^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label masak masak. Show all posts
Showing posts with label masak masak. Show all posts

12 February 2014

*masak masak ~ donut seri pagi*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 




 hihi, apsal bagi nama Donut Seri Pagi..... sebab rupa donut ni macam bunga, aku saje letak nama bunga seri pagi sebab dia maacam ada 5 kelopak..... eh ye ke bunga seri pagi ada 5 kelopak... haha hantam saje la labu.....

nak kena taip resepi kat sini sebab takut terlupa. refer ntah kat web mana satu ntah, google guna hp, then tulis bahan2 kat kertas..... kertas tu pon sekarang dah hilang, seb baik ambek gambo resepi yang tulis kat kertas tu..... so kena simpan kat sini, len kali kalu nak buat, refer kat sini jerk.....

bahan n cara buat yang ringkas jerk, tu yang boleh buat, kalu susah2 tu x der nyer der aku nak buat kat rumah tu..... jom aku share.....


Donut Seri Pagi

Bahan2
1 cawan tepung gandum (dapat 12 ketul bunga)
 1 sudu teh margerin
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
1 sudu besar gula

Cara2
1. campur yis, gula n air suam dalam bekas n biar seketika
2. campur tepung gandum, margerin, susu pekat masni n garam dalam bekas dan adun hingga bersatu
3. tuang campuran yis tadi dalam adunan n adun lagi hingga sebati
4. biar adunan doh seketika hingga kembang sekali ganda saiz asal (tutup dengan kain lembap)
5. adun semula n bahagikan adunan kepada saiz lebih kecil untuk di canai menjadi donut
6. biar seketika (dalam 10 minit) n goreng hingga kekuningan
7. angkat n tabur dengan gula icing (aku guna gula biasa n kisar halus, tu je yang ada kat umah, hihi)

erm, kalu ikut dalam cara2 nak buat tu kena campur yis, gula n air suam dulu kan..... tapi kau buat cara gitu x jadi, bukan x jadi apa, doh x naik, goreng tetap goreng, rasa still ok cuma x gebus la donut aku tu, hihi..... then kali kedua aku buat, aku campurkan semua bahan sekali..... alhamdulillah jadi pulak..... so lepas2 tu, aku buat main lebur jerk semua bahan dalam mangkuk n adun..... lagi senang kerja aku..... hehe

yang jadi donut seri pagi tu, aku refer kat youtube mana ntah, try cari lagi video tu tapi x jumpa..... huhu, tapi senang je nak buat dia, ikat n simpul jerk..... dah jadi..... aku nak cerita lebih2 pon x reti sebab x der gambar..... nanti2 kalu aku rajin aku buat lagi, aku snap pic yerk..... hihi

harap2 ada lah kerajinan nak mendonut lagi lepas ni.....
tengah cari resepi donut berinti pulak.....
nyum2

k, sekian
 

13 November 2013

*masak masak ~ Karipap Sardin Rangup*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, entry minggu ni pendek2 jerk yer..... sebab tengah kejorkan dateline untuk siapkan presentation ujung minggu ni..... selagi x meeting, selagi tu lah asek ler nak dibetulkan.....

so ari ni, kita cerita pasal masak masak yerk..... ni cerita 2 minggu lepas rasanya..... dah lupa dah..... haha
biasa lah, merealisasikan hajat anak dara nak main masak2..... maka aku pon google lah resepi kat internet..... maka dapat resepi mudah n bahan2 ada kat rumah.....



Karipap Sardin Rangup

Bahan2 Doh
400 gm tepung gandum (diayak)
1/2 cawan minyak (100 ml)
1/2 cawan air (100 ml)
2 sudu besar marjerin

 Bahan2 Inti
1 tin kecil ikan sardin (ambil ikan sahaja)
1 ulas bawang kecil (mayang)
1 ulas bawang putih (hancurkan)
Sos tiram
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara2
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang kecil hingga naik bau.
2. Masukkan ikan sardin dan hancurkan.  Masukkan sos tiram sesedap rasa.
3. Tumis hingga agak3 kering.  Matikan api n sejukkan.
4. Campurkan bahan tepung, minyak, air dan marjerin kemudian uli menjadi doh.
5. Bahagian doh ikut saiz yang dikehendaki n canai nipis menjadi bentuk bulat.
6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi n lipat dua doh supaya menjadi bentuk separuh bulatan.
7. Kelim penghujung doh supaya inti tidak terkeluar bila di goreng.
8. Panaskan minyak dan mula menggoreng karipap hingga masak kekuningan.

SIAP!!!



 ha..... inilah dia Karipap Sardin Rangup aku..... buat x letak cili sebab nak anak dara makan..... kalu nak pedas, masa masak inti tu, boleh lah leakkan sikit cili giling.....
yang penting, kulit dia tu rangup n lembut, goreng pon x melekat kat kuali..... n mudah jerk nak buat.....

so, lepas2 ni kalu bosan2 kat rumah, boleh jerk buat karipap ni untuk aktiviti minum petang, makan malam pon boleh..... hehe

k, sekian


08 November 2013

*masak masak ~ sweety crunchy bread'*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum,

erm, last wednesday ada buat entru WW pasal  sweety crunchy bread dan ada pulak yang bertanya resepi..... terima kasih yang cik bertanya tu yerk.....

 so, jom kita masak masak hari ni since pic terbaharu x transfer dalam pc lagik nak diceritakan..... maka kita cerita pasal resepi yerk..... hehe



 aha, inilah dia sweety crunchy bread a.k.a roti keras manis yang aku buat..... ada rentung ye kak ra..... hehe, ni 1st time buat n x dpt nak adjust lagi time n tempreture oven tu..... tu yang rentung, tapi puas hati sebab buat sendiri n sedap..... haha


Sweety Crunchy Bread

Bahan2 :

Roti Tawar
Butter / Margerin
Gula Putih

Cara2 :
  1. Panaskan oven.
  2. Potong roti tawar ikut saiz yang dikehendaki (biasa orang buat potong segi empat, aku potong segi tiga, cari kelainan walau rentung)
  3. Sapu butter / margerin ke atas roti yang dah dipotong (sebelah sahaja)
  4. Taburkan gula (ikut suka nak banyak mana - kalu boleh tabur jangan sampai melimpah macam yang Aisha aku buat tu, jadi x cantik bila dah bakar)
  5. Bakar dalam oven 150 darjah celsius selama 10 minit.
SIAP!!!

dah boleh makan..... kalu buat banyak n ada lebih, simpan dalam balang bertutup..... tapi kalu aku buat guna sebungkus roti yang kecik tu, sempat simpan dalam bekas sehari jerk kalu hari cuti..... sambil tengok tv sambil mengunyah, sedar2 dah habis..... nak mintak lagi memang xder la, kena beli roti lagi lah kan..... hehe

erm, ritu ada la saje test guna roti burger sebab Aisha request nak roti manis, tapi xder stok roti kat umah..... so gunalah apa yang ada kan, roti burger pon roti burger lah, janji roti..... tapi hasil x memuaskan sebab roti tu bila di bakar dia serap marjerin yang di sapu tu, so roti jadi berminyak n rasa kurang kick..... maka lepas ni kalu nak buat kena jugak beli roti tawar yer.....

k, sekian

tambahan : masa bakar tu guna api atas bawah yerk..... (thanx kak ra bertanya)

07 November 2013

*masak masak - Ayam Goreng Berempah*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan stok daging korban dalam peti sejuk dah diselesaikan dengan menu sate last 2 week..... maka kita penuhkan pulak peti ais dengan daging ayam pulak yerk..... dan menu pertama untuk masak2 dengan ayam ni adalah ayam goreng..... erm dah biasa sangat dengan ayam goreng yang biasa tu..... maka aku buat kelainan sikit..... google2 resepi..... maka dapat lah menu Ayam Goreng Berempah..... google resepi kat HP jerk, maka bahan yang ada kat rumah jerk aku guna..... nak pi kedai dah malas sebab balik kerja dah dekat Maghrib..... maka kita buat apa seadanya la yerk.....



 Ayam Goreng Berempah

Bahan2 :
Ayam 6 ketul (potong ikut saiz yang disukai)
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 batang serai
1/2 inci halia
Garam
Gula
1 biji telur ayam
Minyak (untuk goreng)

Cara2 :
1. Tumbuk semua bahan kecuali ayam, telur dan minyak.
2. Lumur pada ayam dan pecahkan telur ke dalam ayam.
3. Perap lebih kurang 1 jam (lebih pon xper).
4. Goreng hingga masak.





DAH SIAP!!!!!

ha, senang jerk kan..... makan pon sodap dengan nasi putih panas2.....
alhamdulillah.....


lepas ni nak kena google resepi ayam lain pulak..... coz dalam peti ais ada stok ayam jerk..... ikan, daging, udang, ketam dan yang sewaktu dengannya nan hado..... haha

k, sekian

06 November 2013

*wordless wednesday ~ sweety crunchy bread*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 




last week buat 'sweety crunchy bread' a.k.a roti keras manis.....
sangat mudah n ringkas nak buat.....
yang paling penting sedap n my family suka.....
alhamdulillah

k, sekian
 

31 October 2013

*masak masak ~ none bake oreo blueberry cheese cupcake*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ha, nama resepi panjang x hengat..... hehe, biasa la omputih kan selagi ada bahan apa yang diletak, sume nak disebut dalam nama menu kan..... maka itulah jadinya..... erm, menu campur aduk untuk seimbangkan rasa n mengikut selera anak tekak pembuatnya.....

last weekend, nak realisasikan impian anak dara yang nak buat kek..... maka aku google resepi yang simple2 jerk..... tetiba tekak macam nak makan cheese cake, maka mencari lah kita yer..... cari yang paling mudah, ringkas tapi sedap..... maka terjumpalah resepi ini..... asalnya resepi ni nama dia Mini Oreo Cheese Cake (Tanpa Bakar)..... tapi aku tukar sikit maka jadilah None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake..... ha, panjang x dik non..... omputih lagik kan..... hehe


None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake


 Bahan2 cheese cake:
2 bungkus biskut oreo (aku guna 1 jer)
1 pack (250 gm) cream cheese
190 gm coklat masakan putih (cairkan)
1/2 biji lemon (perah ambil jusnya)
1/2 sudu kecil esen vanila



 Bahan2 blueberry jem :
250 gm buah blueberry
90 gm gula pasir
1/2 lemon (ambil jus)




Cara2 buat cheese cake :
1. cairkan coklat masakan putih n biar sejuk.
2. ambil 1 pack biskut oreo, pisahkan 1 bahagian ada jem (masukkan dalam bekas cawan) n 1 bahagian xder jem (hancurkan hingga jadi serbuk).
3. dalam bekas lain, pukul cream cheese sampai kembang.
4. masukkan coklat masakan, jus lemon, esen vanila n 1/4 serbuk oreo. kaup guna senduk jerk hingga sebati.
5. sendukkan bahan campuran tersebut ke dalam bekas cawan ikut sukatan bahagi sama rata (dalam kes aku ni, aku dapat 13 kek cawan - dalam 1 pack biskut oreo ada 15 biskut).



Blueberry Jem
 Cara2 buat blueberry jem :
1. satukan buah blueberry n gula, masak dengan api perlahan hingga keluar jus buah.
2. kacau sesekali hingga agak2 nak kering.
3. masukkan jus lemon n kacau sebentar sebelum matikan api n biar sejuk.


* hiaskan bahagian atas oreo cheese cake dengan 1/2 serbuk oreo n 1/2 blueberry jem sebelum disejukkan dalam peti sejuk sekurang2 nya 4 jam.
* maka jadilah None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake
* terjadinya oreo blueberry ni adalah disebabkan aku x berapa suka dengan kek atau kuih yang manis2, maka aku letakkan blueberry untuk seimbangkan rasa manis n masam pada cheese cake aku ni.....
hihi, suka2 jerk kan ubah2 resepi.....



 alhamdulillah menjadi, cuma cheese kek aku ni padat sikit dek cream cheese yang kurang kembang masa di pukul..... maklum, guna pemukul Daiso..... so kekuatan x berapa nak umphhh..... nampak gaya kena beli mixer jugak baru seronok nak baking membaking ni kan..... anak dara pulak rajin request nak buat kek..... so, mixer is one of my wishlist selain dari shower heater yg dah kena ambil oleh 1st kontraktor yg buat rumah kami dulu.....

k, sekian

29 October 2013

*masak masak ~ sate daging korban mudah*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan kat rumah ada lagi daging korban berbaki dalam esbok n x tahu dah nak masak menu apa selain dari masak sup, masak kari, goreng, masak lemak..... hubby pon dah x mor makan nasi dah..... maka aku dengan inisiatif sendiri mengoogle resepi untuk buat menu daging selain yang perlu di makan bersama nasi..... maka TING!!! (ada mentol atas kepala) buat sate lah kita daging tu yerk..... so, ditakdirkan aku mc last week sebab mata bengkak, maka adalah masa untuk berperang kat dapur..... ambek Aisha awal sikit dari school, then ajak dia pi kedai runcit Thiam Kee dekat ngan umah untuk beli bahan2 yang xder kat umah..... sekali wajib kena paw untuk makanan dia a.k.a roti, air susu kotak dll..... dah cukup bahan, jom kita masak..... resepi x ingat ambek kat web mana sebab banyak sangat aku google tengok yang mana paling mudah n ringkas nak buat.....



Sate Daging Korban
 Bahan2 :
Daging (potong dadu - saiz ikut suka aku)
Lengkuas
Serai
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Jintan Putih
Jintan Manis
Ketumbar
Kunyit
 Gula
Garam
Batang Lidi Sate

 Cara2 :
  1. Kisar lengkuas, serai, halia, bawang putih, bawang merah, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan kunyit hingga lumat.
  2. Lumur bahan kisar bersama gula n garam pada daging yang dah dipotong tadi.
  3. Perap dalam peti sejuk sekurang2 nya 2 jam (aku perap semalaman).
  4. Cucuk daging pada batang lidi sate yang dah direndam dalam air (nak elak dari cepat terbakar masa bakar).
  5. Bakar.

masa bakar tu boleh lah renjiskan dengan minyak n air perapan daging tu untuk tambah rasa dengan menggunakan serai yang diketuk..... 

oh ya, berapa banyak bahan2 yang aku guna tu jangan tanya yerk..... maaf sesangat sebab aku main campak2 jerk, ikut kesesuaian banyak daging yang ada..... then masa lumur bahan pada daging tu boleh jerk rasa samada masin ke, manis ke..... erm, aku lebihkan gula sebab gula adalah salah satu ajen pelembut bagi daging..... tapi jangan letak banyak sangat pulak yerk..... x elok untuk kesihatan.....

alhamdulillah, Hubby n Aisha suka makan.....
aku simpan n asingkan siap2 dalam plastik berasingan lepas cucuk tu..... senang nanti nak bakar, tinggal ambil plastik n kuarkan dari esbok untuk bakar.... x ganggu yang lain.....

 lagi satu, seingat pembacaan aku, resepi ni x sesuai digunakan untuk buat sate ayam..... sebab rasa dia akan jadi lain, erm aku x cuba lagi lah sebab xder lagi ayam lebih dalam esbok untuk dibuat sate kan..... so x tau nak setuju atau x..... maka, dengan 4 kali pembakaran, Sate Daging Korban berjaya di habiskan..... alhamdulillah, x der pon sambal kacang, timun atau bawang apatah lagi nasi impit sebagai penambah selera..... makan gitu jerk, tapi sedap..... hehe

k, sekian

09 October 2013

*pengukus*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

erm..... dah lama sebenarnya mengidam nak ada pengukus kat rumah sendiri..... ye lah..... senang kalau tetiba nak guna kan..... macam ritu masa makcik hubby dari terengganu datang dok seminggu kat umah..... dia berhajat nak buat makanan tradisi negeri terengganu..... nasi dagang..... tapi kat umah xder pengukus pulak..... so x jadilah nasi dagang nya..... huhu




 RM59.90 pengukus ada offer kat Tesco..... tapi dah tamat kut sebab pic ni aku snap masa awal last month..... so tengah tunggu kat mana2 yang ada offer lagi ni.....




RM179.00 jumpa kat web bazariaonline.....  order n dia akan pos ke rumah..... harga x masukkos pos.....




Harga Asal -RM238.00 HARGA TERKINI – RM130 + POS LAJU..... yang ni pulak online kat kedaibestari.....  x tau harga ni valid lagi ke x sekarang sebab posting adalah pada tahun 2009.....




ha, yang ni macam sweet jerk kan..... 2 in 1 (pengukus & periuk) RM127.00..... jumpa kat web irtiza kitchenware..... dah masak, terus boleh serve..... atau masak terus kat depan tetamu.....


erm..... agak2 kat mana lagi nak dapatkan pengukus yang murah tapi tahan lama yerk..... ha begitu angan2 nye..... murah dan tahan lama..... hihi

k, sekian


22 February 2013

*jom main masak2 bersama Aisha*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 aktiviti last Saturday..... disebabkan Papa Aisha work that Saturday, maka aku awal2 dah mintak Hubby beli sesuatu untuk kami anak beranak buat di masa Papa pegi work, sebab kalu x nanti si anak asik ler merengek nak Papa dia..... so, since oven dah ada kat TerataKami, dan anak dara pon asik ler nak main masak2 kan..... maka aku mintak kebenaran Hubby untuk beli bahan2 untuk buat muffin..... memula nak buat cup cake, tapi nak kena ada cream topping pulak kan..... so nak bende yang mudah, ringkas, cepat, maka aku cadang nak buat muffin..... Jumaat malam tu jugak kami ke Giant Bandar Rawang untuk dapatkan bahan2 yang diperlukan.....




Tepung muffin segera 400g - RM7.49, Chocolate Rice - RM2.29, Paper Cup Cake 40mm - RM4.99, Multipurpose Measuring Jug (yang atas loyang pembakar) 600ml - RM5.99
yang dah ada kat rumah..... minyak masak, telur, pengacau, mangkuk steel (terima kasih MakTeh sebab tinggak mangkuk ni kat TerataKami), loyang pembakar, air.....

dah sedia BAHHAN BAHHAN..... bak kata aisha (huruf 'H' tu ada sabdu)..... jom kita masak2..... tapi aku x guna semua tepung tu, sebab baru nak test masak muffin kan, walau guna tepung segera, test tetap kena buat..... so aku bahagi 3 bahan2 tersebut mengikut aturan kat kotak tepung tu.....

memula sekali panaskan oven 190 darjah celcius..... sambil tu, bolehlah kita kacau tepung kan.....




masukkan tepung muffin segera (133 gm), telur (1 biji) dan air (30 ml) ke dalam mixer dan kacau perlahan selama 4 minit..... tapi aku guna manual jerk, sebab mixer x der.....
lepas tu masukkan 37 gm minyak masak dan kacau sehingga sebati, kacau perlahan2 yerk.....
dah sebati, tuangkan dalam paper cup sehingga separuh penuh.....




untuk hiasan, aku guna coklat rice yang memang meriah ditabur oleh anak dara..... sampai melimpah ruah lah coklat rice tu ditabur..... memang sungguh2 main masak2 nieh..... hehe



lepas tu, apa lagi, bakar dalam oven yang dah dipanaskan tadi  selama 20 - 25 minit.....
dah selesai, nak tunggu depan oven pon boleh, nak pi tengok tv pon boleh..... aku pilih tunggu depan oven sebab nak tengok apa jadi..... jakun sikit, maklum la x pernah masak kuih guna oven..... kalu kat kampung, aku tolong2 jerk..... ni masak dari A - Z, tu yang jakun sikit tu..... haha
maafkan hambe yerk kengkawan.....




TADA!!!!!
inilah hasilnya bila dah siap..... nampak sedap x?.....
x mengecewakan..... rasa yang sedap, yelah dah tepung segera kan..... warna kilauan coklat rice yang menggiurkan..... cuma muffin tu melekat kat paper cup tu lah..... rasanya kurang minyak, lepas ni nak kena tambah minyak biar x melekat..... kut la kan.....



anak dara posing kejap dengan muffin yang dia buat tu.....
aha, bunga tu gigih aku gunting untuk dia tau..... sibuk jugak nak tiru kraf2 kat Astro TVIQ tu..... so aku layan je lah.....

muffin ni 70% disediakan oleh Aisha, selebihnya aku tolong sediakan bahan2, masukkan adunan dalam cup n bakar jerk..... tu yang dia seronok nak masak..... aku pon seronok bila dia seronok.....

bila Papa balik, kecohla dia bererita dia buat kek..... n lepas tu tiap2 hari tuntut nak buat kek lagi..... kena tunggu ujung minggu la kan baru boleh main masak2 ni kan..... so, hujung minggu ni inshaa Allah ada lagi aktiviti main masak2 kami..... hehe


k, sekian

07 February 2013

*jom masak masak makan makan*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

ada yang berpuasa sunat atau puasa ganti ker hari ni..... sorry yerk, aku nak up entry makanan jerk ari ni..... kalu rasa agak melampau nak tengok, boleh jerk pilih entry lain dalam blog ni klik lah 'older post' yerk..... hehe, tapi kalu tahan godaan, ok, boleh teruskan cuci mata.....

ini adalah koleksi masakan kasih sayang kat umah..... bila terasa nak salurkan kasih sayang pada keluarga melalui makanan, maka aku masak lah atau erti kata lain, dalam esbok ada bende nak di masak..... maka aku akan masak..... hehe boleh gitu kan.....

so, jom layan

v

v

v

v

v

Keropok Lekor
 made from Terengganu, abang ipar bagi masa kami balik sana awal tahun ritu.....



Bubur Nasi
special made by me masa my dear Hubby demam..... dia request tiap2 hari buat bubur sebab sedap..... isk mana maunya aku nak buat tiap2 hari, ni makanan time ada orang demam kat umah jerk boleh masak, time lain, kita makan menu lain yer dear.....
 


Nasi Putih, Tomyam Ayam, Kailan Goreng, Telur Dadar
aku wasap pic ni kat my family..... my Usu kata, macam beli kat kedai jerk.... hish, x baik kan..... gigih aku balik keje ajak Hubby singgah kedai beli daun limau purut ngan serai nak buat tomyam tu, ada dikatanya beli kat kedai.....



Ayam Madu Bakar
ahah, ini adalah menu untuk aku merasmikan Oven baru..... ngeh3, main buh jerk bahan dalam tu sebab x sempat nak google resepi, x sabo nak try..... tapi sedap rasa dia, cuma ayam keras..... kena belajar lagi nieh.....


 
 Nasi Goreng Tomyam Pattaya
belen nasi ayam digoreng menggunakan perencah tomyam tanpa ada sayur apa2 pun dan di bungkus dengan telur..... bungkus ker tu..... erm, hentam je lah labu..... pehtu tuang sos cili biar nampak meriah, kata Kak Long..... hehe



eh, ini menu anak dara masak tiap2 malam bagi kaman sejak beli ritu..... kena paksa makan wo..... kami redha jerk selagi hajat nak beli INI belum kesampaian.....



Pizza Megi
ha, ni latest yang aku masak malam semalam..... dalam esbok dah xder lauk nak masak..... jengah almari n terjumpa megi kari..... so dengan sepantas kilat otak berfikir nak buat apa dengan megi tu selain dari masak yang biasa guna air..... so, ada oven kan, kita gunalah kemudahan yang ada..... macam biasa, main campak2 jerk..... bakar 20 minit..... TING! done..... hehe

k, sekian