^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

11 May 2015

makan makan :: Restoran Mohd Chan Rawang

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 erm sejak akhir2 ni rasa malas je nak masak kat umah, dengan alasan xder bahan nak masak..... ehem, boleh terima kan alasan tu..... hihi.....
maka, setelah perkenan Hubby n anak dara kesayangan, maka moh ler kita makan kat luar..... 

tempat yang dituju adalah....





Restoran Mohd Chan.....
dekat je ngan rumah, kat bandar rawang..... x tahu kewujudannya bila, tapi macam baru lagi..... haha, nampak x, aku nak bgtau yang kami dah lama x jalan2 kat bandar rawang..... hihi

erm masa sampai situ, ramai juga orang..... ada tempat duduk kat dalam, tapi penuh, so kami dodoklah kat luar..... jadi lah, janji dapat isi perut kami dengan rezeki yang Allah beri ni kan.....

 dalam gambar tu, anak dara sibuk menyusun sudu disetiap tempat duduk kami..... dia biasa tengok pelayan kat Chicken Rice Shop buat gitu, so kat sini dia praktikan apa yang dilihat..... aku biar je la, selagi x membahayakan diri.....

  apa yang kami order.....








Dimsum..... RM3.80 untuk 3 biji
Hubby yang order, katanya ikan, tapi bila dah makan, dia kata rasa ayam.....
haha, aku x makan, sebab ari tu tekak x berapa nak selera sangat..... kalu x, nak juga aku makan.....

 




Kantonis Kuey Teow..... RM7.90
Hubby punya jugak..... portion yang sangat banyak, slow je Hubby makan bila dah ujung2 tu, tapi nak habiskan jugak..... hihi


 


Nasi Kong Boh Ayam..... RM7.90
aku punya menu..... nasi putih, ngan ayam masak kicap + halia..... agak pedas bagi aku yang tengah berpantang pedas time tu..... tapi bedal habis jugak sebab x nak perut kosong.....



 

Hokkien Mee..... RM7.90
berselera anak dara makan mee ni, sedap katanya, tapi segala sayur semua diketepikan..... mee dia besar betul, macam mee udon yang kembang tu..... seram aku tengok..... huhu x habis makan, bawa balik umah, wat sarapan esok pagi.....





 

air Sirap Bandung RM3.00, Hot Lemon Tea RM2.90, Air Suam RM0.30

 

so, total semua hari tu, RM34.00, x kena GST, service charge pon x der, goverment tax pon xder..... Alhamdulillah, terima kasih pada incik Hubby yang belanja makan malam tu.....

baru2 ni kami pegi lagi ke restoran ni, order lagi menu yang lebih kurang sama..... Hubby dah terpikat dengan Dimsum kat sini..... so, kita ikut je la..... 

so, lepas ni agak2 Hubby teringin nak makan Dimsum, moh ler kita repeat lagi ke sini yerrrrr.....

k, sekian

17 October 2014

jalan jalan cari makan Melaka

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, ujung tahun ni adik ada plan nak jalan2 ke Melaka, then last week kebetulan ada pulak rancangan JJCM TV3,  buat kat Melaka.....
so aku snap la pic rancangan tu, yang ada alamat n tempat2 makan yang dorang pi kan..... nanti boleh la adik n rombonganya pi terjah..... hihi



1st restoran adalah Restoran Aida Rich Cafe..... terletak di Ayer Keroh.....
menu yang direkomen adalah asam pedas..... erm kalu ke Melaka x sah la kalu x cari asam pedas kan.....
api bagi aku, asam pedas johor tetap di hati ku..... haha




restoran ke dua..... Restoran Mohd Aini..... kedai tepi jalan je kat Bukit Katil, bukan bangunan batu.....
katanya roti john kat sini special, x der tempat lain..... katanya.....
sorry Naz, pic u x berapa nak elok, janji dapat alamat restoran tu..... huhu




 last adalah restoran Qasreena Cafe, kat Bukit Katil jugak.....
best menu katanya ada pizza peratha cheese..... hurm, aku tengok pon macam best je pizza tu..... kalu ke sana boleh la cuba kan.....

so, ada kengkawan yang dah sampai restoran2 ni..... meh share pengalaman korang kat sini..... erm, inshaa Allah kalu kami berpeluang ke Melaka lagi, n lalu ke tempat2 ni, boleh la JJCM kat restoran2 yang dicadangkan kat atas tu.....

untuk adikku yang dah merancang tu, boleh la take note ye..... jangan lupa bungkus untuk kami sekali..... haha

k, sekian


19 June 2014

bayar yuran penggal kedua di tadika

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


ahah, tadika pon dah macam universiti yerk..... ada yuran penggal ..... hihi
hari Ahad lepas, dah pon selesaikan bayar yuran tadika Aisha untuk penggal kedua nieh.....





sampai ke tadika, terus pi pejabat jumpa cikgu.....
jumpa guru besar, sekali dia terangkan perkembangan Aisha kat sekolah..... owh, ada pereksa setengah tahun ritu, tapi aku x tau nak baca keputusan report book dia..... kat tadika ni dia guna analisa M - Mahir / AK - Ada Kemajuan / PB - Perlu Bimbingan (kalu x silap)..... yang diukur adalah pembelajaran dalam BM, BI, BC (bahasa cina)

Alhamdulillah, untuk BM Aisha dapat banyak lah M untuk semua perkara tu kan, tapi untuk BI ngan BC tu sebahagian ada yang dapat AK, maksudnya sederhana lah..... n xder yang dia dapat PB..... maksudnya apa yang diajar kat tadika tu Aisha boleh terima.....

analisa adalah berdasarkan tulisan, ejaan, pemahaman, bacaan, kiraan, lukisan, keterangan gambar dan lain2 lagilah..... nanti dapat yang ujung tahun nanti bila aku dah faham, aku share kat sini ye..... untuk rujukan aku jugak nanti.....

kami juga diterangkan apa yang akan di ajar untuk semester ke dua nanti..... lebih kepada menulis n menyalin di papan hitam, sebagai persediaan untuk ujian masuk darjah1 katanya..... matematik pula lebih kepada kiraan duit dan jam..... moga2 Aisha boleh terima pembelajaran dengan mudah nanti..... inshaa Allah.....




kadar yuran untuk semester 2..... RM539.70..... termasuk yuran bulanan Jun & November..... disember x yah bayar sebab dah cuti sekolah kan.....


owh, masa penggal 1st ritu yang kertas periksa tu, BM Aisha dapat A, BI dapat B, BC dapat B..... hurm not bad la kan BC tu Aisha dapat B..... bila aku tengok balik kertas periksa tu, satu hapa pon aku x faham, sebab keseluruhan menggunakan bahasa cina, tapi mungkin kat tadika, cikgu ada bagitau apa yang perlu dibuat untuk jawab soalan tu kan..... tu yang Aisha boleh jawab.....
maklum, baru tahun ni Aisha masuk tadika ni, bebudak lain kebanyakkan dari umur 5 tahun dah masuk sini, so dorang dah boleh faham BC tu, tapi untuk Aisha yang baru tahun ni belajar..... erm, aku bangga dengan dia..... hihi




guru besar yang merangkap cikgu kelas Aisha cakap, dia ni senang untuk berkawan, cuma tumpuan dalam kelas kurang a.k.a suka berangan..... hahah, ikut baka sape la tu yerk..... huhu
cikgu cakap penggal ke dua ni, kalau Aisha masih banyak berangan, bukan berangan lah, aku rasa susah nak tumpukan perhatian dalam kelas..... cikgu nak tukar tempat duduk dia..... kau x kisah, cikgu buat lah apa yang terbaik untuk anak murid cikgu ye..... untuk kebaikkan dorang masa akan datang.....


lepas setel bayar yuran, Hubby cari barang opis dia..... lepas tu kami pi makan..... dah pukul 3 petang baru nak lunch..... dah menyanyi rap dah perut aku..... huhu





hari tu kami pilih makan kat Jom Western, AEONbig Wangsa Maju..... rasanya kali ni kali ke-3 kami makan kat sini..... maknanya makan di sini boleh diterima oleh tekak kami..... portion besar, makanan sedap, servis cepat, yang penting harga x mahal sangat..... hehe

 anak dara pakai baju pemberian rakan opis..... tq auntieAna, suka sangat Aisha dapat baju baru, 2nd hand sebenarnya, tapi kira baru lah kan.....

k, sekian

29 October 2013

*masak masak ~ sate daging korban mudah*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan kat rumah ada lagi daging korban berbaki dalam esbok n x tahu dah nak masak menu apa selain dari masak sup, masak kari, goreng, masak lemak..... hubby pon dah x mor makan nasi dah..... maka aku dengan inisiatif sendiri mengoogle resepi untuk buat menu daging selain yang perlu di makan bersama nasi..... maka TING!!! (ada mentol atas kepala) buat sate lah kita daging tu yerk..... so, ditakdirkan aku mc last week sebab mata bengkak, maka adalah masa untuk berperang kat dapur..... ambek Aisha awal sikit dari school, then ajak dia pi kedai runcit Thiam Kee dekat ngan umah untuk beli bahan2 yang xder kat umah..... sekali wajib kena paw untuk makanan dia a.k.a roti, air susu kotak dll..... dah cukup bahan, jom kita masak..... resepi x ingat ambek kat web mana sebab banyak sangat aku google tengok yang mana paling mudah n ringkas nak buat.....



Sate Daging Korban
 Bahan2 :
Daging (potong dadu - saiz ikut suka aku)
Lengkuas
Serai
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Jintan Putih
Jintan Manis
Ketumbar
Kunyit
 Gula
Garam
Batang Lidi Sate

 Cara2 :
  1. Kisar lengkuas, serai, halia, bawang putih, bawang merah, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan kunyit hingga lumat.
  2. Lumur bahan kisar bersama gula n garam pada daging yang dah dipotong tadi.
  3. Perap dalam peti sejuk sekurang2 nya 2 jam (aku perap semalaman).
  4. Cucuk daging pada batang lidi sate yang dah direndam dalam air (nak elak dari cepat terbakar masa bakar).
  5. Bakar.

masa bakar tu boleh lah renjiskan dengan minyak n air perapan daging tu untuk tambah rasa dengan menggunakan serai yang diketuk..... 

oh ya, berapa banyak bahan2 yang aku guna tu jangan tanya yerk..... maaf sesangat sebab aku main campak2 jerk, ikut kesesuaian banyak daging yang ada..... then masa lumur bahan pada daging tu boleh jerk rasa samada masin ke, manis ke..... erm, aku lebihkan gula sebab gula adalah salah satu ajen pelembut bagi daging..... tapi jangan letak banyak sangat pulak yerk..... x elok untuk kesihatan.....

alhamdulillah, Hubby n Aisha suka makan.....
aku simpan n asingkan siap2 dalam plastik berasingan lepas cucuk tu..... senang nanti nak bakar, tinggal ambil plastik n kuarkan dari esbok untuk bakar.... x ganggu yang lain.....

 lagi satu, seingat pembacaan aku, resepi ni x sesuai digunakan untuk buat sate ayam..... sebab rasa dia akan jadi lain, erm aku x cuba lagi lah sebab xder lagi ayam lebih dalam esbok untuk dibuat sate kan..... so x tau nak setuju atau x..... maka, dengan 4 kali pembakaran, Sate Daging Korban berjaya di habiskan..... alhamdulillah, x der pon sambal kacang, timun atau bawang apatah lagi nasi impit sebagai penambah selera..... makan gitu jerk, tapi sedap..... hehe

k, sekian

24 October 2013

*makan makan ~ Laman Kraf Cafe, Kuala Lumpur*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 aktiviti last friday..... ingat nak outing ngan my dear Hubby time rehat, maklumlah, hari jumaat kan rehat lama kan..... tapi Hubby kena outstation ke Pulau Keladi, Pahang pulak on that day, jam 7.00 pagi dah gerak reramai naik bas, hari ahad baru balik..... so x jadi lah kuar opis.....

maka,aku ngan kak bling bling ngan tim..... makan la kat area opis jerk..... yang lain2 ada yang kenyang lagi, ada yang x mor makan tempat panas, ada yang outing ngan kawan department lain..... so, kami bertiga jerk makan..... makan di Laman Kraf Cafe, Kraftangan Malaysia.....



menu untuk kak bling bling ngan tim..... Nasi Kukus


Nasi Tomato for me.....


air limau panas dengan cawan antik.....
 lagi dua orang tu minum air limai ais ngan air suam.....



suasana sekitar cafe..... ku lihat hijauuuuu (lagu Zainal Abidin)



cafe konsep terbuka, makan di bawah rimbunan pokok.....kalau time redup ok lah..... tapi kalu time panas tu, kena sabar sikit lah kan..... cuma xder la panas sangat pon..... biasa2 jerk..... hihi
(model dalam gambar tu xder kaitan dengan aku yerk, tu orang luar datang makan)



senarai menu yang ada kat sini.....

so, alhamdulillah, harga pon biasa2 jerk, rasa pon biasa2 jerk, tapi suasana dia best.....
tiap kali kami boring makan kat cafe office, kat sini lah tempat kami melepak time lunch hour.....
nak join?..... meh arr..... tapi makan minum bayar masing2..... kalu ada rezeki lebih, kita share2 yerk..... haha

k, sekian

21 October 2013

*makan makan ~ Jom Western Wangsa Maju*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


cerita hujung last month..... balik dari duty hujung minggu di opis..... badan rasa x larat nak memasak kat rumah..... maka kita cari kedai makan jerk la yerk..... memula nak makan KFC tapi macam dah biasa jerk kan..... so cari la kedai lain lah yerk.....

ke Carrefour a.k.a AeonBig Wangsa Maju kita yerk.....  ingat nak ke restoran Jom Bali, tapi dah biasa dah makan kat situ..... haha, macam tiap2 hari jerk makan situ gayanya..... hihi
cuba lah restoran lain..... sebelah KFC ada restoran Jom Western..... adik kepada Jom Bali..... ngeh3..... x pernah lagi makan kat sini..... jom kita terjah.....



pandangan dari luar, dah makan kenyang, dah bayar bil, baru ingat nak snap pic restoran..... hehe aci kan.....
 


menu pilihan..... Cheezy BBQ Chicken Pizza RM13.90..... portion agak besar, cukup untuk 2 orang makan..... sedap sebab roti dia x tebal sangat..... sos dia pon sedap..... rasa nak repeat makan lagi jerk.....



untuk anak dara..... Twin Burger RM12.90..... burger comel satu ada cheese, satu xder chese..... sudahnya semua papa yang makan..... anak dara makan cheese jerk..... hehe



air Bandung Laici for me n anak dara RM6.90..... Teh O Ais Limau for hubby RM4.50..... sangat besar juga ini gelas..... hehe



selain dari tu..... ada juga menu lain..... kerabu mangga tu macam best kan, tapi x mor gelojoh yerk..... nanti len kali datang sini boleh order pulak.....
 


anak dara sedang menikmati kentang yang besar jugak..... eh eh makan tangan kiri ye sayang.....
puas jugak lah aku ajar biar makan tangan kanan, tapi bila kita lepa jerk, terus tertukar tangan kiri anak dara ni tau..... harap2 boleh ubah lah kebiasaan tu kan.....
 


total bayaran untuk kami makan malam tu..... ada service charge yer..... hihi
alhamdulillah rezeki kami.....

k, sekian
 

17 September 2013

*riview makan makan @ Bayu Biru, Ikea, Damansara*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 



gambar ulang tayang dari entry ini..... hihi
aku tukang pegang S2 n my dear Hubby tukang tekan punat capture..... maka dapatlah gambar sebegitu..... janji ada kan..... ngeh3

so, lepas berjalan2 dalam IKEA n my USU dah dapatkan barang apa yang dia nak untuk rumah baru dia kat Sendayan nu..... maka misi isi perut pon bermula..... pagi makan nasi lemak, then jam 4.00 petang baru nak lunch..... sampai merajuk2 lah anak dara aku tu lapar nak makan.....

kuar dari IKEA, jalan sampai ke hujung, turun travelator n cari kedai makan yang paling dekat dengan kaki kami n paling x ramai orang..... kedai tu ok ke x tu no 2 pikir sebab perut dah lapar..... maka kami sekotak sebulat suara pi lah ke restoran.....




Bayu Biru Waroeng Indonesia.....
 tengok nama pon mesti dah tau kan apa menu yang ada..... ofkoslah makanan indonesia..... bajet2 kami makan kat indonesia la ni tau..... hehe



pelayan tengah melayan, kami ambik menu yang mudah2 jerk, biar cepat siap n x perlu pikir lama2 untuk makan..... dah lapo lah katakan..... hihi, cume Hubby jerk yang order lambat..... orang dah siap order ngan makanan ngan air siap ngan side order lagik, dia baru nak order air..... lepas tu belek2 menu nak cari nasi pulak..... hurm, kami tunggu jerk dengan sabar..... tapi anak dara tu lah, mulut membebel sebab lapar..... huhu



ini bunting sempena bulan ramadhan yang lepas tau, ada lagi kat situ..... cuma ditutup tulisan ramadhan kat atas tu untuk digunapakai sepanjang tahun kut..... jimat x yah buat bunting baru kan..... hikhik

sambil tunggu hidangan sampai, sambil layan anak dara, sambil layan S2, sambil layan si Teha tembun (anak my USU) makan bubur..... yeay..... kejap jerk makanan dah sampai kat meja kami..... time ni ada 2 meja je yang ada orang..... so layanan pon pantas..... bagus2



Set A - Nasi Ayam Penyet + Air Sirap Bandung for my USU n her husband.....
boleh lah..... kata mereka




Set C - Nasi Ayam Merah + Air Sirap Bandung untuk aku
not bad, ayam dia lembut jerk, aku yang masih dalam pantang sakit gusi pon boleh kunyah ayam tu baik2 sebelum telan..... portion pon besar


Air Sirap Bandung untuk set di atas.....
tapi aku punya air bagi kat anak dara sebab dia nak air tu, so aku order air lain.....



Nasi Ayam Bakar Cili Padi for my dear Hubby.....
 perghhhhh dia punya cili padi memang sungguh kawwwww, sampai kan Hubby makan sambil lap peluh.....
tapi sedap, licin Hubby makan..... ke sebab lapar..... hihi



Air Sirap Limau Suam for Hubby n Air Limau Suam untuk aku.....
suam tapi ada straw..... ha lantak, janji boleh minum.....




French Fries
side dish untuk Aisha..... tapi orang lain yang rasmi dulu..... hihi
habis dia makan sambil ditolong oleh Papa, Pakcik Makcik dia..... aku x makan sebab angin..... huhu




so total RM56.45 lepas tambah tax, untuk 5 orang makan..... ok lah kan..... 
service ok, suasana kedai pon ok, walau kecik tapi sebab x ramai orang, so xder la nampak kelam kabut walau kami pi tu time hujung minggu..... ke time tu orang semua dah siap makan, ye lah dah pukul 4 petang kan, sume orang dah balik umah dah.....
anywhere, terima kasih Cik Lan sebab belanja kami makan hari tu..... alhamdulillah, murah rezeki Cik Lan sekeluarga.....

maka secara keseluruhan ok lah kedai ni..... boleh datang lagi tapi bukan ambik menu ayam penyet yer.....

ntah bila lagi la dapat datang IKEA kan, tunggu ada tetamu rumah kami yang berhajat nak datang sini baru boleh jejak kaki, kalu semata2 kami nak datang, lambat lagi kut..... nak jugak rasa meatball IKEA tu kan..... inshaa Allah.....



k, sekian

25 June 2013

*Rawang Burger Bakar - Batu 16*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


kejadian awal bulan ni..... makam malam kat kedai sebab malas nak masak..... so dinner lah kita kat restoran ape erk..... alahai x ingat lah pulak aku..... tapi kat Batu 16, Rawang, kedai dia lot hujung sekali berdepan ngan Nagoya baru sebelah Tesco Rawang..... hah tu dia..... ada dapat bayangkan x kedudukan kedai tu kat mana..... padahal dah 2 3 kali makan kat sini..... ngeh3..... x per, nanti aku pi sekali lagi aku snap nama kedai dia yerk kengkawan.....



untuk anak dara..... makan fries + mayonis + air sirap bandung.....

 1st time ni dia makan mayonis, kalu cicah sos dia kata pedas, so bagi lah dia cicah mayonis..... ok pulak dia makan.....


 
chicken grill

pilihan my dear Hubby chicken grill..... bermenu western kami malam tu..... siap ada potongan buah oren lagik, Aisha yang makan oren tu sebab Hubby x makan buah..... sedap chicken grill dia..... tetiba terliur pulak tengok menu ni..... huhu



 burger bakar madu tiga + cheese

ambik cheese sebab anak dara penggemar cheese..... so cheese tu memang bagi kat dia sehelai gitu..... RBB, dah lama kami mencari di mana Rawang Burger Bakar nieh, rupa2nya ada di kedai yang kami pegi..... so aku saje nak try, orang beria2 bercerita kan..... erm, boleh lah, agak muak sikit sebab daging dia sangat2 tebal (homemade tau) dan portion dia agak besar untuk aku yang sedang2 jerk badan nieh..... rasanya lepas ni kalu nak order, kena kongsi 2 3 orang baru habes.....

dia ada bagi kad yang belakang dia ada kotak2 untuk kumpul cop..... setiap kali datang, bagi kad kat owner stall n dia akan cop, bila cop dah penuh (dalam 10 kotak) so boleh dapat percuma Burger KLCC yang super duper tinggi, macam dalam gambar kat business kad atas tu.....



pelbagai pilihan burger bakar.....
 


satey

selain daripada tu, kat kedai tu ada jugak satey..... sedap satey dia, lembut jerk..... besar pon besar, x macam satey sekarang kan, comel lote jerk.....

erm, menu lain2 jugak pon ada kalu nak, nak goreng2 ada, nak nasi putih ada, nak CKT pon ada, tapi kami x pernah rasa lagik..... nanti kalu pi sini lagi, nak try CKT dia pulak..... kalu best, nanti aku share kat sini.....

k, sekian
 

21 June 2013

*Ketam Masak Lada Bertelur*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 ahah.....
bukan senang aku nak share resepi kat blog ni, sebab aku bukan terror masak pon, masak pon x selalu kan.....
maklum, isteri berkerjaya..... ngeh3

so, ntah bila tapi bulan lepas lah..... sekarang ni aku cerita pasal bulan lepas jerk la sebab gambo yang baru transfer ni sume bulan lepas punya stok.....
boleh kan..... hehe
makan malam kami disajikan dengan lauk spesel dari air tangan aku sendiri..... muehehe
apa yang aku masak.....?



Nasi Putih
n lauk






















































Ketam Masak Lada Bertelur (sebelum)

perghhh..... macam mengidam nak makan ketam, nak beli yang siap mahal, so mintak Hubby beli ketam kat pasal malam..... time masak tu risau jugak sebab my dear Hubby baru detect yang dia alergic dengan seafood..... sian kan dia..... erm, ketam tu sekilo RM24, beli 2 ekor yang beratnya hampir 1/2 kilo.....
x perlah, nak makan punya pasal, bukan selalu kan.....

makan berdua, dapatlah seekor sorang..... anak dara cuma makan telur nye jerk..... eh, bukan telur ketam, tapi telur ayam yang aku campurkan sekali kat ketam tu.....
alhamdulillah, sedap jugak aku masak..... ngeh3



Ketam Masak Lada Bertelur (selepas)


setel malam tu jugak, biasa kalu masak untuk makan malam, akan ada jugak tinggal baki masuk dalam peti sejuk untuk diperangat esoknya.....
tapi bagi kes ketam ni, sebaliknya berlaku.....
ye lah, bukan banyak sangat isi ketam tu kan..... tapi puas jugak makan sambil tengok tv.....
hehe

nak resepi.....
meh aku share.....

bahan :
ketam (wajib)
cili giling
bawang merah, bawang putih, halia - kisar sekali (aku tumbuk jerk sebab blander pisau tumpul)
gula
garam
kuib knorr (sebagai penambah perasa)
telur (dipukul)
minyak (untuk tumis)

cara masak :
tumis bahan kisar + cili giling dalam kuali sampai naik bau
masukkan ketam biar sekejap
masukkan telur yang dah dipukul tadi serata kuali
masukkan air biar ada kuah sikit
masukkan garam + gula sesedap rasa
masukkan suku kiub knor (aku guna ayam) sebagai penyedap rasa
tutup kuali sebentar biar bau n rasa sebati dalam ketam
tutup api n sedia untuk di hidang n makan
 ada cara lain untuk masak ketam?..... meh share sini.....

k, sekian

27 February 2013

*makan makan @ restoran bawang kecil*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 
as salam,


ari sabtu lepas lepas teman Papa work..... kami ke Jusco AU2..... untuk cari makan.....
owh masa tu sedang diadakan ujibakat Bintang Mencari Bintang..... tapi x tahu dorang tengah rehat ke, dah mula ke atau dah habis ker..... sebab kat stage xder persembahan pon.....

tapi misi utama adalah untuk cari makan..... pi kat food court punyelah ramai orang..... so kami decided pi kedai yang kat luar2 tu..... target nak makan mee sizzling kat food court berkecai..... huhu

so, kat luar kami pi lah kedai Restoran Bawang Kecil..... xder la ambik gambo beria sebab perut dah berbunyi..... cuma ambik gambo makanan yang kami oder jerk..... Hubby suruh bagitau kat blog sebab x berapa puas ati dengan makanan ngan harga ngan servis dia.....
haha


Kerabu Kaki Ayam
RM6.90


Asam Pedas Ikan Pari
RM11.90


menu lain yang kami order - nasi putih RM1.50, air soya RM2.00, air milo ais RM2.90, air limau panas X SAMPAI KE MEJA, extra pinggan X SAMPAI KE MEJA.....

erm, ader ker rupa kerabu kaki ayam ngan asam pedas gitu rupa..... aku pernah tengok kerabu kaki ayam kat blog lieya, apsal lain dari yang ni..... huhu, masa memula menu tu sampai aku dah pelik, "ni asam pedas ke masak singgang ni" kata Hubby..... ok x per, kita rasa..... erm, x kena dengan tekak kami..... tapi tetap makan jugak sebab perut dah lapar gila, time tu dah pukul 3 petang kut..... huhu

yang paling x best, adalah apa yang kami order x sampai..... huhu..... seb baik x yah bayar.....
so, cepat2 kami keluar kedai, then aku ternampak bunting kat tepi kedai dorang, ada banyak menu masakan portugis..... erm, agaknya dorang ni masak stail portugis kut kan..... tu yang gitu gayanya.....

dah, la x mor bebel banyak2..... pi wat keje memasing yerk kengkawan.....

k, sekian

26 February 2013

*makan makan @Bisrul Seafood & Tomyam, Rawang*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

aktiviti di waktu malam di kala diri ini malas memasak.....
"Papa, jom makan kat luar".....
dipersetujui oleh suami tercinta tanpa banyak soal.....
"WEEHAAAAA!!!" eh dalam ati jerk tu..... hehe

maka kami keluar mencari empat yang belum dijejaki di Rawang ni untuk makan malam..... asik Kenanga jerk, annti meluat pulak orang Johor kan..... hehe

so, kali ni kami ke.....



Bisrul Seafood & Tomyam, Batu 16, Rawang, Selangor.....
dekat ngan Tesco Rawang.....
serius jerk cik abang tu tengok menu kan.....



seberang jalan dengan The Leverage Business Hotel.....
hotel baru buka nieh..... harga promosi RM58 nett satu malam.....
siap promote tuh, maklum, tiap2 ari lalu depan hotel ni kalu pi balik keje.....



senarai menu yang ada.....


ini anak dara sekarang susah betul nak senyum bila ambik gambar.....


tengok menu beria-ia sampai ulang 3 4 kali, tapi last2 oder menu biasa jerk.....
nasi goreng pattaya, nasi goreng daging merah, keropok goreng, air limau panas, ait nescafe panas n air laici untuk anak dara.....
anak dara sekarang dah pandai demand nak oder ape..... layan je lah kan....
yang paling x menahan dia cakap ape masa kami makan.....
"nape makan kat kedai ni? tak best la mama kedai ni".....
 erk, terdiam jap aku.....



suasana dalam kedai.....


kat luar kedai pon ada meja jugak bagi mereka yang nak open air kan.....


overall makan kat sini kami puas hati walau anak dara cakap x best..... huhu
makanan sedap, portion banyak, suasana n toilet pon bersih.....
harga berpatutan..... total kami makan kat sini dengan menu seperti kat atas tadi adalah rm18.50.....
ok la kan, xder la mahal sangat pon.....



ini signboard restoran.....

buka x pasti dari pukul berapa sampai pukul berapa, sebab time tu ingat nak makan jerk..... haha

k, sekian


pssst : wahai kengkawan semua..... buat 2 minggu ni, kalu aku x jenguk kengkawan, aku mintak maaf yerk, kesibukan melanda coz ada promosi kat opis aku ni n aku ada duty yang x menyempatkan aku jenguk umah kengkawan..... sume entry yang publish ini adalah aku dah schedule kan yerk..... so inshaa Allah pada masa senggang nanti aku jenguk umah kengkawan yerk..... jangan serik datang sini tau..... nanti aku windu korang sume..... k