^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

30 April 2014

alhamdulillah, baby BOY oh baby BOY

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

huih... busy benau la maszmadi ni kan,kejap timbul kejap tenggelam..... huhu, ni pon mujur bos tengah meeting, kalu x..... x boleh nak mencelah menaip entry..... kihkihkih, sori bos, lepas ni saya sambung balik keje yerk..... lotih keje mengira-ngira neih..... kengkawan yang keje sealiran mesti tau camne lotihnya kan.....



ha, nak berkongsi kegembiraan ni.....
dikhabarkan dalam bulan April ni, tiga (3) orang sahabat aku telah selamat melahirkan cahaya mata mereka dan kesemuanya adalah lelaki.....
Alhamdulillah



baby BOY pertama
milik sahabat yang dok meja sebelah aku ni, YAM.....
lahir pada 23 April 2014 di Johor Bahru, Johor
anak kedua beliau, anak 1st pompuan, alhamdulillah, sepasang dah anak beliau.....

geramnya aku tengok baby ni, rasa nak gomol2, nak gigit2 jerk..... nak pi melawat, tapi jauh, kena tunggu aku balik kampung atau dia balik KL la baru boleh melawat baby nie.....



baby BOY kedua
milik sahabat seUiTM dulu, LEHA a.k.a CHE ARE
lahir pada 25 April 2014 di Muar, Johor
ni anak keempat..... anak2 sebelum ni semuanya hero.....
x per, dia kata, lepas ni cuba lagi sampai dapat baby girl.....
cayork! Leha, cayork!



baby BOY ketiga
milik kawan aku masa kat UiTM jugak, NANA
lahir pada 29 April 2014 (semalam) di Selayang, Selangor
anak kedua, yang 1st pompuan, kira dia pon sepasang dah macam Yam kawan opis aku atas tu.....

wah, seronoknya aku dengar kawan2 aku dah bertambah baby..... aku ni masih menunggu rezeki dari Allah untuk memiliki zuriat yang kedua..... moga Allah permudahkanlah urusan aku untuk memiliki zuriat kedua dalam waktu terdekat ni..... aamiinn.....

dah, nak sambung wat keje semula

k, sekian

22 April 2014

RUANG BERMAIN di kedai cermin mata

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

hah, rasanya sekarang ni entry yang keluar di blog ni semakin merudum, kalu dulu boleh lah buat satu hati satu entry dengan cara schedule time published..... tapi sekarang ni dah jadi seminggu 2 kali jerk entry..... tu pon kadang2 terlajak seminggu x der entry..... huhu, bukan xder cerita, tapi masa yang tidak berapa nak mengizinkan.....

lagilah sekarang ni tengah set nak promosi ujung bulan ni, lagilah x menyempat nak buat schedule entry.....
x pe, lah, janji ada masa, aku share info kat sini, mana yang boleh lah kan..... hehe

so, last 2 weekend, Hubby ajak pi kedai cermin mata sebab nak tukar part kat cermin mata dia..... so, kami ke Bandar Rawang, Menara Optometry..... hurm, tenang jerk kedai dia..... sunyi dari kesibukan manusia, adakah x ramai orang yang ke Bandar Rawang pada waktu itu, atau memang x ramai orang yang masuk ke kedai tu..... tidak dapat kami pastikan, ni 1st time kami ke sini.....

x kisah lah kan, janji hajat tertunai..... hehe



inilah suasana dalam kedai, aku duduk betul2 kat depan kaunter, bawah tangga.....
ada sofa n air cooler, dia buat macam ruang menunggu untuk pelanggan.....

 


ha, sebelah kanan sofa tempat aku duduk ada ruang untuk kanak-kanak bermain.....
kecil je tempat tu, ada meja kecil, bawah tu ada kotak yang di simpan pelbagai mainan kecil, di hias dengan evamate n dinding berwarna pink bersticker.....
sweet jerk..... hihi

 


Aisha sedang meneroka ruang mainan yang tersedia.....

ha, ni 1st time aku pi kedai cermin mata yang ada ruang bermain..... kalu klinik tu, ada kat Klinik Ng & Sing Batu 17 Rawang kalu x silap..... ada juga ruang bermain, besar sikit lah kan, siap ada buaian n akuarium lagik..... klinik lain aku x nampak pulak.....

kira ok lahkan, walau kecil, janji ada tempat anak nak isi masa lapang sementara tunggu Papa berurusan di kedai tu..... Mama apa lagi, snap2 gambo lah..... hehe

 


si Papa, sementara tunggu staff kedai buat betulkan cermin mata, apa lagi, ushar2 lah kut2 ada yang berkenan di hati..... isk3, aku said..... "No, No, No"..... hehe

k, sekian

18 April 2014

Si Kaloi Mai setelah dua minggu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

hari Ahad hujung minggu nanti, genap lah Si Kaloi Mai dua (2) minggu menetap di TerataKami, ehsan kawan opis Hubby Mai..... alhamdulillah, rasanya dia sihat jerk..... pantang nampak orang lalu, nak mengejor jerk kerjanya..... Aisha suka betul main dengan Si Kaloi Mai dengan mainkan jari dia kat dinding akuarium..... mengekek2 dia ketawa sebab ikan tu kejar jari dia, katanya ikan tu main kejar2 dengan dia..... hihi pon boleh la nak.....

ujung minggu lepas belikan anak ikan bagi makan, beli RM1.00 dapat lah 14 ekor anak ikan, dalam sehari tu, Si Kaloi Merah boleh habiskan 10 ekor, tu yang kami nampak, esoknya balik kerja ada tinggal seekor jerk.....

ada juga beli ikan bandaraya RM2.50 seekor, konon nak buat cuci akuarium lah kan, tapi asek ler kena kejar dengan si Kaloi Mai, akhirnya ikan bandaraya putuskan untuk menyorok dan mendiamkan diri kat bawah plat oksigen di belakang monumen pokok..... x gerak2 dari situ..... huhu

hari Selasa lepas, my dear Hubby saje buat experimen, nak buat macam ikan yang ada kat kolam opis katanya..... hehe, aku pon ok kan je lah..... nak tau Hubby buat apa..... meh scrool ke bawah




v




v




v




v




v




v




v




v




v




v




^_^




v




v




v
 

 hah, nampak x apa yang ada kat sebelah kiri pic tu.....
Hubby pegang sepotong roti untuk diberikan kepada Si Kaloi Mai.....

tau x, Si Kaloi Mai makan roti tu.....



see, macam berselera jerk dia menuju ke roti tu kan..... hihi
huih, banyak jugak lah Si Kaloi Mai makan sebab aku nak jugak snap pic dia tengah mengunyah roti tu, tapi nak dapat..... huhu, maklumkah guna kamera HP jerk, idok ler boleh nak set kamera tu klik banyak kali macam incikNik kan.....

lepas tu kan..... esoknya balik dari kerja, tengok air akuarium tu keruh gilerrrrr, sampai hampir x nampak Si Kaloi Mai kat dalam tu..... Hubby memang dah menjangkakan akan berlaku kejadian itu..... so dengan redha, Hubby kena tukar air akuarium, sian Si Kaloi Mai kan, mesti lemas dia kat dalam tu x nampak apa2..... malam tu juga Hubby bertindak.....

so, menimba air lah kita yerk..... eh, Hubby sorang jerk, aku tengok dari jauh sambil teman anak dara buat homework..... hihi



akuarium dalam proses penukaran air.....
info dari kedai ikan, buang air separuh jerk, x perlu sampai habis.....





 then isi air semula mengikut sukatan awal dan disudahi dengan titisan anti klorin ke dalam akuarium mengikut sukatan yang dicadangkan..... lepas tu jangan lupa pasang semula pam yer kengkawan..... nasib baiklah hari tu dah ada air, boleh la tukar, kalu time air x keluar, kena biar je lah dulu sampai air keluar baru boleh tukar air kan.....

hurm..... memula air dalam tu still keruh, ye lah masih ada lagi saki baki kekeruhan air yang sebelum tu kan, tapi esok paginya air dah jernih semula..... alhamdulillah, senang hati nak pi kerja tengok Si Kaloi Mai dah ceria kembali..... haha, macam nampak jerk dia ceria ke tidak kan..... hihi

maka, begitulah cerita Si Kaloi Mai..... nanti kalu ada perkembangan apa2 lagi yang menarik, aku share kat sini..... hihi yang penting, Hubby dah x mor bagi makan roti dah, takut pisang berbuah dua kali..... hehe

k, sekian

17 April 2014

bowling tournament

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 cerita hari Khamis minggu lepas.....



 kami berselfie berlatar belakangkan Papa yang tengah khusyuk pakai kasut bowling dia.....

opis ada buat mini sukan, dan salah satu sukan yang dipertandingkan adalah bowling..... so malam Khamis minggu lepas, dorang lawan kat Wangsa Bowl, Selayang Mall, dah dekat ngan rumah, so petang tu kami balik rumah dulu, ambik anak dara dari taska, balik rumah siap2 apa2 yang patut n gerak ke Selayang Mall, game start pukul 8.00 malam.....

hari tu aku puasa, so bawa siap2 kurma n air buat bekal berbuka, sementara nak tunggu makan malam..... sampai kat sana, x lama lepas tu, azan maghrib pon berkumandang, buka ngan kurma, bukan aku sorang yang makan, ngan Hubby ngan Aisha pon makan kurma tu, dah la bawa sikit jerk..... tapi sebab masing2 pon belum makan, so bedal je la, buat alas perut..... hehe

lepas tu solat kat surau Selayang Mall kat tingkat 3 tu kan..... then terus pi berkumpul kat tempat game..... lapo weih time tu..... siang xder rasa apa time puasa, sebab dah set dalam otak yang berpuasa kan, tapi bila dah buka tu..... erkkk nak cari nasi, nak cari nasi..... tapi x boleh nak ajak Hubby kemana sebab game dah nak start dah.....

so, bila game dah start, aku ajak Aisha pi kedai kat luar pusat bowling tu, cari makanan..... lama tu nak tunggu 2 jam Hubby main..... dapatlah keropok, biskut, air green tea, Aisha mintak coklat, beli je lah..... sambil main tu, aku hulur jugak Hubby makanan yang aku beli..... hihi

yang bestnyer malam tu Hubby main wakil group dia lah kan, aku nyer group ada main kat lane lain..... tapi aku x sokong pon group aku yang main tu..... aku sokong Hubby..... hihi, kadang2 pi la jugak kat dorang yang lain tu tapi aku lebih kat Hubby..... n alhamdulillah group Hubby menang..... YEAY!!!

tapi esoknya kat opis, aku jadi bahan la sebab x sokong group sendiri..... tu yang dorang kalah..... haha, nasib je tu, len kali aku sokong group sendiri pulak yerk..... hehe

sekian

14 April 2014

ceritera Tadika Sri Terentang #2

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 hihi, seronok sekarang melayan Aisha bercerita..... asik le mulut tu nak bercakap, sampai kadang2 kami terpaksa suruh dia diam kejap sebab kami nak berdiskusi pasal sesuatu..... x kiralah kat rumah, dalam kereta, kat taman atau kat kedai makan, mulut dia sentiasa nak bercakap. kadang2 kat rumah tu, tengok cartoon yang xder suara (contoh canimal @ tom&jerry) kat HP aku pon dia boleh buat dialog sendiri..... kadang aku layankan aje, tapi kalu asek bercakap jerk, keluarlah soalan dari mulut aku "Aisha x penat ke?", nanti dia tanya "kenapa Mama?"..... haha, aku soal balik "ye la, asek bercakap jer, Aisha x penat ke mulut tu?"..... "ooo ye ke, ye lah, saya diam".....

hihi, tapi dia punya diam sekejap jerk, nanti dia nampak benda2 atau khusyuk tengok cerita atau dah terlupa conversation tadi, dia mula bercakap balik..... hadoi anak..... layankan je lah

berkaitan perkembangan tadika pulak..... alhamdulillah, dah banyak yang dia belajar, selain pelajaran akedemik, ada jugak pelajaran sosial, moral yang diterapkan kat tadika tu..... yang lain tu x kisah, tapi yang aku nak share kat sini adalah penulisan Aisha.....

terbalik
Aisha adalah anak yang menggunakan tangan kiri untuk membuat sesuatu, dalam erti kata lain 'kidal' a.k.a left handed..... so yang aku perasan, bukan sahaja dia menulis kidal, tapi ada beberapa huruf yang dia akan tulis terbalik..... contoh macam kat bawah:-



 huruf 'P' terbalik


nombor '7' dan '9' terbalik

ada lagi beberapa huruf yang terbalik.....
kadang2 ejaan pon dia baca terbalik, contoh perkataan GAYA, dia akan eja Y.A. dulu then baru eja G.A...... dah terbalik lah bunyinye kan..... so sekarang, aku kat rumah kena rajinkan diri untuk latih dia menulis n mengeja..... dan satu lagi yang perlu aku peratikan adalah masa makan n beristinjak..... kadang2 dia ada jerk tertukar guna tangan kiri jadi kanan, tangan kanan jadi kiri..... 

harap2 lama2 nanti akan normal semula la penggunaan tangan Aisha untuk makan n beristinjak tu kan.....

 sedikit fakta berkaitan orang kidal:



star n smiley face
ha, zaman berubah, cikgu pon dah moden..... 1st time ni aku tengok cikgu tanda buku sekolah then lekat sticker 'smiley face' sebagai pengganti kepada 'star' bagi pelajar yang mendapat semua jawapan betul..... hihi


hihi, macam comel je kan 'smiley face' tu n lebih attractive kepada kanak2 n ofkos lebih mudah kut pada cikgu dari nak buat corak star..... tapi kat tadika ni, kedua2 tanda tu digunakan oleh cikgu selain dari tanda 'A' atau 'A+' untuk work oleh pelajar..... apa2 pon, yang penting kanak2 dapat pengiktirafan dari kerja yang dorang lakukan.....

 
 tulisan cina
ha, hari tu cerita pasal bahasa cina, rini pasal tulisan pulak..... susah juga nak mengajar anak menulis bahasa yang bukan dalam bidang kita..... kalu setakat english, jawi tu boleh la aku gagahkan..... ini bahasa n tulisan cina, huhu sian kat Aisha, kalu dia tanya kat aku apa2 berkaitan bahasa cina, aku suruh dia tanya kat laushi dia kat sekolah..... sorry la sayang, x dapat mak nak nolong nak oiii.....

tapi setakat ni, laushi dia x derlah straight sangat time mengajar kut, sebab aku tengok buku bahasa cina dia semua diberi markah yang baik2 jerk.....


 see, salah sikit dapat 'A'..... salah banyak dapat star..... x pe lah, belajar sikit2..... aku mengharapkan yang pembelajaran bahasa cina akan berterusan di sekolah rendah tahun depan, tapi x pasti lagi ada ke x bahasa tu kat sekolah yang kami pilih sebab sekolah kebangsaan kan, bukan sekolah cina, kalu ada as a additional subject pon dah ok kan..... kalau xder pon x pelah..... janji Aisha nak belajar.....

sekarang ni tengah kemaruk ngan Frozen, tiap2 hari akan buka video Frozen samada kat tv atau kat HP, then nyanyi sambil buat gaya Queen Elsa masa menyanyi tu, siap ambil gebor (selimut) ikat kat leher, aku la jadi mangsa tolong ikatkan..... hihi

k, sekian