^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pokok kaktus. Show all posts
Showing posts with label pokok kaktus. Show all posts

12 September 2013

*deko deko TerataKami ~ bunga kaktus Mai berubah rupa*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 last story mori pasal pokok kaktus Mai ni adalah pada awal bulan 7 ritu..... dah 2 bulan berlalu, barulah pokok kaktus atau lebh spesifiknya bunga kaktus tu ada perubahan..... sikit je yang berubah, tapi tetap aku teruja..... alhamdulillah.....

jom tengok gambar sebagai bukti..... hihi




eh..... ni same jerk rupa macam entry2 bunga kaktus yang lepas2 kan..... apa yang bezanya..... ha try scroll bawah lagi.....




























































bawah sikit lagi.....
































































sikit lagi.....

































betul, x tipu ni.....

































































 TADA!!!!!

ha!, nampak x perubahan di situ..... cher tengok semula pic 1st atas tu ngan pic yang ni..... ada nampak beza.....
okeh, yang beza tu pucuk merah atas bunga u..... haha, pucuk ker tu..... sesuka aku jerk kan..... sape yang pakar pasal pokok, especially kaktus ni, silalah tolong perbetulkan yerk.....

ha, bunga tu dah berubah wajah kan..... hikhikhik.....
nak tengok perubahan2 yang berlaku pada bunga tu dari awal sampai lah setakat ari ahad lepas?.....
meh aku cerita sikit step2 perubahan yang berlaku.....


pic pada ahad 8.9.2013

memula sekali ada bunga dalam bulatan biru tu.....
lepas tu dia akan layu macam bunga dalam bulatan oren tu (sebelum ni itulah step akhir sebelum gugur).....
then togel jerk batang bunga tu macam yang dalam bulatan merah tu.....
dan yang terkini, setakat ni baru 1 yang menjadi, bunga macam dalam bulatan putih tu.....

cantik x..... macam buah pon ada jugak, tapi ntah la, x tau nak describe camaner sebab xder pengalaman tanam kaktus kan..... tuan punya pokok pon x penah nampak bunga kaktus ni..... try google tapi x jumpa plak..... huhu




 ha..... kasi zoom sikit..... bunga pokok kaktus Mai.....
saaayang awak x boleh ketat2, sebab ada duri kan..... hihi

k, sekian


04 July 2013

*deko deko TerataKami ~ al-kisah bunga pokok kaktus Mai*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

sambungan dari entry pokok kaktus Mai ada bunga bulan 5 yang lepas..... eh, bukan nama pokok kaktus tu Mai, tapi pokok kaktus tu pemberian orang yang baik hati bernama Mai..... so aku letak lah nama Mai kat situ, kalu ada orang lain yang bagi pokok lepas ni aku letak lah nama pokok tu sempena orang yang bagi..... hihi ok kan.....

so berbalik pada tajuk..... masa bulan 5 ritu kaktus tu macam ada tunas untuk berbunga..... dan selepas 3 minggu lebih kurang.....

hasilnya.....





























































 TADA!!!

memula tengok ingat semut berkerumun atas kelopak bunga tu..... rupanya macam sesungut bunga..... huhu, x tahu aku nak panggil apa mendealah tu..... bunga tu cumel jerk.....alhamdulillah, so sweet..... try search kat internet bentuk bunga yang sama, x jumpa plak..... nak tau jugak info pasal pokok ni kan.....

tapi


ia tahan seminggu jerk.....
lama2 ia jadi semakin warna oren n tertanggal.....




gambar aku ambil selepas seminggu dari keadaan pic pertama di atas tadi.....
see..... cumel kan bunga tu.....
sebesar hujung jari hantu aku jerk.....
bawah daripada bunga yang tertanggal tu ada lagi macam tunas ke pucuk nak tumbuh..... tapi x tahu lagi ape bendenye.....
kita tengok lah nanti apa yang terjadi yerk.....
kut2 lah tumbuh bunga yang bulat ada duri2 tu kan.....


alah.....
google punya gambar
 macam bunga yang warna merah dalam pic kat atas nie.....
 hikhik..... verangan dulu.....
ye lah..... mana kita tau kan.....

so kita tunggu yerk.....
apa2 pon, terima kasih Mai sebab bagi pokok kaktus ni kat aku..... dah tinggi sampai ke paras bawah tingkap umah dah pokok ni, tapi still stabil lagi, x perlu sokongan..... cuma macam dah nak kena tukar pasu jerk..... maklum masa tanam tu Hubby letak kat dalam pasu rendah, takut pokok tu x cukup vitamin plak.....

moga pokok ni makin membesar bagai juara.....

k, sekian


23 May 2013

*deko deko TerataKami ~ pokok kaktus Mai ada bunga ker?*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


rentetan dari entry INI.....

nak cerita pasal, pokok kaktus pemberian Mai, kawan opis aku ni ha yang baik hati bagi pokok sebagai penyeri rumah tangga kami..... alhamdulillah, setelah 7 bulan di bawah jagaan kami, pokok tu berkembang dengan jayanya..... terima kasih yang x terhingga buat beliau yang sudi bagi pokok tu kat kami.....




inilah pokok tu yang dah membesar dengan jayanya.....
kalu sebelum ni letak kat garaj kereta kat bawah, asik ler penuh dnegan bulu kucing kat pucuk2 dia tu..... so sekarang kami letak kat balkoni atas..... makin tinggi n makin berkembang pucuk2 dia.....
waa saya suka! saya suka!, bak kata Mei Mei..... hehe

tapi kan, nampak tak pokok yang depan sekali belah kanan gambar kat atas tu..... macam lain sikit pucuk dia tu kan.....



ha, ni bila dah di zoom..... guna HP jer, so x berapa nak clear, tapi nampak kan.....

ha, nampak tak pucuk tu..... eh pucuk ker nama dia tu yerk..... x per, yang aku nak cerita kat sini, pucuk atau tunas tu nampak lain sangat dari yang biasa dia akan keluar daun2 kecil, tapi yang ini macam elopak bunga.....

ahah, adakah itu bunga.....
so Mai, pokok kaktus ni memang ada bunga ker?.....
nak search kat internet, aku x tahu nama pokok kaktus ni, so kalu betul itu adalah bunga..... wah bestnyer.....
tu kecik lagi kan, tunggu dah besar nanti aku nak tengok bunga ke bukan.....
hehe
ada sesiapa boleh bantu.....

k, sekian

18 February 2013

*deko deko TerataKami ~ buluh jadi penyelamat*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ingat entry pasal pokok kaktus pemberian mai yang rongak dek kucing yang suka melompat melalui pagar TerataKami?..... erm, KLIK SINI.....

so, untuk penyelesaian buat sementara waktu..... ye lah, nak tunggu buat rough iron yang ada bunga2 tu lambat lagi nak simpan duit kan..... so kita guna dulu apa yang ada dalam simpanan.....

 
 ini pic lubang pagar sebelum deko deko dilakukan.....



ini pic lubang pagar selepas proses deko deko.....

ada nampak itu batang buluh?.... aha, potong buluh yang ada jual kat SSF ke atau kedai decoration tu iktu saiz panjang lubang kat pagar tu, kena lebihkan sikit biar dia bileh tersangkut kat batu keliling tu..... pehtu, ketuk dengan hammer sampai lah buluh tu kukuh kat tengah lubang tu, kena hati2 takut buluh pecah pulak.....



zoom sikit.....

erm, gigih tau aku potong buluh ni guna gergaji besi tapi xder handle dia..... seb baik x luka tangan..... Hubby pulak tukang ketuk buluh tu ke lubang..... Hubby tambah paku kat tengah belah bawah buluh tu biar lagi kukuh.....

dan, hasilnya..... alhamdulillah sehingga entry ni di publish, dah 1 minggu dah, xder kucing yang masuk melepak sambil membuang najis dorang merata kat garaj kami..... harap berterusan lah kan..... 

k, sekian

 

13 December 2012

*cerita pokok kaktus pemberian Mai*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


kira2 bulan oktober 2012 ritu..... blogger Mai ada bagi aku adiah untuk deko2 TerataKami yang baru duduk kan..... nak tahu, dia bagi adiah Pokok Kaktus..... hehe terima kasih Mai.....

alhamdlillah, so setelah 2 bulan pokok tu kami jaga n siram..... akhirnya ia menampakkan perkembangan yang sangat baik..... kami tanam 3 pasu kat porch..... tapi setakat ni 2 pokok dah bertunas, tapi yang 1 lagi tu macam xder perkembangan pape jerk, mungkin sebab lokasi x strategik kut, ye lah sekarang ni musim ujan, so mungkin pokok tu asik kena air jerk tu yang x mor kembang2 tu..... pokok kaktus kan x yang bagi air banyak2 kan kan kan.....



ha, ini salah satu pokok yang dah bertunas.....

eh, betul ker istilah 'bertunas' ni untuk pokok kaktus yerk..... kalu x betul, sila betulkan..... hehe saya suka saya suka.....
tapi ada satu mende yang x sedap dipancang lah..... kan aku ada cerita pasal umah sebelah ada kucing yang banyakkkkk kan..... so kucing itu telah mencacatkan pertumbuhan pokok kaktus di Teratakami.....



perbezaan tunas pokok kaktus.....

 ha, nampak beza x antara pokok kiri ngan pokok kanan tu..... yang kiri cantik jerk tumbuh daun2 kecik tu kan..... tapi yang kanan tu dah rongak2 dah siap comot2 dengan getah meleleh jerk kat sekeliling dia..... ini semua gara2 kucing yang suka panjat  pokok kaktus tu melalui lubang tembok untuk pi umah sebelah..... sian kat pokok tu, baru jerk nak membesar dengan jayanya, tapi rongak2 dek kucing yang suka lompat2 kat pokok tu..... huhu



 lokasi pokok kaktus yang rongak2 tu.....


nampak x lubang kat tembok tu..... kut situlah kucing2 tu melompat2 untuk pi ke umah sebelah ulang alik..... hurm hujung pokok tu ngam2 jerk kat lubang tu kan, tu yang rosak pokok tu..... huhu sedey..... rasanya kena bagi idea kat Hubby mintak tukar kedudukan pokok tu dari lubang biar x kena langgar todak dek kucing2 yang dok melompat2 tiap hari..... so, kena tunggu ujung minggu ni lah, coz sekarang Hubby outstation ke JB dari semalam untuk urusan kerja, ari Sabtu baru balik..... Ahad bolehlah kerjakan porch kami tu..... hehe inshaAllah.....

once again, terima kasih Mai sebab bagi pokok ni kat aku, akan ku sedapa upaya jaga biar pokok ni membesar bagai johan..... hehe


k, sekian

09 October 2012

*Deko Deko TerataKami - porch & balkoni dah berseri*

18 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


ingat x entry pasal kami survey pokok bunga dengan entry hadiah dari mai last week..... maka last saturday lepas janjalan kat Tasik Biru, Kundang kami pon mengerjakan lah pokok2 yang dah pon selamat berada dalam tangan kami..... alhamdulillah semuanya dipermudahkan walau ada sedikit yang buat Hubby x puas hati dengan company insurans.....



 nyonya tokey kedai Sunny Pottery & Garden yang baju purple tu, kami terjah sebelum ke Taman Tasik Biru.....

SUNNY POTTERY AND GARDEN
1A(Store), Persimpangan Taman Bidara-Jalan Kepong,
68100 Batu Caves, Selangor DE


dah membeli belah, kami balik umah, letak pokok2 tu n terus ke Tasik Biru, balik dari Tasik Biru kami kerjakan pokok2 pulak.....

 Lavender & Zebra kami tempatkan di balkoni rumah.....


memula hajat cuma nak dapatkan pasu n tanah jerk kat kedai tu coz nak tanam pokok kaktus hadiah dari Mai.....  tapi tetiba macam2 pulak pokok yang terbeli oleh kami.....

kat kedai tu kami dapatkan:
Pasu Bonsai - 3 biji
Pasu biasa - 3 biji
Pot Stand - 3 unit
Pokok Java Palm - 3 pasu
Pokok Lavender - 2 pasu
Pokok Zebra - 2 pasu
Tanah (2 jenis) - 6 beg

maklumlah, rumah xder tanah, so terpaksa lah beli tanah untuk taman pokok..... ada lagi balance tanah 1 beg kat umah, hajat nak biakkan lagi pokok Lavender tu tapi pasu x der plak..... so tunggu nanti lah..... total kami shopping kat kedai tu RM142.00.....dapat diskaun RM2.00 jerk..... jadikla dari xder kan, tu pon nyonya tu dah kurang2 kan setiap item yang kami beli.....aku siap mintak free pokok zebra tu lagik..... haha, dasar mata free'an aku nieh..... so, dah tanam pokok, boleh halang kucing sebelah masuk hias porch ngan balkoni sekali.....

 pokok kaktus hadiah..... dari 2 batang, aku jadikan 3 batang tanam dalam pasu, terima kasih Mai.....

Pokok Java Palm letak atas stand, hajat nak halang kucing2 dari masuk kut lubang pagar tepi tu, haha harapan..... dia masuk ikut gate pulak..... isk, lepas ni nak kena pikir camner nak halang kucing2 tu lalu kut gate lah pulak..... any idea?.....

ha, pasu yang aku buat tanam kaktus tu lah dinamakan Pasu Bonsai, baru ku tahu nieh... hehe
actually nursery ni sebelah kedai car wash, so dah alang2 kat sini, my dear Hubby pon apa lagi, hantarlah my maroon tu mandi, dah berkeladak dah badan dia..... so, lepas mandi, cerah sikit my maroon tu aku tengok... haha see, Aisha tengah buat inspection pada my maroon, bersih ke tidak orang kedai tu cuci.....

dah, tu je lah deko deko buat kali ni..... nak lagi grand2, tunggu kami dah betul2 stabil nanti, boleh la buat deko besar2an kan..... hehe nak perfume berjenama murah boleh dapat sini.....kita tunggu kolam sampai ntah bila nanti baru best nak deko kan.....

sekarang bila balik umah, dari luar gate, hubby akan cakap "ha, barulah nampak macam ada orang dok rumah ni, xder la seketul kereta jerk kat tengah2 tu"..... haha, ape2 lah dear yer, kita buat pelan2 yerk untuk TerataKami jugak kan.....


k, sekian

04 October 2012

*ni kira hadiah jugak kan.....?*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~x sabar nak balik petang ni coz ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan teacher Aisha~

pagi tadi datang2 keje sampai kat opi, aku terus pi toilet..... nak betul kan tudung, maklum dah lama pi keje pakai tudung sauk2 jerk, tetiba pakai tudung bawal, rasa macam nak kedepan jjatuh dahi jerk..... haha

kuar dari toilet, masuk opis..... tengok atas meja.....

TADA!!!!!


aha, ada bungkusan lah..... sape pulak la yang bagi aku hadiah nie.....
ni kira hadiah jugak la kan sebab tetiba jerk ada atas meja..... dah macam hadiah Tahun Baru Cina dah coz berbungkus dengan plastik merah..... haha..... then x-bos aku kuar dari dalam bilik dia bagitau yang Hubby aku cakap "Mai bagi".....

wah!!!!! janji telah dikotakan..... terharu nyer aku..... TERIMA KASIH MAI..... sayang Mai tapi x mor ketat2..... x sangka secepat ini..... bila potongnye tu? darah putih masih basah nampaknya..... hehe, so, nampaknya ujung minggu ni kenalah mulakan operasi deko deko yang diangan2kan tu..... hurm, dah ada dah 1 jenis..... leh tanam n tambah lagi jenis yang lain2.....

nak tahu apa hadiah yang aku dapat dari Mai?.....















































































 ha, nampak x?.....

nampak kan..... dah taukan apa dia tu..... x per, nanti bila dah betul2 bentuk dia, nanti aku share kat sini..... hehe..... 

iklan jap



ok ni cerita lain pulak..... kejadian semalam petang.....

masa ambik Aisha a.k.a Umairah dari school, dia macam nak nangis then bagitau kat aku yang tangan dia sakit..... memula x perasan coz cikgu dia cakap "biasalah budak2 main macam2"..... ok aku terima..... then balik sampai kat umah, Aisha ngadu lagi sakit kat tangan kiri dia..... sekali aku tengok betul2..... ada kesan luka lah kat siku dia..... terus la aku tanya dia kenapa..... "Aita tatuh main taide tak tcool"..... translate please..... "Aisha jatuh main slider kat school"..... oho, boleh plak cikgu dia x bagitau kan..... so ari ni, petang ni nak kena jumpa ngan cikgu dia, nape bleh jadik gitu..... memang aku tangok banyak jugak mainan yang dah rosak kat taska tu..... uhu



inilah keadaan siku Aisha yang luka tu..... dan aku terus jerk sapu ngan Krim Gamat..... tapi yang aku sayang n kagum ngan my lil Aisha ni kan..... walau tangan sakit, tapi semangat nak menulis tetap ada..... kejap2 ngadu "mama, tanan Aita tatit"..... tapi tetap jugak menulis..... so sweet la anak mama nieh.....

moga semangat belajar Aisha terus kekal n berkembang dan terus berkembang..... Ameen

k, sekian