^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label skbrj. Show all posts
Showing posts with label skbrj. Show all posts

26 March 2015

cara mudah untuk susun buku ikut jadual sekolah versi MaszMadi

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

eceh, panjang berjela tajuk ye..... ikut teknik SEO, tajuk kena direct to the point, so bila orang search kat internet, akan terkena tempias kalu x banyak, sikit pon jadilah ke blog kita dengan tajuk yang di cari tu..... haha, faham ke kengkawan..... x per, janji dah buka blog aku ni, meh aku share cara mudah untuk susun buku ikut jadual sekolah versi MaszMadi.....

erm, masa nak mula sekolah ritu ada kat FB ke blog ke insta ke orang share macamana nak susun buku anak2 sekolah kan..... kalu anak2 dah terror untuk baca jadual x pe lah..... boleh ja abaikan cara ni..... tapi bagi yang baru nak sekolah, boleh lah ikut kan..... buatnye dah lama masa memula persekolahan di buka ritu, tapi baru sekarang nak share..... x per kan..... hihi


hah, ni jadual sekolah anak aku untuk tahun 1..... sekolah kebangsaan n yang bawah tu sekolah agama punya..... dedua jadual pon aku kalerkan..... aku suka kaler2 nieh..... hihi

then, untuk memudah kan aku susun buku dalam beg ikut jadual..... aku guna sistem sticker yang di tulis ikut hari.....




ini untuk buku sekolah kebangsaan..... warna pink menjadi pilihan.....
yang stiker '1' '2' tu adalah untuk jilid, buku Matematik, BM n BI ada 2 buku, so kena tanda juga la untuk jilid 1 n jilid 2 tu.....



ini pula untuk sekolah agama..... x sebanyak buku sekolah kebangsaan.....


so, aku just tuliskan huruf pertama untuk setiap hari..... 
I - Isnin, S - Selasa, R - Rabu, K - Khamis, J - Jumaat.....
senang, kalu nak masukkan buku hari Isnin, aku kaut je semua buku yang ada stiker I, kalu hari Selasa aku just kaut je buku yang ada stiker S..... kan ke senang tu..... hihi

cuma untuk buku tulis je lain sikit, sebab ruang tepi buku tu kecil, so aku just tulis nama mata pelajaran je kat stiker nak tampal kat buku tulis..... aku tampal guna stiker kecil macam yang warna jingga (oren) dalam gambar kedua atas tu..... i.e : BM - Bahasa Melayu, BA - Bahasa Arab, SV - Dunia Seni Visual, AQ - Al-Quran dan lain2..... semua pon guna 2 huruf je.....


 setakat ni, mudah dan memendekkan masa aku nak mengadap buku2 ni..... n tugas ni sekarang dipikul oleh mydear Hubby..... kekadang Aisha pon boleh buat sendiri masukkan buku dalam beg sekolah..... lepas dia masukkan, kami just periksa je samada betul atau x buku yang dimasukkan tu..... Alhamdulillah, dia boleh je ikut..... senang kan, n jimat stiker, xder la 1 stiker untuk 1 hari macam yang ada aku tengok kat FB tu.....tapi cantik juga bila warna warni kan..... cuma aku nak jimat, so jadilah macam kat atas tu..... hihi


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..


k, sekian



19 March 2015

throwback :: 1st day sekolah for Aisha

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

haha, aci x cerita 1st day sekolah baru nak cerita sekarang..... dah cuti pertengahan penggal pertama pon kan.....  x pe lah..... janji boleh..... tapi cerita ringkas2 je lah..... kali ikut kronologi kang, panjnag pulak karangan kat sini..... tapi macam malas pulak nak cerita detail..... sebab dah lama sangat..... huhu





ni 1st day Aisha kat sekolah kebangsaan..... sebelah pagi.....

masa sampai tu, xder lagi bebudak dalam kelas..... ada la sorang tu, dah cop tempat duduk..... so kami pon cop kan lah tempat duduk Aisha kat depan, dengan ngan papan hitam putih.....

then ada perhimpunan..... 1st day, ramai lah ibu bapa murid2 darjah 1 yang join sekali, tapi dok tepi2 je la..... ibu bapa darjah lain x dibenarkan masuk, yelah, kalu masuk juga, kompem lah sesak sekolah tu kan..... masa perhimpunan, ada taklimat, then baru masuk kelas..... kami follow macam ibu bapa lain2..... sampai waktu rehat, kami follow lagi sampai ke kantin..... then sebelum naik kelas, ada perhimpunan lagi sebelum masuk kelas.....

lepas tu, guru kelas Aisha siap bagi peluang kepada ibu bapa kalu nak jumpa anak2 dalam kelas, sapa2 nak amek gambar pon boleh..... ha cikgu sekarang kan, canggih, siap bagi kebenaran untuk ibu bapa amek gambo anak2 lagik..... ye lah, nak buat kenangan..... time aku dulu rasanya sensorang je lah dok dalam kelas tu, sampai waktu balik..... zaman dah canggih sekarang..... hihi





sibuklah main cekak rambut dia tu.....

erm, sekarang ni dah masuk bulan ke tiga sekolah, Aisha bagitau yang dia dah pindah tempat duduk..... dah kebelakang sikit, tapi bukan belakang sekali..... dia duduk sebelah budak India, nama Thanusri..... erm x tau la ejaan betul ke x, tapi itulah sebutan Aisha..... bila di tanya, nampak x apa yang cikgu tulis kat depan..... dia cakap nampak..... ok lah tu kan..... janji dia nampak apa yang cikgu tulis.....





ini pula 1st day Aisha kat sekolah agama..... sebelah petang.....
hurm, herot2 tudung tu kan..... sekarang ni dah tukar tudung lain dah, permintaan Aisha nak tudung yang ada awning macam kawan dia..... so kami sebagai ibubapa yang prihatin..... belikan lah..... lagipon, nampak kemas sikit kan..... hihi





ini time rehat kat sekolah agama..... bekal biskut je.....

Alhamdulillah, setakat ni aku x pernah miss untuk sediakan bekal untuk Aisha..... bekal yang ringkas2 je..... roti, nugget, sosej, biskut, kek..... tukar2 perisa je..... pagi breakfast cereal + air susu kat rumah..... Aisha pon redha je, x mor arr bawakan duit ke sekolah..... selagi boleh nak biasakan dia bawa bekal ke sekolah..... ada la juga dia minta duit nak buat belanja kat sekolah, aku tanya nak buat apa, dia kata nak beli menan macam kawan dia..... ok lah, setakat ni dua (2) kali je dia minta duit, lepas2 tu xder dah.....

erm, kat sekolah agama pon katanya dah pindah tempat duduk..... tapi dia x ceritakan secara spesifik dia duduk kat mana..... kadang2 masih confuse nak cerita pasal sekolah kebangsaan ke pasal sekolah agama..... ye lah, aku pon tetiap hari akan tanya perkembangan sekolah dia..... sampai kadang2 dia marah, "Mama ni asek tanya sekolah saya je, penat saya jawab"..... hihi, tapi sekarang ni dah biasa dah, kekadnag belum tanya, dia dah cerita, then aku tanya balik, kat sekolah kebangsaan ke sekolah agama..... kihkihkih.....

last week ada ujian untuk kedua-dua sekolah..... bila di tanya, Aisha kata macam susah..... tapi harap2 keputusan nanti xder la teruk sangta kan..... x nak beri harapan yang tinggi2 sangat kat dia, sebab aku tau tahap aku belajar dulu macamana kan..... so, kita tengok lah keputusan 1st ujian tu nanti yer.....


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI

k, sekian


04 December 2014

#throwback : Majlis Orientasi Tahun 1 2015

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 pejam celik pejam celik, dah nak masuk Darjah 1 dah anak dara aku nieh..... alhamdulillah, daftar online je untuk masuk darjah 1..... senang dan mudah sebab semua di hujung jari, tinggal pi sekolah untuk pengesahan dan last week 25 Nov 2014 dah pon dijalankan Majlis Orientasi & Suai Kenal Tahun 1 2015 kat sekolah pilihan kami.....

 sebab utama pilihan adalah dekat dengan rumah..... hihi




sampai2 pagi tu, daftar nama dulu..... lepas tu anak2 dapat kertas berwarna.....
berkumpul di tapak perhimpunan dengan mengikut warna kertas memasing, ada warna Ungu, Biru, Hijau dan Merah.....
Aisha dapat warna Biru..... so, moh la kita beratur ikut warna ye.....

 


masa ni, mak ayah semua berkumpul kat tapak perhimpunan tunggu anak2.....
semua lebih kurang ada 170 orang anak2 yang daftar untuk Darjah 1 kat sekolah ni.....
kertas warna tu untuk tentukan kumpulan sebelum ujian Saringan LINUS diadakan..... ye lah, masa ni x der lagi la pembahagian kelas kan..... just kumpul secara random jer.....

lepas anak2 beratur, berjalan masuk ke dalam kelas untuk ujian, mak ayah kena la dengar taklimat.....
 



mak ayah dilarang pergi ke kelas ye, masa anak2 ambil ujian.....
jadi, marilah kita duduk di kerusi dan dengar je taklimat yang diberi untuk pengetahuan bersama.....




taklimat disampaikan oleh Guru Besar, En Mohd Yazid.....
x boring sebab dia pandai buat lawak, tapi lawak yang berpelajaran la kan..... kalu aku buat lawak, kelain nanti jadinya..... hihi

 banyak la info yang diceritakan.....
 



yang paling penting kat sini.....
pelajar dinasihatkan datang awal ke sekolah selewat2 nya pukul 7.15 / 7.20 pagi..... sebab tetiap hari ada perhimpunan, cuma beza ada perhimpunan pendek dan perhimpunan panjang sekali seminggu..... macamana perhimpunan pendek ngan perhimpunan panjang, kena tanya pihak sekolah la ye..... 

kalu sekolah aku dulu, hari Isnin ada perhimpunan kat tapak perhimpunan reramai ada nyanyi2 lagu, ada doa, ada ucapan cikgu dan lain2 la amanat yang cikgu nak sampaikan, hari2 lain cuma beratur kat tepi kelas, baca doa je, lepas tu dah boleh masuk kelas untuk sesi belajar.....


 

ni cerita pasal bayaran pulak.....
RM30.50 dimansuhkan..... tapi PIBG RM25.00 kena bayar untuk tanggung kos selenggara sekolah yang pihak KPM x sediakan..... bayaran buku, untuk tahun 1 2015, dah pon aku beli masa hari tu juga, total RM42.30 termasuk buku komunikasi.....




hah, ni lah penerangan untuk LINUS, ujian Saringan Linus yang anak2 ambil untuk tentukan kelas hari ni.....
mungkin tiap sekolah ada lain2 pendekatan kan, tapi untuk sekolah ni, ujian adalah berdasarkan kepada pendekatan LINUS untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.....




dan sekarang, pejalar tak dinilai melalui peperiksanan..... pelajar di nilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)..... erm, yang ni x berapa nak clear sangat, kalu aku salah tolong betulkan ye.....
apa yang penting, keputusan anak2 boleh tengok online melalui web saps.gov.com.my.....
erm, nanti kita cuba ye, boleh ke tidak..... ;)

 sebelum guru besar mengakhiri taklimat, dia ada share rahsi pelajar cemerlang.....





Elakan Pemakanan :
Minuman berkarbonat
Perkakas dalaman haiwan
Otak haiwan
Coklat & gula2
Sisa semut
Makanan ringan
Makanan masam / pedas
Biji Gajus

Galakan Pemakanan :
Kacang soya
Kismis
Madu
Kurma
Pisang
Ikan tongkol
Kacang badam
Daging


"sebab tu lah anak2 orang Terengganu pandai2 belaka, sebab dorang makan nasi dagang, nasi dagang kan guna ikan tongkol"..... antara statement guru besar..... hihi



dah selesai taklimat guru besar, lepas tu ada taklimat dari GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum..... 
lepas tu, mak ayah tunggu lah anak2 yang ambil ujian saringan keluar dari kelas..... tugas ni aku serah kat Hubby sebab aku nak mencekik kuih yang dibeli kat luar sekolah pagi tadi..... Hubby dah makan masa taklimat tadi..... aku macam biasa la, snap sana snap sini, guna HP Hubby..... hihi




sesi menunjukan kelas kepada Papa

hah, gembira je anak dara tu keluar dari kelas ujian..... kira ok la tu kan.....
memacam aku tanya kat dia, tapi dia jawab dengan tenang je..... aku pulak yang risau lebih2..... ngeh2
statement yang paling tak menahan dari Aisha dalam banyak2 yang aku tanya adalah "tadi soalan tak ada bahasa Cina pon Mama"..... hihi, dia ingat macam kat tadika dia kut, kat tadika ada belajar bahasa cina.....

macam yang aku cerita kat atas tu, ujian ni cuma untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris je..... lain2 macam Pendidikan Islam dan Sains x der.....




sebelum balik moh la kita bergambaran kat stage dulu buat kenangan ye.....

kat sini sempat lah jumpa jiran belakang rumah, n mak ayah kepada kawan2 tadika Aisha, borak2 pasal sekolah anak2 tahun depan, perangai memasing nak masuk sekolah, barang2 nak di beli, transport ke sekolah... memacam lagi lah.....
 



dan dapat juga ambil gambar dengan Olaf..... hihi, comel je kan.....

maka, berakhirlah Majlis Orientasi & Suai Kenal untuk tahun 1 2015.....
harap2 Aisha boleh terima pembelajaran di sini, dan seterusnya membanggakan kami sekeluarga..... inshaa Allah..... aamiin..


k, sekian