assalamualaikum,
“Cara mudah dalam penjagaan ikan hiasan seperti Ikan Kaloi,
Pastikan Air dalam Aquarium sentiasa ditukar serta cuci filter dalam 2-3
kali seminggu. Selain tu dapatkan makanan yang berkhasiat seperti anak
ikan dan udang sekali sekala sebagai makanan sampingan selain Makanan
Seperti Pelet Makanan Ikan Koi”. -sumber
erm, kat rumah kami sekarang ada spesis hidupan baru..... selain dari ikan yang sekarang ni tinggal seekor ikan emas jerk n dua (2) ekor kura-kura hadiah dari Nyai kepada Aisha yang sekarang dah sebesar tapak tangan..... kini terbaharu, kami ada ikan kaloi pakej ngan akuarium pemberian sahabat opis yang sangat pemurah..... alah, sahabat a.k.a adik yang dulu ada bagi aku pokok kaktus turrrrr..... sape lagi, adik Mai la... hihi, tq sayang, len kali kalu ada apa2 nak bagi lagi, bagitau ek... haha
hari ahad lepas, pi ambil kat rumah dia kat Bukit Jalil, dia nak pindah, so malas nak bawa akuarium besar n ikan tu, so dia offer kat Hubby, Hubby aku tu pantang orang offer n nak berbakti, dia sahut jerk..... hihi
maka bermulalah perjalanan jauh ikan Kaloi dari Bukit Jalil ke Rawang..... gila ko, bawa akuarium yang berisi air n ikan kat bonet kereta cumel kami..... pasang GPS, lalu jalan rata highway, tekan pedal minyak paling laju 80kmj kat highway..... takut ikan melompat keluar dari akuarium walau ia bertutup..... huhu
akhirnya, setelah berjalan jauh dengan debaran di hati, maka sampailah si Kaloi di TerataKami..... alhamdulillah.....
maka, dengan itu, kerja2 pemindahan pon dilakukan..... kuarkan ikan masuk baldi, buang air dalam akuarium, cuci akuarium, pasang filter akuarium, isi air dalam akuarium, n last sekali isi ikan dalam akuarium..... erm, actually bukan senang tau proses ni, Hubby buat sorang2 jerk, yang mampu aku tolong hanya cuci akuarium jerk, yang lain2 especially bab pasang filter tu Hubby buat dengan pertolongan Hubby Mai melalui telefon jerk..... lama jugak lah nak siap..... dalam 3 jam.....
tapi berkat kesabaran n keterujaan Hubby dengan ikan tu..... maka siap juga akhirnya malam tu..... hehe
TADA!!!
inilah dia ikan Kaloi, ermmmmm aku bagi nama dia Mai boleh x? (Mai, sila jawab, hihi)..... kesian ikan tu, sejak ambil dia pada hari ahad, sampai ke hari selasa, x makan apa pon..... risau plak aku..... ada aku cuba bagi pallet yang dibekalkan sekali, tapi ia makan n luah balik, x sedap kut pallet tu..... haha
Mai n her Hubby ada pesan, ikan tu makan anak ikan ngan anak udang..... kalu macam tu kena tunggu hujung minggu la kan baru boleh beli.....
tapi semalam, Hubby saje la try bagi sayur Kobis yang dah di potong2 dalam peti ais, makan pulak si kaloi tu, hihi..... ntah mana datang idea nak bagi kobis kat ikan tu kan, tapi dah ikan tu makan..... alhamdulillah, xder la kelaparan ia kan.....
so, lepas ni boleh la bagi makan sayur Kobis lagi.....
Mai, tengok, ikan tu dah x senget dah kan..... hehe
so, ada lah aku google maklumat berkaitan jenis n penjagaan ikan Kaloi ni..... ikan kaloi yang biasa diternak ada 3 jenis, Kaloi Sabah, Kaloi Hitam n Kaloi Merah..... yang kat umah ni adalah Kaloi Merah.....
Kaloi Merah (Giant Red Eye Gourami)
Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand ataupun Kaloi India.
Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand ataupun Kaloi India.
Fizikal Kaloi Merah:
- Berwarna merah pudar.
- Mempunyai muncung yang sedikit tirus berbanding Kaloi lain.
Ciri-ciri ikan Kaloi:
Rata-rata spesis ikan Kaloi hidup di dalam persekitaran yang hampir
sama, malahan pemakanan antara semua Kaloi juga sama. Kaloi memerlukan
air yang bersih dan jernih. Tumbesarannya yang lambat dan penjagaannya
cerewet menyebabkan kurangnya penternak yang menternak ikan jenis ini.
Atas faktor tersebut, ikan Kaloi selalunya dijual sebagai ikan hiasan
berbanding ikan makanan menyebabkan harga ikan ini melambung.
- Saiz maksima bagi ikan Kaloi ialah 50 ke 60cm dengan pengecualian Kaloi Hitam (Giant Gourami) yang boleh membesar sehingga 70cm.
- Tumbesaran yang lambat, pada tahun pertama ikan Kaloi boleh membesar kepada 15cm, tahun kedua 25cm, dan tahun ketiga 30cm.
- Sesuai hidup di PH air 6.5 ke 7.
- Ikan jenis Omnivor namun cenderung kepada pemakanan jenis tumbuh-tumbuhan.
- Saiz tuaian untuk makanan biasanya pada saiz 25cm dengan purata berat 4 ke 5kg.
- Boleh mencapai berat maksima sehingga 8kg.
Pemakanan Ikan Kaloi
ha, kobis x masuk dalam senarai, tapi ikan tu makan, kami bagi je lah... hihi, lepas ni kena sedia sayur daun keladi atau kangkung la pulak kan.....
inshaallah, kami akan jaga ikan ni sebaik mungkin, ingat nak campur ikan emas yang tinggal sekor dalam akuarium kecik kat umah tu, tapi takut kena makan ngan Kaloi ni pulak..... so biar je lah dulu..... nak re-arrange susunan ruang tamu pon tau bila, sebab macam nak tukar selera pandangan mata pulak..... tunggu lah hujung minggu nieh, dalam keadaan air kena catu ni, macam kurang semangat sikit nak menghias rumah..... huhu
eh, kat rumah dah ada tambahan pokok baru, lupa nak snap pokok tu..... hihi
yang pasti bukan pokok bunga, moga pokok tu membesar bagai juara hendaknya, amiin..... nanti ada masa aku share kat sini yerk.....
k, sekian
9 comments
Mas kakak jadi teringat cerita bawang putih bawang merah kan ikan kaloi dlm cerita itu makan sayur keladi betullah apa yg Mas google tu:) pandai org dedulu buat cerita kan..
ooo kira memilih jg ya mkn nyer ;-)
serononyer kak..org dah nak bagi mmg reseki aisha lar kan..seronok tau kak bela ikan nie..boleh jadi kawan berborak..cantek platu ikan kaloi mai nie..
REZEKI LA TUE
jauh perjalanan kaloi tu masz...mujur tak mabuk kereta ekekekeekek...
masz tau tak, kat umah kampugn lieya pun ade bela kaloi...dah lame kiteorg bela..dari sebesar tapak tangan skrang ni dah sebesar due tapak tgn dewasa....dah sarat betul die dlm akuarium sebesar masz punye nie...tapi lieya punye tu kaloi hitam....
baru tau rupe ikan kaloi. hahahaha
sebelom nih tau nama jer. tak penah nak amik tau ikan kaloi cam ner rupernye.
senang lah kalo ikan nih makan sayur. jimat sket. hahahahaha
mati2 aku ingat lauk dinner ko tu .. hihi
rupa pet br ... pas ni leh nyanyi cam bwg putih hihi
si kaloi yg ku rindui..patut lah asyik tersedak je,rupanye sebut nama mai..terpulang lah nak namakan nama 'mai'..asal tak panggil nama penuh mai sudah..nanti up lah cerita si kaloi lagi boleh tunjuk kat krul..
O bru sy taw upanya kaloi makn syur gak ye...nnt sy try...sy Ada kaloi hitam bru Nak mula pliara tp sdihny 2ekor da mangkat...Xtaw Knp..tggl 2ekor je lg.. Hrp2 pnjg umu la Drg...