^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

13 September 2011

*Raya Sedondon Lisa Surihani & Yusri KRU*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Aku tumpang seronok dengan kisah mereka berdua coz aku suka kedua2 nye..... x kira apa orang nak kata tapi aku tetap suke ngan mereka nie..... lagi2 lisa yang memang sweet n sejuk mata memandang..... tahun ni mereka berdua mengenakan baju warna sedondon, cokolat gitu kan.....


"Lisa datang beraya di rumah saya pada hari raya pertama, tetapi sebelum itu, pada malam hari raya pertama saya sudah ke kampungnya di Gopeng, untuk beraya dengannya,"jelas Yusry.

"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami berjalan dengan lancar, sekiranya tahun ini merupakan tahun terakhir saya beraya sebagai wanita bujang, saya juga bersedia menerimanya,"jelas Lisa. - sumber manggaonline



“Insya-Allah jika semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan dari segi kerja, saya akan melamar Lisa dan mengahwininya pada 2013.

“Kalau tanya pada hati, memanglah saya mahu cepat tetapi apa-apa pun kami harus menghormati keluarga mengenai hasrat kami itu.

“Yang pasti, kami tidak akan berkahwin tahun hadapan kerana Lisa Surihani akan berlakon dalam filem arahan saya, Ular,” kata Yusry KRU kepada media.
 
Yusry KRU turut mengakui jatuh cinta kepada Lisa Surihani kerana wajahnya yang lembut dan ayu, “Saya suka memandang wajah Lisa yang manis dan ayu. Setiap kali menatap wajahnya hati saya sejuk dan jiwa menjadi tenang. Itulah yang membuatkan saya menyenanginya.” - sumber kak ieda









 sumber EyelogueMedia
 p/s: semoga hubungan mereka berkekalan seperti yang dihajatkan..... ameen

 

*Umur Persaraan dilanjut dari 58 kepada 60*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
pagi tadi masa meeting bahagian secara pendek, ex-HR department staff di bhgn kami, En Razis ada maklumkan yang umur bersara bagi kakitangan awam akan dilanjutkan dari 58 thn kepada 60 thn..... so, adalah salah seorang staff bhgn aku yang akan bersara insyallah bulan november nanti terasa bahangnya..... sehingga ke saat ini dia masih manggaru2 kepala risau jika berita itu benar..... hehe..... so untuk tidak mengelirukan mana2 pihak, aku kongsi berita tersebut..... k

________________________________________________

PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata ini kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.


"JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta," katanya kepada Bernama, di sini.


Abu Bakar diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang antara lain berpandangan 'orang lama' boleh menyumbang kepada kecekapan sistem penyampaian bersandarkan pengalaman mereka.


Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu, berkata di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.


"Kita bersara pada umur 58 tahun adalah lebih kurang sama macam Bangladesh dan negara yang penjawat awamnya bersara pada umur 58 semakin kurang.


"Jika berdasarkan kepada standard dan tahap kesihatan kita, patut bersara pada umur 60 tahun. Ini yang dikatakan negara membangun dengan maju," katanya.


Beliau juga berpandangan cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.


"Di negara maju umur bersara adalah 65," katanya.


Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun.


"Sesiapa yang nak kerja sehingga umur 60 tahun, mereka boleh terima opsyen tersebut, dan kalau nak bersara pada umur 58 pun boleh, tidak ada paksaan," katanya.


-- BERNAMA

p/s: bokojo lah kito, sekuek nyo... berusoho lah kito sekuek nyo..... huhu

*Bunga Seri Pagi Ungu Di Petang Hari*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 wah..... tajuk x boleh belah la..... haha, tapi nak cerita pasal raya kedua my lil Aisha.....


 memula kita cuci mata ngan pic bunga seri pagi yg digantung di pokok pulasan..... aku snap gn my XpressMusic's camera yerk.... ok gak kan, tp blurrrrr...


 my lil Aisha tengah tengok kapal terbang di udara yang baru berlepas dr airport Changi, S'pore.....


 lagi my lil Aisha yang tengah jalan2 sambil tunggu sepupu dia tuang minyak pelita di petang raya kedua untuk main bunga api.....


 hah, my lil Aisha dengan pakteh yang rajin ambil buah pulasan di atas pokok n siap kopek lagik..... mama n Aisha tinggal makan jerk..... thanx pakteh.....


 lagi pose Aisha ngan pakteh.....

actually petang tu ada tragedi..... my lil Aisha main bunga api..... pusing pusing pusing pusing n tetiba Aisha jerit "sakit" n gosok mata..... aku tengok mata belah kiri Aisha terkena sedikit api bunga api kucing tu..... seb baik x masuk dalam mata..... huhu 

cian my lil Aisha, dah lah masa kat Kuantan dia jatuh n luka di mata sebelah kanan sewaktu teman ayahsu beli baju raya..... kat johor kena bunga api lak mata sebelah kiri..... kat terengganu benjol lak dahi coz jatuh dari kerusi masa kat umah ayahlong..... nasib baik ada krim yang mujarab aku sapu kat luka2 Aisha tu, so sekejap jerk dah ilang kesan luka tu, alhamdulillah..... nanti aku cerita kat n3 lain lak yerk.....

k, sekian


12 September 2011

*Gambar raya 2011*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

ada lagi cerita raya dari kawan2 yerk, tapi semua dah cerita raya ke 4 ke 5 dah kan..... tapi aku baru nak masuk raya pertama nie..... hehe tapi x der la cerita berjela2 coz kali ni raya kami x berapa berjalan mana pon sebab lepas tu kami nak berkejar ke terengganu pulak ada kenduri aqiqah sepupu my lil Aisha.....

tapi yang penting, pagi raya kami tetap melakukan aktiviti wajib bermaaf2an dari yang tua hinggalah ke yang muda..... even Aisha pon dah pandai minta duit raya maaf dengan semua makcik2 n pakcik2 termasuk nyai n yai di pagi raya..... tahun ni memang kami giliran semua beraya di rumah mak n abah aku kat Johor..... meriah sungguh rasanya rumah mak abah dengan 6 orang adik beradik n 5 menantu termasuk 6 orang cucu beraya sekali..... best, tapi x puas coz sekejap jerk kami dapat berkumpul bersama.....

ok lah, jom tengok gambar raya kami yang x seberapa nie..... n ini yo lah gambo yang ado coz photo-g kami malas nak take a pic..... huhu sedey wo.....

 dimulakan dengan sesi bermaaf2an dikalangan ahli keluarga dimulakan dengan mak n abah..... diterukan dengan anak2 hingga ke cucu2 semua..... sayu jerk time ni, aku dah siap ngan tisu di tangan coz memang kami akan mengalirkan air mata tanda maaf yang betul2 ikhlas dari hati.....

lagilah aku yang dok jauh ni kan, dan kami memang jarang sangat balik ke kampung tahun ni sebab urusan rumah kami di rawang yang belum lagi selesai..... isk, sedey lagi.....


 sesi maaf oleh my lil Aisha yan memang dapat perhatian seluruh keluarga..... sebab dialah yang paling kecil setakat ni la kan, tahun hadapan isnyaallah keluarga kami akan bertambah seorang lagi..... bertambah ceria lah raya kami tahun depan..... hehe


 gambar kenangan kami sekeluarga..... hajat nak print besar n framekan gambar nie..... harap ia menjadi kenyataan..... ameen

diikuti dengan sesi bergambar ikut family memasing ngan mak n abah.....


 family kak long


 family abg ngah


 family kak uda yang akan bertambah tahun depan


 family aku


 family uteh (1st time beraya sebagai suami isteri)


 usu yang bakal beraya berdua tahun depan..... insyaallah


 cucu2 bergambar dengan mak n abah


 hah, ni sesi bergambar kat luar rumah pulak, agak2 milik siapalah jejaka kacak yang buat pose baring kat depan tu yerk..... isk isk isk


untuk marhaban kali ni aku x dapat join lor, coz ada kawan dah janji nak datang umah..... so, dah separuh perjalanan barulah kami join, itu pon cuma hubby n Aisha jerk yang pegi, aku tolong usu n uteh buat persiapan untuk kumpulan marhaban yang akan singgah di rumah kami.....


inilah kumpulan marhaban yang diadakan sebaik sahaja selesai solat aidilfitri 1st syawal aritu yang singgah di rumah kami..... penuh ruang tamu depan n ruang tengah rumah kami dengan kedatangan mereka..... alhamdulillah rezeki syawal sambil datang bermaafan diantara ahli kumpulan marhaban yang terdiri daripada orang2 dalam blok aku.....


so, itu je lah cerita raya kami yang ada gambar..... cerita lain adalah..... 

raya pertama kami hanya melayan tetemu yang datang ke rumah, x berjalan kemana2 pon.....

raya kedua alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya ke rumah kawan baik aku masa sekolah menengah dulu..... tu pon dah malam baru dapat beraya..... kawan2 opis lama di Kraftangan Johor aku x dapat beraya umah mereka coz 1 nombor tipon pon dah xder dalam simpanan, tipon bertukar, so nombor pon ilang dalam simpanan..... huhu, sorry asz n abg d coz x pi umah korang seperti tahun2 sebelum yerk.....

raya ketiga kami dah bergerak ke terengganu dengan perjalanan 7 jam dari adela-kuantan-kuala terengganu..... lenguh jugaklah punggung kami dok dalam kereta..... huhu malam tu tidur umah to'ki hubby, dah penat, o kami x beraya kemana jugak.....

raya keempat kami pi umah abang hubby di kuala terengganu juga untuk buat persiapan kenduri aqiqah + house warming pada raya kelima..... x kemana2 juga kami.....

raya keenam kami pulang ke kuantan (umah PIL), sempat singgah ke umah tok teh hubby di chenih.....

raya ke tujuh my MIL dah bekerja, so kami hanya dok umah jerk..... petang tu kami + FIL n adik hubby ambil MIL di sekolah n ajak mereka jenjalan di bandar kuantan..... (ada sedikit gambar pose aisha yang akan aku kongsi di lain n3)..... malamnya kami sempat beraya di rumah seorang kawan hubby di Taman Guru, Kuantan..... sampai lah ke 12 tghmlm kami dok umah dia coz dah lama x jumpa kan..... penat jugak..... huhu

raya kelapan adalah perjalanan kami pulang ke KL..... n sedia untuk bekerja.....

 last but not least..... ofkos la gambar kami yang suka gedik2 nie..... tapi tetap x banyak coz semua orang bekejar nak join aktiviti marhaban pulak lepas nie.....


k, sekian


09 September 2011

*Entry Raya*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 ops!!!!!

entry raya?? huhu belum ada mood lagi la nak buat n3 raya..... bukan apa, gambo dalam lappy hubby, aku ni x rasa rajin lak nak transfer dalam tumbdrive untuk upload dalam blog buat kenangan di masa depan kan..... lagi pon x banyak gambar yang kami snap masa raya ari tu disebabkan mengejar perjalanan yang jauh dari sehari ke sehari hingga 3 negeri beraya..... huhu

sebenonya hubby cum tukang tangkap gambar aku tu memang jenis x suka tangkap gambo..... kamera jerk beli mahal2 pahtu wat tukun dalam bilik stor kat umah..... kalu aku x berbunyi, maka tiadalah gambo..... x kan aku lak yang lebih2 nak terhegeh suoh dia mabik gambo kan..... kamera tu bukan aku nyer..... tapi kengkadang aku paksa jerk dia snap..... dia pon wat muka kesian, snap lah gambo aku yang memang suke gedik2 nie..... haha

so, taun ni, raya xder la sangat gambo raya..... yang ada cuma gambo raya pertama kami di johor..... nanti2 aku update yerk..... tunggu aku rajin bawa balik tumbdrive kat umah (dah cerita ni, haruslah buka drawer n ambil tumdrive masuk bag kan, hehe.....) jeles sungguh kau tengok blog kengkawan dah penuh dengan cerita raya n penuh ngan gambo2 raya yang cantik2 belaka.....

ok, tengah nak cari mood kerja nie.....

k, sekian