^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

26 August 2014

KAK NGAH in the house

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

alhamdulillah, last saturday 23.08.2014 my adik (Uteh) dah selamat melahirkan baby beliau yang kedua..... kalau sebelum ni anak 1st baby boy, kali ni dapat baby girl..... sepasang dah mereka.....




 merah muka baby tu kan.....
tadi dapat info dari wasap group, baby beliau yang kami panggil kak ngah sebelum ni dah rasmi ada nama.....
Aimy Farhana
abang beliau nama Amar Firdaus..... so kira dorang ni ala2 peminat AF la kan..... haha, itu komen dari myUsu dalam wasap group kami.....

sekarang ni tengah berpantang kat umah mak nuun di Adela, moga Aimy Farhana membesar sebagai anak yang solehah dan membahagiakan mama & daddy.....

sekian

21 August 2014

25 november 2014 - save the date

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

alhamdulillah, dah selesai urusan pengesahan sekolah Aisha..... ari Jumaat, asalnya nak mohon balik awal sebab nak pi sekolah untuk uruskan pengesahan tu, tapi anak dara tak sihat, so aku ambil EL terus.....Hubby balik awal ari tu, n kami sama2 lah uruskan urusan berkenaan.....





dalam pukul 3 petang, kami ke sekolah..... sebelum ni dah pi untuk hantar borang permohonan online, so dah tau dah kat mana pejabat dia..... buat Aisha, ni 1st time dia ke sini..... seronok je muka dia sebab tau dia nak sekolah kat sini..... x sabar katanya nak naik bas sekolah..... hehe

erm, katanya sekolah ni sekolah bistari..... tapi x tau pulak aku, nanti nak cari info pasal sekolah ni pulak..... biasa orang, cari info pasal sekolah sebelum mohon kan, aku ni terbalik pulak..... hehe, x de apa2 sebenarnya, janji Aisha dapat belajar n timba ilmu untuk masa depan kan..... saje je tambah pengetahuan pasal sekolah ni.....


 


pi pejabat, ada kerani yang tolong uruskan..... cari nama, then sain sebagai pengesahan nak sekolahkan anak kat sini..... tanya lebih kurang..... lepas tu kami di beri surat untuk sesi suai kenal.....


 


dah selesai, jalan2 sikit kat kawasan sekolah..... Aisha sibuk nak masuk kelas, nak tengok katanya, tapi kami x berani la pulak..... kut la karang tetiba ada kena tahan ngan pak guard sebab menceroboh..... huhu x pasal2 je kan, walaupon bukan niat yang x baik..... tapi kena berjaga2 juga kan.....
so, untuk puaskan hati anak dara yang x sihat tu, jom lah kita berposing kat tiang walkway sekolah ye sayang..... hehe peace.....


 


inilah dia surat yang kami dapat..... Hari Suai Kenal Murid Tahun 1 / 2015..... berpakaian biasa, erm, time ni ke yang ada buat ujian untuk tentukan kelas yerk..... ke masa dah masuk sesi persekolahan yang betul2 tu baru ada ujian..... huhu seram pulak rasanya.....

apa yang penting kerjasama, kena ingat tarikh tu ye.....
semoga Aisha dapat menimba ilmu sebaiknya untuk masa depan yang cemerlang.....
aamiinn.....

k, sekian
 

20 August 2014

tukar kepala paip di sinki dapur di bulan syawal

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, ujung bulan ramadhan ritu, paip luar rumah patah..... pertengahan bulan syawal ni, paip dalam rumah pulak patah..... ehh, bukanlah patah paip utama yang dalam dinding tu..... tapi paip air yang kat sinki tu je..... kat dapur, balik dari kerja Hubby yang perasan air sentiasa keluar kat kepala paip tu, then bila buka kepala paip tu, air keluar dari batang paip, bukan dari muncung yang biasa air keluar tu.....



kepala paip asal kat sinki dapur


gambar dari google
 hah, lebih kurang macam gambar kat atas tu la jadi nya..... mungkin sebab karat, tu yang boleh patah paip tu..... so, malamnya terus Hubby ajak keluar cari kepala paip baru..... dan malam tu juga Hubby kerjakan paip tu..... ye lah, kalu x, macamana pulak aku nak memasak kalu xder kepala paip kat sinki tu kan..... dah la aku ni jenis yang banyak guna air masa memasak.....hehe
 
 


dan, atas ni lah hasilnya.....
kepala paip air yang baru, beli yang fleksibel, so senang nak cuci barang2 yang bersaiz besar, nak adjust tinggi rendah pon boleh, nak air keluar biasa atau nak air jenis rain shower pon boleh jugak..... syioknyer.....
erm, beli kat kedai Happy Home Superstore, Rawang..... harga RM44.90, Hubby beli 2 terus, satu lagi letak kat ruang makan yang jadi ruang penyimpanan barang kami a.k.a stor dapur..... hihi

alhamdulillah, masalah x kronik sangat n boleh selesai dalam masa yang singkat..... cuma KC aku je x jumpa penyelesaian lagi..... hihi, bila lah boleh realisasikan impian nak berKC yerk..... moga2 di permudahkan..... aamiinn.....

k, sekian

18 August 2014

cerita 1 syawal 1435h a.k.a 28 julai 2014

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


rasanya orang lain dah cerita syawal ke 22 kan, paling x pon dah masuk syawal ke 15..... aku baru nak cerita 1 syawal..... ahaks..... x pe lah, janji nak cerita jugak kat sini.....



 ha, atas tu satu2 nya pic kami sekeluarga di pagi 1 syawal..... ada la 2 3 gambar tapi still pose yang sama..... pic ramai2 ngan family mertua aku, ada pada abang ipar, sebab dia yang snap pic untuk kami sekeluarga.....

hurm, 1 syawal x der aktiviti sangat..... cuma malam sebelum tu, ada aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah oleh ahli surau, disebabkan FIL salah sorang ajk, maka rumah kami terpilih.....

then pagi nya, lepas solat raya, kami makan2..... menu hari raya kami adalah nasi dagang..... mertua orang terengganu, maka berdagang lah kami di hari raya itu..... hihi, abang ipar bawa balik lemang..... selain dari tu ketupat daun palas pon ada, tapai pulut pon ada, nasi impit pon ada, rendang ayam, gulai ikan aya, kuah kacang dan kuih muih x di lupa.....




petang pula kami ke rumah saudara sebelah FIL..... apa pertalian mereka, aku dah lupa dah..... huhu, sori, dah lupa sebab dah lama, baru nak cerita kat sini kan..... gambar atas tu masa kami dah nak balik dah..... semua bertebeng kat tepi pagar tunggu green light dari FIL untuk gerak balik..... hihi

malam, x der kemana.....hajat nak ke rumah kawan2 Hubby masa keje kat Kuantan dulu, tapi memasing masih beraya ngan keluarga memasing..... so kita ngadap tv je la sambil ngap2 apa2 yang patut..... hihi


k, sekian

15 August 2014

kena tolak masa main polis polis

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


kelmarin (rabu) petang, masa ambil Aisha dari taska, tengok dia keluar terhencut2, belum sempat aku bertanya, pemilik taska bagitau yang kaki Aisha luka sebab jatuh kena tolak oleh budak lelaki..... aku tengok Aisha macam ok je, so aku pon ok je lah, x kan nak marah2 kan, tapi dalam hati terkilan juga, macamana boleh tolak2 kan.....

then masa on the way balik rumah tu, aku tanya la Aisha camner boleh jadi gitu..... dia pon cerita.....
"saya main polis polis dengan kawan kawan kat taska tadi, lepas tu saya nak tangkap xxx (budak yang tolak Aisha), lepas tu dia nak lari, dia tolak saya"
aku tanya berapa umur budak tu
"umur dia sebelas tahun"..... gulp, tekejut aku, budak 11 tahun, lelaki, tolak Aisha masa main polis polis..... mana x jatuh anak dara comel berusia 6 tahun ni.....
x pe lah, aku just pesan kat Aisha.....
"lepas ni x mor dah main dengan dia ye, dia dah besar, lelaki, nanti Aisha jatuh lagi macam ni"
dengan redha, Aisha angguk kepala je.....

kaki Aisha yang luka, jatuh atas tanah..... 
yang teruk kat pergelangan kaki, ada luka sikit2 sampai ke lutut.....


kat taska dah cuci, cuci biasa je..... so, kami decided untuk bawa Aisha ke klinik malam tu, takut luka tu ada lagi baki pasir @ tanah yang tinggal.....



Aisha masa rawatan..... assistant doktor di Poliklinik Perdana, Rawang sedang cuci luka.....
dia macam nak nangis masa dressing tu, tapi Papa dia pujuk, n cakap "Aisha kuat kan, x mor nangis tau"..... dia angguk n tahan nangis.....
bila dah siap tu, Alhamdulillah, luka kecil je, x der dalam sangat.....
doktor  just bagi ubat sapu untuk luka cepat kering.....



 Chlorop a.k.a Chloramphenicol Eye Ointment
pelik jugak aku, sebab kat ubat tu dinyatakan ia adalah untuk mata, then suruh Hubby call klinik tu untuk confirmkan betul ke ubat tu..... bila di beritahu yang ubat tu betul, memang untuk mata, tapi boleh juga untuk luka biar luka cepat sembuh, so kami iakan aje lah.....

lepas mandi, sapu je kat luka.....
sebagai tambahan, aku sapukan juga krim gamat..... tapi yang aku baru beli ni, rupa dia x macam yang dulu, yang ni bekas dia macam botol balm tu..... harap2 kesan dia sama macam krim gamat yang dalam tiub tu.....




Krim Gamat keluaran syarikat Gamat Asli Enterprise.....
harga RM5.00, bau wangi dan yang penting krim ni diluluskan oleh KKM..... hehe


moga Aisha lebih kuat lepas ni untuk sama2 main dengan kawan2 kat taska dia.....
tapi x mor ganas2 tau sayang, Aisha kan perempuan.....

k, sekian