salam,
aku sekarang dah ada doktor family sendiri..... tiap2 hari dia dok sibuk cari kesakitan orang..... doktor tu x lain x bukan adlaah Dr. Aisha..... hehe, asik ler tanya kat aku..... "mama takit ke?" "mama, mana takit?" "ni tenape mama, takit ke?"..... hoho, bila aku cakap x der pape, maka bear dia la yang jadi mangsa..... kena sumbat ubat, kena cek jantung, kena tampal handyplast, kena gunting kuku, kena x-ray n apa2 la yang sewaktu dengan kerja2 seorang doktor..... dan memang cita2 Aisha adalah untuk menjadi doktor.....
bila di tanya "Aisha nak jadi apa?"..... "Aita nak jadi tokte"..... hehe paham ke apa yang Aisha sebut tu..... paham kan..... cuma kau x pastu sama ada dia faham tak apa itu doktor, tapi setiap kali pi klinik dia dah tahu da mana satu doktor, n apa yang doktor buat....
setiap kali pi shopping kompleks, sibuk la anak dara aku tu nak cari mainan doktor set..... so, last trip kami ke Kelantan weekend ari tu kan kami ada pi Rantau Panjang, ingat nak jalan2 jerk..... rupa2 nya ada jugak yang kami grap di sana, memula hubby beli sweater dia, pehtu jersey dia, pastu aku cari la bantal angry bird untuk Aisha n last sekali Aisha ternampak la mainan nieh..... terus mintak aku beli.....
aku pulak cek2 dalam purse, ada lagi RM yang boleh digunakan (bajet cukup2 jerk bawak, takut terlebih belanja pulak kan, hehe) maka aku pon realisasikan la kehendak anak dara itu..... mainan apa.....
v
v
v
v
v
off course la mainan untuk seorang doktor kan..... tapi yang mini jerk..... hehe
ni isi dalam dia..... complete untuk jadi seorang doktor..... siap ada 'ear phone' (warna hijau belah kiri atas) untuk dengar degupan jantung baby dalam perut..... hikhik
Aisha with her Mini Medical Play Set
sedia untuk menjalankan tugas sebagai doktor.....
alhamdulillah, aku bersyukur coz Aisha suka sangat ngan mainan yang dibeli tu..... harap2 mainan tu kekal lama sikit coz mainan lain tu dalam 1 2 hari lepas beli, mula lah ntah kemana2 jerk menghilang, memanjang x cukup korum..... huhu, tapi setakat hari ini, peralatan doktor masih lagi di tempat asal coz setiap kali lepas dia rawat bear, aku suruh dia simpan balik dalam beg doktor dia..... nampaknya dia dengar kata..... seronok aku tengok dia..... hehe
setiap kali aku cakap "Aisha nak jadi doktor, kena school rajin2 tau, nanti boleh work jadi doktor"..... dia tunduk n angguk2 kepala tanda setuju..... moga apa yang dicita2 kan Aisha akan tercapai satu hari nanti..... Ameen
k, sekian