^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label tradisi johor. Show all posts
Showing posts with label tradisi johor. Show all posts

27 March 2012

*Tarian Kuda Kepang*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. 

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. 


 ha itu intro jerk.....
sebenonyer nak share mende alah kat bawah nie.....

*

*

*

*

*


ini adalah salah satu aktiviti yang ada kat opis aku sekarang nieh.....
persembahan kesenian.....
erm, blogger anies sempat lah tengok ari ahad ritu kan.....
hehe

persembahan tu adalah sempena HKK 2012 yang sedang berlangsung kat opis aku sekarang nieh.....
kepada mereka yang belum lagi datang sini.....
promosi berlangsung sampai 2 April nanti.....
jom datang meriahkan suasana.....

ok, nak BW umah kengkawan plak.....
pelan2 kayuh nie coz sibuk kat bawah nu.....
sorry yerk kengkawan.....

k, sekian