^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29 February 2012

*Wordless Wednesday - Slim Dahulu dan Slim Sekarang*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,




erm, bukan senang nak dapat tarikh hari ni kan.....
29 Februari 2012

*Gold Coast Morib Water Theme Park Resort, Kuala Langat, Selangor*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam hari rabu,

mesti ramai yang buat entry WW kan.....
tidak bagi aku.....
hari ni aku nak berkata-kata jugak.....
boleh kan.....
hehe

nak cerita hujung minggu lepas aku ke.....

*

*

*

*

*


atas urusan berkursus selama 3 hari.....
check in hari Jumaat n check out hari Ahad.....
walaupon berkursus, tapi tetap happening.....
walaupon sakit2 badan dek aktiviti panjat memanjat, tapi tetap seronok.....

sebab, lepas check out, kami (aku, hubby n Aisha) dapat main kat water theme park kat hotel nie.....
camaner boleh ada dorang?.....
ari ahad tu aku ajak hubby datang hotel (ala lebih kuang 2 jam perjalanan dari rumah kami) untuk ambik aku.....
x dapat menginap kat situ, dapat ajak dorang main air pon dah cukup bagus bagi aku.....

jom kenal dengan resort ni dulu.....

ini bilik dia..... aku dapat bilik double kat tingkat 3.....
stay dengan kawan opis Amy.....
ha, katil yang bersepah tu katil aku ler tu..... hehe
view dari bilik aku?... pantai ke?...  jalan ke?... hutan ke?...
nanti cerita erk.....


hah, ada tingkap kayu dalam bilik.....
kalau buka tingkap ni, akan terus ke bilik air.....
sebab apa ada tingkap?.....
mesti ada yang dah dapat agak kan..... hehe


kemudahan yang tersedia.....
wajib ada, kalau x..... mau mati kutu dok dalam bilik nieh.....


boleh relax kat luar bilik kalau nak hirup udara segar.....
tapi hati2, coz kekadang ada udara yang kurang enak terbau dari tempat ternakan ba** di kawasan berdekatan.....


dalam bilik air.....


TADA!!!!!
ingat tak tingkap yang aku bagitau kat atas tadi.....
inilah gunanya..... buka tingkap.....
boleh loncat terus masuk dalam jakuzi.....
haha


ada kipas n aircond kalau nak guna ikut keperluan.....


kat luar ada restoran atas air 'The Pier'


ada juga pentas untuk persembahan.....


ada tempat untuk beriadah atas pasir.....

dan

dan

dan

yang paling best.....

ada

ada

ada


water theme park.....


inilah view dari balkoni bilik aku.....

memang best main kat water theme park ni.....
maklumlah free kan....
opis bayar.....
haha

harga untuk menginap kat resort ni jangan tanya tau, coz aku datang sini atas tiket berkursus yang ditanggung sepenuhnya oleh office.....
tapi kalau nak masuk water theme park dia jerk pon boleh.....
bayaran masuk RM25.00 untuk dewasa, RM15.00 untuk kanak2.....
sewa pelampung RM10.00 + deposit RM10.00.....
sewa locker RM2.00.....

so, sesiapa berminat.....
boleh datang sini.....
sesi kami di water theme park?.....
nanti cerita erk.....
hehe

k, sekian

28 February 2012

*Melati Dah Ada Nama*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

ingat x entry baby baru.....
so, tadi dah berFB dengan MokSu Aisha.....

dan aku diberitahu yang 'melati' (panggilan sementara untuk baby baru) dah ada nama registered.....
nama nya adalah.....

Aida Marlisa Binti Shafie

alhamdulillah,
dah jadi abang dah si Mohd Haikal setelah 11 tahun.....
lepas ni tunggu giliran MakTeh Aisha pulak timang baby insyaallah dijangka bulan 7 nanti.....

k, sekian

*Nombor '8' dan buah*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

anda suka buah?..... aku suka sangat buah..... tapi tidak my hubby, dia allergic buah..... huhu
jom kongsi info pasal buah.....


elakkan daripada membeli buah-buahan dengan aksara nombor "8" pada awal label buah, kerana ia adalah buah-buahan yang diubahsuai secara genetik
 
eksperimen di Perancis mengesahkan bahawa kacang soya diubahsuai dari segi genetik yang diberi kepada tikus, menghasilkan generasi pertama tikus yang mengalami pelbagai penyakit, dan kemudian generasi akan mandul sepenuhnya.

Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan kacang soya yang diubahsuai di dalam makanan manusia, ianya hanya boleh digunakan ke atas haiwan.  elakkan memakan makanan yang diubahsuai secara genetik! 94129 Apple? apa maknanya tu!  

baca "label buah". setiap label pada buah hanya mempunyai angka-angka sahaja, sebagai tambahan kepada namanya, untuk memberitahu pengguna sumber dari mana ia datang, juga menunjukkan jika buah-buahan itu selamat untuk manusia atau untuk orang lain

sila baca label buah-buahan dan fahami nombor yang tertera, sistem ini adalah pengenalan identiti alternatif kepada pengimport yang unik, tetapi ia juga merupakan maklumat perubatan yang perlu diketahui
 
label buah-buahan tradisional mempunyai empat digit bermula dengan 4
 
 
 label buah-buahan organik mempunyai lima digit bermula dengan 9

 label buah transgenik mempunyai lima digit bermula dengan 8

 Contohnya:
anda melihat epal di kedai: 
jika label adalah 4922, menunjukkan ia adalah epal tradisional, ia masih menggunakan racun herba dan baja berbahaya semasa penanaman.
 
 jika label adalah 99222, organik dan selamat untuk dimakan.

jika label adalah 89222, maka "Ia adalah diubahsuai secara genetik (GMO), elakkan membeli!".
 
jadi.....
mulai sekarang, kita kena ingat dengan nombor2 yang ada pada buah.....
elakkan dari membeli buah dengan awal nombor '8'.....
untuk kesejahteraan keluarga di masa hadapan.....
 chewah, macam iklan pulak.....

k, sekian

27 February 2012

*Baby Baru*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm, dah lunch ke kengkawan?.....
Alhamdulillah, aku lunch dengan baki makanan pagi tadi jerk.....
cekodok beli rm2 ada lagi, so dengan badan yang masih penat n sakit lepas berkursus 3 hari (habis semalam).....
ditambah dengan kemalasan yang melampau.....
maka aku makan apa yang ada depan mata jerk.....
hehe
gambar kursus, nanti aku share erk.....





sekarang layan gambar ni jap.....

Alhamdulillah,
semalam keluarga aku telah selamat dikurniakan baby baru.....
upss bukan baby aku.....
tapi baby akak aku.....
baby yang kedua.....
nama x letak lagi.....

so aku nak ucapkan

TAHNIAH!!!!!

buat Pn Manizawati (Mak Uda Aisha) dan En Shafie (Pak Uda Aisha)
dengan kelahiran anak kedua mereka iaitu.....
baby PINK
pada 26 Februari 2012 (lebih kurang jam 3 petang di Hospital Kulai)

Tahniah juga buat Mak n Abah kerana bertambah cucu ke-8 buat masa ini.....
seronoknye ada baby kecik.....

tapi.....
sorry sesangat kami x dapat balik melawat baby baru buat masa ini.....
insyaallah bulan 4 nanti kami pulang untuk meraikan yerk.....
(erm, boleh pinjam baby untuk buat baby photoshoot plak..hehe)
semoga kalian semua sihat2 hendaknya.....

k, sekian

boleh jugak baca info kat SINI



*Tasik Banding - gajah di Gerik, Perak*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

lagi cerita outstation aku ke Kelantan n Perak.....
on the way kami ke Perak melalui Rantau Panjang, Kelantan ke Gerik, Kelantan.....
kami singgah ke Tasik Banding.....
relax jap, luruskan urat yang dah berselirat.....
sambil tu.....
harus lah posing2 kan.....
muahaha.....
walaupon bateri kamera dah paras idung.....
kami gagahkan jugak berposing sambil pujuk kamera tu supaya sentia on bila kami snap.....
haha

jom layan posing kami yang ala2 retis nieh....
hehe


 memula sampai, carik mood dulu.....
aku n mister driver, Ijoi.....


 incik Sandy, kawan opis yang bergandingan ngan aku melakukan kerja2 pemantauan.....


 "Tolong polis..... air dah naik kat sini....."


 erm, banyak jugak notis peringatan nak kena baca.....


 "welcome to Tasik Banding....."


 pose bajet biar nampak kurus..... haha


 erm, aku x tau dah nak buat pose camaner, last2 aku pose je lah macam sebelum nieh.. hehe


 hah, dorang tiru pose aku.....

dah puas snap sana snap sini.....
kami pon teruskan perjalanan.....
ke Negeri Perak.....

dalam perjalanan tu.....
orang cakap kat hutan Gerik tu kalau bertuah, boleh jumpa gajah.....
ada sesapa penah jumpa ker?.....
kami dapat jumpa gajah hari tu.....
mendongak jugak lah kami nak tengok gajah tu.....
x caya.....
ada bukti nieh.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

scroll sikit lagi

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

sikit lagi

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


TADA!!!!!
hah, tu lah gajah yang kami jumpa.....

hehe

k, sekian

24 February 2012

*Hadiah Gelang Berlian Untuk Lisa Surihani*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm sebelum tu nak pantun dulu.....

1,2,3,4,
5,6,7,8,
Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
Nanti dapat Baby tahun depan.

hehe, itu lah pantun dari David Teo khas buat pasangan yang telah selamat disatukan malam tadi, 23 Februari 2012.....
tentu semua orang dah tahu kan.....
sapa lagi kalau bukan Lisa Surihani & Yusri.....
mereka selamat disatukan dengan sekali lafaz di Marriot, Putrajaya.....
Alhamdulillah



sempena pernikahan mereka, David Teotelah menghadiahkan seutas gelang berlian untuk Lisa Surihani.....
bertuahnya badan kan.....
untuk Yusri pon ada jugak hadiah, tapi dia x tunjuk pulak.....
x per la, itu hak dia kan.....
nak tengok gelang yang Lisa dapat?.....


inilah dia.....

bestnye.....
nape lah masa aku nikah dulu David Teo x datang.....
kalu x, boleh aku mintak hadiah rantai berlian.....
huhu, x malu sungguh la aku ni kan.....

ok, pape pon semoga mereka berdua berbahagia hingga ke hujung nyawa.....
dapat baby cepat2 yerk, macam yang dipantunkan David Teo tu.....
hehe

nak tunggu majlis resepsi dorang pulak 26hb nie.....

k, sekian

sumber : oh!bulan



start hari ni aku akan berkursus selama 3 hari sampai ahad nanti di Gold Coast Resort Morib.....
baru plan nak bawa Aisha pi playground ujung minggu nie.....
nampaknya kena tunda minggu depan lah.....
rindu kat Aisha 3 hari.....
huhu

23 February 2012

*Kronologi Kejadian Di Kelantan*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hah, kronologi pulak.....
aper kes.....?
hehe, ni adalah kejadian yang berlaku masa aku outstation di Kelantan last week.....
x banyak gambar yang diambil coz komited dengan kerja kan.....
hehe

so aku share la apa2 yang patut kat sini yerk.....


12.02.2012
perjalanan kami bermula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.....
ada 2 kenderaan = 6 orang.....
perjalanan melalui Pahang dan terus ke Kelantan.....
sampai di sana lebih kurang jam 6.30 petang.....


di Kelantan, kami stay kat Hotel Habib, Kota Bharu.....
hotel ini adalah milik owner kedai emas Habib Jewel, baru mula beroperasi last year.....
ni kali ke2 aku stay kat sini, dekat dengan bandar.....
lokasi hotel ni dekat dengan bangunan MARA dan Mahkamah Kota Bharu.....
jalan belakang sikit dari hotel ni dah boleh jumpa tempat shopping The Store.....


malam tu kami dinner di Restoran Pinang Seribu.....
cik Lala (tudung hitam gambar bawah kanan) belanja, thanks Lala, lain kali boleh belanja lagik.....
tomyam dia memang marvelous.....


13.02.2012
pagi tu kami dah start keje.....
pi melawat ke bengkel2 usahawan kraf untuk tengok progress pengeluaran produk dorang.....
agak memenatkan, tapi demi tugas, kami lakukan jua.....


tengahari kami di belanja makan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, En Razis Mohd Said (berkemeja putih).....
makan di Restoran Nurfa, tepi jalan jerk restoran nieh.....
terima kasih en. Razis.....
makanan dia boleh tahan sedap tapi sebab aku x berapa gemar masakan percik, so x habis lah ikan percik tu.....
hehe

lepas makan, sembahyang jap.....
n petang sambung lagi kerja2 pemantauan.....


petang tu sebelum balik ke hotel, kami lepak di Pantai Cahaya Bulan (sebelum ni dipanggil Pantai Cinta Berahi).....
sambil pekena seafood celup tepung.....
time ni group yang naik kereta 1 lagi dah xder, dorang ke Terengganu untuk tugasan lain.....
so, tinggal aku bertiga termasuk pemandu berhemah opis kami, en. Ijoi.....


waktu malamnya, untuk merelease tension bekerja di waktu siang.....
kami layan bowling di Pacific Bowl di KB Mall, Kota Bharu.....
pemenang pada malam tu adalah en. Joe (berbaju biru).....
dan sebagai hadiah, dia belanja kami makan burger oblong.....
haha, tetiba orang yang menang belanja makan.....
thanx en. Joe.....


14.02.2012
last day di Kelantan.....
waktu pagi kami jalankan tugas seperti biasa.....
sambung melawat ke bengkel usahawan di sekitar Kota Bharu.....
aku usahakan untuk siapkan kerja awal.....
dan alhamdulillah berjaya.....
jam 2 petang kerja dah setel.....
maka.....
seterusnya kami ke.....









Rantau Panjang


sebelum jenjalan shopping kat kedai bebas cukai rantau panjang.....
kami pekena sup di gerai tepi kedai.....
sebaris dengan Mydin kat Rantau Panjang.....
memang sedap.....
nyum nyum.....

lepas tu, apa lagik.....
shopping time.....
tapi x shopping mana pon, maklumlah gaji dah ujung2 jerk.....
huhu
dapat lah kami rembat 1 2 helai baju kat situ.....


then malamnya.....
kami pekena Nasi Kerabu Golok.....
x der la sampai ke Golok nuun kami pergi.....
still di Kota Bharu lagi, tapi nasi kerabu tu memang special.....
apa yang special pon aku x tahu, mungkin ayam n daging dia di panggang, tu yang jadi special tu.....
aku x berapa gemar nasi kerabu, tapi dah orang belanja.....
aku bedal je la.....
hehe


 terima kasih Abg Pojee (t-shirt merah) yang belanja kami makan malam tu.....
memasing khusyuk jerk makan.....
lepas tu kami layan perlawanan bola sepak antara Selangor lawan Kelantan.....
hehe


15.02.2012
ha.....
hari ni perjalanan kami adalah ke negeri Perak pula.....
sebelum tu, pepagi jumpa Pengarah cawangan untuk minta izin berundur setelah tugas selesai.....
perjalanan melalui Rantau Panjang, Gerik bermula jam 11.00 pagi.....


singgah di Puncak Titiwangsa.....
rehatkan ketegangan kaki dan badan kat situ.....
lepas tu, sambung balik perjalanan sampai lah ke Kuala Kangsar lebih kurang jam 5.00 petang.....

erm, penat pulak menaip.....
sambung lain kali la yerk.....
hehe

k, sekian


di Perak x berapa banyak gambar, so nanti aku share cerita je la yerk, tu pon kalu aku ingat. huhu.....
gambar2 kat entry ini semuanya bersaiz kecil untuk tidak memecahkan situasi gambar tersebut. sorry yerk kengkawan.....

22 February 2012

*Shopping At Plaza GM, Chow Kit*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

sebelum kengkawan terus baca kat bawah nieh.....
nak pesan yang pic kali ni aku letak kecik2 jerk.....
bukan aper, pic ni aku snap guna BB jerk, so x berapa nak clear.....
aku x reti nak set2 sebelum snap pic.....
aku main tekan jerk la.....
haha
so, redha je k dengan pic kali ni yang shumel2 saiznyer.....

actually aktiviti ini kami lakukan pada 11.02.2012.....
erm, kira 2 minggu lepas lah kan.....
adik aku datang KL ngan her fiance untuk Pre-Wedding Photoshoot.....
pagi sebelum sesi shoot2 bermula.....
kami shopping barang2 keperluan perkahwinan dia di Plaza GM kat Lorong Haji Taib @ Chow Kit.....
ni kali kedua aku datang, 1st time datang bulan lepas untuk survey.....
hehe

kat sini adalah surga bagi mereka yang nak membeli keperluan harian secara borong.....
ada pelbagai barang macam T-shirt, tudung, beg, aksesori wanita & kanak2, jam, seluar, perfume dan ada juga alat make-up.....
kain ela/pasang jerk x der, kalu ada mesti meriah mata aku kan..... hehe
kuantiti minima untuk dapat harga borong kat sini adalah 6 barang.....
so kalu ada adik beradik @ kawan2 sejumlah 6 orang yang berkenan dengan barang yang sama (lain2 kaler @ perisa pon x per) boleh lah shopping kat sini.....

apa yang kami borong?.....

hehe
adalah sikit2 keperluan untuk kami 1 family.....


gembira dengan hasil borongan kami sambil tunggu lift nak ke parking.....
Aisha, main game kat HP Moksu.....


pose kami anak beranak dengan beg hitam.....
Aisha still dengan HP Moksu dia.....


puas aku panggil dia pusing tengok BB.....
huh, idok di pedulinyer.....


dah penat berdiri, mencangkung la plak layan game.....


owh, lepak lagi tunggu lift kat tingkat 8.....
actually ada insiden berlaku..... hehe


hasil borongan, penuh 1 bonet JHG si maroon aku.....


hah! kereta naik lift.....


stanby masuk lift.....


stanby keluar lift.....


1st time nieh aku naik kereta, kereta naik lift.....
sedikit jakun masa nieh.....
hehe
Plaza GM nih ada sediakan khidmat parking untuk kereta di tingkat 8 dan ke atas.....
 dari bawah, ada lift yang dikhaskan untuk kereta naik terus ke tingkat 8, then baru lah ada laluan kereta ke parking seperti biasa.....
ambik tiket di tingkat 8 yerk kengkawan, bayar parking pon di tingkat 8 jugak, x perlu keluar kereta jugak.....
yang pasti kena sedia wang kertas kecil.....
kadar bayaran parking kat sini adalah 2 jam pertama RM4, lepas tu setiap jam tambah RM1.....
erm, not bad lah kan.....
sebab banyak kami beli barang dan dapat harga borong.....
kalau setakat nak beli 1 @ 2 barang, baik pi kedai biasa je la kan.....
harga sama jerk.....

so,
semoga barang2 yang kami borong ritu dah selamat sampai ke kampung.....
lepas aktiviti memborong.....
kami ke Taman Tasik Metropolitan.....
untuk sesi shoot2.....

cerita outstation?.....
huhu x byk gambo coz lebih tumpu pada kerja kan (eceh, yo lah tu).....
nanti aku cerita la yerk.....

k, sekian


21 February 2012

*Tahniah buat pengantin baru*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

last Saturday aktiviti kami adalah makan free.....
hehe
ada dua jemputan kahwin kawan2 opis.....


 jemputan pertama dari
 DANIEL + AISYAH

daniel adalah kawan opis aku.....
dah selamat bernikah pada 11hb yang lepas.....
sabtu ritu adalah majlis di pihak pengantin lelaki.....


manakala jemputan kedua dari
 HAZIQ + FIDA

majlis dorang sebelah pengantin perempuan kami datang jugak masa kami balik Kuantan last 2 week.....
gambar kat sini.....
yang ni majlis sebelah pengantin lelaki pulak kat Ampang.....

so,
kepada kedua2 mempelai.....
aku sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru n semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.....
selamat melalui alam perkahwinan dengan aman damai.....

k, sekian

gambar ehsan : hubby madi

*Azlan-Fizah Pre-wedding Picture*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin










salam,

wallawehhhhh.....
tajuk x bleh blah.....
haha

merujuk kepada entry ini.....
actually ini kejadian last sabtu sebelum aku berangkat outstation ke Kelantan hari ahadnya.....
aku isi masa petang sabtu tersebut dengan main2 ambik gambo.....
untuk.....
Azlan-Fizah Pre-Wedding Picture

muahaha, kelakar jerk rasa time tu coz aku rasa lebih banyak pic my lil Aisha daripada pic adik aku yang nak kahwin tu.....
x caya.....
leh tanya ngan tuan punya badan.....
n
try tengok pic kat bawah nieh.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*






ha.....
betul x?


itu baru 1 pose yang dia buat.....
x perlu lah aku upload pic lain2 erk.....
ke korang nak tengok jugak.....
hehe, bajet fofuler la pulak


kalu nak jugak, len kali aku upload erk.....
bukan aper.....
nanti ter upload semua pic Pre-Wedding adik aku laks.....
x rasmi lagik.....
nak kena edit sikit coz petang tu cuaca agak mendung.....
n yang paling penting.....nak kena lembutkan aksi2 pasangan tersebut
kena ada izin dari tuan punya pic dulu baru aku leh upload.....
kan kan kan Azlan-Fizah kan?.....


so, nak cerita pasal outstation seminggu.....
tunggu yerk.....



k, sekian

20 February 2012

*Alhamdulillah*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hari ini aku dah kembali bertugas semula di KL setelah 1 minggu outstation.....
alhamdulillah.....
semuanya berjalan lancar.....
seronok betul outstation, tapi letih jangan cakap lah kan.....
menanggung rindu lagi kan, chewahhh..... haha

erm, sorry la pada kengkawan yang jenguk ke sini, tapi tiada kunjungan balas dari aku.....
mana yang aku sempat jengah, aku jengah time outstation ritu, tapi x boleh nak tinggal komen coz online guna HP jerk kan..... slow sikit..... hehe

so, insyaallah start hari ini, aku akan jengok rumah kengkawan semula seperti sediakala.....
tunggu lunch nanti yerk.....
dah, nak mula karang report outstation lak nieh.....

k, sekian


16 February 2012

*Cerita Pantai Batu Hitam*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

masih lagi outstation.....
hari ni pusing2 negeri Perak pulak.....

jom layan gambar2 kami masa di Pantai Batu Hitam, Kuantan masa cuti Maulidur Rasul last week.....
lepas habis makan nasi ayam.....
kami teruskan aktiviti ke pantai......
kalau di Tanjung Balau, Adik Ada yang layan Aisha di pantai.....
kali ni Ayah Su (adik bungsu hubby) pulak yang melayan.....
hehe

jom layan dorang.....


"pijak kuat2, pijak kuat2.."
sambil jalan sambil mulut pot pet tatkala memijak pasir yang ada rumah umang2.....


 Ayah Su layan Aisha..... Papa layan kite.....


 abadikan tarikh lawatan di pasir.....


 belon buih yang x perlu di tiup, keluar sendiri tatkala di tiup angin..... so tiadalah aksi muncung2 mulut..... haha


 dia start tanggal selipar dah.....


 "air laut!..... air laut!....."


 "Tok Mi....."
dari jauh dah terjerit sambil berlari nak dapatkan Tok Mi yang turut join kami di pantai.....


 "air laut..... air laut..... jom lari....."
nasib Aisha masih boleh dikontrol lagi untuk tidak membasahkan baju.....

tapi x lama lepas tu.....


 start korek pasir dah.....


tiada sapa diantara kami yang bawa baju spare kecuali Aisha.....
tu yang kami cuba sedaya upaya untuk tidak membasahkan diri kami dengan air laut.....
tapi x rock la kalu pi pantai x basah kan.....
hehe


 Papa sempat posing atas Black Stone.....


 see, tiada aksi muncung2 mulut dari aku untuk bergambar dengan belon buih..... hehe


tengah aku syiok mengeluarkan belon buih tu.....
tetiba aku tengok Aisha dah separuh kaki ada dalam air.....
"Aisha!....." terus aku jerit supaya dia x terus tenggelam dalam air.....
ops, bukan dia nak lemas.....
tapi dia nak mandi laut.....
huhu
mana boleh, nanti kami kena basah sama2 dengan dia.....
oh! tidak, kami x bawa baju, so x boleh la kami masuk dalam air.....
dan akhirnya aku berlari dapatkan Aisha.....


 "Aisha, bangun..... bangun sayang nanti basah....."


Alhmdulillah, Aisha dengar kata.....
sempat lah dia membasahkan diri sampai ke pinggang sebelum aku angkat dia untuk naik ke atas.....
terus mandi n tukarkan baju Aisha.....


 Aisha dah bertukar uniform.....
memasing khusyuk tengok kite berterbangan di udara sambil gelakkan kite yang x naik @ tersangkut di pokok ru.....

masa kami nak balik dalam pukul 3 lebih ptg tu, dah ramai orang yang datang.....
ada yang berkelah, ada yang main layang.....
ada yang datang ngan family, ada yang datang berkonvoi.....
ada jugak yang datang berdua, harap2 mereka ada ikatan yang sah..... 
hehe
apa yang penting, kami enjoy hari tu.....

k, sekian


x sabar rasa nak balik esok jumpa anak daraku itu.....
sorry yerk kengkawan yang aku x singgah umah, coz aku online gn HP jerk, tu yang slow.....
insyaallah next week aku singgah macam biasa.....