Pages

31 March 2012

*Kerja Hujung Minggu*

salam,

~entry auto publish~

hari ni aku kerja.....
ada lawatan berpandu.....

hari ni aku kerja.....
ditemani ratu hati.....

hari ni aku kerja.....
hari esok kerja lagi.....

k, sekian


erm, nak kata pantun, bukan... nak kata gurindam, jauh sekali... nak kata sajak, hampeh... nak kata lirik lagu, huhu.....
apa la aku merepek nieh kan.....


30 March 2012

*Projek Yellow Rose Headband*

salam,

dah petang baru leh update...
hehe
kali ni sempat berPC aku.....
ni pon seb baik time solat jumaat.....
kalu x..... huhu x sempat lah.....

erm, aku tengah usahakan projek baharu nieh.....
ingat nak buat untuk Aisha pakai masa bulan 4 nanti.....
hehe
ntah sempat ntah x yerk.....
projek apa.....

*

*

*

*

*






TADA!!!

eh.....
bunga.....
bunga rose.....
bunga rose kuning.....
erm, ni x siap lagik nieh.....
hajat nak buat headband.....
muahehe

mula buat awal bulan 3 ritu.....
kalau ikut, 2 hari dah siap.....
pehtu tertangguh coz sibuk ngan promosi HKK2012.....
so lepas habis promosi kenalah sambung balik.....
moga2 adalah kesempatan nak sambung.....

hurm, nak melawat kengkawan la plak.....
tunggu yerk kengkawan.....

k, sekian

29 March 2012

*Bale Bale*

Salam,

Erm..... da ptg bru nak update blog.....
Ni pon update gn BB jerk.....
X sempat nak dok dpn PC......
Sori yerk kengkawan, x smpat nak jengah umah kengkawan.....

Oho, inilah kumpulan Bale Bale dari selangor.....
Antara kumpulan persembahan yang buat show hari nie.....
Sempena HKK2012 kat opis aku.....
Layan jap.....
Hehe

K, sekian

28 March 2012

*Wordless Wednesday - Aisha vs Haiza*

salam,



p/s : Haiza datang ke opis aku sebagai juri Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012 bersama Dr. Fazley
k, sekian

27 March 2012

*Tarian Kuda Kepang*

salam,

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. 

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. 


 ha itu intro jerk.....
sebenonyer nak share mende alah kat bawah nie.....

*

*

*

*

*


ini adalah salah satu aktiviti yang ada kat opis aku sekarang nieh.....
persembahan kesenian.....
erm, blogger anies sempat lah tengok ari ahad ritu kan.....
hehe

persembahan tu adalah sempena HKK 2012 yang sedang berlangsung kat opis aku sekarang nieh.....
kepada mereka yang belum lagi datang sini.....
promosi berlangsung sampai 2 April nanti.....
jom datang meriahkan suasana.....

ok, nak BW umah kengkawan plak.....
pelan2 kayuh nie coz sibuk kat bawah nu.....
sorry yerk kengkawan.....

k, sekian

24 March 2012

*Thanx to Anies*

Salam,

erm baru je lepas antar Khairin : Anies balik.....
upss bukan antar balik umah, tapi antar kat kemah shutle jerk.....
cumel plak anies tengok live kan.....
hehe

thanx to Anies coz sudi datang ke HKK2012 kat KKKL nieh.....
siap bawak sebinier utk Aisha lagik.....

maaf kalu layanan Masz x berapa nak selesa.....
maklumla si kecik tu ada.....
nak bergambar pon x sempat kan.....
huhu
erm.. harap Anies x serik dtg sini yerk.....

K, sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

*Happy 62th ABAH*

to

MUHAMAD BIN OSMAN

from KL to JB
just want to
Happy Birthday Pictures

on 24 March 2012
(62 yrs)

sayang abah, rindu abah
peluk abah kuat kuat
mmuahh mmuahh

semoga abah diberi kesihatan dan kerahmatan berpanjangan
ameen



23 March 2012

*HKK 2012*

salam,

hari ni ada masa sikit.....
tu pon sekejap jerk nieh.....
peh tu kena turun semula ke bawah untuk monitor kerja2 yang patut di buat.....

so ada kengkawan yang bertanya.....
HKK2012
apa tu?.....
hehe

HKK2012
adalah singkatan pada


 pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sini.....
nak tahu lebih lanjut.....
boleh datang sini.....
atau buat review dulu kat web ini.....


ok.....
nak berkunjung balas umah kengkawan jap.....

k, sekian

22 March 2012

*Lawatan Berpandu*

Salam,

Hari ni ada tugas.....
Lawatan Berpandu.....
Sempena HKK2012.....

K, sekian.....

21 March 2012

*Tak Sempat*

Salam,

Huhu, x sempat nak update blog.....
Nak jenjalan umah kengkawan pon x sempat.....
Nak buat pape pon x sempat.....
Dah nak pukul 4 ni pon, baru selesai makan, makan pon yg ringan2 jerk.....

Ini sume gara2 ada HKK2012 yg dah start hari ni.....
Meh kengkawan, datang sini.....
Shopping time....m
Tp aku nak shooping pon x sempat lg nie.....

K, sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

*Wordless Wednesday - Study = Fail*





p/s : ni calculation dalam mata pelajaran add math ker?.....
hehe
 hari ini bermula HKK2012.....



20 March 2012

*Tiny Hanging Pillow For My Lil Aisha*

salam,

hah, tiny hanging pillow?.....
ape la pulak bantal kecik tergantung nieh.....
huhu
aku x tahu nak letak nama apa.....
asal nak buat tiny pillow, tapi dah ada reben untuk gantung.....
tu yang jadi tiny hanging pillow tuh.....
haha lantak haku lah.....


 inilah bendealah Tiny Hanging Pillow tu.....


close up sikit.....

ada nama di situ.....
ofkos lah untuk tuan punya nama tu kan.....
saiz 15cm x 15cm.....
agak2 boleh gantung kat cermin kereta tak.....
x mengganggu pandangan hubby masa drive kan.....
hehe

erm, masa aku bagi kat Aisha tiny hanging pilow nieh.....
nak tau apa reaksi dia?.....
"Mama, tantik....."
"Ni papy tunye Mama"

nak aku translate?
"Mama, cantik....."
"Ni Barbie punya ye Mama"

hoho
ingat lagi dia dengan patung Barbie tu yerk.....
hubby dah janji hujung minggu kalau ada masa, nak cari 1 untuk Aisha.....
sedaya upaya nak puaskan kehendak anak dara selagi mampu.....
moga dimakbulkan.....
ameen

owh, balik pada tiny hanging pillow.....
nak tengok rupa bila digantung?.....
nanti aku snap yerk, sekarang nieh asik balik malam jerk dari kerja.....
ni sume gara2 HKK2012 kat opis aku nieh.....
jemput datang yerk.....

k, sekian

19 March 2012

*Bungkusan Dari Skynet*

salam isnin,

monday blues?.....
hehe, aku x boleh monday blues sangat coz dah start sibuk melampau untuk HKK2012 yang akan start 21hb nanti.....

tapi sekarang ni nak cerita kejadian Jumaat last week.....
time lunch hour, about jam 2.22 pm, aku terima call dari seorang lelaki, nombor yang x dikenali.....
erm, time ni kira orang lelaki dah selesai solat Jumaat kan..... hehe
dia bagitau yang dia orang Skynet nak serah bungkusan dari 1 company.....
company apa aku x berapa nak pasti tapi bunyi2 macam company lawyer.....
dia tanya bangunan mana dia nak pegi, aku pon bagi la direction (opis aku ni ada 2 bangunan depan n belakang).....
so aku bagitau dia pegi yang bangunan belakang.....
ok, talian terputus di situ.....

lebih kurang 30 minit lepas tu.....
dapat call lagi dari orang yang sama n bagitau dia dah ada kat pak guard bawah opis aku.....
aku pon turun.....
nak tahu bungkusan apa aku dapat.....
aku pon tertanya2 bila aku ada shopping online atau ada menang apa2 hadiah.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

cheh, macam seprais sangat jerk kan.....
hehe
 

 hah, inilah bungkusannya.....
x besar x kecik.....


 zoom sikit alamat pemberi.....
ha, tu bukan nama syarikat lawyer ker.....
dup dap dup dap.....


 dalam bungkusan ada bungkusan.....
erm, bila pulak aku order biskut online nieh.....

bukak bungkusan.....

v

v

v

v

v

v

v

TADA!!!!!
 ooooo ini isi dalamnyer.....


 zoom lagik.....
sampul?..... apa dalam sampul banyak2 nieh?.....

jom bukak 1 sampul.....

v

v

v

v

v

v


haaa, inilah isi dalam kad jemputan sume tuh.....
my USU punyer wedding card.....
dia pon ada buat entry kad kahwin kat SINI.....


nak tengok isi dalamnya.....

v

v

v

isk berapa banyak 'v' lah entry nie.....
hehe



my USU adalah yang bernama Siti Norhafizah tu yerk.....
so, secara rasminya aku nak menjemput kengkawan blog yang berhasrat nak datang ke kenduri my USU yerk.....
nak kad, boleh jerk bagi alamat kat aku melalui email : masz_4580@yahoo.com

k, sekian

18 March 2012

*Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012*

salam,

kepada sesiapa yang berminat.....



Sertai
Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012
anjuran Kraftangan Malaysia pada 24, 25 & 27 Mac (Uji Bakat), 3.00 - 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pertandingan Akhir berlangsung pada 31 Mac (Sabtu) jam 8.00 malam. Keterangan lanjut layari http://hkk.kraftangan.gov.my/aktiviti/bintanghkk.html atau hubungi 03-21613793.

17 March 2012

*Pertandingan Dikir Barat HKK2012*

salam,



Dijemput kumpulan-kumpulan dikir barat menyertai
Pertandingan Dikir Barat 
sempena HKK2012 anjuran Kraftangan Malaysia yang akan diadakan pada 1 April 2012 (Ahad), mulai 10.00 pagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Keterangan lanjut layari http://hkk.kraftangan.gov.my/aktiviti/bintanghkk.html atau hubungi 03-21613793.


16 March 2012

*Hari Kraf Kebangsaan 2012*

salam,


Orang ramai dijemput ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 21 hingga 2 April. 10pg hingga 10mlm. Sebarang info, sila like fanpage Kraftangan Malaysia

*Tiny Pillow For Newborn Baby*

salam Jumaat,
penghulu segala hari,

erm, nak share projek yang baru selesai last week.....
khas buat my new born baby.....
upsss
bukan baby aku, tapi baby akak @ Mak Uda Aisha.....
lahir pada 26 Feb 2012 yang lepas.....


a tiny pillow for her.....


tecit jerk saiznyer, dah kata tiny kan.....
mestilah kecik, haha.....
saiz 15cm x 15cm

nak buat apa yerk ngan tiny pillow nieh?.....
ofkos la bukan buat letak kepala kan.....
kalau lekatkan getah kat belakang dia leh letak kat pergelangan tangan kan.....
jadiklah macam gelang tangan kan.....
hehe idea idea.....

lagi buleh buat apa yerk.....
kena pikirkan nieh.....

k, sekian

ada gak aku buat tiny pillow buat my lil Aisha.....
sukanya lah dia, seronok aku, makin bertambah semangat aku nak ber'felt craft nieh.....
nanti aku update yang Aisha nye yerk.....
hehe


15 March 2012

*IKan Masak Singgang*

salam,

Ikan Masak Singgang

pernah dengar nama masakan nieh.....
alaaa ikan..... ikan masak singgang.....
orang Perak panggil Ikan Senggang.....

kalu aku ringkaskan nama dia.....
jadiklah
Singgang Ikan
hehe, suka ati aku jerk kan bagi nama.....

ha, inilah dia Singgang Ikan aku

aku guna ikan selar kuning jerk.....
senang x payah nak suang sisik.....
potong kepala dengan perut pon guna gunting jerk.....
haha, giler malas aku nieh.....

not bad, sedap jugak aku masak.....
walau bahan x berapa nak cukup.....
tapi rasa ada.....
Aisha suka.....
hubby x dapat rasa coz dia kerje time hari aku masak tu.....
len kali aku masak untuk hubby.....
yerk dear.....

k, sekian

14 March 2012

*Projek Hujung Minggu Lepas*

salam rabu,

rabu tanpa kata?..... owh tidak bagi aku..... hehe

hujung minggu lepas aku ada projek spesel.....
asik dengan projek jerk aku ni kan, ye lah, dah nak masuk bulan 4 nie, so kena gandakan usaha.....
lantaran (wallah word x boleh blah) hubby kerja n aku tinggal berdua jerk kat umah.....
maka aku pon laksanakan projek nieh.....
dah rancang lama dah, sejak pembelian dilakukan aku memang dah berhajat untuk buat projek nieh.....
tapi kena tunggu masa n ketika yang sesuai.....
maka hujung minggu lepas adalah masa yang sesuai.....

projek apa?.....
hehe, bukan projek apa pon.....
aku ada beli tudung untuk di pakai masa kenduri USU next month.....
so, sebelum diagihkan kepada mereka yang berkenaan, aku nak cuci dulu la tudung2 tu sume kan.....

dan



dan



dan



dan



dan



 inilah hasilnya..... (bukan warna sebenar)


gambar ni ada kaitan dengan tajuk ker?.....

owh, tetiba hari aku laksanakan projek tersebut, anak dara aku tu bangun awal plak.....
biasanya dia bangun jam 9 pagi terus2 stanby tengok Boboi Boy.....
tapi hari tu lepas hubby pi kerja jam 8 pagi, dia pon bangun.....
so, aku pon ajaklah dia kuar rumah hirup udara kurang enak nyaman.....
sambil tolong aku sepahkan sidai sume tudung2 tu.....
ada jugak hiburan.....
hehe

k, sekian



13 March 2012

*Barbie Flower 'N Flutter Fairy Doll*

salam,

erm, pernah tengok x iklan Barbie yang terbaharu kat tv.....
ala barbie yang macam rama2 tu, yang boleh keluarkan bunga tu.....
xder? x per, balik nanti tengok tv n tunggu iklan tu keluar yerk.....
hehe tiada paksaan yerk.....

aku nak cerita nieh.....
sejak iklan tu keluar kat tv, anak dara aku sibuk la nak kan patung tu.....
memula dia mintak kat aku last weekend.....
"Mama, apa tu?"
"Barbie"
"Barbby..... ooo Barbby, nak Barbby"..... pronounce as 'barb bi'
"Aisha nak Barbie?, mintak kat Papa yer"
"Mintak kat Papa?, otey"

disebabkan Papa kerja hujung minggu lepas, maka anak dara aku yang panjang akal terus mintak aku call Papa dia.....
aku try call tapi x berangkat, sibuk bebenor le tu gamak nyer yerk.....
hehe





 last2 Aisha ambil telefon mainan dia n mula call Papa.....

"Hello Papa, kat ner?"
senyap kejap
"Papa werk? ooo Papa werk"
senyap kejap
"Papa, nak Barbby"
senyap kejap
"Otey, nati Papa beli, otey bai"
letak telefon
 
 

ha, inilah patung Barbie yang Aisha nak tu.....
boleh tahan rege dia kan.....
kalau sebelum nieh, tiap kali pi kedai atau shopping complex dia dok sibuk nak mintak Ball, Ball, Ball.....
tapi sekarang mungkin dia dah beralih arah kepada mainan kanak2 perempuan pulak.....
hehe
setakat nieh aku x pernah belikan patung kat Aisha selain dari Teddy Bear n patung free dari McD....
erm.....
agak2 Papa benarkan x yerk beli patung Barbie nieh.....

k, sekian


12 March 2012

*Kuih Telur Buaya*

salam,

pernah dengar nama Kuih Telur Buaya.....
aku 1st time dengar nieh.....
nak tahu rupa dia camaner.....

*

*

*

*

*


 inilah rupa dia.....

kawan opis aku pi kenduri kat Perak n dia dapat kuih nieh.....
erm, agaknya kuih ni fofuler kat belah Utara jerk kut kan.....


saiz dia x besar sangat n x kecik sangat.....
(thanx pada model a.k.a tuan punya kuih yang sudi aku snap pic dia)


rasa?.....
erm, pernah makan x biskut lutut, ala biskut atau roti yang keras tu.....
then biskut tu disalut dengan gula.....
keras n manis.....
ha, macam tu la rasa dia.....
 
aku try Google, tapi x jumpa plak.....
ada sesapa kengkawan pernah jumpa atau tau pasal kuih nie.....
aku serius memang x pernah jumpa.....

k, sekian

*Gambar Majlis Pertunangan Semalam*

salam isnin,

moga hari ini adalah hari yang ceria buat kita semua.....
ameen
erm, rasa aman x perjalanan kengkawan ke tempat kerja hari ni?.....
aman kan?.....
hehe, 

so, ada sesiapa yang baca kisah semalam?.....
apa? xder?
x per, boleh selak balik diari aku nieh kalu nak baca k.....

so, hari ni aku nak share gambar pulak.....
jom layan.....

opsss sebelum tu nak mintak maaf coz gambar x boleh besar2.....
nanti kengkawan x nampak pulak apa yang aku nak share kat sini.....
maklumlah, guna kamera BB murah jerk.....
hehe

ok

*

*

*

*

*


 hah, ini sesi perbincangan diantara wakil pihak lelaki (baju batik warna maroon) dan wakil pihak perempuan (baju melayu warna biru)


 ini pulak Ika, menunggu cincin disarungkan di jari.....
erm, masa nieh perbincangan dan doa dah pon selesai.....


 opsss anak dara ku ini berksi baring2 la pulak.....
konon2 nak tido la tu, padahal time nieh orang tengah sibuk2 berbincang n hampir2 kaki dia kena punggung jurukamera.....


ha..... sesi menyarung cincin oleh ibu pihak lelaki ke jari manis bakal menantu.....
ibu ni malu2 jerk nak sarungkan cincin.....
aku pulak yang berdebar2 sepanjang majlis ni berlangsung.....
hehe

erm, kengkawan buat aktiviti apa hujung minggu lepas?
ada yang hadir majlis perkahwinan ker?
maklumlah dah cuti sekolah kan.....
k, sekian

11 March 2012

*Selamat Bertunang Ika & Amir*

salam,

erm, baru balik dari majlis pertunangan anak jiran sebelah. hadir tanpa Hubby coz dia kerja. Alhamdulillah, selesai dengan selamat. 1st time ni aku hadiri majlis pertunangan n saksikan sendiri dari awal hinggalah majlis selesai.

opsss tipulah kalau aku bgtau yg aku x pernah hadiri majlis pertunangan kan. tapi biasanya aku jadi orang dapur jerk. kali ni aku jadi jemputan, duduk sebelah pelamin lagik you. so dptlah aku saksikan dari keluarga pihak lelaki sampai. lepas tu memasing ambil tempat duduk memasing sambil hantaran diatur oleh keluarga wanita di pihak rombongan.

majlis dimulai dengan ucap selamat n terima kasih atas kedatangan rombongan oleh wakil perempuan. then bertanya apa hajat, siapa yang nak meminang n siapa pula yang nak dipinang. lepas tu persetujuan tarikh dibincangkan n begitu juga berapa hantaran serta mas kahwin yang dipersetujui.

tanpa pantun berbalas, tanpa seloka berbicara, majlis berjalan dengan ceria diselangi oleh lawak jenaka dari wakil pihak perempuan. ye lah, rombongan datang dari jauh Kedah nuun, so kalu semua orang serius jerk, maka bertambah penatlah dorang kan.

doa di baca tanda selesai perbincangan kedua belah pihak. majlis diakihiri dengan izin untuk semua keluarga pihak perempuan melihat cincin pertunangan sebelum disarungkan ke jari manis si dia yang berhak.

lepas tu apa lagi, makan time. Alhamdulillah rezeki di hujung minggu dan begitu indah dan simboliknya majlis mengikut adat Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. moga ia kekal hingga ke generasi yang akan datang walau kini kita dihujani dengan dunia IT dan metropolitan.

k, sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 March 2012

*Hajat ke playground kena tunda*

salam,

erm, ingat hujung minggu ni nak bawa Aisha ke playground coz dah lama sgt kami x bawa dia main.....
tapi nampaknya hajat tu kena tangguh dulu.....
tangguh mungkin sampai awal bulan 4 nnti.....
bukan apa, hubby kena kerja tiap hujung minggu.....
hari bekerja pon hubby akan blik lewat mlm.....
ni sume atas tugas yg dipertanggungjwbkan utk jaga keperluan logistik sempena HKK nnti.....

mlm ni pon aku sorang2 jerk kat umah layan badminton.....
Aisha dah tido coz siang tadi dia x tido, tu yg mlm ni tido awal.....
nak tgok rancangan lain mcm x brape mmberangsangkan jerk.....
huhu

hurm, moga nnti dpt jgk bawa Aisha men kat playground.....
Insyaallah

k, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

09 March 2012

*Projek Brooch Orang Kampung*

salam,

erm, ingat x semalam punya entry pasal Projek Blue Children Hairband.....
hari ni nak cerita sikit pasal Projek Brooch Orang Kampung.....



projek apa?..... 
nanti bila dah siap 100% baru aku bagitau yerk.....
sekarang baru 60% siap.....
nak guna pertengahan bulan 4 tahun nie.....
harap2 ia betul2 siap bila nak guna nanti.....

bukan apa, aku buat kat opis jerk.....
time lunch hour (1 jam) hari isnin sampai hari khamis.....
macam hari jumaat nie ada extra sikit la coz lunch hour panjang kan.....
time petang sambil tunggu calling dari hubby untuk balik rumah, sempatlah aku sentuh sikit.....
malam kat umah n weekend memang x sentuh langsung coz nanti ada pulak yang menolong.....
huhu, kang jadi projek lain pulak.....
weekend haruslah hari untuk keluarga kan.....
hehe
doakan semuanya berjalan lancar yerk kengkawan.....

k, sekian

hujung minggu ni ada plan nak bawa Aisha pi playground.....
moga menjadi.....
ameen.....
erm, dah baca laporan penuh perubahan gaji baru kakitangan awam?.....
naik ke x naik ke..... banyak ke sikit ke.....
aku tetap dengan kerja aku.....
alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan.....



08 March 2012

*Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012*

salam,

erm keputusan dah pon PM umumkan...
SBPA dibatalkan pelaksanaannya...
gaji kakitangan awam naik 13%...
kira yerk kengkawan yg berkaitan...
ada apa nak komen?...

Happy Women's Day

k, sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

*Projek Blue Children Hairband*

salam,

Alhamdulillah, projek dah siap.....
dah pon diserahkan kepada yang menempah.....
katanya untuk digunakan oleh 2 orang flower girl masa wedding adik ipar dia next Saturday.....
thanx INA,
harap ko puas hati dengan hasil nya yerk.....
dua (2) hari aku mengerjakan projek pada lunch hour di opis.....
maknanya aku perlukan 2 jam untuk siapkan projek nieh.....
iye ker 2 jam, erm lebih kurang lah kan.....

memula sediakan kelengkapan macam kat bawah ni.....


lepas tu, siapkan part by part.....


akhir sekali, assemble.....

*

*

*

*

*

TADA!!!

dah siap projek aku.....
senang jerk buat nya, cuma part nak cover cekak rambut tu dengan kain felt jerk susah sikit.....
coz aku guna stick glue, so mana2 gam yang terlebih tu, kena lah buang n kemas kan.....

lepas ni nak sambung projek orang kampung pulak.....
moga2 siap bila sampai pada waktunya.....
insyaallah

k, sekian

07 March 2012

*Mama, mana Umi?*

salam,

hurm, kejap jerk dah hari rabu kan.....
sok khamis, lusa jumaat, tulat sabtu.....
moga2 plan minggu ni nak bawa Aisha pi playground tercapai.....
insyaallah.....

tapi, sunburn lambat lah hilang.....
last 2 week main air kat Gold Coast Water Theme Park... sunburn.....
last week ada sukan suka2... sunburn
this week nak pi playground... kompem sunburn lagik.....
 tapi kalau Aisha suka... aku ok jerk.....

Aisha oh Aisha.....
tetiba dia teringat dengan Umi dia semula.....
ala..... Umi pengasuh yang jaga Aisha selama 3 tahun sebelum dia masuk Taska Temaku.....

actually, sekarang ni Umi yang jaga Aisha tu balik semula ke KL n dok balik kat umah lama dia atas sebab yang tidak dapat dielakkan.....
so petang balik keje last Monday (aku naik kereta) tetiba sampai di rumah DBKL Sentul tempat tinggal Umi Aisha.....
kalau naik moto pi balik keje, kami x lalu jalan nieh.....


Aisha pandang keluar tingkap kereta n bersuara.....
"Mama, mana Umi?"
hah, terkejut aku sekejap sebelum membalas.....
"Umi?..... Umi kat rumah"
"Owh, Umi kat rumah.....", "Nak Umi"
hah, sudah.....
"Apa, Aisha nak Umi?..... nanti kita jumpa Umi yerk"
"Ha, ha," Aisha menjawab ringkas sambil mengangguk kepala.....
Alhamdulillah, Aisha memang anak yang dengar kata.....

erm,
 seminggu lepas aku balik dari Outstation ke Kelantan dan Perak bulan lepas.....
kami ada menjenguk Umi pengasuh yang katanya rindu dengan Aisha.....
memula jumpa Aisha nampak macam bingung kejap.....
tapi lepas 10 minit, dia dah mula buat rumah tu macam rumah dia.....
siap pi dapur nak ambik pisang sendiri bila di offer oleh Umi pengasuh.....

hurm, nak kena bawa Aisha jumpa Umi pengasuh lagi la ni.....
bila yerk.....
sedang difikirkan.....

k, sekian

06 March 2012

*Hari Suka Suka Sabtu*

salam selasa,

erm, mood hari ni ok sikit ker nak buat kerja?.....
hehe

aktiviti last saturday.....
opis aku ada buat Program Pemukiman Melalui Aktiviti Riadah yang melibatkan opis Ibu Pejabat, Institut Kraf Negara dan anak syarikat Kraf Holding.....
lokasi terjadinya aktiviti ini adalah di Institut Kraf Negara, Rawang dari pagi jam 7.30 sampai jam 3.00 petang.....
aktiviti mula dengan senamrobik..... lepas tu ada sukan then ada sukaneka..... sambil2 tu ada jugak cabutan nombor bertuah.....
kali ni nombor aku xder ONG kim swee lah..... 
huhu

korek punya korek dalam camera BB.....
rupanya ada la 2 3 ketul pic yang aku snap.....
so, jom layan pic sambil aku bercerita.....


 kak intan, ana, tia

minah pom pom dari group ping.....
group aku ler tu...
hehe
diantara game yang ada hari tu adalah.....
volley ball, ping pong, badminton, dart dan carom selain daripada sukaneka.....
aku?.....
masuk volley ball yang tersingkir pada peringkat akhir saringan.....
muahaha


 shada, lylie, iza (duduk sebelah kiri belakang)

group orange sedang bersedia untuk memulakan game ping pong.....
ada insiden tidak diingini berlaku.....
si iza (duduk sebelah kiri belakang) telah tercedera di bahagian tangan semasa perlawanan volley ball berlangsung.....
semoga dia cepat sembuh dari kecederaan tersebut.....


 opsss..... pemain dart tak dijemput.....
 hehe


ofkos lah my lil Aisha


tengok orang main volley ball, dia nak main volley ball.....
tengok orang main ping pong, dia nak main ping pong.....
tengok orang main badminton, dia nak main badminton.....
tengok orang main dart, dia nak main dart.....
kesudahannya, aku bagi jugak dia merasa baling dart kat papan tu.....
bawah papan dart ada meja (untuk elak dari mata dart jatuh atas simen lantai), so aku dirikan dia atas meja tu.....
pinjam dart si Andy..... dan..... baling!!!!!.....
hehe

ada harapan x nak jadi ahli sukan dah besar nanti.....
erm, kalu boleh sukan indoor jerk la yerk, coz sebab ari sabtu ari tu, habis terbakar muka, tangan aku ngan Aisha.....
nak kena sapu fair & lovely dan fair & lovely la pulak nieh.....
hehe

k, sekian

05 March 2012

*Anak Patung Dan Bumper Kereta*

salam,

pernah nampak x orang gantung anak patung / soft toys kat bawah bumper kereta.....
dah jadi macam trend pula kan.....
erm, kengkawan rasa comel ker?..... ker ada kengkawan yang buat?..... apa tujuan sebenar yerk?.....


hurm, comel jugak kan kalu letak anak patung gantung2 gitu.....
sweet jerk.....
 


kalu memalam, letak anak patung yang ada reflection lagi best kut.....
orang yang dok kereta belakang boleh nampak anak patung tu gayut2 kat bawah kereta kita.....


tapi tau x kengkawan, apa sebenarnya tujuan letak anak patung bawah bumper kereta?.....


 
“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.” 
 
“La ye ke, patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.” 
 
“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”
Bila Google di sini, di dapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. 
 
Nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu. 
 
Kini dah tahu bukan? So janganlah tiru trend cenggini.. lagipun buat apelah letak anak patung kat bumper kereta tue.. x cantik pun.....

k, sekian