^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

07 September 2017

apa itu Beta Thalassaemia Trait

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,

aku ni sejak register di Klinik Kesihatan untuk cek kandungan, 03 Mei 2017..... dah kena buat susulan setiap 2 minggu..... sebab 1st cek darah, kandungan Hb aku dah dikira rendah iaitu 9.5 g/dl..... kalau orang lain, awal2 pregnant sebulan sekali je g klinik kan, tapi tidak bagi aku..... dah macam pregnant 8 bulan sebab setiap 2 minggu kena ke klinik nak pantau paras Hb aku..... kira aku ni ada anemia la.....

dan setiap kali cek, memang x pernah capai 10 g/dl pun untuk bacaan normal kan..... kalau pregnant kena Hb 11 baru ok sebab kita kongsi dengan baby kan..... masa cek-up tu paling tinggi Hb aku adalah 9.5 dan paling rendah 7.8..... huhu, doktor cakap kalau bawah 7 g/dl dah kena buat pemindahan darah..... maka aku dinasihatkan untuk buat ujian FBP (Full Blood Picture) dan Iron Study..... ia nak tentukan samada aku ni adalah pesakit Talasemia atau tidak.....

so dalam 2 minggu lepas tu, 20 Mei 2017, aku pun buatlah FBP ngan Iron Study tu kat BP Healthcare Group Rawang..... kat klinik x der buat, kena buat sendiri kat luar dengan bayaran RM140.00 lebih kurang..... kalau tempat lain x tau la berapa bayaran dikenakan..... dalam seminggu result keluar..... Hb still rendah, tapi Iron / Ferritin normal..... maknanya aku x der masalah Iron kurang dalam badan..... then doktor amek sampel darah dan dihantar ke Lab kat Hospital Selayang untuk tau samada aku ni pengidap Talasemia atau tidak..... lama juga nak tunggu keputusan tu..... hampir 3 bulan..... merana juga lah aku tunggu keputusan tu, sebab takut juga kan.....

maka masa check-up terkini, 6 September 2017, keputusan ujian Talasemia pon dah dapat..... seperti di bawah.....

aku di diagnosis Beta Thalassaemia Trait iaitu Pembawa Beta Talasemia..... tapi dari keterangan doktor, kalau pembawa ni tak bahaya sangat..... sebab tak perlu untuk buat pemindahan darah..... Hb hanya rendah semasa mengandung atau bila sakit sahaja..... tiada ubat untuk pulih..... makan lah Iron banyak mana pun, Hb tetap akan rendah.....

Talasemia ni adalah ibarat kilang untuk menentukan gen kita..... samada rambut kerinting ke lurus, mata biru ke hijau, kulit cerah ke gelap, rambut hitam ke perang dan lain2..... maka memang tak ada ubat untuk kilang tu.....

so sebagai pembawa, yang perlu dijaga adalah untuk tidak mengahwini pasangan yang pembawa juga..... Alhamdulillah, Hubby normal..... ini untuk elakkan daripada anak kita mendapat Talasemia Major..... kalau Talasemia Major tu yang kena buat pemindahan darah setiap bulan.....


Talasemia (bahasa InggerisThalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


jadi sekarang ni, bila dah tau aku ni pembawa, kalau amek darah setiap kali check-up aku dah tak payah risau lah kenapa asek rendah je Hb aku ni kan..... nurse pun dah tak bebel2 kat aku lagi, tanya aku makan ubat x..... makan x makanan yang disarankan..... aku redha je lah dengan keputusan darah tu kan..... yang penting jaga pemakanan berkhasiat untuk diri sendiri dan baby..... dan yang penting Hb kena maintain atas 8, kalau tak, kena lah stanby untuk masuk darah..... huhu

hurm, next week kandungan dah 28 minggu, so nurse dah ajar buat Carta Pergerakan Janin..... nanti kena buat lah kan..... dan time tu juga kena minum air gula (MGTT) lagi sekali..... uhuk..... redha, tapi nurse tak bagi date lagi untuk minum air gula..... harap2 semua dipermudahkan.....

aamiin..

k, sekian

05 September 2017

cerita merdeka & raya aidiladha 2017

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Assalamualaikum,

lama bercuti kan kawan2..... tahniah la Malaysia sebab juara Sukan Sea 2017, maka kami dapat tambah lagi sehari cuti..... Alhamdulillah.....

untuk tahun ini, sambutan hari raya Aidiladha disambut selepas sambutan Merdeka, so cuti berturut lah kan..... disebabkan cuti agak panjang, Hubby decided nak balik kampung..... aku ok je kalau tak balik raya haji..... pernah je sebelum ni raya kat rumah sendiri..... masak simpel2 je untuk kami tiga beranak.....

mula2 kami ada rancang untuk bercuti satu keluarga Johor di Janda Baik, tapi last minit batal sebab baru perasan yang tarikh tu jatuh pada hari raya haji..... dah book homestay, tapi cancel..... ada hikmahnya kami cancel sebab tuan rumah biasanya akan bawa mak ayah beliau ke homestay tersebut untuk sambutan hari raya haji..... tak perasan katanya masa terima booking dari aku..... ok, redha

then, rancang untuk balik Johor..... beraya di rumah Kak Long ramai2..... dah tanya semua dah, kata semuanya ok..... tapi last minit semua pon ada urusan memasing..... beraya di rumah mertua..... maka batal la rancangan tersebut.....

last, aku minta Hubby tanya kat abang sulung beliau yang duduk di Terengganu, kalau family dorang balik Kuantan, maka bolehlah kita set beraya di Kuantan..... bincang punya bincang..... ok, done..... dorang beraya di Kuantan..... adik bungsu Hubby yang bekerja pon dapat cuti sambutan Merdeka, tapi kena kerja sebelah malam pada hari raya tu..... meriah la sikit kalau kami balik ke Kuantan kan bila semua ahli keluarga berkumpul..... kalau tak, baik raya kat rumah sendiri je..... sama je keadaannya..... 

maka, pada 31 Ogos 2017, kami pun bergerak balik ke Kuantan..... tak ikut jalan Gombak melalui tol, sebab dikhabarkan jalan tu jem..... kami ikut jalan Batang Kali - Bentong, lepas tu baru naik LPT 2 keluar di Gambang..... alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan..... gerak pukul 9.00 pagi, sampai pukul 11.00 pagi..... petang tu tak ada aktiviti apa2 pon, cuma borak2 ngan family.....

esoknya, 1 september 2017, sambutan hari raya aidiladha..... pagi tu ramai2 pergi solat raya di surau..... balik, makan2, rehat2, golek2 tengok tv, borak2..... 

lepas solat Jumaat, kami beramai2 pergi jalan2 kat taman, taman apa namanya aku lupa..... haha, adik ipar g joging, abang ipar main drone..... kami tengok je..... then adik ipar balik ke Temerloh sebab nak masuk kerja shift malam.....

esoknya lagi, 2 september 2017, lepas abang ipar n family balik ke Terengganu..... kami pergi surau untuk sesi korban..... tahun ni mertua tak ambil bahagian korban..... just tolong je.....


alhamdulillah, dapat bahagian kami, walau aku tak de lah nak tolong mana kan dengan perut dah kedepan ni..... tolong tengok je dari jauh..... lepas tu, tolong makan je..... hehe

uittt..... anak dara tu sekarang suka pose jelir lidah bila amek gambar..... masa ni, aku saje tanya "kenapa buat muka macam tu?"..... "penat lah Mama, lagipon berat ni"..... huh, baik punya jawapan, padahal tak der buat apa pun kat surau tu kan..... lepas siap ambil gambar, terus dia bagi daging tu kat Papa..... haha, bertuah punya anak dara.....

petang pula, kami penuhi jemputan jamuan raya rumah kawan MIL..... then lepas tu kami ke Pantai Sepat, Kuantan, Pahang..... anak dara kata, dah lama tak ke pantai..... maka ke pantai lah kami.....


seronok dia ye..... aku bagi syarat, kalau nak g pantai, boleh..... tapi x boleh main air sangat..... sebab tak bawa baju..... "ok Mama"..... balas anak dara..... dan sepanjang kat pantai tu, memang dia pegang kata2 tu..... nak main pasir pun, korek guna kaki je..... masuk dalam air pun, paling dalam paras betis je..... alhamdulillah, tak de la pening kepala aku nak cari tempat cuci kalau basah baju atau kena pasir kan..... dalam bonet kereta dah stanby air mineral 2 botol untuk cuci kaki.....


aku melayan anak dara di tepi pantai..... Hubby ngan PIL dok tepi pantai ambil angin sambil borak2..... dah lama baru Hubby turun join kami..... itu pun sibuk suruh aku ambil gambar dia..... posing gitu, posing gini, tukar port sana, tukar port sini..... aku nak amek gambar, kena amek sendiri..... tu yang jadi gambar selfie kat atas tu..... hehe

kenangan gambar ni, sebab 1st picture masa preggy 2nd baby di usia baby 27 minggu..... itu pon sipi2 je la ye..... maklum, selfie..... tangan tak cukup panjang nak ambil view semua..... haha

then, agak2 anak dara dah puas main pasir n main air, kami pun balik..... sampai rumah, ngam2 Maghrib..... lepas solat, makan malam daging korban yang dimasak kat surau pagi tadi..... lepas tu, Hubby keluar sebab nak jumpa kawan2 sekolah beliau yang dah lama tak jumpa.....

esoknya pula, 3 september 2017, kami balik ke KL..... waze bagitau jalan highway jem..... Hubby decided balik ikut jalan lama..... so, moh kita ikut jalan lama..... Temerloh - Bentong - Janda Baik - Genting - Batang Kali - Rawang..... alhamdulillah, selamat sampai..... ada juga la tempuh jem sebab ramai juga yang ikut jalan lama, mana yang tau lah kan..... tapi tak apa, yang penting selamat sampai rumah dan tak rushing pun sebab esok masih lagi cuti.....

4 september 2017, tak der buat aktiviti apa, just kemas rumah, uruskan kain baju, lepak2, makan2, rehat2 sebelum malam tu buat persediaan untuk bekerja dan bersekolah esoknya.....

----------

pengisian aktiviti merdeka dan raya aidiladha kami..... tidaklah meriah mana, gambar raya pun tak de ambil..... hihi, tapi yang penting, dapat berkumpul dengan family untuk eratkan lagi hubungan..... sebab masing2 pun dah duduk jauh2 kan..... masa ni lah nak berkumpul semua..... harap2 hubungan ini terus kekal dan ada masa nanti kita kumpul lagi ramai2 ye.....


k, sekian

04 September 2017

Bila patut beli barang baby?

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,

hurm..... time pregnant ni, pernah tertanya-tanya juga, bila agaknya ye masa yang sesuai untuk kita beli barang keperluan baby nieh..... macam aku sebab jarak yang lama antara mylil princess Aisha dengan 2nd baby ni..... maka, aku perlu sedia barang keperluan dari mula semula..... try korek2 barang Aisha masa baby dulu..... cuma dapat selamatkan sarung tangan & kaki je..... tu pun dapatlah 5 pasang..... baju ada juga simpan sikit, tapi semua dah buruk sangat..... kawan sebelah cadangkan guna sabun Champaca..... ok lah, memang besih..... tapi kalau dah berkeladak sangat, 9 tahun simpan dalam kotak, memang tak boleh buat apa dah lah..... so, tong sampah la jawab nya.....


Hasil carian imej untuk sabun cempaka
sabun Champaca (kanan) RM17.00 1 kg

dari carian aku kat internet, ada yang bagitau masa yang sesuai untuk beli barang baby ni..... ada yang kata lepas 1st trimester, ada yang kata bila kandungan 6 bulan, ada yang kata 7 bulan adalah masa yang paling sesuai..... 

tapi bagi aku..... bila-bila pon boleh, bila dah tau kita pregnant..... macam aku start 5 bulan dah mula survey..... lagipon, aku di psiko oleh jiran sebelah meja aku ni..... dia pon pregnant anak ke tiga sekarang (Alhamdulillah untuk beliau)..... bila dia buka website shopping barang baby, aku pon tergoda juga..... bila dia shopping barang baby, aku pon teringin juga..... bila dia cerita g kedai ni, g kedai tu beli barang baby..... eh!!!!! geram pulak aku, tak sabar rasanya nak shopping barang baby.....

survey kat internet, senaraikan apa keperluan ikut kesesuaian kami sekeluarga..... survey harga online dan offline..... tanya pendapat Hubby..... libatkan Aisha juga dalam pemilihan barang baby..... maklum, dia pon teruja nak dapat adik ni..... hihi.....

tapi, nampaknya, apa yang ada dalam list memang 99% aku perlu beli baru..... maklum, barang Aisha hampir semua yang dah tak boleh pakai..... huhu..... redha je lah kan..... demi keselesaan baby, kira macam aku baru nak dapat baby 1st time la ni..... kena belajar dari mula semula..... hehe

so, sekarang ni Alhamdulillah, usia kandungan 27 minggu dah beli barang baby dan untuk aku berpantang sekali..... banyak barang yang kasar2 je dulu beli sebab tak tau jantina baby lagi..... so, mana yang natural2 je la kami beli dulu..... yang lain-lain, dah tau jantina nanti baru beli..... masih lagi membuat survey barang2 yang belum di beli..... hehe

apa-apa pun, moga semuanya dipermudahkan..... in shaa Allah..... Aamiin..

k, sekian