^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label buku abc untuk aisha. Show all posts
Showing posts with label buku abc untuk aisha. Show all posts

10 October 2012

*Papa, Aita nak tulis tak mane ni?*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
 ~ingat nak buat WW ari ni, tapix jadi pulak..... ~


sebab memula taip sikit jerk, pehtu tetiba dah jadi panjang berjela pulak karangan aku nieh..... semalam dah cerita pasa TerataKami kan, so ari ni cerita pasal si anak dara lah pulak..... aku rasa macam entry aku sekarang ni dah selang seli antara rumah ngan anak..... x per kan kengkawan? x pening kan..... huhu


ni ha, si anak dara..... sejak dah stop dari school lama dia last month, tiap2 malam dia akan buat buku yang dibekalkan pada dia..... masa last day kat school lama, Aisha dapat semua buku2 yang Taska Temanku bekalkan untuk setiap pelajar untuk di bawa balik..... kat school baru ni, kami dimaklumkan yang Aisha x der belajar betul2 lagi..... so setiap malam, balik dari school baru, Aisha akan keluarkan buku yang 5 buah tu untuk di buat..... setiap malam tau, setakat ni x pernah skip lagi.....


 sampai muncung mulut mengira.....


Alhamdulillah, aku sangat gembira dengan perkembangan Aisha..... walau dia dah x belajar kat sekolah, tapi kat rumah dia still nak belajar, dah pandai mengira, dah faham nak padankan gambar, dah boleh menulis ABC walau x berapa cantik, dan yang paling penting banyak lagu2 yang cikgu ajar masa kat school dulu, lagu Anak Kampung - Jimmy Palikat ngan Oppa Gangnam Style pon dia tahu tau..... "tektu tcima aja"(cikgu shima ajar) kata dia..... ibu irsyad mesti kenal cikgu shima kan?


then malam tadi, tetiba ada soalan cepumas dari mulut Aisha pada my dear Hubby, "Papa, Aita nak tulis tak mane ni?"..... translate pleaseeeee
"Papa, Aisha nak tulis kat mana ni?"..... aku yang tengah syiok tengok tv n Hubby yang tengah syiok makan tetopok (keropok) terkejut n pandang Aisha..... dia tunjuk buku dia yang dah habis di tulis.....

owh, sian anak mama, buat 'work' sampai dah habis buku..... bila di suruh mewarna dia x nak..... dia tengah semangat nak menulis sekarang ni..... setiap kali dia buat 'work', aku n Hubby just pantau sikit2 jerk, kalu dia tanya baru kami jawab..... n Alhamdulillah, kebanyakkanya betul..... cuma kalu dia buat buku English tu kureng sikit..... nampak Aisha lebih ke nombor n kira2 sekarang ni..... x tahulah akan datang kan.....

so, kesimpulanya..... kami kena berusaha untuk dapatkan buku baru untuk Aisha..... buku yang ada kat umah sume dah habis dia conteng buat 'work'.....


penghilang bosan bila dah x der buku nak tulis.....

k, sekian


18 January 2012

*Buku Taska Untuk Aisha*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

lama dah aku x cerita perihal school Aisha kan.....
last aku cerita pada pertengahan bulan lepas pasal Hari Terbuka Taska & Tadika Temanku.....
 semalam ambil Aisha dari taska teramatlah lambat nye..... jam 7.30 mlm baru sampai kat taska.....
cikgu n penyelia pon dah nak balik dah.....
x sempat nak say sorry pada dorang yang terpaksa tunggu lambat.....
x pikir apa dah time tu.....
sampai2 trus tuju kat Aisha, suruh ambil beg n kasut..... ingta nak balik jerk coz dah lewat sangat kan.....
huhu
sian Aisha tinggal sorang2 jerk kat situ, bebudak lain sume dah balik.....
sorry sayang, Papa kena work lebih masa, tu yang lambat tu.....

 sebelum balik, cikgu ada bagi buku untuk ditulis nama.....

 5 buah buku kesemuanya.....

aku tengok pengisiannyer, maam susah jerk aku rasa bagi bebudak umur 4 tahun (actually kalu ikut bulan Aisha baru 3 tahun.. hehe nak jugak.....)
but, moga Aisha dapat ikut pembelajaran kat taska tu demi masa depan..... ya sayang.....
aku x tahu ada lagi x buku lain akan menyusul, maklumlah, x dan nak borak lebih2 semalam.....

so,
malam tadi aku trus lah buat aktiviti menulis nama kat buku2 tu.....
esok (hari ni) nak bawa ke taska kan.....
xder nyer sticker2 seprti yang diangan2 kan sebelum nieh..... huhu

time aku tulis nama Aisha kat buku tu, dia pon sibuk nak tulis jugak.....
so lepas aku sia tulis nama.....
dia dah rebut pen dari aku n nak tulis jugak kat buku tu.....
oh, tidak!!!!!
aku suruh dia ambil buku ABC dia.....
trus dia bangun n ambil buku, tapi bukan buku ABC, diambilnya buku cerita "Kenapa Pinggang Kerengga Ramping"
 hehe..... pape lah sayang yerk.....

jom kita tengok apa yang Aisha tulis kat buku kerengga dia tu.....

"maaf, visual x berapa memuaskan"


 erm, buka buku dari kanan tu, dah macam buku jawi plak.....


 tulis jap tangan kiri, jap tangan kanan.....


 tengok cara dia pegang pen tu, sweet jerk.. hehe


 dah x sempat nak ambilkan meja, trus duduk letak buku kat lantai n tulis.....


 panjang pulak rambut Aisha nieh, nak potong sayang la pulak.....


 hah, tangan kanan balik, lenguh kut menulis, tu yang tukar2 tangan tu kan.....


 memang dah x toleh kiri kanan dah, khusyuk jerk dia menulis.....
mama snap banyak kali pon dia buat dek jerk.....


 sampai berpeluh2 menulis.....


sampai aku siap simpan buku dia kat dalam beg.....
sampai aku siapkan barang2 baju dia susun dalam beg.....
sampai aku dah baring tengok tv, dia x habis lagi tunduk menulis.....

insyaallah moga Aisha rajin jerk nak pegi school.....
setiap pagi dia akan minta nak pegi school even hari Sabtu Ahad pon dia nak jugak.....
so kena terangkan la yang hari tu x school, cikgu cuti.....
setakat ni Aisha ingat nama cikgu dia..... ci'gu syu..... ci'gu ifffa.....

lepas ni ingat nak beli lagi buku2 tulis dan warna untuk Aisha.....
setakat nie banyak buku warna jerk.....
sampai patah2 crayon dikerjakan Aisha time warna.....
last2 crayon yang pendek2 tu dibuat main masak2.....
alahai anak..... memacam idea dia.....

 k, sekian

18 March 2011

*Pos Ekspress & ABC For My Lil Aisha*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Alhamdulillah,
'
petang Jumaat sudah..... sok cuti weekend..... hubby ada rancang nak balik kampung hubby di Kuantan coz boleh datang kenduri kawan hubby merangkap usahawan kraf di bawah projek Bahagian aku kat sini..... tapi x tau lah boleh berlaku atau tidak perjalanan ke Kuantan itu..... huhu..... x mor cerita banyak coz masih dalam perancangan.....
'
so, kita cerita aktiviti aku as a woman pada rehat hari Jumaat yer..... tetiba dak Timah bagitau kat aku dia nak pi Ampang Park coz nak update buku ASB, maknanya dia nak pi Pejabat Pos lah kan..... so, aku pon tetiba teringat kan hadiah LD aku yang dah siap dalam sampul tinggal nak terbangkan ke cik2 n puan2 memasing jerk..... so, aku pon trus meng'offer'kan diir untuk teman dia..... plus kawan teman lagi sorang iaitu dak Mar..... hehe boleh gitu.....
'
so, dengan rasminya..... Alhamdulillah, aku telah berjaya melaksanakan misi aku untuk menerbangkan hadiah2 itu pada petang ini..... kepada sesiapa yang berkenaan, tunggu sampul Pos Ekspress sampai ke tempat anda yerk.....
'
'
nombor2 track untuk rujukan aku n penerima hadiah.....
sila klik untuk tumbesaran yang sihat
'
'
dah alang2 berjalan dari bangunan Tabung Haji, dak Timah nak masukkan duit kat sini tapi kaunter tutup coz dah nak solat Jumaat..... sampai lah ke Ampang Park untuk ke Pejabat Pos, so kami pon jenjalan lah kat Ampang Park tu..... jenjalan tetiba dak Mar nak cari sesuatu n kami trus ke Kedai Buku Big Bookshop..... harus lah ada sesuatu untuk Aisha kan..... see picture below.....
'

ini dia buku Konsep Pertama Dalam Praktis Penulisan Abjad..... buku ABC untuk Aisha praktis menulis..... nampak x dalam bulatan merah tu..... Boleh Dilap Bersih..... buku ini dibekalkan dengan whiteboard marker untuk menulis dan tulisan itu boleh di padam..... aku rasa sesuai dengan Aisha yang dah sibuk nak menulis jer sekarang nie.....
'
'

buku yang penuh dengan warna warni dan pelbagai gambar, bagus untuk perkembangan minda anak2 kan..... harap Aisha gunakan sepenuhnya buku ini, lepas ni nak beli yang versi Nombor 123 pula, then versi ABC English n versi 123 English..... sebelah belakan ada part untuk Lukisan Kreatif bagi anak2 yang suka melukis.....
'
'

so, xder la aku pi jenjalan di waktu lunch hari Jumaat balik dengan tangan kosong kan..... bagi ibu2, mesti akan ingat untuk mencari sesuatu untuk anak2 bila pergi ke sesuatu tempat kan..... bagaimana pula dengan bapa2 kalau mereka berjalan, apa yang mereka cari yerk.....? hehe

'

k, sekian
'

'