^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label shopping di nilai 3. Show all posts
Showing posts with label shopping di nilai 3. Show all posts

02 December 2013

*majlis konvokesyen Sime Darby Nursing And Health Sciences College*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

lepas bermeeting sampai hari Ahad di Marriott Putrajaya, lepas bercuci mata di Nilai 3..... hari Isnin aku ambil cuti kecemasan sebab PIL ajak juga kami untuk hadir di majlis konvo adik my Hubby a.k.a Mohd Ramizan..... anak bongsu dalam family Hubby.....

ok, nasib baik Boss benarkan..... so berkonvo lah kami.....

majlis hari Isnin..... buat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.....


majlis sebelah petang..... biasa lah, time majlis berlangsung, cuma mak ayah atau wakil 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk..... maka kami adik beradik ipar duai yang lain just tunggu kat luar jerk.....
eh, kami x tunggu pon, sementara Umi n Abah (my PIL) tunggu dalam dewan, kami naik kereta abang ipar pi jalan2 sampai ke Klang sana nuun..... tengok bekas sekolah kakak ipar..... kenangan mengusik jiwa gitu..... hihi

lepas tu, ingat nak jalan2 kat Tasik Shah Alam, tapi hujan pulak, so kami cari lah tempat jalan2 yang berbumbung.....  ke mana kami.....



SACC Mall.....

ha, perasan x tudung glitter yang Aisha (kiri sekali) pakai tu..... sama dengan sepupu dia tu kan..... TokMi belikan masa kat Nilai 3 sehari sebelum nya.....
 


cuci mata tengok Poney Sale kat ground floor SACC mall..... tapi xder yang menarik pon..... sebenarnya time ni belum gaji, so kita senyap2 je la yerk..... hehe

 

layan anak2 main indoor playground yang xder orang ni..... so, anak2 kami je lah yang main.... siap buat sand art lagik..... sambil tu gilir2 solat kat surau SACC Mall ni.....

try call Umi n Abah yang dalam dewan, tapi dimaklumkan majlis x habis lagik..... time ni memasing dah x tau nak buat apa..... dah hampir pukul 5 petang..... so kami decided untuk lepak2 tunggu dorang yang dalam dewan tu kat Pizza Hut..... lagipon dekat dengan pintu keluar ke SACC tu, so nanti senang nak ke sana.....



sambil tunggu order sampai ke meja, aku apa lagi, layan gambar la kan....
 selamba jerk aku buat Pizza Hut tu macam aku yang punye..... hehe


 
my kakak ipar n her anak2.....



aku n anak2 buah + Aisha di hujung sana.....


akhirnya setelah hampir selesai kami makan..... terima khabar yang majlis dah selesai, n orang yang dirai minta kami ke dewan untuk jumpa dia.....

 

inilah dia orang yang di rai tu.....
Mohd Ramizan bin Harun
satu2nya adik my dear hubby..... sempat cuti belajar 3 bulan jerk..... sekarang dah bekerja di Hospital Temerloh, Pahang.....
alhamdulillah, rezeki beliau..... jangan lupa belanja kami nanti yerk..... hehe
 


adik, his ehem2 n Umi.....
 


bergambar ramai2 sekeluarga.....


selesai majlis konvo ni, balik semula ke rumah kami, then malam tu juga mereka balik ke Kuantan, sebab my abang ipar (dua dari kiri) nak balik ke Terengganu hantar kakak ipar (tudung pink), then dia pulak nak balik ke Putrajaya untuk kerja..... pasangan hujung minggu dorang ni..... sorang kerja kat Terengganu, sorang kerja kat Putrajaya..... hujung minggu baru jumpa..... respect kat dorang.....

esoknya.....
kami kerja.....
hehe



k, sekian
 

29 November 2013

*beli ring curtain @ Nilai 3*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

erm, actually masa aku bermeeting di marriott putrajaya dalam entry semalam tu kan, my PIL dah pon ada di rumah aku kat Rawang untuk attended my adik ipar punya majlis konvo.....
lepas jerk aku checkout dari hotel hari ahad tu, my dear Hubby pick up naik kereta sendiri..... dalam tu ada my lil Aisha dan juga my PIL..... dah 2 hari dorang kat rumah, tapi aku xder untuk melayan dorang..... sian kan.....

so, dah alang2 dorang pic up aku kat hotel, kami pon jalan2 lah sekitar Putrajaya, tapi x tahu nak kemana..... last2 kami decided ajak dorang pi Nilai 3..... konvoi dengan kereta abang ipar..... dua buah kereta kami ke sana.....


sampai di Nilai 3, port pertama adalah kedai makan, sebab masing2 belum lunch lagi.....
aku jerk dah makan kat hotel tadi, tapi tu pon, makan lagi sebab Aisha makan x habes..... huhu

kedai makan ni dekat dengan surau n taman permainan..... aku dah lupa apa nama kedai tu..... makanan ok2 jerk, harga x tahu plak aku sebab hubby n abg ipar yang bayar..... huhu

 oh ya, selama ketiadaan aku kat rumah selama 3 hari meeting..... Aisha seronok jerk sebab ada sepupu2 dia yang lebih kurang sebaya jerk dengan dia..... siap jalan2 ke I-City lagik malam tu.....

lepas makan, kami ke surau untuk solat..... lepas tu layan anak2 main kat play ground jap sebelum jalan2 cuci mata.....



 anak2 di playground.....



my lil princess Aisha and her cousin Ainul.....


seronok anak dara ni main, dalam hujan gerimis pon sempat layan buaian..... kena paksa stop baru dia nak berhenti main.....

jomlah anak2..... mama nak cuci mata nieh..... hihi
erm, kat sana, kami just jalan2 jerk..... memang cuci mata sungguh2 lah.....
tapi dalam jalan2 jerk tu ada jugak sangkut.....


ring curtain..... memang dah lam mencari, tapi xder yang berkenan..... ni dah jumpa, terus la grab.....
1 set RM10.00


 tada!!!
dah sangkut kat langsir dah.....


santiek tak.....
feeling duduk rumah banglo kejap..... haha



test letak kat night curtain plak.....
hurm, mana2 pon boleh..... hehe


ini hadiah dari TokMi Aisha.....
RM10.00
TokMi Aisha beli 2 helai, untuk Aisha satu n untuk sepupu Aisha kat atas tu, Ainul satu.....
hurm, mama pon xder tudung glitter tu tau..... Aisha dah ada dah..... jeles nieh..... hihi


anywhere, dah beberapa kali pi shopping kat nilai 3 ni, aku rasa x puas berjalan, sebab x dapat nak masuk ke semua kedai..... masa x mengizinkan.....
nanti nak buat trip khas ke Nilai 3 sahaja lah.....
tapi time tu nak kena ada duit bertingkek2 dalam purse.....
baru puas cuci mata kan.....
hehe

k, sekian

24 September 2013

*shopping carpet di Nilai 3*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 rentetan serita last weekend kami ke Taman Bukit Sendayan..... so balik dari sana pada Isnin tu kami ke Nilai 3..... alaaaaa tempat yang orang dah selalu pegi tu, nak shopping barang2 hiasan rumah tu..... walau kami dah 2  3 kali ke Sendayan, tapi x pernah pon menyinggah ke Nilai 3 tu..... padahal on the way jerk n kalau dari KL ni dekat jerk kan..... ujung minggu lepas, masuk je kereta nak balik dari rumah my Usu, aku terus cakap kat my dear Hubby ajak dia pi Nilai 3..... dia pon apa lagi, "bukak lah GPS",katanya..... itu tanda setuju lah tu kan..... hehe




pagi tu sebelum balik, sempat my dear Hubby memberi khidmat memasang rak kasut, ye lah my adik ipar dah kekurangan kudrat untuk buat kerja2 berat buat masa ni..... maka kami yang terdaya ni, tolong lah mana2 yang mampu.....

yang bestnyer kan..... dah nak siap pasang berskru bagai, tetiba nak pasang bahagian tingkat tengah tu ada pulak batang kayu kecil yang sepatutnya dipasang pada bahagian bawah..... padahal sebelum tu dah berkira2 dah skru kat mana nak pasang, punat ni kat mana nak cucuk..... makanya, dibuka semula semua bahagian untuk perbetulkan susunan skru n kayu yang sepatutnya.....maklumlah, dah lama x pasang rak, dah lupa dah..... itu alasan Hubby bila dia terpaksa buat kerja 2 kali..... x per lah, janji siap pasang kan..... hihi



ahah, pintu gerbang Nilai 3 yang tersergam indah..... erm, indah ker..... hehe
dah banyak bangunan baru yang dibina kat kiri kanan jalan..... last2 berpandukan GPS, kami pergi ke simpang hujung sekali..... jalan2 pusing2 survey2 x dapat nak pastikan nak parking keeta kat mana sebab semua bangunan lebih kurang sama jerk kan..... lagipon x der tujuan khusus pon kami ke sini..... so ronda ronda ronda..... last2 aku cakap, berenti je lah kat mana2 yang sedap mata memandang.....



terus hubby stop kereta kat celah lorong ni..... kat pintu gerbang Gate 2.....



time ni my lil princess Aisha tido, so terpaksa kejutkan dia untuk jalan2..... bangun2 terus mintak bawa bekal biskut Tiger pemberian Mak Su..... keluar dari kereta, terus tuju ke bumbung biru tu, cari tempat redup sikit sebab panas yang amat time kami sampai tu.....




sebelum sampai kat bumbung biru tu, kami singgah kat kedai ni..... Khyber Maju Wholesale & Retail..... macam best jerk kan sebab orang x ramai tapi sentiasa jerk ada orang masuk kedai ni..... so kami pon follow lah.....



 kononnyer nak tengok2 jerk..... maklumlah gaji lagi 2 minggu kan..... aku tengok Hubby dah belek itu, belek ini, tanya itu, tanya ini, keluar masuk, keluar masuk..... aku dah macam x sedap ati..... macam gaya nak membeli jerk Hubby aku nieh..... duit dalam dompet xder lah tebal mana kan..... jangan ambek yang bukan2 udah lah.....




memang banyak pilihan kat kedai ni yang merambangkan mata kami..... tu belum sampai gudang atau kedai2 besar kat situ lagi ni kan..... isk3, bahaya tul.....
ha, anak panah ijau tu adalah my lil princess Aisha, dia sendiri pi duduk kat situ sambil tunggu Papa pilih2, dia makan biskut Tiger.....
aku aim cermin besar kat belakang tu, tapi rasanya x muat kut kereta yang kami beli..... harga dia bagi RM55 tapi boleh kurang lagi..... karpet purple kuning tu RM170 tapi boleh kurang lagi.....

last2 setelah keluar masuk keluar masuk kan, macam yang aku rasa Hubby ambik 1 karpet n berbargain dengan pekedai tu..... dari harga RM65 Hubby dapat best price yang kena dengan bajet kami.....




karpet tebal tempat sembayang dalam bilik kami n tikar getah kartun untuk bilik Aisha..... murah bagi kami dengan RM65 kami dapat 2 barang untuk kami n Aisha.....



 suka lah princess tu dapat tikar princess untuk bilik dia kan..... tikar barbie tu seb baik dia x nak, aku pon x berkenan sebab patung dia tu.....

 lepas keluar dari kedai ni, pi simpan barang dalam kereta, kami pon teruskan ke tujuan asal ke bumbung biru tadi tu..... dapat lah tudung Aisha 2 helai..... Hubby ingat nak cari porch bag, tapi xder yang berkenan..... aku dian je la sebab duit dalam dompet dah nipis..... dapat beli air je untuk hilangkan dahaga..... alhamdulillah



k, sekian

22 February 2011

*Shopping di Nilai 3 dengan Aisha*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
haha, ni cerita last saturday..... aku ngan kengkawan opis si Anom n Nizam telah ditugaskan untuk membeli barang2 keperluan untuk aktiviti sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung bermula 23 Feb - 8 Mac 2011, JEMPUT DATANG SEMUA KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR.....
'
hah, hari itu juga aku telah menggunakan kuasa veto untuk membawa my lil aisha ikut sekali untuk aktiviti shopping menyoping..... hehe, sebenarnya hubby ada kerja kat bengkel kereta untuk his 'orange', so aku ler yang kena jaga aisha n terpaksalah aisha ikut aku pi shopping merangkap kerja..... sehari suntuk kami dok shopping di Nilai 3, Negeri Sembilan nak mencari barang2 keperluan.....
'
so, x nak taip mukadimah panjang2..... biar gambar bercerita.....
'



aku, Aisha n Anom dok seat belakang n Aisha syiok jerk main sikat2 rambut aunty Anom..... aunty Anom pon layan jerk.. hehe

'
dalam perjalanan ke Rumpun Damai Nursery (RDN), Sungai Buloh, Selangor..... Sungai Buloh merupakan hub bagi pembekalan keperluan dan perkakasan nursery..... so boleh dapatkan pelbagai jenis pokok dan hiasan taman untuk pelbagai kegunaan..... boleh juga di sewa dengan kadar yang sangat2 berpatutan.....
'
'

Aisha n uncle Nizam sedang perhati kuda makan.....

'
setel tempah pokok hiasan untuk disewa, kami singgah sekejap di taman jagaan haiwan milik tuan punya RDN, Aisha sangat2 lah teruja tengok kuda2 kat dalam kandang tu, seb baik masa kami sampai tu waktu tengahari n time kuda tengah makan, kalu waktu petang, musti Aisha dah boleh naik kuda hari tu..... huhu
'
'

wah, aisha dah pandai posing..... sekarang ni pantang jerk aku kuarkan HP, musti dia dah stanby nak ambil gambar..... hehe best best.....
'
'

see, sekali lagi Aisha posing bila aku suruh bergambar..... masih lagi di taman jagaan haiwan milik RDN, Sungai Buluh.....

'
'
selain dari kuda n burung emu, kat situ ada ular, burung, itik n kambing..... lepas puas jamu mata tengok haiwan2 tu, selain menghirup bau2an yang ehem ehem..... kami teruskan perjalanan ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk cari tikar lampit Sarawak..... n alang2 dah ada kat sana, kami trus jerk beli barang2 keperluan lain kat kedai borong keperluan rumah..... 1 hari jugak la Aisha ikut kami shopping kat Nilai 3 tu..... sungguh puas hati walaupun penat.....
'
sampai opis dalam pukul 5 petang, hubby x setel lagi urusan kat kedai kereta, so aku tunggu je al hubby kat opis untuk pick up..... hah!! dah puas menunggu, hampir jam 10.00 malam baru hubby sampai..... huhu penatnya.....
'
dah lah penat berpanas kat nursery, then pi taman haiwan panas jugak, lepas tu shopping kat Nilai 3 pon berpanas lagi ler..... Aisha sempat juga la tidor 2 jam dok dalam kereta, seb baik ada aircond, lena tol Aisha tido lepas penat bershopping..... Alhamdulillah, my lil Aisha x meragam sikit pon, cuma kalu penat berjalan, dia akan minta dokong..... aku ler pulak yang penat..... huhu, but overall, that saturday is ok for our shopping time.....
'
k, sekian
'
'