^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

15 July 2011

*SAMM Mendesak SPRM siasat cincin rosmah RM73 juta*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga USD24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Harga barangan itu diletakkan pada USD24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:


Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA






Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.  

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.  Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

______________________________
kata aku : adakah berita ini benar atau ianya hanya untuk memburuk2kan seseorang? ada yang bagi komen 
MUNASABAH KE NAK NAK BAWAK CINCIN PAKAI AGEN PENGHANTARAN....??? ORANG BAWAK DAN PAKAI KEMAS 2-3 KILO DAN BERIBU KARAT INTAN BERLIAN, PAKAI DI BADAN AJA........

LOGIK KE, CINCIN SEBENTUK DI IMPORT DAN DIEKSPORT GUNA AGENT PENGHANTARAN DAN GUNAKAN KASTAM............????

BANYAK WEB DI JABATAN KERAJAAN DI GODAM OLIH PENGANAS2 BARU2 INI, TIDAK TERKECUALI JABATAN KASTAM.......... MUDAH AJA NAK MASUKKAN MAKLUMAT TIPU, BOHONG, FITNAH DAN TIDAK SAHIH TU.........

DI HARAP BUKALAH MINDA DAN GUNAKANLAH AKAL YANG DIBERIKAN OLIH ALLAH SUBHANAWATAALA TU......

JGN MUDAH TERPEDAYA DAN DIPERDAYAKAN........... MUDAH DI PERGUNAKAN DAN MUDAH DI PERBODOH2KAN....... AKAI ADA, GUNA.....
so, kita tunggu hasil siasatan dari pihak SPRM yerk.....
k, sekian


********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

*Senyum, Tak Perlu Kata Apa Apa*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 sebelum mula kerja, jom layan gambar Aisha.....
semoga dengan adanya gambar2 Aisha ini.....
akan menenangkan hati n jiwa n perasaan mama kini dan selamanya.....






luv u sayang.....
mmuuaahh

k, sekian

********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

14 July 2011

*Entry Hari Ini*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 Maaf
Tiada Entry Terbaharu


k, sekian

********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

13 July 2011

*Floria Putrajaya 2011..... akhirnya*

20 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
last sunday kami ke putrajaya..... alhamdulillah, penganjuran tahun ini aku n family kecik aku dapat jugakjejak kaki ke festival ni..... tujuan utama adalah untuk snap2 pic dengan bunga2an di taman..... jom layan pic mengikut turutan..... ok


sampai2 di putrajaya, kami pon memparkingkan kereta nuun jauh di di hadapan MOF building, kami di membuat senaman kaki untuk sampai ke tapak festival..... sampai di tapak festival kami disajikan dengan kumpulan pancaragam sekolah apa ntah..... my lil Aisha yang bari bangun tido terus segar mata tapi still x boleh senyum..... huhu ambik gambar dulu berlatar belakangkan kumpulan pancaragam.....


jom kita layan gambar kat luar dulu..... puas aku suruh Aisha posing, boleh ikut arahan tapi senyum..... no boleh lor.....

 
masih lagi di luar..... siap ada swan 2 ekor cium molot tur..... tapi xleh nak ambil gambar lor, ramai sangat umat kat situ..... kita snap kat tepi kolam jer la yerk.....


bunga2 di kawasan swan 2 ekor tu..... saja suruh hubby snap pic bunga yang dalam pasu yang sama, tapi lain2 angle..... untuk asah kemahiran sebagai cameraman kan..... hehe


satu port lagi yang agak menarik untuk buat photoshoot..... pergola kaler putih n bunga2an berkaler kaler..... tapi kami sempat pegang bunga yang tergantung jerk, lain2 port orang lain dah cop, puas kami tunggu, tapi dorang x blah2 pon dari situ..... huhu


lagi pic di luar pavilion..... berlatar belakangkan taman bunga tulip yang terbentang luas..... cantik, ada pondok boleh duduk2 tapi kami tetap x boleh nak masuk coz orang ramai.....


on the way ke pavilion, jumpa pula katak kat tengah taman..... apa lagi haruslah snap2..... aku pulak yang lebih2 pose kan..... haha


dah dekat pintu masuk pon sempat lagik posing2..... ingat nak ambik pic kat lady bird tu tapi..... alasan yang sama, orang ramai lor.....


ok, dah masuk dalam dah..... kami di sapa oleh bunga2 mawar yang berterbangan..... so sweet.....


ini booth Korea..... penuh ngan bunga mawar..... cantik.....


tuan punya gambar n anaknya berposing..... tapi time ni Aisha dah nak bangun dah..... papa lambat sangat snap.....
banyak lagi booth negara lain yang ada dalam pavilion tu tapi kami x boleh nak berenti lelama n posing2 kat dalam tu..... alasan sama lagi..... ramai sangat orang kat dalam tu, sampaikan nak jalan pon x boleh berhenti, nanti kena langgar ngan orang belakang..... sian kan
ini kat luar sudah..... cari tempat sejuk..... singgah kat taman jepun jap..... memang sejuk, sebab ada air yang kuar dari paip2 kecil kat atas laluan..... sejuk..... rasa cam kat obesi lak..... kihkih


ini bunga ros dalam kawasan taman outdoor di tepi tasik..... sweet.....


lagi tuan punya gambar dan anaknya..... nak dok dalam pergola ramai orang, so kita dok je lah tepi2 pergola yerk..... janji boleh posing.....


berehat di tepi tasik sambil menghirup udara segar sambil hilangkan dahaga..... Aisha jerk, aku n hubby xder bekalan lor..... huhu


last but nit least..... my hubby cum photographer seumur hidup kami..... tanpamu dear, siapalah sayang ni untuk posing2..... huhu
kami datang jam 4 petang n hampir jam 7 malam baru kami gerak balik..... petang tu redup jerk suasana tapi disebabkan ramai sangat umat manusia pelbagai bangsa, maka letih tetap terasa coz nak mengelak daripada berlakunya kemalangan..... so jalan kena kontrol

but..... kami terasa puas kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke festival Floria Putrajaya pada tahun ini..... so kalau balik kampung nanti xder la kami malu sangat setiap kali orang tanya kami pergi atau tidak..... "Apa lah, orang dok KL pon x pergi ker.....?" huhu
k, sekian


********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

10 July 2011

*Happy 60th Birthday Mak*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

windu kat mak!!!!!! 
ngan abah jugak!!!!!

HAPPY BIRTHDAY MAK!!!!!
semoga berbahagia dan cun selalu
sayang mak..... mmuah mmuah


********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********