amek gambo jerk..... haha

k, sekian


 pssst : hari ni aku cuti sebab ada sesi suaikenal untuk bakal pelajar darjah satu tahun depan..... dah darjah 1 dah anak dara Mama nieh.....


21 November 2014

#throwback :: lawatan ke zoo negara

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 erm, lama x menaip..... macam dah ilang skill je nieh..... huhu, terlalu bz dengan penyediaan maklumat untuk bos meeting tiap2 minggu, sampai x terupdate blog ni..... so, ari ni boleh la selit masa kejap nak menaip n draff entry untuk hari2 mendatang..... tapi stok cerita yang lepas2 la kan..... hehe



hah, ni cerita bulan lepas..... sekolah tadika Aisha ada buat lawatan ke zoo negara..... sepanjang sekolah tadika ni, ni je sekali sekolah dia buat lawatan..... dulu masa sekolah playschool 4 tahun yang kat menara PJD tu ada la 2 kali dia join lawatan sekolah..... sekolah tadika 5 tahun kat Tadika Aida, x der langsung..... mungkin sebab kekangan guru kan.....

so, dapat join lawatan sekali ni pon dah ok dah...... saje nak bagi pendedahan untuk anak2 kan.....


dengan bayaran RM55.00 seorang..... terhad kepasa 30 orang terawal..... pada 18.10.2014 yang lepas dapat lah Aisha join lawatan tu.....
alhamdulillah, semua selamat.....



erm, sebenarnya masa ni Aisha x berapa sihat sangat, demam selesema..... tapi semangat nak pi zoo tu, mengaburi rasa x sihat badan..... dah pesan kat cikgu tolong tengok2 kan, sebab dia x sihat kan.....




sebelum tu, masuk dalam kelas dulu..... cikgu edar makanan dan minuman..... lepas tu baca doa naik kenderaan ramai2.....






lepas tu, beratur ramai2 kat luar sekolah..... ada juga yang bawa kakak / abang sebagai teman..... tu untuk yang 5 tahun la, aku tengok yang 6 tahun, semua pi sendiri je..... semua 30 orang murid + 6 orang cikgu, kira ok lahkan..... sorang cikgu jaga 5 orang murid.....




dah setel semua..... jom naik bas..... Aisha dok ngan kawan baik dia, Syafiza..... tapi x nampak dalam bas tu..... hurm time ni rasa sayu jugak, ye lah terfikir, boleh ke dia jaga diri, dengan badan x sihat tu..... harap2 boleh la kan.....

lepas bas gerak, kami pon gerak naik kereta, pi cari kedai untuk sarapan..... balik rumah n tunggu lah pukul 3 petang seperti yang  dijanjikan untuk pick up Aisha balik dari zoo.....

erm, balik dari zoo Papa Aisha je yang pi amek sorang naik moto..... gambar, x der yer..... hihi
balik tu badan dia makin panas, tapi semangat lah dia bercerita pengalaman dia kat zoo..... aku layankan je..... yang paling penting aku tanya,
"Aisha ada tengok panda x?"
"Ada, tapi panda tu tido je....."
hihi, ye lah, kebanyakkan yang bercerita pi tengok panda kat zoo, memang panda tu tido je.....




tag zoo negara, pengalaman Aisha ikut lawatan ke zoo dengan Tadika Sri Terentang



 

so, sampai sekarang pon, kalu lalu jalan nak ke zoo tu, Aisha akan bercerita pasal lawatan dia ke zoo masa ni..... siap ajak kami suami isteri untuk pi sama2..... ok, inshaa Allah, ada masa nanti kita pi sesama ye sayang.....

k, sekian




06 November 2014

cek nuffnang dah sampai

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

Alhamdulillah, cek ke-3 dari ejen pengiklanan Nuffnang dah sampai.....
cash out ujung bulan 9 ritu, seperti yang dikatakan, dalam 2 bulan cek akan sampai.....
hehe

opsss, atas ni bukan cek aku tau, aku nyer x snap pic sbb kalu snap pon, x bleh nak transfer dari hp ke pc..... huhu
tapi amount lebih sikit je dari cek milik Ooi kat atas tu.....

so, hajat nak memenuhi permintaan Aisha untuk beli baju kembang ala2 princess masa birthday dia nanti, boleh la ditunaikan cepat.....sebab dah janji kan. kena lah tunaikan..... hehe

Alhamdulillah sekali lagi.....

sekian



21 October 2014

jalan jalan hujung minggu Tasik Metropolitan Kepong

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

aktiviti hujung minggu..... nak hirup udara agak segar di taman..... jom kita ke Tasik Metropolitan Kepong.....
ingat nak berjoging, tapi anak dara nyer kasut dah x muat..... so kita biar je Papa jogging, Mama teman Aisha jalan2 yer.....

lepas habis aktiviti kat tasik ni, balik singgah Tesco Rawang, beli kasut sukan cum jalan2 untuk anak dara..... Papa belanja..... hihi tq Papa.....

 so, jom jalan2 kat tasik.....


 

sampai sini dalam pukul 8 pagi, dah ramai yang beriadah.....




cuaca pagi tu agak elok juga lah..... erm tu kabus ke jerebu tu.. hihi




jalan2, jumpa pokok comel ni, halus2 je batang dia..... pokok apa ye.....




jom posing jap..... peaceeeee




sesi pengimbangan badan di jalan berbukit..... hihi




rumput tu macam best je kalu guling2 kan..... feeling ala2 hindustan gitu



 
jalan2 tepi tasik.....




jalan pembahagi tasik.....




untung orang yang dok kat umah tu kan, dekat je kalu nak beridah kat tasik ni..... depan pagar je..... tapi kena pusing juga sebab entrance dia bukan kat situ.....ker ada jalan kecik yang tebus kat situ.....



 
ranting pokok pon nak ambek gambo..... haha, aku tengok cantik pulak ranting kering tu.....




ikan yang menunggu kut2 pengunjung bagi makanan..... rasa nak turun tangkap je.....




pokok tu macam best je wat tempat berkelah..... tapi air tasik ni bau dia kureng sikit..... x boleh dok lelama, udara x berapa nak segar.....




pelantar..... port untuk berphotoshoot.....




hurm, kalau bawa incikNik ni kan best..... kelihatan Papa n Aisha jalan slow2 sebab tunggu aku tengah snap pic..... hehe




pokok bunga kertas, dalam wishlist untuk di tanam di TerataKami.....




cendawan cumel pon jadi mangsa snap'an aku.....




padang luar untuk main layang2, tapi time ni x der angin, so xder orang main pon.....




port untuk anak2.....




hah, yang paling penting kat sini, boleh tengok si Papa melayan si Anak Dara yang x puas2 bersenam a.k.a bermain.....

dah dah, jom balik, kita cari makanan..... kata nak pi cari kasut baru kan.....
hehe




breakfast kami hari tu..... phrata & pizza crepe + air soya & ice lemon tea



lepas breakfast, pi kedai kasut, sebab anak dara dah tuntut janji..... ok sayang, jom beli kasut, nanti kita joging sama2 ye.....

k, sekian