^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

19 August 2013

*aidilfitri 1434h/2013 ~ raya pertama*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

semua dah masuk kerja ker, alhamdulillah..... bebudak pon dah sekolah semula kan..... so mulakan lah rutin harian kita dengan tenang, moga apa jua yang kita lakukan diterima olehNya sebagai ibadah.....

jom cerita pasal raya..... ada suka dan ada duka buat aku n family..... sesiapa yang baca blog aku last week tu tau lah kan..... doakanlah semoga semuanya baik2 belaka..... ameen.....

 bagi tahun ini, giliran kami beraya di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor..... umah mak abah aku ler..... alhamdulillah semua dapat berkumpul kecuali my USU yang giliran beraya di rumah suami di N.Sembilan n my K.long yang ada urusan x dapat dielakkan..... tapi beliau petang raya dah sampai semula ke rumah mak abah kami.....



family potrait, tapi x cukup korum, huhu

pagi 1st aidilfitri, lepas solat sunat..... kami berkumpul sekejap untuk bersalaman bermaafan..... kali ni ubah sikit turutan bersalaman..... biasa yang tua dulu bersalaman dimulakan dengan Mak n Abah, pehtu K.Long n suami, Abg Ngah n isteri, Kak Uda n suami dan seterusnya sampailah ke anak sedara yang kecik sekali..... tapi taun ni lain sikit, bersalaman n bermaafan dimulakan dengan Mak n Abah lepas tu kaum lelaki dulu then baru kaum perempuan menyusul diikuti anak2 sedara..... hihi, macam pelik sebab kita x dapat duduk sebelah pasangan memasing lepas bersalaman kan, tapi x per..... lain taun kita betulkan semula yer..... hehe

 dah salam2, lap air mata, bagi duit raya..... lepas tu apa lagi..... posing2 ala kadar jerk.....



kami di satu syawal 1434h

satu ni jerk gambar raya 1st kami bertiga..... tu pon paksa Aisha duduk, kalu x sibuklah dia nak main ngan sepupu2 dia tu..... nak main bunga api, nak main bunga api..... itu jerk yang dia tau..... lepas cakap siang2 x boleh main bunga api sebab x nampak api nya, baru dia senyap..... tema kaler baju kami tahun ni light orange sebab Hubby x nak beli baju melayu, so dia guna jelah baju free yang dapat masa jadi pembaca doa majlis bertandang kawan opis..... jadinya kami terpaksa ikut kaler baju dia, susah jugak nak cari yang sama, last2 cari baju corak, tudung recycle yang ada jerk, seb baik same kaler..... baju Aisha tu, dia nak baju pusing2 macam princess, dapatlah kaler krim, tang bunga ngan reben jerk sama kaler..... huhu jadilah dari xder kan..... alhamdulillah


marhaban journey

lepas tu kami reramai jalan kaki kecuali Abah yang x boleh nak jalan sangat untuk aktiviti marhaban di blok kami..... seronok time ni, dapat join 2 tahun sekali jerk sebab turn beraya di Terengganu xder aktiviti ni, tahun depan di Kuantan, x tahu ada ke x..... hurm, meriah sangat..... kalu kat Johor memang selalu jerk ada marhaban ni dari satu rumah ke satu rumah..... kalu kat tempat lain ada ke x yerk?.....



penuh rumah dengan kami2 yang mengikuti kumpulan rombongan tu, sampai ke dapur kami duduk..... kalu nasib kurang baik, dok kat luar jerk, then bila dah habis baru masuk dalam rumah nak bersalaman n bermaafan dengan tuan rumah..... ada yang hidang lontong, ada yang hidang sate, ada yang hidang mee kari, tapi tahun ni rumah kami sedia kuih raya jerk n spesial kuih yang kami panggil lopes, opsss bukan lopes yang makan ngan air gula tu tau, lopes ni beras pulut dibungkus dengan daun pisang then makan dengan serunding..... memang kalu orang beraya rumah kami, itulah kuih yang dorang cari..... erm try google kuih tu tapi x jumpa plak, xper, len kali kalu balik kampung mintak mak buat kuih tu, then aku ambek gambo yerk.....

hampir ke Zohor jugak aktiviti ni baru selesai..... balik umah, makan menu kat umah pulak..... ketupat, ayam masak merah, daging masak kicap, sayur lodeh, air cincau dan x ketinggalan lopes..... lepas makan, solat then memasing terbongkang kepenatan..... tinggal bebudak kecik jer yang x reti penat, main jerk kejenyer.....



malam nyer, beraya rumah besan Mak Abak kat Air Tawar 1..... gerak 4 buah kereta..... penuh rumah dorang dengan kami jerk..... hihi

borak2 sampai lebih kurang pukul 10 malam, balik umah semula..... x sempat nak beraya ke rumah besan yang lain2 sebab memasing nak rehatkan badan, esoknya kami dah nak bertandang ke rumah mertua masing2 pulak..... 


tuan tanah nak tunjuk baju raya..... KWC jerk uolsss

 hurm, raya tahun ni x puas lah kat Johor..... sebab x banyak rumah sedara dapat pi, rumah jiran pon dapat beraya bebetul rumah sebelah kiri jerk, yang lain tu harapkan marhaban jerk..... rumah kengkawan lagilah, sorang pon x dapat nak pi.....

raya kedua dah gerak balik Kuantan, then raya ketiga kami gerak ke Terengganu pulak..... beraya dalam kereta jerk kami..... kat Terengganu je la yang boleh dipanggil beraya, tapi tu pon x semua rumah saudara kami dapat pi sebab masa terhad..... pehtu ari selasa cum raya ke 6 dah balik KL sebab nak kena kerja esoknya.....

erm, lain2 cerita raya nanti aku share kat sini, mana2 yang patut je la kan.....
hehe

k, sekian

05 July 2013

*my dear Hubby ~ pembaca doa meraikan pengantin lagi*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

kejadian malam 22 Jun 2013 yang lepas.....

my dear hubby sekali lagi dijemput untuk mengetuai bacaan doa sempena majlis menyambut menantu rakan sekerja..... sebelum ni Hubby dah baca doa kat majlis kahwin kawan opis, walau bukan satu bahagian kan..... kali ini khidmat Hubby dicurahkan untuk majlis menyambut menantu kawan opis Hubby (kawan opis adalah mak pengantin).....

tahniah Kak Sani dah dapat menantu..... moga mereka berbahagian hingga ke akhir hayat yer kak.....

 
 

gambar secara kolektif ye kengkawan..... sebab pic x berapa clear..... ntah camera yang x cukup mgp atau aku yang memang x pandai nak snap..... aku pon x tau..... huhu, tak nak ngaku kekurangan diri..... ngeh3

majlis di buat di Restoran Al-Rawsha..... oho, apa tugas no 129 dalam gambo tu yerk..... itu adalah no bertuah yang semua tetamu dapat..... dan Alhamdulillah aku salah sorang yang bertuah itu..... hadiah adalah wall deco gambar bunga 2 keping..... x gantung lagi sebab anak dara dah cop nak letak kat bilik dia..... bilik kecik tapi nak letak sume bende..... so, biar je lah dulu..... hehe


k, sekian

21 May 2013

*my dear Hubby ~ pembaca doa di majlis menyambut menantu*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

last Saturday, my dear Hubby dijemput eh bukan di minta tolong oleh rakan sekerja untuk mengetuai bacaan doa sempena majlis kahwin beliau di ibu negara..... ecewah, istilah baeeekkk punya..... hehe

so, berpergian lah kami ke dewan tempat majlis berlangsung seawal 1 petang (pengantin sampai jam 2 petang)..... selesai tugas yang diamanahkan, kami makan apa yang ada, then minta izin balik umah sebab Hubby x berapa nak sihat sangat time tu..... so dalam 2.30 petang kut, kami balik.....

jom layan gambar.....




my dear Hubby sedang baca doa selamat untuk mempelai.....
gambar harus kecil yer, sebab bila besar jadi blur..... maklum, ambil pic guna HP jerk n dah zoom semaksima yang ada untuk snap..... huhu

 


pengantin yang dirai.....

selamat pengantin baharu buat pasangan
Yus Faizal (rakan sekerja) & Syamiza
semoga kekal ke akhir hayat
 
cantik konsep kaler yang dipilih..... KELABU + JINGGA

 


menu adalah nasi beriani dengan ayam masak hapentah yang sangat sedap aku rasa.....
oho, ni pinggan Hubby, sikit jerk nasinya maklum x sihat, aku punya malu nak snap sebab tinggi menggunung, penuh keliling..... haha
tapi aku makan kongsi ngan Aisha tau, bukan makan sorang..... hehe

 


souvenir untuk my dear Hubby dalam beg songket..... ada surah Yasin, bahulu besar, bahulu kecil (dalam kotak) dan air mineral.....
aku dapat bahulu kecil yang dalam kotak tu jerk, n Aisha dapat jajan dalam pack paperbag.....
 



 last but not least.....
pembaca doa bersama isteri dan anak beliau.....
muahaha, baju x sedondon sebab Hubby nyer baju disponsor oleh pengantin.....
aku mintak jugak, tapi x dapat lorrr, kalu x dah boleh buat baju raya kan..... huhu

k, sekian


01 April 2013

*rentetan kami dalam akhbar Harian Metro*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

atas permintaan kengkawan dalam entri INI..... maka gigihlah aku mencari suat kabo Harian Metro untuk diabadikan di sini untuk kenangan di masa hadapan..... hehe

 


ahah, inilah dia hasil dari di interview oleh wartawan Harian Metro masa Aisha join aktiviti kolaj sempena perasmian PPAS kat Rawang last Sunday..... glemer sekejap kami..... hehe

sebelum tu, Hubby dah mendahului aku, sebab dia ada masuk tv dalam rancangan Primadona (astro prima) episod wanita dan barang kemas..... alah, interview pendapat orang ramai kat luar jerk, bukan dalam studio tu pon..... cuma sampai sekarang aku dan tuan punya badan x dapat tengok rancangan tu sendiri..... tau pon sebab ada kawan2 Hubby bagitau, kesian kami kan.....

erm, bukan senang nak glemer2 macam retis kan, alhamdulillah sekali sekala apa salahnya, jangan sampai kita lupa daratan sudah la kan..... hehe

k, sekian

20 March 2013

*wordless wednesday ~ DAFI in da house*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 
 


Dafi n my dear Hubby
wasap pic dari Hubby masa Dafi jadi salah sorang model masa fashion show HKK2013 yang lepas.....
perasaan : nak jeles ke x ni yerk..... huhu

k, sekian
 

19 February 2013

*berbasikal di Taman Tasik Metropolitan, Kepong*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 last CNY kan cuti panjang kan..... kami x kemana2 pon selain dari dok rumah perbetulkan apa2 yang patut kat TerataKami tu.....  tapi asik dok umah, bosan jugak kan..... apa lagi, si anak dara pon mengajak lah ke taman..... my dear Hubby pon x kena keje ari tu, so hari Isnin, 11 haribulan, kami berhasrat untuk bawa anak dara ke taman..... Alhamdulilah, hasrat termakbul..... x pi jauh pon..... kami ke Taman Tasik Metropolitan, Kepong..... alah, tampat yang popular dengan aktiviti main layang2 tu kan..... tapi kami x main layang2, kami layan anak dara berbasikal keliling tasik jerk..... berpeluh jugak lah pusing tasik tu kan.....




kali ni, kami parking kat yang sebelah padang bola tu, kat tempat yang untuk main layang2 tu parking full sampai melimpah ruah ke jalan besar.....




eh, ini bapak kepada anak dara yang naik basikal..... haha
memula Aisha naik basikal, pehtu bila sampai kat bukit, dia x mor naik dah, takut jatuh (sebab ada pengalaman jatuh sebelum ni)..... so Hubby naiklah basikal tu nak buat gertak Aisha..... isk, riso teman takut beskal tu patah kan..... seb baik ok lagi.....



ha, bila dah sampai kat jalan rata, Aisha naik semula..... cerdik anak dara ni kan..... hehe



ini kat jambatan..... Aisha kena paksa dok atas jambatan tu sebab Mama dia nak ambik gambo..... haha, tapi kejap jerk, sebab aku try duduk jugak..... panas wehhhh..... huhu

 ha sebelum sampai jambatan ni ada bukit yang menempatkan menara tinjau ngan tapak perlindungan burung tau...... tapi kami x pi pon sebab malas nak menapak naik bukit..... inshaa allah len kali kalu pi, boleh la terjah kut..... hehe



anak dara sekali lagi dipaksa jadi model..... 
kat belakang tu ada orang tengah memancing ikan..... erm, boleh memancing ke kat sini yerk? x jumpa signboard pulak sepanjang jalan keliling tasik ni, boleh la tu kut kan.....



dah separuh keliling tasik, kami ikut jalan short cut kat tengah2 tasik..... kiri tasik utama (saiz besar), kanan tasik kecik yang penuh dengan pokok teratai, tengah2 ada jalan bertar..... owh, anak dara dah berjalan, mana basikal?..... aku jadi mangsa kena tarik basikal sebab Aisha nak menikmati udara agak segar diantara tasik tu.....




penat berjalan n berbasikal, upah aiskrim motor la pulak kan..... 1 kon RM1.00, beli dua, Aisha 1 n 1 lagi aku kongsi ngan Hubby..... tapi yang jual aiskrim naik motorsikal tu bukan orang Malaysia tau, aku x tahu kerakyatan mereka, bahasa yang tidak difahami..... bila penguatkuasa datang tasik ni ronda, dorang pakat ramai2 keluar dari kawasan tasik..... sah lah, dorang ni xder lesen atau xder permit..... erm, sape nak jawab?..... aku beli aiskrim jerk, x buat ape2 pon.....




ini kat kawasan taman permainan..... penuh sangat orang, ye lah cuti kan..... mereka ni pon seangkatan dengan kami yang x balik kampung atau keluar KL cuti CNY ritu.....



kat area jalan masuk pon penuh orang.....



kat padang layang2 pon penuh orang.....

 kawasan yang memula kami pergi macam kat atas tu aman sikit suasana dia sebab x ramai orang, ye lah, nak ke sana jauh jugak..... so orang ramai lebih tertumpu kat kawasan padang layang2 tu dengan taman permainan kanak2 jerk..... kami lalu kat sini, cepat2 jerk jalan sebab dah macam kat shopping complex jer gayanya nak jalan celah2 orang ramai tu..... huhu



akhirnya, Aisha x boleh tahan, nak jugak main permainan kat situ kan..... jalan depan sikit, ada taman lagi satu yang kecik sikit tapi x ramai orang..... so mainlah dia kat situ.....
dalam gamabr tu, dia dah panjat sendiri, tapi takut nak turun..... sesi pujuk memujuk nak suruh dia turun sendiri oleh Hubby..... last2, Hubby dokong dia bawa turun bawah..... haha

kami gerak lepas Asar dalam pukul 5.00 petang, jam 7.00 malam kami pon balik umah..... Aisha mandi2, bagi susu n tidur kat depan tivi..... sian dia, penat keliling tasik..... tapi dalam pukul 9.00 malam dia dah bangun dah..... ajak main masak2 lah pulak, tahan dia x tidur sampai ke pukul 1.00 pagi, kena paksa baru dia tidur..... seb baik lah esoknya masih cuti..... kalu x, dengan Mama ngan Papa bangun lewat pi keje.....

apa2 pon, yang penting kami cuba isi masa lapang sebaik mungkin bersama keluarga.....

k, sekian


06 August 2012

*berat turun 2 kg*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 jumaat lepas 14 ramadhan, lepas buka dengan Murtabak Mee Sendiri Lagi (entry resepi nanti aku share)..... saje gatal kaki timbang berat badan..... ingatkan macam biasa berat maintain jerk x turun x naik..... tetiba malam tu lepas buka..... timbang berat..... wah!!!!! terkejut coz tengok berat dah turun 2 kg..... balik pada 4X kg lah aku..... hehe, 

alhamdulillah..... walau x banyak mana turun, tapi amalam berpuasa boleh jugak mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat yerk kengkawan selain ia menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam.....

erm, agak2 sampai hujung bulan ramadhan ni boleh la aku turun 4 kg kan..... tapi lepas tu boleh maintain ker dengan 4X kg tu..... maklumlah makanan banyak depan mata kan..... tapi x per lah, janji badan sihat n hubby sayang..... hehe, hubby ngadu berat dia x turun pon bulan puasa nieh..... ye lah, mana nak turun, asik air berais jerk yang diminum kan.... cuba ikut macam sayang ni, buka or sahur minum air yang suam (kalu panas karang melecur plak lidah)..... ok dear..... lepas ni follow sayang yerk.....

kengkawan mesti berat dah turun banyak kilo kan.....

k, sekian


24 July 2012

*keluar masuk, naik turun pagi tadi*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

ingat entry dugaan pagi tadi.....
meh aku nak story mory nieh.....

al-kisahnya..... HUJAN..... hukhuk
pagi tadi..... kami dah siap2 nak pi keje macam biasa..... pukul 7.15 pagi aku dah siap tunggu hubby panaskan enjin moto, ha, enjin moto pon kena panas kan tau..... hehe Aisha pon dah siap pakai tudung, pakai sweater, stokin n kasut sume kan..... then tatkala hubby berkata "jom"..... maka kami pon KUAR umah n NAIK moto..... gerak lah kami ke taska Aisha / opis kami..... 

tetiba..... dah sampai ke selekoh jalan besar..... brrrrr hujan turun dengan lebatnya..... ingat nak redah jerk, tapi x boleh la..... lagipon ada Aisha, takut jadi pape lak kan..... so kami pon balik, sampai umah cecepat TURUN moto n bukak kunci umah, MASUK dalam, tukar pape yang patut, start enjin kreta..... sekali lagi menunggu sementara enjin kereta panas..... dah panas..... kami pon KUAR umah n NAIK kereta..... gerak semula ke taska Aisha / opis kami.....

tetiba..... baru perasan minyak kereta tinggal 1/2 bar..... hubby dah macam cuak jugak takut x sempat sampai ke opis..... maklum bulan puasa ni jalan jem semacam kan..... so, isi minyak kereta..... usai sudah isi minyak kereta..... hujan berhenti n tiada setitik pon air yang hujan dari langit..... Allahuakbar.....
"ni kalu naik kereta, petang nanti kuar pukul 5 pon belum tentu sempat sampai umah nak masak nieh, semalam pon jalan jem giler, kan"..... aku menyuarakan kerisauan dalam hati..... maka, lepas hantar Aisha kat taska..... hubby bersuara "jom lah balik, tukar moto"..... baliklah kami ke rumah semula.....

sampai umah cecepat TURUN kereta n bukak kunci umah, MASUK dalam, tukar pape yang patut, pakai helmet, hubby start moto..... n kami trus KUAR umah n NAIK moto ..... gerak semula ke opis kami..... n aku perhatikan sepanjang jalan kat area opis xder pon tanda2 yang hujan turun kat sini..... *sigh

pape pon, Alhamdulillah, kami selamat sampai opis walau kelewatan sedikit yang tidak disengajakan..... kalu ikut aktiviti biasa, jam 7.45 pagi sepatutnya kami dah sampai kat opis, tapi tidak hari ini kerana KUAR MASUK, NAIK TURUN itu..... hukhuk

dugaan..... :)

k, sekian

p/s: idakler conversation kami hanya setakat tu jer yerk kengkawan..... banyak lagi yang kami bualkan sepanjang perjalanan kami pi mai pi mai hari especially pasal HUJAN, JEM, PUASA, PUNCH CARD dll
aku taip kat sini yang penting n berkaitan jerk..... k hehe
dah, nak jenjalan umah kengkawan plak.....


22 April 2011

*Menu Bekal Hubby Hari Ini*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
sebelum turun pergi breakfast nie..... nak cerita lah masuk hari ini, dah dua (2) hari aku berjaya membuat bekal untuk hubby untuk pergi kerja..... itu pon sebab malam aku masak lebih, then ada lebih hubby boleh lah bawa bekal untuk pi kerja esoknye..... semalam bekal mee goreng sempoi (x der pic la..... huhu)..... hari ini hubby bawa nasi putih + ayam masak kicap + sawi masak lemak.....

ha, ni pic bekal yang hubby pack sendiri tau..... jangan jeles..... hehe

'

katanya nak buat makan tengahari, aku suggest kat hubby "makan pagi ni lah, x per laaa, nanti kang tengahari takut dah x elok"..... tapi kalau hubby seperate macam tu, x per kut kan..... boleh tahan sampai tengahari nanti.....

'

esok cuti, so x der la nak bawa bekal, tapi malam nanti nak masak lagi..... sekarang ni aku rasa semangat jer nak masak memasak coz tercabar dengan blog kengkawan yang selalu jerk enterpremkan gambar2 masakan..... kengkawan adalah pemberi semangat untuk aku memasak untuk family tercinta.....

'

k, sekian

'

'