^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label dekorasi teratak kami. Show all posts
Showing posts with label dekorasi teratak kami. Show all posts

13 October 2016

deko deko terataKami :: kunyit oh kunyit

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,

lama dah tak cerita pasal deko-deko nye..... hehe, tak ada apa nak cerita..... angan-angan nak buat taman balkoni terbantut sebab haiwan peliharaan tak memberikan kerjasama yang sebaiknya..... bila lepas dalam wilayah yang ditetapkan untuk mereka, asik lah melompat keluar..... last2 Hubby masukkan mereka dalam sangkar je..... tak bagi lepas dah sebab mereka melanggar syarat2 yang ditetapkan..... haha..... nanti kita fikir cara lain untuk cantikkan balkoni ye.....

kali ni kita cerita pasal pokok-pokok yang semakin galak membesar kat garaj tingkat bawah..... Alhamdulillah, semua pon membesar bagai johan.....


 
ini pokok kunyit pemberian Mak, dah beberapa kali dituai daun nya..... bagi kat jiran sebelah n myUsu yang ada bekalkan masakan beliau ke food truck milik Along husband beliau secara harian di Sendayan.....



 
ini pokok ulam pegaga pemberian MIL, dari bekas plastik, aku dah pindah ke pasu besar, sekarang dah membiak ke pasu sebelah dia pula..... hampir2 juga dia nak masuk ke pasu bunga, tapi aku tarik akar yang menjalar tu, masukkan dalam pasu dia semula..... dah beberapa kali juga aku makan berulamkan pegaga nieh..... 

selain dari tu, ada juga pokok kacang panjang renek, dah beberapa kali juga dituai hasilnya, tapi sebab aku x berapa nak makan kacang panjang, so aku biar je tua n jadikan benih, benih tu aku bagi la kat sesiapa yang nak.....

pokok pandan pon sentiasa berjasa bila diperlukan..... siap boleh jadi tempat permainan dan teduhan kucing2 makcik sebelah lagi..... x pe lah, janji jangan rosakkan pokok tu sampai mati macam pokok kacang 2nd batch sebelum ni dah lah ye.....

ada juga pokok lada benggala, saja lah letak biji kat dalam botol air mineral 1 liter  yang aku recycle buat pasu..... eh eh, bertunas juga..... banyak pula tu..... ada lada benggala kuning dan merah..... tak tau aku nak alih ke mana, pasu dah tak ada..... pokok semakin membesar..... agak2 ada yang nak ke..... tapi kena datang rumah lah, sebab aku tak der bekas nak asingkan satu2 pokok tu, dalam satu bekas ada 7 8 pokok dalam tu..... huhu

erm, pokok bunga tak berapa nak ada, yang ada pon pokok ros jepun..... yang makin besar dan besar, sampai akar dah penuh dalam pasu, nak buang sayang, nak pindah pasu, macam yang aku cerita kat atas, pasu tak ada..... nak kena cari masa juga ni untuk gardening.....

nak cari pasu..... nak cari pasu.....

K, sekian


28 March 2016

deko deko terataKami :: taman balkoni ~ pagar siap cat

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


nak share sikit pasal taman impian aku..... taman balkoni a.k.a balcony garden..... sekarang ni tengah set-up sikit sikit taman balkoni kami tu..... x boleh la nak buat sekaligus, sume pon kena selaras dengan bajet yang ada kan..... lagi pon, kami buat sendiri taman balkoni ni..... tak guna khidmat kontraktor pon, rasanya lagi jimat kan..... cuma kena kuatkan semangat dan tenaga je..... in shaa Allah, semua akan berjalan lancar seperti yang dirancang.....

sebelum ni, si arnab kami just lepaskan je berlari2 kat seluruh balkoni kami, tapi tetiba terfikir untuk hadkan ruang untuk mereka, ye lah, sambil dorang berlari, dorang akan lepaskan najis dorang merata2, so untuk hadkan ruang untuk menyapu n mencuci najis dorang ni, maka kenalah wujudkan had kawasan untuk mereka berlari.....

so, untuk progress pertama, kami dah bangunkan ruang untuk haiwan peliharaan kami iaitu si Anna, Joey dan anak2 mereka..... just buat simple saja..... mana yang termampu n seringkas kami boleh buat..... sebelum ni ada yang x dapat bayangkan macamana balkoni ni aku nak transform jadi taman kan..... so aku share sikit.....

luas balkoni (ye, balkoni di tingkat atas terataKami) adalah lebih kurang 10 kaki x 20 kaki..... suku daripada tu kami peruntukkan untuk ruang si arnab..... selebihnya nanti akan dibangunkan taman dengan rumput, pokok2, settee dan kalau ada rezeki nak buat water fountain..... hehe, impian sejak memula beli rumah ni.....




 


atas ni adalah sebahagian balkoni terataKami..... aku amek gambar dari hujung pintu keluar ke balkoni..... yang berpagar tu lah kawasan untuk si arnab berlari2an..... luar pagar tu sebelah kanan tu lah nanti aku nak letak pokok2 n water fountain..... hihi
sebelah kiri pula nak letak settee @ kerusi yang sesuai untuk sebuah taman, sambil lepak2 boleh tengok rabbit berlari2 dalam pagar tu kan..... ngeh3, verangan nieh.....
balkoni boleh di akses dari ruang keluarga kami.....





pandangan dalam kawasan berpagar dari dekat.....
dalam tu ada tikar getah, senang nanti nak cuci najis yang ditinggalkan si arnab bila kami lepaskan dorang dari sangkar..... pagar yang kami buat sendiri..... masa ni belum cat lagi..... ambil masa 2 hari nak dirikan pagar ni..... maklumlah, amatur buat kerja kan..... tapi kayu tu minta kedai potong siap2, kami bagi ukuran je, sampai rumah, tinggal paku2 dan pasak kat tile bawah.....

owh, perasan x ada tunggul kayu dalam tu..... kami berusaha cari tepi2 jalan, pokok2 yang MPS tebang, cari tunggul yang konon2 cantik n sesuai untuk si arnab buat main gigit2..... cuci, bersihkan n campak je letak dalam tu sebagai added value.....






inilah rupa kasawan erm kira kandang kut kan.....
kandang arnab kami..... pagar tu baru sebelah kanan siap cat, tapi masa entry ni publish, dah siap cat sepenuhnya, alhamdulillah..... ada pintu kecil untuk kami keluar masuk bagi tujuan cucian atau nak join si arnab main kejar2 dalam tu..... hehe

simpel je kan..... so next step adalah nak bangunkan taman sebelah luar kandang pula.....

erm kos nak buat kandang ni.....
aku share sikit ye.....
  • kayu saiz 2"x2"x10' - RM9.00 - 1 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 5 batang)
  • kayu 3/8"x1 4/8" x 7' - RM4.50 -17 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 51 batang + scrap 17 batang)
  • sand paper - RM1.00 - 6 helai (tapi guna cuma 2 helai sahaja)
  • cat kelabu 1 liter - RM20.00 - 1 tin (ada baki suku tin)
  • berus cat - RM2.00 - 2 batang
  • paku 1" - RM1.00 (kira timbang, x tau berapa berat sebab Hubby yang beli, tak habis guna pon)
  • tikar getah - RM10.00 semeter - 3.5 meter
total perbelanjaan lebih kurang RM160.00 termasuk GST 6%
agak2 mahal ke tidak ye..... x tau lah, janji dah siap n kami puas hati sebab kami yang buat sendiri..... dengan mylilPrincess Aisha pon join tolong juga..... ni kira sebagai family time together juga kan.....

owh, yang bidai tu, kami beli asing..... beli kat kedai kat Nilai 3..... saiz lebar sikit RM40.00 dan yang kecil RM30.00 harga lepas diskaun..... kedai ni pon kawan meja sebelah aku yang bagitau...... boleh dapat murah..... hehe kalu nak tau apa nama kedai tu, tanya kat dia ye, aku dah lupa dah sebab dia sent gambar kad kedai tu kat aku, cari2 dalam phone, gambar kad tu dah x jumpa..... huhu.....

so, inilah cerita sikit progress taman balkoni yang kami sedang bangunkan..... projek bermula pada 12 Mac 2016..... kena catat kat sini, nak kira berapa lama masa kami ambil untuk complete kan projek ni..... hehe

 erm, ari tu dah kenalkan anak2 Anna dan Joey kan, ni nak share mereka berdua pula.....

v
 
v

v

v

v




 

Joey & Anna
Joey si jantan warna perang atas sangkar..... Anna si betina hitam putih dalam sangkar.....

cubaan Joey nak melompat melepasi pagar yang kami baru buat melalui sangkar Anna..... erm, nampaknya x boleh letak sangkar dekat dengan pagar, nanti sorang boleh lompat pagar tu..... hihi

k, sekian

pssst : projek binaan taman balkoni diteruskan untuk mencari pokok n rumput pula..... jom survey, kalau ada yang berkenan dengan bajet, boleh lah shopping..... hihi



21 March 2016

deko deko terataKami :: projek taman balkoni - water fountain

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

sekarang ni tengah buat projek Taman Balkoni di terataKami..... kisah ni bermula bila ada haiwan peliharaan yang kami bela dan kami tempatkan di balkoni rumah kami.....

ha, ada sesiapa berani letak haiwan peliharaan di balkoni rumah..... sebelum ni aku dah cerita kan pasal arnab yang kami bela..... sekarang ni concern kami adalah kepada si arnab anak beranak..... ikan n kura2 masih lagi dalam peliharaan kami, cuma perhatian lebih kepada arnab sebab ikan ngan kura2 senang control, dok je dendiam dalam akuarium..... tapi tidak bagi arnab, dorang nak space untuk lari2..... so, moh ler kita buat taman untuk dorang lari2 yer.....

oleh yang demikian (eceh ayat skema), berdasarkan drawing yang aku conteng2 n bagi kat mydearHubby bulan lepas, dalam taman kami akan ada air terjun.....
pic from google

 lebih kurang macam gambar kat atas ni lah air terjun a.k.a water fountain yang digambarkan.....

so, sekarang ni aku tengah survey mana nak dapat air terjun yang murah n x besar sangat, muat untuk balkoni kami yang luas nya cuma lebih kurang 20' x 10' jer..... tapi suku dah bagi kat arnab untuk dorang lari2.....

selain dari air terjun, nak cari juga pokok2 berdaun yang senang di jaga..... nak letak kat balkoni juga..... kalau dulu, kat balkoni ada pokok lavendar n pokok zebra, tapi kedua2 dah mati, mungkin x cukup kasih sayang dari kami..... huhu
sekarang yang tinggal cuma pokok kaktus Mai jer... itu pon macam dah x terjaga, nak tukar ke pasu besar x dapat2, hurm, kena ke nursery lah baru boleh nak deko deko semula kat balkoni nieh.....

moga2 dipermudahkan lah hasrat kami nak menjadikan balkoni kami sebagai taman demi haiwan peliharaan kami nieh..... hihi

secara adilnya sekarang, kami 3 beranak ada haiwan jagaan memasing. aku lebih kepada penjagaan kura2, mydearHubby lebih kepada penjagaan ikan n mylilPrincess Aisha lebih kepada penjagaan arnab, upsss belaian sebenarnya, bagi makan, cuci sangkar tetap tugas Papa hehe..... siap baby arnab yang 2 ekor tu tu di bawa main kat atas katil tau..... hehe, x pe la nak, janji jangan sampai kencing berak sudah.....

so, misi sekarang adalah hunting for somehitng @ taman balkoni terataKami.....

k, sekian


17 March 2016

haiwan peliharaan :: kisah kiki & kaka

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,
~awas, cerita tanpa gambar~


 hari ini, hampir 2 minggu rumah kami diserikan dengan baby baru..... upsss bukan baby aku ye, tapi baby arnab yang baru kami bela di awal tahun hari tu.....

memula baby ada 7 ekor, tapi dari sehari ke sehari, seekor demi seekor mati. aku x tau sebabnya, tapi yang pasti ibu si arnab yang diberi nama Anna, x mahu menyusukan baby beliau..... sedih juga kami anak beranak bila balik kerja, tengok dalam sangkar (sangkar yang berasingan dengan Anna) ada baby arnab yang dah x bergerak..... huhu

lpas 1 minggu, mydearHubby ajak pergi kedai haiwan peliharaan, katanya nak beli susu yang boleh bagi baby arnab menyusu..... aku baca kat internet, ada jenis susu arnab tapi aku lupa apa namanya..... bila sampai kedai, tokey kedai cakap x der susu arnab, tapi kami ditawarkan untuk cuba bagi susu kucing, katanya sama je.....

sambil2 cerita pasal susu, kami share cerita pasal penjagaan baby arnab sebab tokey kedai tu pon ada bela arnab juga....


kata beliau ;
  • baby arnab yang baru lahir x boleh di pegang dengan tangan. sebab kalau kita pegang baby tu, nanti bau tangan kita akan lekat pada baby dan ibu arnab dah x nak dengan baby dia.
  • kalau nak juga pegang, kena pakai sarung tangan. kecuali kalau arnab dah beranak banyak kali, so bau kita dah sebati dengan arnab, so x der masalah nak pegang baby dia.
  • asingkan ibu arnab dengan arnab jantan, sebab nak bagi ibu arnab selesa nak jaga anak nya.
  • jangan bagi ibu arnab stress, kalu x nanti, dia makan baby untuk tujuan protection.
  • cuba untuk bagi susu dari ibu arnab, untuk bagi nutrisi tumbesaran kepada baby. 
  • dalam masa seminggu, baby dah tumbuh bulu, tapi seblum tu, baby kena duduk kat tempat yang hangat, sebab baby arnab x der bulu nak lindung badan dari kesejukkan. (masa ni aku geli nak pegang sebab x der bulu, tapi mydearHubby n mylilPrincess Aisha relax je pegang..... huhu)
  • dalam masa seminggu juga, baby arnab dah boleh nak tumbuh gigi,
  • dalam masa 2 minggu, baby arnab mula nak buka mata.
  • dalam masa 4 minggu, dah boleh bagi baby arnab makan pallet khas untuk baby atau daun hay (daun sahaja) sebab gigi dah kuat.

ok, tu antara yang dikongsi oleh tokey kedai haiwan peliharaan yang kami g ritu..... ok juga penerangan dia bagi..... lama juga kami menuntut ilmu dengan beliau..... kalau boleh nak dok kedai tu lelama lagi n belajar cara nak bela baby arnab.....

sekarang ni, daripada 7 ekor yang dilahirkan oleh Anna, tinggal lagi 2 ekor je yang masih bertahan..... Alhamdulillah, ada juga yang bertahan kan..... dan nama dorang adalah Kiki (bulu warna perang) & KaKa (bulu warna hitam)..... dedua pon nama mylilPrincess yang pilih..... kami follow je.....
erm, gambar mereka belum boleh nak share kat sini..... masih dengan alasan yang sama iaitu gambar x boleh nak transfer dr phone ke PC..... sedey huhu

sekarang juga, kami dalam proses untuk meng'upgrade balkoni kami (ruang kami tempatkan arnab2 kami si Anna, Joey, Kiki & Kaka) dari sebuah balkoli kosong kepada balcony's garden atau taman balkoni..... hajat nak share kat sini, nanti ada masa n gambar, aku share ye..... buat sikit2 je ikut bajet yang ada..... janji nak biar arnab2 kami selesa..... hihi

nak google lagi pasal arnab n pasal taman balkoni nieh..... moga taman impian jadi kenyataan..... aamiin.....

k, sekian

08 March 2016

deko deko terataKami :: tambah haiwan peliharaan

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


erm agak2 kan..... ada yang ingat x entry aku sebelum ni pasal 'arnab sebagai haiwan peliharaan'..... hehe, sebenarnya sekarang ni kami dah pon jadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan kami.....
so sekarang di terataKami ada 3 jenis haiwan peliharaan.....

1. Kura-kura - hadiah Nyai mylilprincess Aisha
2. Ikan kaloi - hadiah dari kawan opis Mai (dah menemui ajal) dan kami gantikan dengan ikan kecil lain
3. Arnab - hadiah dari boss mydearHubby (1 jantan, 1 betina)

pic from google

jadi bermula 16 Januari 2016 yang lalu, jadilah dua ekor arnab itu sebahagian dari keluarga kami.....
jantan diberi nama Joey, betina diberi nama Anna..... kedua-dua nama diberi oleh mylilprincess Aisha..... seronok dia main dengan arnab2 tu, kalau hujung minggu, bangun tido je, terus je ke balkoni nak main dengan arnab walau arnab2 tersebut masih lagi malu2 dengan kami.....
sekarang, setelah lebih kurang 3 bulan kami membela arnab tersebut, maka pada 5 Mac 2016, bertambah lagi ahli keluarga kami..... mereka telah melahirkan anak seramai 7 ekor..... tapi malangnya pagi semalam kami tengok dah tinggal 4 ekor sahaja, lagi 3 ekor mati sebab x cukup susu mungkin..... harap2 yang lain ni berkekalan lah sampai besar..... in shaa Allah.....

sekarang ni, kami suami isteri tengah belajar dan mencari maklumat cara2 penjagaan arnab kat internet dan juga kawan2..... kalau ada yang nak share, just drop je kat komen ye..... tq in advance.....

k, sekian


pssssst : dalam proses untuk naik taraf balkoni nak jadikan taman impian..... moga dipermudahkan.....



17 February 2016

deko deko terataKami :: taman impian

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,


menjadi salah satu wishlist di tahun 2016 ni untuk mewujudkan taman impian di terataKami..... pelan2 kayuh, in shaa Allah akan jadi kenyataan satu hari nanti..... aamiin.....
 
 nak share koleksi pokok bunga Ros Jepun yang ada kat umah..... orang lain dah berpasu2 tanam, aku baru nak berjinak2..... itu pon dengan bantuan mak mertua di Kuantan..... hihi
terima kasih buat beliau..... setiap kali kalau kami balik kampung n ada bunga baru, dia akan bagitau aku..... aku apa lagi, dengan senang hati mengutip batang2 Ros Jepun untuk semaian di terataKami pulak.....




atas ni antara koleksi yang ada..... Alhamdulillah, bila hujung minggu dapat tengok bunga ni berkembang, berkembang juga lah hati n semangat aku nak menanam pokok ni.....
kena tunggu hujung minggu baru boleh ngadap bunga Ros Jepun ni kembang lelama sebab hari biasa aku kerja..... maklumlah bunga ni kembang waktu pagi je kan..... bila aku balik keje, mesti dah kuncup..... kecewa aku tau..... huhu

tetiap hari aku tengok n kira berapa kuntum bunga yang akan kembang hari tu, tapi macam biasa, bila balik keje, dah pon kuncup..... tapi bila hujung minggu datang, memang aku x lepaskan lah peluang nak ngadap bunga ni kan.....

kat umah sekarang ni, ada yang aku gantung, ada yang letak kat bawah, ada yang letak atas pagar, ada yang pasu kecik, pasu besar, bulat, kotak..... seronok tengok hasil tanaman membuahkan hasil kan..... semangat nak menanam makin membara, lagi-lagilah ada orang tersayang yang menyokong n membantu bila bantuan diperlukan..... hehe

sekarang ni tengah ushar pokok2 renek lain untuk di tanam, nak buat taman impian katanya kan..... masih mensurvey pokok yang cantik n mudah di jaga..... tapi kena tambah stok tanah dulu, sebab stok tanah kat umah yang di import dari kampung aku dah nak abes.....

so, nak berjaya, kenalah usaha kan..... moga impian menjadi kenyataan.....

k, sekian


20 October 2015

taman impian

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


assalamualaikum,

gambar dari google

erm, teringin nak ada taman depan rumah macam kat dalam gambar atas tu..... kalau ada kolam ikan @ turtle kami yang makin membesar tu lagi best..... tapi, apakan daya, banyak halangan yang x membenarkan aku buat macam tu.....

cuma dalam impian untuk buat dan hias juga terataKami secantik mata kami memandang..... setakat ni, masih dalam proses menanam pokok2 herba dan pokok2 bunga untuk dijadikan hiasan terataKami..... ada yang menjadi, ada juga yang x menjadi..... tapi x per, kalu x jadi, kita cuba lagi.....

masih perlu banyak tambahan pokok untuk jadikan taman mini terataKami jadi realiti..... cuma rajin atau x rajin je lah kan..... sementara semangat masih berkobar2 ni, moh le kita bercucuk tanam..... semua pokok pon dalam pasu sebab kawasan garaj semua dah bertile (memang dari masa beli rumah tu dah macam tu).....

inshaa Allah, ada masa nanti aku update pasal deko deko taman setoet terataKami tu ye..... maklum, macam sebelum ni aku bagitau, sejak HP x boleh nak connect direct ke PC untuk transfer gambar, banyak gambar yang terkedu je dalam HP..... tunggu masa rajin nak tumpang PC kawan je ni nak transfer gambar..... tapi ntah bila la nak rajin nyer aku ni..... huhu

kita tunggu nanti ye..... 

k, sekian

23 April 2015

deko deko terataKami :: misi mencari buaian taman [selesai]

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum, 


alhamdulillah, misi mencari buaian taman pada bulan februari ritu dah pon terlaksana nbarang tersebut dah pon samapi ke rumah seperti yang di janjikan iaitu pada hujung bulan.....
erm kiranya entry ni ditaip, buaian tu dah menginap di rumah kami dah hampir masuk 2 bulan dah..... haha, sekarang baru nak up cerita pasal bende ni..... dah masa ni yang ada, kena redha la ye kan kengkawan.....

so, meh tengok buaian kami..... x der la canggih mana buaian yang kami beli, janji boleh diguna pakai kami sekeluarga seperti yang dihajatkan.....











ahah, inilah dia buaian yang kami beli..... buaian besi dengan kemasan rough iron.....




saiz lebih kurang 6kaki x 4kaki x 6kaki tinggi..... itu saiz keseluruhan tau..... kalau saiz tempat duduk dia tu boleh duduk 3 orang dewasa saiz biasa.....






orang kedai tu cakap, kalu nak beli, carilah yang jenama 3V, barulah berkualiti.....

apa2 pon, alhamdulillah, sekarang sementara tunggu bas sekolah sampai, pagi2 kami duduk men buaian 2 beranak..... hujung2 minggu, dah boleh lepak kat luar sambil ambil angin sepoi2 bahasa sambil makan eskrem..... hihi

  untuk makluman, harga buaian ini adalah RM430.00, sebenarnya warna buaian ini adalah warna warni (merah/biru/kuning), tapi orang kedai buat silap yang kami order, so kami yang x nak cerita banyak, just terima saja, lagipon model yang kami nak tu kecik sikit dari yang kami dapat ni.....

maka, dengan harga RM300 kami dapat buaian di atas yang sepatutnya harga RM430 ye..... alhamdulillah, rezeki kami..... erm, kami dapatkan buaian ni kat kedai perabot kat rawang :


Razol Home Design
No. 186-186A, Jalan Ipoh, Batu 17, 48000 Rawang, Selangor
Tel / Fax : 03-6092 6386


entry ni bukan entry berbayar ye, tapi sebab aku puas hati dengan khidmat n layanan dorang, maka aku share la kat sini kan..... yang bagus kita jadikan contoh, yang x bagus kita jauhkan.....
peace..... hihi


sekian



23 March 2015

deko deko terataKami :: hiasan untuk tetamu yang bertandang

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 


hari tu masa cuti hujugn minggu ada suarakan hajat kepada mydear Hubby untuk ke Kaison, Paradigm Mall, Kelana Jaya..... tapi x kesampaian, sebab, tujuan utama keluar adalah untuk tunaikan permintaan anak dara ke taman, dah lama katanya x ke taman nak main layang2, so moh le kita ke taman hari tu..... eh, macam dah nak lari tajuk je kan..... haha

ok, hajat nak ke Kaison tertangguh, tak apa, nanti ada masa kita pi ye.....
ni nak cerita pasa bilik tetamu kat terataKami..... simpel je..... bilik ni adalah bilik tambahan di tingkat bawah yang memang dikhaskan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah kami.....
xder hiasan yang sarat2..... cuma ada katil quenn, meja solek, almari n tempat sidai sejadah..... tapi ada satu hujung minggu tu, macam tergoda je tengok2 hiasan bilik kat internet kan..... maka kita pon DIY lah sikit hiasan untuk penyeri bilik tetamu kami tu.....






sebelum.....
memang x der apa2 kecuali kelengkapan asas..... dinding pon cat putih je.....





selepas.....
ada nampak perbezaan tak?..... haha
alah, aku just tampal hiasan didning tu je..... DIY guna barang terpakai yang ada kat rumah je.....
 



ini lah dia yang aku DIY tu.....
just guna kotak coklat yang buat hamper tu, balance kain langsir kabinet dapur n salotape.....



minta pertolongan Hubby tampal, guna double sided je..... konon2 nak cat dinding tu wat feature wall, tapi belum ada kekuatan nak buat..... tunggu lah nanti kita buat make over sekali ngan bilik2 yang lain.....





dalam bilik, selain dari set bilik tidur, kami tambah penyangkut sejadah n carpet..... tu pon carpet kecik je, nanti nak kena tukar lain ikut kesesuaian saiz bilik tu kan..... dalam almari tu ada la toto, bantal, selimut n towel untuk tetamu pakai.....





ha, dinding belah bertentangan katil..... putih n kosong je..... setakat ni memang xder nak letak apa2, sebab stanby kalau tetamu yang datang tu bawa barang banyak kan..... so boleh la main lempar2 je atas lantai..... sebab dalam almari pon da ada barang kan..... hehe


harap2 tetamu yang bertandang ke terataKami akan selesa duduk kat bilik ni..... cuma x bestnyer, bilik ni pintu bersambung ke dapur, so kalau aku tengah masak, tetiba tetamu nak keluar bilik, akan terserempak lah kita ye..... takut juga tetamu x selesa dengan bunyi bising masak2 n bau2 an masakan kan..... tapi setakat ni yang dok sini pon ahli keluarga kami2 je..... so xder masalah lah..... silalah buat macam bilik sendiri ye..... bilik je tau, bukan rumah..... hehe


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI

k, sekian


09 March 2015

jalan jalan kedai lampu di rawang

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum, 

alhamdulillah, apa yang dihajatkan dalam entry  'misi mencari buaian' telah terlaksana..... buaian macamana yang kami beli?..... inshaa Allah ada masa nanti aku share kat sini ye..... ini nak buat entry pon berbulan amek masa..... awal2 tahun ni masa agak terhad..... entry nak share kemasukkan Aisha ke tahun satu awal tahun ritu pon x terbuat..... dah nak cuti sekolah pon kan..... tapi entry masuk sekolah x buat..... haha, suka ati kau lah maszmadi..... yang penting kau bahagia n x menyusahkan orang lain..... hikhikhik

hah, yang ni pon satu hal..... pi jalan2 kedai lampu..... kejadian awal bulan 2, 2015 ritu..... konon2 nak cari mentol bilik air je, sebab dah rosak..... tapi dok dalam kedai tu berjam-jam jugak lah kami suami isteri ni..... apek kedai tu pn layan ye..... terima kasih la sanggup layan kami, lagipon masa tu xder customer lain pon, so dia boleh la layan kami sepanjang masa..... hihi

so, jom jalan jalan dalam kedai lampu.....


nama kedai, Uni Bath & Lighting Gallery, Batu 16, Rawang.....




teringin nak letak rak kaca macam dalam gambar kanan tu dalam toilet, tapi ruang x berapa nak mengizinkan.....


 

harga dia boleh tahan kan..... tempat gantung tisu dalam toilet.....



 
penyangkut dalam toilet boleh, dalam bilik boleh, kat dapur pon boleh jugak..... ikut sesedap rasa nak letak kat mana..... hihi



 
cermin idaman, tapi x tau nak letak kat mana kat rumah tu.....



 
pelbagai jenis kepala paip..... pilih! pilih! pilih!



 
macam best je kalau kat umah ada rain shower ni kan, macam mandi air terjun x rasa dia.....



 
jenis-jenis kepala shower.....


 

kepala kunci pintu umah pon ada..... berkenan dengan yang gambar kanan tengah-tengah tu..... tapi rege dia x berapa nak berkenan lah..... huhu



 
lampu dinding.....


 

lampu dinding lagi.....



 
dan lampu dinding lagi.....



 
lagi-lagi lampu dinding..... comel x yang bawah belah kanan tu..... macam berkenan, Hubby pon dah macam nak beli letak kat bilik Aisha, tapi last2 x jadi..... belum jadi keperluan, so kita tangguh dulu.....


 

lampu siling..... chandelier



 
chandelier pink..... sweet jer kalu gantung kat atas meja makan kan.....


 

lampu chandelier comel.....





ha, dah abes jalan dah..... kalu ikut banyak je lampu dalam kedai ni..... tapi x larat dah nak amek gambar..... so kita tengok Hubby tengah buat apa pulak ye.....
 

owh, tengah tengok tauke test mentol.....

ha, dah setel test, n puas hati dengan keterangan mentol tu, apa lagi..... bayar la kan, lepas tu jom balik..... hihi
singgah kedai nasi ayam kat tepi Laman Kenanga, Rawang..... sedap nasi ayam kat situ, kena dengan selera kami..... Aisha pon suka, siap tanya "bila Mama nak masak nasi ayam macam ari tu?, sedap lah"..... hihi, masak sangat khennn, padahal beli je..... sebab masa beli tu Aisha x ikut, dia sekolah..... balik umah, salin kat dalam mangkuk semua, tu yang dia x tau nasi tu sebenarnya beli, bukan masak.....

 maka, moralnya, seronok jugak jalan2 dalam kedai tu..... dah lama x jalan2 dalam kedai kan..... sejak dah xder nak survey2 barang rumah ni..... memang jarang sangat jalan jalan tempat deko2 rumah ni..... sekarang ni fokus pada sekolah anak pulak..... inshaa Allah, lain kalu kalu jalan jalan lagi, aku share ekk..... sebagai panduan kengkawan nak survey harga kan.....

oh, ya, harga atas tu semua boleh runding lagi tau..... hehe

k, sekian


06 February 2015

misi mencari buaian taman

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

erm, last monday, sempena cuti extra hari wilayah, kami jalan2 pusing2 kedai kat Rawang..... hajat dah lama nak mencari buaian, nak letak kat garaj luar..... senang nanti masa nak tunggu bas sekolah pepagi, boleh tunggu kat luar..... Alhamdulillah, misi tercapai.....





konon-konon nak cari buaian taman macam kat atas tu..... tapi x kesampaian, sebab ruang depan rumah xder la besar mana pon, lagi satu kita kena bersederhana dalam berbelanja sekarang ni kan..... 

x kisahlah bentuk macamana, yang penting buaian juga kan..... harga pon berpatutan dan mampu milik oleh kami..... hah, macamana rupa buaian tu..... kena tunggu hujung bulan nanti baru dapat, sebab kedai tu cakap, raya cina ni stok abes, so kena tunggu lpas raya cina baru ada stok baru sampai.....

maka kita tunggu hujung bulan nanti ye nak merasa relax2 kat depan umah, sambil tengok anak2 jiran sebelah main badminton depan rumah di petang hari..... hihi, dah berangan dah.....

k, sekian

 

29 January 2015

Deko Deko TerataKami ~ Re-Arrange Ruang Belajar

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 ingat entry sebelum ni pasal kami buat ruang belajar untuk Aisha..... hah ia hanya bertahan seminggu je dengan susun atur sebegitu rupa..... disebabkan aku rasa macam ruang jadi terhad dan nampak sempit, maka aku minta izin cum bantuan mydear Hubby untuk re-arrange semula ruang belajar tersebut.....




atas ni adalah ruang sebelum ni..... sofa dan meja belajar diletak bercantum..... ia menjadikan ruang belajar nampak sempit sebab terhalang dengan meja belajar dan belakang tu xder ruang terbuka.....

lepas susun atur semula..... 
maka ruang belajar menjadi sebegini rupa.....




v




v




v




v




v

 
cuma tukar kedudukan meja belajar..... rasa lah luas dari yang ats tu..... sebab ruang aliran untuk berjalan lebih panjang dari sebelum ni..... kedudukan sofa tetap sama.....

kerusi tu aku amek kerusi kat mesin jahit..... letak sarung guna t-shirt lama Aisha yang dah x muat, jahit cantum n jadikan sarung kerusi..... nampak lah sedondon kaler pink di situ kan..... kaler asal kerusi tu adalah hitam..... haha, sementara dapat kerusi yang sesuai, kita guna dulu kerusi ni yer.....

siap ada biskut n cawan kat tepi sofa tu ya..... ha tu anak dara punye kerja lah tu, sambil tenok tv, x mor makan kat bawah, sanggup tu amek tin biskut bawa naik atas cicah ngan air milo makan...... x mor makan nasi.....




barang-barang yang ada kat meja belajar Aisha..... yang sebelah kanan tu, gambar rasmi masa Aisha sekolah Tadika tahun lepas..... x sempat nak frame, dengan plastik tu jugak Mama letak kat situ..... haha, pon boleh.....



pandangan meja belajar dari sisi.....



dalam laci dah susun buku2 sekolah yang di beli masa hari orientasi ritu..... siap ada kotak princess atas eja tu kan..... nak tahu apa isi dalam.....




aha..... dalam tu ada segala pensil warna yang dah kehilangan bekas..... ada macam2 jenis termasuk magic colour yang dah kehilangan bekas juga.....

asalnya kotak princess tu adalah kotak kasut..... nak buang, nampak macam cantik je..... tetiba TING!!! timbul idea untuk jadikan kotak segala maknenek pensil warna Aisha dah bersepah ntah mana2 di letaknya..... kira ok la sebab warna x lari kan, pink2 purple gitu..... mak suke nyah..... hihi


dinding tepi meja..... tampal poster yang dapat masa sekolah Tadika cikgu bagi..... nanti kalu dapat jadual, nak tampal juga kat sini..... tapi kena buat cantik2 lah kan, baru semangat nak belajar.....




hiasan2 lain yang ada..... 

 setakat ni, susun atur ni masih bertahan sampai sekarang..... Alhamdulillah, dapat sediakan ruang belajar untuk Aisha walau hanya simpel2 je..... mengharapkan semangat dia untuk belajar semakin berkobar..... ye lah, nak jadi guru katanya kan..... Inshaa Allah.....

k, sekian




16 January 2015

Deko Deko TerataKami ~ Family Area + Ruang Belajar Kanak-Kanak

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

wah..... busy bebeno si Blogger Mama nieh yerk..... lama betul x update blog..... lattest update pon, last week..... tu pon satu entry jerrr..... uhuk, memang super duper busy plus penyakit 'M' menghadirkan dirinya di sini..... 

erm, banyak juga bende nak di share kat sini..... tapi satu2 la yerk..... kalu dah terlepas waktu pon x per..... janji aku boleh buat catatan kat diari maya aku nieh..... dulu skeolah2 ada lah buku diari, sekarang dah kerja ni, harapkan buku diari kerja yang ditulis time ada meeting jerk..... keje2 harian lain, tulis kat buku nota kecik jerk (dibuat dari recycle paper)..... keje dah setel, koyak..... x payah pandang2 lagi nota tu..... hihi

 so, kali ni nak share sikit pasal deko deko rumah nie..... dah lama x mendeko kan..... rasa memacam je idea dalam kepala, tapi nak merealisasikan tu, ada je yang x cukup..... x cukup masa, x cukup ruang, x cukup barang, x cukup duit, x cukup tenaga..... tapi walau x cukup pon, kalau nak seribu daya kan..... x nak seribu dalih..... hehe, dah melalut pulak..... ok ok, jom berbalik pada tajuk.....

semangat anak nak masuk sekolah darjah satu ni la..... membuatkan diri berkobar2 nak buat satu ruang khas untuk belajar..... makanya, pikir punye pikir, jom kita jadi kan ruang solat sediada kepada ruang belajar..... lagipon ruang solat tu x dimaksimakan penggunaannya, kami lebih prefer solat dalam bilik, lagipon, buat masa sekarnag ni kami bertiga solat berjemaah dalam bilik pon, still muat lagi..... so, kita korbankan dulu ruang tu sekarang.....

maka, dihujung minggu yang bahagia..... kejadian adalah pada bulan 12 tahun 2014..... hihi, cerita dah sebulan baru nak cerita nieh..... aku menyuarakan hasrat kepada suami tercinta untuk mendekorasi semula ruang tersebut..... bila si suami dah faham apa perancangan yang perlu di buat (biasanya mydear Hubby ikut je kalu bab2 hias2 ni kat isteri dia) maka kerja pon bermula.....




ruang keluarga di sebelah kiri n ruang solat (karpet putih) yang sebelum ni hanya kami letakkan tempat penyidai sejadah n telekung dikosongkan..... 

mainan Aisha penuh depan tv, sebab time nak tengok tv, time tu juga lah dia nak main..... maka aku yang malas ni, biar je lah mainan tu kat situ..... kang kalu disimpan, dia keluarkan semula, so gitu je lah..... nasib baiklah kat tingkat atas, kalu orang datang, xder la nampak kan..... tu yang biar je tu..... ngeh3


 

pemandangan ruang family dan ruang solat dari tangga sebelum perubahan dilakukan.....

naik tangga, sampai atas, pemandangan akan dihalang oleh sofa..... rasa macam ruang jadi sempit sebab terkepung dek sofa tu.....




selepas ubah suai ruang keluarga..... pemandangan dari tangga.....

sofa dijadikan pembahagi ruang antara tempat keluarga dan tempat belajar.....



 
hah, ruang yang ada tikar evamatic belah kanan tu la kami jadikan ruang belajar untuk Aisha..... x habis susun lagi time ni..... Aisha punya meja belajar dalam bilik sebelum ni kami keluarkan n letak kat ruang belajar nieh.....

 


hah, ni bila dah letak meja belajar.....

tengok, betapa rajin anak dara tu membaca buku..... saje time ni suruh kemas buku..... tapi lebih main dari mengemas..... x pe lah, janji x mengacau aku tengah perah idea lagi time ni biar runag belajar ni nampak lebih praktikal.....




pandangan ruang belajar yang baru untuk Aisha.....

opsssss buku2 kat meja tu, dah selamat aku sort..... yang nak guna aku simpan, yang rasa macam x diperlukan lagi, aku letak tepi..... tunggu masa je nak let go.....

tapi kan, runag ni x conplete lagi sebenarnya sebab kerusi x der..... dan percaya x yang ruang ni bertahan seminggu je..... sebab seminggu lepas tu aku re-arrange semula buat susun atur yang aku rasa lebih praktikal n ruang nampak luas.....

ada masa nanti aku share yer..... moga2 dengan adanya ruang ni, Aisha lebih semangat belajar untuk mencapai ciat2 nak jagi guru suatu hari nanti.....

k, sekian