^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

11 July 2014

kadar bayaran ZAKAT FITRAH 2014 seluruh negeri

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

alhamdulillah, dah masuk Ramadhan yang ke ..... berapa hari ni?.....
pandai.....


hari ni x mor berceloteh panjang sebab ada tugas yang menanti.....
just nak share something here.....

v


v


v


v


v

 


berapa kena bayar tahun ni.....
aku asal Johor, mydearHubby Pahang
kami bekerja di kolompo.....

kadar bagi zakat fitrah tahun ni adalah RM7.00 seorang..... moh le kita menunaikan kewajipan kita memasing.....


Lafaz Niat Bayar Zakat Fitrah Di Bulan Ramadhan
1. Diri sendiri.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

2. Diri dan tanggungan.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

3. Bagi pihak.
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”



boleh juga nak bayar online bagi yang tidak berkemampuan ke kaunter.....


k, sekian

11 September 2012

*raya orang Johor di Teratak Kami*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

kejadian berlaku last 2 weeks masa orang sambut merdeka..... aku dah dimaklumkan yang my parents nak datang Teratak Kami di Rawang, sebelum nak ke kenduri kahwin di Melaka, dorang bermalam di Teratak Kami dulu.....

so, di petang Jumaat (my dear Hubby kerja sambut merdeka kat Stadium Bukit Jalil jaga stall burger opis, Aisha tengah tidur kat dalam lepas layan cerita Dora The Explorer) yang hening, sedang aku mencangkung mengetuk simen di garaj depan..... tetiba terperasan kereta BLM kaler silver bernombor plat JLNxxxx berhenti di luar pagar umah..... "macam kenal jerk kereta ni" hehe, maka tersenyum simpul lah aku kembang kuncup kembang kuncup sensorang sambil masih lagi mencangkung bila menyedari yang keluar dari kereta itu adalah ABAHHHHH, MAKKKKK, HAZIQQQQQ, SHUHADAAAAA n last sekali adalah my USUUUUU merangkap driver..... wah seronoknya x terkata.....

maka bermulalah episod Teratak Kami meriah dengan kehadiran dorang..... x lama lepas tu, my Uteh n her husband pulak sampai bersama si tenit Amar Firdaus..... makin memeriahkan keadaan rumah kami yang sunyi bila mana papa pi kerja..... belah malam pulak husband my Usu sampai dari N9 coz dia keje siangnya.....

meriah memang meriah..... maklumlah memasing baru 1st time datang umah aku yang bebetul siap (sebelum ni pernah datang tapi x boleh nak masuk coz berkunci oleh kontraktor hampeh yang buat umah kami..... so kali ni datang, selain borak pasal rumah, semua orang menjelajah seluruh rumah, bak kontraktor binaan lagaknya..... sian kat Abah coz penat naik tingkat atas..... hehe, sebab tu lah aku sediakan bilik kat tingkat bawah n sediakan set bilik tidur yang xder katil tu kat dalam bilik..... 

tapi kan, 1 jerk aku rasa macam ralat sangat..... masa pindah umah ritu hubby ada tanya, bath tub baby tu nak bawa pi Teratak Kami x?..... aku dengan konfiden cakap x payah la, lagipon dah buruk dek sawang n habuk..... padahal kalu cuci ok jerk cuma comot la kan..... so masa kat Teratak Kami ni, si tenit Amar terpaksa mandi kat sink daput coz xder besen besar nak rendam dia time mandi..... huhu sian kat dia kan..... x per, nanti Mak Lang ada baby lagi, Mak Lang simpan baby bath tub tu untuk adik Amar mandi taun akan datang yerk..... pengajaran buat diri sendiri.....

so esoknya aktiviti kami adalah pi open house reramai..... kami 3 kereta memula ke Beranang, kawan my Uteh merangkap sepupu kepada husband my Usu (hah, korang paham ker susur galor keluarga ni, hehe)..... giler jauh, perjalanan 1 jam pergi n balik..... 
lepas tu kami ke Sungai Buluh, umah klik hubby yang dipanggil Mama a.k.a Kak Saba..... perghhh kambing ngko, tapi hubby sorang jerk yang makan, lain2 masih lagi kenyang makan kat umah Beranang tu..... makan ala kadar jerk, memacam jugaklah menu dia sampai x tahu nak makan apa, badan letih berjalan kepanasan pon ye jugak kan.....
selesai, kami bajet nak ajak Mak Abah pi beraya (time ni parent naik kereta kami) kat umah2 lain kat area Rawang jerk..... tapi sian kat dorang dah letih, time tu dah pukul 4 petang lebih kut..... so balik umah dulu bagi Mak n Abah rehat..... kami ke 3 buah rumah kawan2 kat Taman Rawang Perdana yang buat open house..... malam ingat nak ke Ampang, tapi sebab family ada kat umah, xkan nak tinggal kan, x baik.....

esoknye hari Ahad, dorang siap2 dari pagi coz nak attend kenduri makcik kami kat Melaka..... aku x pi lah, atas sebab2 yang x dapat nak elak, lagipon hubby x rehat lagi sejak dari keje kat stadium hari sebelumnya..... sebelum dorang gerak, aku pon suarakan untuk ambik gambo reramai..... ni kira gambo raya aku tau..... jom layan.....



 alolorrrrr Aisha sedang cuba untuk menggomol pipi dak tecit Amar.....
[erm, abaikan background yang agak x teratur tu yerk]



"tayang adeq Amar"..... mmuahhhhh


 so sweet..... kakak prihatin sedang pakaikan adik dia sarung tangan

hehe, dibuatnya la adik dia tu macam teddy bear..... main angkat letak angkat letak jerk, seriau aku tengok..... huhu, tapi dah boleh jadi kakak dah ni, cuma masa belum mengizinkan..... rindunya dengan bau baby.....


 ha korang..... inilah satu2nya gambo raya aku..... tapi aku x pakai baju raya pon kan, hanya ber t-shirt n seluar track jerk..... hukhuk
[humang aih, agak sopan anak dara ku duduk di tengah2 itu, maafkan dia..... hehe]


bila semua dah masuk dalam kereta, Aisha dah mula cebik2 dah, time salam sebelum tu pon dia x nak..... coz dia dah tau kut yang sume orang nak tinggal dia dah..... aku pulak yang sedih, erm bila kereta gerak jerk ke jalan, maka drama air mata pon bermula..... huhu, lama jugak kami pujuk dia biar diam..... last2 kami bagitau petang tu kita nak pi Tesco, baru lah dia reda sikit..... tapi sikit2 tanya adik Amar mana, adik Ada mana, Abang mana..... sian aku tengok dia..... x perlah sayang, nanti ada masa lagi kita jumpa yerk.....

lepas tu mulalah kehidupan kami macam biasa, meneroka rumah yang x siap2 lagi di kemas n melayan Aisha yang asik ler ajak naik atas nak tengok Upin Upin..... hehe

k, sekian

10 September 2012

*maraton raya, menu tanpa gambar*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

aku hari ni 7.30 dah sampai opis..... sejak dok Teratak Kami nuun di Rawang, aku makin berdedikasi waktu datang kerja, awal sungguh..... hehe tapi balik keje still macam biasa la kan..... 

hurm, aktiviti hujung minggu kami.....

hari sabtu aku dok umah jerk dendiam coz my dear Hubby kerja, so aku dok umah jerk sambil kemas umah sambil jahit langsir (erm nanti aku story yerk, nampaknya aku dah semakin baik menjahit, ngeh ngeh ngeh)..... actually hari sabtu banyak kengkawan buat open house, tapi semua aku x pergi..... huhu sian kan kat aku

hari ahad pulak, hubby x kerja, so kami buat maraton raya area Lembah Klang..... tapi ada jugak lah rumah yang kami x terjah coz dah lewat..... mungkin lain kali ada masa kami terjah pulak..... haha, taun ni ramai kengkawan yang dok umah baru, tu yang semangat jerk nak datang umah dorang..... leh share deko-deko untuk Teratak Kami kan..... hehe

so that day, kami mulakan maraton di..... opsss sebelum tu nak ingatkan yang entry ni xder gambar tau..... malas nak kuarkan BB camera, lagipon aku dilanda sakit tekak, so selera nak bergambar xder..... haha ada kaitan ker? apa lagi, jom kita maraton bersama ke:-

rumah pertama:-
kami sampai umah pertama ni lebih kurang jam 10.00 pagi..... biasa orang buat open house waktu lunch kan, tapi jiran belakang Teratak Kami, kak ana namanya..... buat untuk waktu pagi..... so menu yang dihidangkan adalah menu sarapan pagi..... ada nasi lemak, mee hoon goreng, plus desert macam pudding, kek, kuih raya ofkos kena ada..... aku sempat makan nasi lemak dia jerk, maklumlah baru kenal n malu2 lagik..... ngeh ngeh ngeh..... lagipon ramai sangat orang yang datang, so xboleh nak berbual secara personaly dengan tuan rumah, x per, len kali datang boleh kenal lebih dekat ngan dia.....

rumah kedua:-
kami ke rumah ex-pengasuh Aisha @ Sentul, nama kak imah jugak, dalam jam 1.00 petang kami sampai..... menu hidangan untuk kami adalah mee goreng + udang besar2..... untuk Aisha dia hidangkan nugget spesial..... 2 keping Aisha makan, memula macam Aisha malu2 jerk ngan Umi dia tu kan, tapi bila dah lama2 dok situ (agak2 kami dah nak balik)..... mulalah dia dok naik turun naik turun kerusi x duduk diam..... dah boleh nak borak2 ngan Umi dia, cuma xder mulut tu becok macam biasa, maklumlah dah jadi anak dara pemalu kan..... hehe

rumah ketiga:-
 lepas tu kami ke rumah ex-jiran sebelah kiri rumah sewa kami di Sentul..... kami panggil dia Wan (ibu tunggal umur dalam 50 plus), selama dok menyewa di situ, x pernah kami masuk umah dia, kalu borak pon kat luar jerk..... so, raya ni lah 1st tima kami masuk..... haha teruk x kami..... erm, kat sini kami dijamu dengan mee hoon goreng..... borak borak borak borak, pehtu kami mintak beransur..... kalu nak ikut, borak ngan Wan ni sampai ke malam pon x habis, dia suka bercerita sampaikan kami nak mencelah pon x boleh..... haha

 rumah keempat:-
kami ke rumah kak Ana ex-jiran sebelah kanan rumah sewa di Sentul pulak..... kali ni xder menu tambahan, cuma kuih raya jerk, tapi still ada kuih tambahan iaitu kek pelangi n tart buah, cantik sangat sayang rasa nak makan..... dan si sinilah my lil Aisha tertidur lepas makan 2 keping kek pelangi..... masa ni dah lebih kurang pukul 3.00 petang..... borak borak borak borak lagi n kami mintak beransur untuk ke rumah yang lain pulak.....

rumah kelima:-
pi rumah baru Kak As (ex-opis mate hubby) kat Taman Kosas, Ampang..... actually ari sabtunya dia buat open house tapi kami x datang, so hari ahad kami datang, still lagi di jamu dengan menu sama masa open house iaitu mee laksa asam..... ada juga nasi impit + kuah kacang pedas yang amat, lastly aku bagi kat hubby untuk dihabiskan..... hehe kat sini kami lebih banyak bercerita pasal hiasan rumah, haruslah kan, kata rumah baru..... so kami pon selidiklah pape yang patut, kut2 lah boleh buat kat Teratak Kami pulak..... haha boleh kan Kak As kan.....

rumah keenam:-
dah alang2 kami kat Ampang, kami teruskan lah perjalanan ke rumah opismate aku merangkap ex-opismate hubby kat Kg Seputih, betulker nama kampung ni Ana?..... kat Bukit Belacan nuuu..... siap ada khemah depan umah untuk sambut kami, haha tapi itu khemah umah sebelah punya yerk, jangan nak menyibuk pulak..... so masuk dalam umah, sempat berborang pasal ular masuk umah dia hari sabtunya sambil makan mee goreng..... sedap tapi time ni perut aku dah full yang amat..... jamah jugak lah sikit yang Aisha senduk dalam mangkuk untuk di makan..... hehe

 rumah ketujuh:-
last lepas maghrib kami ke rumah baru Anom  opismate aku kat Taman Ukay Perdana..... nuun dia tas puncak, rumah dia pon tingkat atas sekali, xder lift..... maka kami menapak naik tangga sampai ke tingkat 5 apartment dia..... pergh! berpoluh jugak ketiak nieh..... maklum dah lama x berexercise kan..... kami di hidang dengan soto..... ada nasi impit n mee hoon..... ada jugak makanan lain yang mak dia bawa..... aku makan soto jerk..... tu pon kongsi ngan Aisha, makan ala kadar jerk, jangan sampai terkeluar semula apa yang aku makan udah ler kan..... dah la dengan batuk jerk sepanjang hari..... nak mencekik pon rasa x sedap..... so borak borak borak borak (pasal rumah jugak) dalam 9.30 malam kami mintak diri balik rumah.....

alhamdulillah, dalam sehari kami boleh pi tujuh(7) buah rumah buat maraton raya..... Aisha pon behave jerk sepanjang perjalanan kami, cuma petang2 kat umah Ana ada dia mintak susu, tapi bila dah ralit main dengan Upin Ipin, dia terlupa pulak susu..... dah la aku x bawak bekalan, maklum x bajet sampai ke malam..... kan

FYI, semua2 tuan rumah di atas kami maklumkan kedatangan kami masa kami dalam perjalanan tau, kiranya bila dah keluar rumah yang kami beraya tu, dah dalam kereta baru kami bagitau yang kami nak ke rumah dia..... bajet xnak lah dorang memasak, tapi sangkaan kami meleset coz mereka semua sempat jugak masak mee sekurang2 nya kan.... rajin sungguh dorang..... inilah orang Malaysia, tetamu yang datang tetap dirai dengan makanan walau hanya dengan menu ringkas..... alhamdulillah..... terima kasih semua

kami sampai rumah dalam jam 10.00 malam, mandi2 siap2 tengok tv sambil kunyah kuih raya belen, pehtu tido..... soknye pi keje pulak..... fuhhh!!! penat sudah menaip, dari sampai pukul 7.30 pagi tadi..... rehat pi breakfast kat bawah jap, sambung balik menaip sambil layan kengkawan opis pasal keje n pasal raya jugak..... ni dah pukul 10.00 baru boleh nak publish..... lama gila aku buat entry nieh, kira pecah rekod sendiri nieh..... haha tapi tetap xder gambo kan..... kalu ada gambo senang, aku cerita pasal gambo jerk..... kan

dah, nak buat keje sikit..... pehtu nak jenjalan umah kengkawan pulak..... tengahari ni ada makan free..... hehe

k, sekian


03 August 2012

*Langsir punya pasal*

16 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 dah masuk 14 Ramadhan hari ni kan..... alhamduillah, masih lagi di beri kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa..... mood raya?..... kompem dah membuak2 dalam diri ini coz kat opis dah kiri kanan depan belakang dengar lagu raya..... hehe

erm, sekarang ni tengah berkobar2 nak mencari masa menjahit..... nak jahit langsir untuk rumah baru, Insyaallah..... moga semuanya dipermudahkan..... tapi ntah bila nak menjahit yerk..... kena tunggu si Aisha tido baru leh buat projek..... tapi dia tu kalu aku x tido, dia pon x mor tido..... camner lak tu..... huhu buat lah jugak, tapi kena pastikan dia x mengacau lah kan.....
 
langsir punya pasal, aku mintak izin kat hubby untuk beli mesin jahit, senang sikit aku nak jahit kan..... nak upah kat kedai, takut mahal..... dapat yang murah2 pon dah ok dah, janji dapat menjahit langsir, di masa lain boleh jahit baju or seluar hubby kalu koyak kan, boleh juga buat alter baju kut2 lah terbesar ker, terkecik ker, terpanjang ker, kalu terpendek x boleh la nak nolong.....

setelah dapat izin, maka pencarian pon bermula..... memula pi Carrefour Wangsa Maju, adalah jenama BlueSky harga RM229..... tapi dah xder stok plak..... hari yang lain, kami ke Kawanku Jalan Ipoh plak kut2 lah ada yang murah2 kan..... humang aih, kedai tutup lorrrrr.....

but after that..... Alhamdulillah, Allah permudahkan kami untuk mendapatkan mesin jahit ini.....


jenama TOYOTA, model lama punya..... harga RM399, dapat kurang so kami bayar RM350 + aksesori + minyak mesin yang kena letak 2 3 bulan sekali ..... kaler pink hokey..... second hand jerk pun..... so no warranty..... 
but as long as boleh buat jahit, aku ok jerk, bukan nak jahit tiap2 hari pon kan..... dah test dah pon, tunggu nak rasmi bebetul jerk lagi..... hehe

beli kat dealer Singer
One Call Electrical & Home Renovation, 784 Jalan Sentul, Off Jalan Ipoh, 51000 Kuala Lumpur
 kedai ni kat sebelah kedai Singer kat Jalan Sentul (depan HGH Convention Centre)

Alhamdulillah, equipment yang diidam sekian lama telah dimiliki, so bolehlah aku bertukar langsir tiap tahun kan..... itulah alasan rumah sewa aku x bertukar langsir sejak dok dah hampir 5 tahun lalu..... sebab x der mesin jahit nak jahit langsir..... haha

k, sekian


update : aku xder la terror sangat menjahit, setakat jahit lurus tu tinggal letak kain kat mesin pehtu treettttt tekan pedal kat bawah tu ok jerk.....
update : nak ambik upah jahit... uh, jadik lain plak produk siap tu karang..... tapi kalu nak repair sikit2 tu boleh la kut kan..... janji ada upah jugak..... haha deal


11 May 2012

*Puasa dan Raya*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

wah!! awal dah cerita pasal puasa n raya yerk blog nieh..... hehe, bukan apa, semalam aku telah berjaya untuk mengqada' puasa tahun lepas.....Alhamdulliah, tu baru satu hari..... ada lagi 6 hari untuk aku qada'kan puasa aku..... Insyaallah, akan aku lakukan dengan tenang n moga diterima Allah hendaknya..... Ameen

next week, x boleh la aku nak qada' coz aku bajet nak puasa Isnin, Khamis..... tapi hari isnin aku ke Kelantan untuk selaras Makmal Teknik Pateri Produk Perak di sana..... hari khamis pula aku dah kena ke Awana Genting untuk selaras Makmal Pengukuhan Usahawan Bagi Pasaran Antarabangsa pulak..... maka hilang la 2 hari puasa ganti aku..... tapi x per, moga ada kesempatan untuk aku ganti di minggu hadapannya sebelum tiba waktu untuk berpuasa wajib..... Insyaallah

pasal raya pulak..... huhu sedikit sedih, coz hubby cakap, x yah pikir la baju raya bagai..... kita tumpu buat rumah dulu..... dah siap baru kita pikir baju raya..... huhu, ye la sekurang-kurangnya nak la jugak sepasang baju raya baharu sedondon sefamily di pagi raya kan..... x kan nak pakai baju tahun lepas pulak..... dah la baju melayu hubby x banyak, aku kira-kira adalah dalam 3 pasang yang betul-betul sepasang..... yang lain tu semua tinggal baju jerk, suar yilek..... huhu

erm, moga ada la rezeki lebih buat kami untuk siapkan rumah kami nuun di Rawang sana sebelum raya tahun ni..... rasanya dah setahun tertangguh pembinaannya..... lama dah kan aku x cerita pasal rumah kami..... ni semua pasal kontraktor kami yang ntah hape-hape, duit nak tapi rumah x nak siapkan..... :(  moga lepas ni dipermudahkan bagi kami untuk menikmati anugerah Allah duduk di rumah sendiri..... Ameen

so tu je la cerita aku aku pasal puasa & raya nieh..... next week kalu ada masa aku update yerk pape yang patut, kalu xder tu, maknenyer aku busy..... huhu akan windu kat Aisha 2 hari + 3 hari.....

k, sekian


05 October 2010

*Aisha di pejabat*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam tengahari cum petang.....
dah setengah ari baru leh wat n3, cbuk tul arr ari ni, tapi tangan ni gatai jerk nak wat n3..... hehe x per kan..... bkn aper nak kongsi pic my lil aisha yang datang opis baru2 nie..... ekceli my opis ader wat umah terbuka last saturday, so ramai ler officemate yang bawak family memasing termasuk lah aku..... senang ckit la coz aku ngan hubby kerja di opis yang sama, so x der masalah bagi kami cume kengkadang kena berebut gak sape nak jaga Aisha coz kami sesame nak kena jaga kiosk memasing.....
kiosk bahagian aku wat spaghetti + mushroom sup + salad buah..... kiosk bahagian hubby lak wat mee hang li po..... ader lagi la bahagian2 lain ngan menu memasing spt ayam golek, sup, air cendol, li chi kang, kepak ayam bakar, steam boat, nasi tomato n banyak lagi la menu2 lain..... meriah la kami nyer open house ari tu.....
tapi x mor arr crite open house..... aku cm nak kongsi pic my lil aisha jerk..... so, layanzz
"mama, nak tipon papa kena tekan nombor dulu baru angkat ganggang yerk??"
"ala, papa x angkat phone, nak keje lain lak arr..."

"mama, mane dokumen yang bos suoh wat ari tu yerk?, aisha nak semak la..."


"ala, x sampai la nak tekan keyboard nie..... kena bangun dok atas meja nie.."

"hish, bosan la asik wat keje jerk..... kita tengok video la jap"

"mama, meh la join aisha tengok upin ipin nie, best..."

"hihihi, ayam goreng....."

"ala.... dah abis laks..... sambung wat keje la"

"mama, uncle tu nak join aisha tengok upin la....."

"hehe, best la dok kat sini..... skrin besar, leh tengok upin besar2..... best"


k, sekian

30 September 2010

*Pantai Batu Hitam, Kuantan*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

cerita sempena raya lagi.....

raya ke-7 kami balik beraya ke kuantan laks..... gerak dari johor lebih kurang jam 11.00 pagi, tggu aisha bangun tido n bagi makan siap2 kat anak dara sorang tu..... biasenyer perjalanan dari johor (kota tinggi) ke pahang (kuantan) kami akan singgah beraya ke umah abg d (x-officemate aku di johor) di mersing n kak zana (x-officemate hubby di pahang) di pekan, tapi disebabkan kami takut lmbat sampai, so kami xder la beraya ke umah mereka..... kurang dah duit raya aisha kat ctu..... huhu

so, kami smpai kat kuantan, lbih kurang jam 4 petang..... siap kami mengangkut segala bagai barang keperluan ke bilik, tetiba abang ipar aku mengeluarkan idea yang agak bernas untuk aku terima..... "kita pi pantai nak petang nie", alamak..... aku n hubby + aisha yang masih kepenatan ni hanya mengiyakan aje la..... lg pon aku dah lama gak x pi pantai lpas pi PD awal taun.....

n lepas asar, kami pon bersiap2 untuk berangkat ke pantai..... pantai pilihan adalah Pantai Batu Hitam, Kuantan..... betul la kut namanyer..... hehe, kami pergi berlapan ngan 1 kereta, huh..... bayangkan 8 orang naik 1 kereta..... apa jadik... hihi, kami berjaya lakukan..... 5 dewasa, 3 kanak-kanak..... kami kat sana pon x lama sangat la coz smpai pon dah dekat pukul 6, n dah nak masuk maghrib baru kami bertolak balik.....

nak tau kejadian di sana..... layanzz piccas


sayup2 abang ipar aku dok atas pasir, penunggu luggage..... hehe



hubby, aisha n aku..... di pantai itu.....


sepupu aisha, ainul, lokman n mak mereka.....



mereka mereka yang mandi manda di laut itu..... time ni aku tukang mbik gambar dr tepi je la coz x bwak baju spare..... huhu sedey.....




dah nak maghrib, jom balik umah!!!!!..... gambar koleksi barangan aisha hasil ketikan tangan aku..... wat ilang boring sambil jadik penunggu luggage.....
huhu

k, sekian





29 September 2010

*Di sebalik tabir hari raya 2010*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam kengkawan,
~
ari nie ader lagi x yang nak cerita pasal hari raya yerk..... hehe, macam yang aku bgtau sebelum nie, aku xder gambar raya yang betul2 raya, cuma kat sini, apa yang aku jumpa lagi dalam lappy hubby berkaitan dengan raya adalah..... pic masa kitaorg wat persiapan raya kat umah to'ki kat t'ganu n sedikit pic raya yang ada.....
~
so, layanzzz yerk
~

anak2 muda wat persiapan di ruang tamu diiringi cuaca mendung yang hampir hujan...
~

orang2 veteren wat persiapan di dapur diiringi hujan lebat yang telah turun.....

~

diselagi oleh pic pelbagai scene hasil snapan hubby yang tengah mengetest camera.....
~

aku ngan my lil aisha di malam raya, hanya berbaju t n berkain batik, maklumla dok kampung hihi..... hm, apa la agaknye yang my lil aisha wat tu yerk..... hehe, dia cuba untuk mengeluarkan getah ikat rambut dr tombol kerusi.....
~



atas: my lil aisha pada raya ke2 di umah BIL, t'ganu
bawah: cousin aisha yang sebaya tapi keluar awal 6 bln..... ainul hayati binti mohd ridzuan
~
"masih mencari pic yang boleh dikongsi di sini..... pic di tepi pantai?????"
"hehehe"
~
k, sekian

28 September 2010

*Open house lagi*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

hari ini, jam ini, di tempat ini.....

KPKK (kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan) mengadakan majlis hari raya bagi kementerian di opis aku (kraftangan malaysia).....

dijemput semua datang memeriahkan suasana.....

~

oleh kerana ada function sebegitu di opis aku..... maka, opis aku pon jadik jem dek kerana kereta n bas yang parking di area opis aku..... belapis lapis lagik..... kalu DBKL ada hak nak saman, kaya dah mereka.....

~

so, aku yang membawak kereta ari ni (tetiba hubby terajin nak bawak kereta laks ari nie) kena lah tunggu sume kreta tetamu yang datang beransur surut..... baru lah aku leh membalikkan diri ini ke rumah petang ini..... ntah pukul brapa aku pon x tau.....harap2 tidak lah terlalu lewat untuk aku mbik my lil princess aisha dari umi pengasuh petang nie.....

~

tetiba rasa windu laks kat aisha.....

***my sweet lil princess, be a good girl***






27 September 2010

*Godeh punye godeh, ini yang jumpa*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hah, sume orang dah abis crite pasal raya kan, aku baru nak mula..... hm, x tau la bru nak mule ke @ dah nak abis..... hehe, sebenonye aku nak kongsi gambar yang hubby snap sepanjang kami bercuti raya di 3 buah negeri (t'ganu, johor, pahang)..... macam yang aku crite dlm n3 yang lepas2, x der pon gambar raya yang sebenar2 raya bagi kami..... x caya, layan piccas kat bawah yerk.....



pic kat atas ni la pic yang hubby mbik, test camera baru ngan pelbagai scene.....
**ekceli byk lagi gambar bendealah kat atas tu ngan pelbagai genre tp mlas lak nak upload**





ha, ni pic raya yang memang di atur oleh kami sekeluarga, famly belah hubby..... jangan tertipu lak yerk, ekceli ni gambar ms malam raya ke-7, disebabkan raya 1st xder gambar kami, so ini je la yang boleh dijadikkan gambar raya kami..... tu pon famly my BIL x pkai baju raya coz diorg dah nak blik t'ganu mlm tu n x bwk baju raya
**tu pon anak sedara aku yang pompuan dok kat tgh tu x leh dok diam, asik ler nak turun dr Ayah Su dia**




hah, yang atas tu pic my lil princess Aisha, aku yang beria2 suoh hubby mbik, ingat hubby mbik gambar banyak2 coz nak msuk contest 'Baby Berbaju Raya'..... tapi aku tgok dlm camera, cume ni je la pic yang ada..... huhu, sedey nyer
**yang bawah tu adalah pic sebelum pose, kami mbik kat KL, tu pon aku yang beria nak mbik coz nak wat kad raya maya, huhu**
~


hm, aku nak try godeh2 lagi camera @ lappy hubby, kut2 la ader pic lain..... hehe

~


aku rs, cam ader, ms kami pi pantai batu hitam (kut la namanye) kat kuantan time raya tur.....


**********

k, sekian