^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label garaj. Show all posts
Showing posts with label garaj. Show all posts

13 October 2016

deko deko terataKami :: kunyit oh kunyit

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,

lama dah tak cerita pasal deko-deko nye..... hehe, tak ada apa nak cerita..... angan-angan nak buat taman balkoni terbantut sebab haiwan peliharaan tak memberikan kerjasama yang sebaiknya..... bila lepas dalam wilayah yang ditetapkan untuk mereka, asik lah melompat keluar..... last2 Hubby masukkan mereka dalam sangkar je..... tak bagi lepas dah sebab mereka melanggar syarat2 yang ditetapkan..... haha..... nanti kita fikir cara lain untuk cantikkan balkoni ye.....

kali ni kita cerita pasal pokok-pokok yang semakin galak membesar kat garaj tingkat bawah..... Alhamdulillah, semua pon membesar bagai johan.....


 
ini pokok kunyit pemberian Mak, dah beberapa kali dituai daun nya..... bagi kat jiran sebelah n myUsu yang ada bekalkan masakan beliau ke food truck milik Along husband beliau secara harian di Sendayan.....



 
ini pokok ulam pegaga pemberian MIL, dari bekas plastik, aku dah pindah ke pasu besar, sekarang dah membiak ke pasu sebelah dia pula..... hampir2 juga dia nak masuk ke pasu bunga, tapi aku tarik akar yang menjalar tu, masukkan dalam pasu dia semula..... dah beberapa kali juga aku makan berulamkan pegaga nieh..... 

selain dari tu, ada juga pokok kacang panjang renek, dah beberapa kali juga dituai hasilnya, tapi sebab aku x berapa nak makan kacang panjang, so aku biar je tua n jadikan benih, benih tu aku bagi la kat sesiapa yang nak.....

pokok pandan pon sentiasa berjasa bila diperlukan..... siap boleh jadi tempat permainan dan teduhan kucing2 makcik sebelah lagi..... x pe lah, janji jangan rosakkan pokok tu sampai mati macam pokok kacang 2nd batch sebelum ni dah lah ye.....

ada juga pokok lada benggala, saja lah letak biji kat dalam botol air mineral 1 liter  yang aku recycle buat pasu..... eh eh, bertunas juga..... banyak pula tu..... ada lada benggala kuning dan merah..... tak tau aku nak alih ke mana, pasu dah tak ada..... pokok semakin membesar..... agak2 ada yang nak ke..... tapi kena datang rumah lah, sebab aku tak der bekas nak asingkan satu2 pokok tu, dalam satu bekas ada 7 8 pokok dalam tu..... huhu

erm, pokok bunga tak berapa nak ada, yang ada pon pokok ros jepun..... yang makin besar dan besar, sampai akar dah penuh dalam pasu, nak buang sayang, nak pindah pasu, macam yang aku cerita kat atas, pasu tak ada..... nak kena cari masa juga ni untuk gardening.....

nak cari pasu..... nak cari pasu.....

K, sekian


23 April 2015

deko deko terataKami :: misi mencari buaian taman [selesai]

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum, 


alhamdulillah, misi mencari buaian taman pada bulan februari ritu dah pon terlaksana nbarang tersebut dah pon samapi ke rumah seperti yang di janjikan iaitu pada hujung bulan.....
erm kiranya entry ni ditaip, buaian tu dah menginap di rumah kami dah hampir masuk 2 bulan dah..... haha, sekarang baru nak up cerita pasal bende ni..... dah masa ni yang ada, kena redha la ye kan kengkawan.....

so, meh tengok buaian kami..... x der la canggih mana buaian yang kami beli, janji boleh diguna pakai kami sekeluarga seperti yang dihajatkan.....











ahah, inilah dia buaian yang kami beli..... buaian besi dengan kemasan rough iron.....




saiz lebih kurang 6kaki x 4kaki x 6kaki tinggi..... itu saiz keseluruhan tau..... kalau saiz tempat duduk dia tu boleh duduk 3 orang dewasa saiz biasa.....






orang kedai tu cakap, kalu nak beli, carilah yang jenama 3V, barulah berkualiti.....

apa2 pon, alhamdulillah, sekarang sementara tunggu bas sekolah sampai, pagi2 kami duduk men buaian 2 beranak..... hujung2 minggu, dah boleh lepak kat luar sambil ambil angin sepoi2 bahasa sambil makan eskrem..... hihi

  untuk makluman, harga buaian ini adalah RM430.00, sebenarnya warna buaian ini adalah warna warni (merah/biru/kuning), tapi orang kedai buat silap yang kami order, so kami yang x nak cerita banyak, just terima saja, lagipon model yang kami nak tu kecik sikit dari yang kami dapat ni.....

maka, dengan harga RM300 kami dapat buaian di atas yang sepatutnya harga RM430 ye..... alhamdulillah, rezeki kami..... erm, kami dapatkan buaian ni kat kedai perabot kat rawang :


Razol Home Design
No. 186-186A, Jalan Ipoh, Batu 17, 48000 Rawang, Selangor
Tel / Fax : 03-6092 6386


entry ni bukan entry berbayar ye, tapi sebab aku puas hati dengan khidmat n layanan dorang, maka aku share la kat sini kan..... yang bagus kita jadikan contoh, yang x bagus kita jauhkan.....
peace..... hihi


sekian