^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label ikan kaloi. Show all posts
Showing posts with label ikan kaloi. Show all posts

06 January 2016

1st cerita di tahun baru 2016 - si kaloi Mai telah tiada

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum, 




hukhukhuk
cerita sedih di awal tahun 2016.....
si kaloi Mai dah xder.....
 semalam si kaloi Mai telah menemui ajal di dalam akuarium terataKami.....
kesian kat beliau.....
semoga beliau tenang di sana.....

si kaloi Mai
06.04.2014 - 05.01.2016

dah, lupakan yang sedih2.....
kita cari ikan lain sebagai pengganti nanti yerrr.....






dan
cerita lain selain dari ikan kaloi.....
my lil princess Aisha dah darjah 2 tahun ni.....
taman terataKami dah bertambah bunga2an.....
jalan2 ujung tahun 2015.....
dan lain2 lagi.....
nak share kat sini tapi atas alasan yang sama iaitu gambar x bleh nak transfer dari HP ke PC..... so hasrat tertangguh.....
lain masa nanti aku share ye.....

k, sekian


28 May 2014

kangkung KHAS UNTUK si kaloi Mai

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

salah satu cara penjagaan ikan kaloi adalah dengan memberi makan sayur-sayuran seperti daun keladi dan kangkung.....

di sebabkan macam susah je nak tanam pokok keladi kat rumah, maka aku utarakan kat mydearHubby untuk tanam pokok kangkung.....




 atas ni adalah pokok kangkung yang aku tanam..... aku tanam tau, bukan Hubby tanam ye sebab dia takut tanam pokok, nanti x hidup..... huhu, aku redha je lah..... padahal aku pon takut jugak, ye lah takut pokok x nak idup..... tapi alhamdulillah, aku tengok ok je pokok tu membesar.....

nampak besar2 je pokok tu kan..... jangan percaya tau, pokok tu memang besar masa aku beli kat kedai yang ada akar lagi, pehtu terus tanam dalam tanah kat pasu..... bukan tanam guna benih atau anak pokok tau..... hehe, x pe kan, kira halal lah sebab kalu biar simpan dalam peti, nanti layu, so balik kedai terus tanam.....

time nak bagi si kaloi Mai makan, baru potong (tengok batang yang dah pendek tu) tinggalkan batang sikit supaya tumbuh tunas baru nanti..... ha, atas tu pic 2 minggu lepas..... kira sekarang pokok tu dah kurang daun2 nye sebab bagi si kaloi Mai makan.....

ha, pokok kangkung ni di tanam adalah khas untuk si kaloi Mai tau..... kami x makan kangkung..... hehe

k, sekian

18 April 2014

Si Kaloi Mai setelah dua minggu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

hari Ahad hujung minggu nanti, genap lah Si Kaloi Mai dua (2) minggu menetap di TerataKami, ehsan kawan opis Hubby Mai..... alhamdulillah, rasanya dia sihat jerk..... pantang nampak orang lalu, nak mengejor jerk kerjanya..... Aisha suka betul main dengan Si Kaloi Mai dengan mainkan jari dia kat dinding akuarium..... mengekek2 dia ketawa sebab ikan tu kejar jari dia, katanya ikan tu main kejar2 dengan dia..... hihi pon boleh la nak.....

ujung minggu lepas belikan anak ikan bagi makan, beli RM1.00 dapat lah 14 ekor anak ikan, dalam sehari tu, Si Kaloi Merah boleh habiskan 10 ekor, tu yang kami nampak, esoknya balik kerja ada tinggal seekor jerk.....

ada juga beli ikan bandaraya RM2.50 seekor, konon nak buat cuci akuarium lah kan, tapi asek ler kena kejar dengan si Kaloi Mai, akhirnya ikan bandaraya putuskan untuk menyorok dan mendiamkan diri kat bawah plat oksigen di belakang monumen pokok..... x gerak2 dari situ..... huhu

hari Selasa lepas, my dear Hubby saje buat experimen, nak buat macam ikan yang ada kat kolam opis katanya..... hehe, aku pon ok kan je lah..... nak tau Hubby buat apa..... meh scrool ke bawah




v




v




v




v




v




v




v




v




v




v




^_^




v




v




v
 

 hah, nampak x apa yang ada kat sebelah kiri pic tu.....
Hubby pegang sepotong roti untuk diberikan kepada Si Kaloi Mai.....

tau x, Si Kaloi Mai makan roti tu.....



see, macam berselera jerk dia menuju ke roti tu kan..... hihi
huih, banyak jugak lah Si Kaloi Mai makan sebab aku nak jugak snap pic dia tengah mengunyah roti tu, tapi nak dapat..... huhu, maklumkah guna kamera HP jerk, idok ler boleh nak set kamera tu klik banyak kali macam incikNik kan.....

lepas tu kan..... esoknya balik dari kerja, tengok air akuarium tu keruh gilerrrrr, sampai hampir x nampak Si Kaloi Mai kat dalam tu..... Hubby memang dah menjangkakan akan berlaku kejadian itu..... so dengan redha, Hubby kena tukar air akuarium, sian Si Kaloi Mai kan, mesti lemas dia kat dalam tu x nampak apa2..... malam tu juga Hubby bertindak.....

so, menimba air lah kita yerk..... eh, Hubby sorang jerk, aku tengok dari jauh sambil teman anak dara buat homework..... hihi



akuarium dalam proses penukaran air.....
info dari kedai ikan, buang air separuh jerk, x perlu sampai habis.....





 then isi air semula mengikut sukatan awal dan disudahi dengan titisan anti klorin ke dalam akuarium mengikut sukatan yang dicadangkan..... lepas tu jangan lupa pasang semula pam yer kengkawan..... nasib baiklah hari tu dah ada air, boleh la tukar, kalu time air x keluar, kena biar je lah dulu sampai air keluar baru boleh tukar air kan.....

hurm..... memula air dalam tu still keruh, ye lah masih ada lagi saki baki kekeruhan air yang sebelum tu kan, tapi esok paginya air dah jernih semula..... alhamdulillah, senang hati nak pi kerja tengok Si Kaloi Mai dah ceria kembali..... haha, macam nampak jerk dia ceria ke tidak kan..... hihi

maka, begitulah cerita Si Kaloi Mai..... nanti kalu ada perkembangan apa2 lagi yang menarik, aku share kat sini..... hihi yang penting, Hubby dah x mor bagi makan roti dah, takut pisang berbuah dua kali..... hehe

k, sekian

10 April 2014

ikan Kaloi dan sayur Kobis

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

 “Cara mudah dalam penjagaan ikan hiasan seperti Ikan Kaloi, Pastikan Air dalam Aquarium sentiasa ditukar serta cuci filter dalam 2-3 kali seminggu. Selain tu dapatkan makanan yang berkhasiat seperti anak ikan dan udang sekali sekala sebagai makanan sampingan selain Makanan Seperti Pelet Makanan Ikan Koi”. -sumber


erm, kat rumah kami sekarang ada spesis hidupan baru..... selain dari ikan yang sekarang ni tinggal seekor ikan emas jerk n dua (2) ekor kura-kura hadiah dari Nyai kepada Aisha yang sekarang dah sebesar tapak tangan..... kini terbaharu, kami ada ikan kaloi pakej ngan akuarium pemberian sahabat opis yang sangat pemurah..... alah, sahabat a.k.a adik yang dulu ada bagi aku pokok kaktus turrrrr..... sape lagi, adik Mai la... hihi, tq sayang, len kali kalu ada apa2 nak bagi lagi, bagitau ek... haha


hari ahad lepas, pi ambil kat rumah dia kat Bukit Jalil, dia nak pindah, so malas nak bawa akuarium besar n ikan tu, so dia offer kat Hubby, Hubby aku tu pantang orang offer n nak berbakti, dia sahut jerk..... hihi

maka bermulalah perjalanan jauh ikan Kaloi dari Bukit Jalil ke Rawang..... gila ko, bawa akuarium yang berisi air n ikan kat bonet kereta cumel kami..... pasang GPS, lalu jalan rata highway, tekan pedal minyak paling laju 80kmj kat highway..... takut ikan melompat keluar dari akuarium walau ia bertutup..... huhu

akhirnya, setelah berjalan jauh dengan debaran di hati, maka sampailah si Kaloi di TerataKami..... alhamdulillah.....

maka, dengan itu, kerja2 pemindahan pon dilakukan..... kuarkan ikan masuk baldi, buang air dalam akuarium, cuci akuarium, pasang filter akuarium, isi air dalam akuarium, n last sekali isi ikan dalam akuarium..... erm, actually bukan senang tau proses ni, Hubby buat sorang2 jerk, yang mampu aku tolong hanya cuci akuarium jerk, yang lain2 especially bab pasang filter tu Hubby buat dengan pertolongan Hubby Mai melalui telefon jerk..... lama jugak lah nak siap..... dalam 3 jam.....

tapi berkat kesabaran n keterujaan Hubby dengan ikan tu..... maka siap juga akhirnya malam tu..... hehe



 TADA!!!
inilah dia ikan Kaloi, ermmmmm aku bagi nama dia Mai boleh x? (Mai, sila jawab, hihi)..... kesian ikan tu, sejak ambil dia pada hari ahad, sampai ke hari selasa, x makan apa pon..... risau plak aku..... ada aku cuba bagi pallet yang dibekalkan sekali, tapi ia makan n luah balik, x sedap kut pallet tu..... haha

Mai n her Hubby ada pesan, ikan tu makan anak ikan ngan anak udang..... kalu macam tu kena tunggu hujung minggu la kan baru boleh beli.....

tapi semalam, Hubby saje la try bagi sayur Kobis yang dah di potong2 dalam peti ais, makan pulak si kaloi tu, hihi..... ntah mana datang idea nak bagi kobis kat ikan tu kan, tapi dah ikan tu makan..... alhamdulillah, xder la kelaparan ia kan.....



  so, lepas ni boleh la bagi makan sayur Kobis lagi.....
Mai, tengok, ikan tu dah x senget dah kan..... hehe



 so, ada lah aku google maklumat berkaitan jenis n penjagaan ikan Kaloi ni..... ikan kaloi yang biasa diternak ada 3 jenis, Kaloi Sabah, Kaloi Hitam n Kaloi Merah..... yang kat umah ni adalah Kaloi Merah.....


Kaloi Merah (Giant Red Eye Gourami)
Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand ataupun Kaloi India.

Fizikal Kaloi Merah:
  • Berwarna merah pudar.
  • Mempunyai muncung yang sedikit tirus berbanding Kaloi lain.
Ciri-ciri ikan Kaloi:
Rata-rata spesis ikan Kaloi hidup di dalam persekitaran yang hampir sama, malahan pemakanan antara semua Kaloi juga sama. Kaloi memerlukan air yang bersih dan jernih. Tumbesarannya yang lambat dan penjagaannya cerewet menyebabkan kurangnya penternak yang menternak ikan jenis ini. Atas faktor tersebut, ikan Kaloi selalunya dijual sebagai ikan hiasan berbanding ikan makanan menyebabkan harga ikan ini melambung.
  • Saiz maksima bagi ikan Kaloi ialah 50 ke 60cm dengan pengecualian Kaloi Hitam (Giant Gourami) yang boleh membesar sehingga 70cm.
  • Tumbesaran yang lambat, pada tahun pertama ikan Kaloi boleh membesar kepada 15cm, tahun kedua 25cm, dan tahun ketiga 30cm.
  • Sesuai hidup di PH air 6.5 ke 7.
  • Ikan jenis Omnivor namun cenderung kepada pemakanan jenis tumbuh-tumbuhan.
  • Saiz tuaian untuk makanan biasanya pada saiz 25cm dengan purata berat 4 ke 5kg.
  • Boleh mencapai berat maksima sehingga 8kg.

Pemakanan Ikan Kaloi

Ikan Kaloi merupakan haiwan Omnivor. Ikan ini akan makan apa sahaja dari jenis haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi, semakin Kaloi membesar, pemakanan Kaloi lebih menjurus kepada tumbuh-tumbuhan. Antara tumbuhan yang menjadi kegemaran Kaloi ialah daun keladi dan kangkung.~ sumber


ha, kobis x masuk dalam senarai, tapi ikan tu makan, kami bagi je lah... hihi, lepas ni kena sedia sayur daun keladi atau kangkung la pulak kan.....
inshaallah, kami akan jaga ikan ni sebaik mungkin, ingat nak campur ikan emas yang tinggal sekor dalam akuarium kecik kat umah tu, tapi takut kena makan ngan Kaloi ni pulak..... so biar je lah dulu..... nak re-arrange susunan ruang tamu pon tau bila, sebab macam nak tukar selera pandangan mata pulak..... tunggu lah hujung minggu nieh, dalam keadaan air kena catu ni, macam kurang semangat sikit nak menghias rumah..... huhu

eh, kat rumah dah ada tambahan pokok baru, lupa nak snap pokok tu..... hihi
yang pasti bukan pokok bunga, moga pokok tu membesar bagai juara hendaknya, amiin..... nanti ada masa aku share kat sini yerk.....

k, sekian