^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label ketam berlada. Show all posts
Showing posts with label ketam berlada. Show all posts

21 June 2013

*Ketam Masak Lada Bertelur*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 ahah.....
bukan senang aku nak share resepi kat blog ni, sebab aku bukan terror masak pon, masak pon x selalu kan.....
maklum, isteri berkerjaya..... ngeh3

so, ntah bila tapi bulan lepas lah..... sekarang ni aku cerita pasal bulan lepas jerk la sebab gambo yang baru transfer ni sume bulan lepas punya stok.....
boleh kan..... hehe
makan malam kami disajikan dengan lauk spesel dari air tangan aku sendiri..... muehehe
apa yang aku masak.....?



Nasi Putih
n lauk






















































Ketam Masak Lada Bertelur (sebelum)

perghhh..... macam mengidam nak makan ketam, nak beli yang siap mahal, so mintak Hubby beli ketam kat pasal malam..... time masak tu risau jugak sebab my dear Hubby baru detect yang dia alergic dengan seafood..... sian kan dia..... erm, ketam tu sekilo RM24, beli 2 ekor yang beratnya hampir 1/2 kilo.....
x perlah, nak makan punya pasal, bukan selalu kan.....

makan berdua, dapatlah seekor sorang..... anak dara cuma makan telur nye jerk..... eh, bukan telur ketam, tapi telur ayam yang aku campurkan sekali kat ketam tu.....
alhamdulillah, sedap jugak aku masak..... ngeh3



Ketam Masak Lada Bertelur (selepas)


setel malam tu jugak, biasa kalu masak untuk makan malam, akan ada jugak tinggal baki masuk dalam peti sejuk untuk diperangat esoknya.....
tapi bagi kes ketam ni, sebaliknya berlaku.....
ye lah, bukan banyak sangat isi ketam tu kan..... tapi puas jugak makan sambil tengok tv.....
hehe

nak resepi.....
meh aku share.....

bahan :
ketam (wajib)
cili giling
bawang merah, bawang putih, halia - kisar sekali (aku tumbuk jerk sebab blander pisau tumpul)
gula
garam
kuib knorr (sebagai penambah perasa)
telur (dipukul)
minyak (untuk tumis)

cara masak :
tumis bahan kisar + cili giling dalam kuali sampai naik bau
masukkan ketam biar sekejap
masukkan telur yang dah dipukul tadi serata kuali
masukkan air biar ada kuah sikit
masukkan garam + gula sesedap rasa
masukkan suku kiub knor (aku guna ayam) sebagai penyedap rasa
tutup kuali sebentar biar bau n rasa sebati dalam ketam
tutup api n sedia untuk di hidang n makan
 ada cara lain untuk masak ketam?..... meh share sini.....

k, sekian

02 February 2012

*Mengidam Lauk Ketam Masak Lada*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

erm, dah lama sebenarnya mengidam nak makan lauk ketam kat KL nieh.....
upsssss, bukan mengidam ada isi yerk..... hehe

awal tahun lepas ada makan kat opis nieh, Ketam Masak Lemak.....
uih!! 1 ekor (tak boleh ambil separuh tau) RM6.00.....
humang aih!! sekali tu je lah aku makan.....

so, last Saturday ajukan idea pada Hubby nak masak ketam.....
memula hubby x setuju coz katanya.....
"mana boleh, nanti Papa punya darah tinggi naik"
uik??? betul ker makan ketam boleh buatkan darah tinggi naik?
ada sesapa boleh bagi penjelasan.....
then aku bagitau kat Hubby.....
"itu kalau masak lemak, memanglah boleh naik, ni Mama masak xder guna santan, masak sambal jerk"
akhirnya Hubby setuju..... hehe

dah terlanjur kami jenjalan cari sesuatu hari tu, so aku pon ajak Hubby singgah kat pasar malam sebelah Jusco AU2 tu cari ketam.....
alhamdulillah jumpa, RM8.50 untuk 4 ekor.....
ok lah tu kan, dah nak jugak makan, so terima je lah.....
sambil2 tu beli jugak keperluan masak yang lain2, sikit sayur, bawang, cili dll.....

untuk Aisha, dapatlah sambar muffin kek seketul, x payah bungkus, dia ngap time tu jugak sambil jalan.....

huh! banyak betul intro kan.....
jom la layan hasil masakan ketam aku hari Ahad lepas.....


 Ketam Berlada

 aku juga masak Sayur Bening Kobis Bunga Bersoon.....
tahu sayur bening?.....
ala, masak sayur air yang kaler putih tu, Hubby aku cakap lauk asrama.....

hehe
maka, tertunailah hasrat aku nak makan lauk ketam.....
diingatkan lagi sekali, bukan ngidam ada isi yerk kengkawan.....

k, sekian

ada sesiapa boleh jawab kemusykilan aku pasal MAKAN KETAM dan DARAH TINGGI please, tq.....


# ..... #