as salam,
sambungan entry semalam..... bukan sambungan pon tapi ada kaitan lah..... entry semalam pasal WW penimbang kan..... hihi
actually ni cerita last week hari Jumaat n Isnin lepas..... aku ni suka buat cerita yang dah lama berlalu kan..... x per, janji ada entry n berguna untuk aku ngan kengkawan lain yang memerlukan..... kan kan.....
okeh, ari Jumaat lepas aku pi klinik gigi kat rawang, sebab dah sehari sebelum tu gusi bengkak..... disebabkan tempat aku kerja ni xder panel untuk rawatan gigi maka aku yang ngengada ni pon pergi la ke klinik yang paling dekat dengan rumah iaitu Klinik Pergigian Rawang, satu bangunan dengan Klinik Kesihatan Rawang..... jalan kaki 10 minit dah sampai, tapi xder la aku jalan kaki kan, naik motor lah ngan my dear Hubby sebelum pi kerja pagi tu..... hehe
1st time ni pi klinik gigi sejak abes belajar kat UiTM, dulu masa kat UiTM rajin pi sebab ada kawan yang selalu pegi, aku pon terikut sekali..... lagi pon free kan..... dah kerja ni, ada masalah ni jerk baru terhegeh2 nak pi..... huhu
so dah sampai klinik, tercari2 jugak klinik gigi ni, lepas tanya kat misi yang jaga kaunter, rupanya dia kat tingkat atas bangunan Klinik Kesihatan Rawang..... so naik atas lah kami suami isteri..... sampai depan kaunter, tanya lah pakcik yang jaga kaunter tu camaner nak daftar, dia suruh masukkan IC kat dalam kotak yang ada tulis perkataan "BARU", then pi cari kerusi n duduk sementara tunggu nama di panggil.....
x lama lepas tu, nama kena panggil n kena bayar RM1.00 untuk pendaftaran..... duduk lagi sementara tunggu nama dipanggil untuk rawatan pulak..... x lama pon, dalam 5 minit nama aku dipanggil n masuklah dalam bilik rawatan..... ehem2, hemsem Dr. Abdullah tu..... hikhik
dia bertanya itu dan ini, aku pon jawab lah itu dan ini..... cerita apa masalah n jalan penyelesaian, sekejap jerk, then dia suruh tunggu kat luar untuk ambik slip ubat n time slip untuk bagi kat pejabat sebab masuk opis lewat..... eh yang time slip tu kena request yerk.....
dengan bayaran RM1.00 tadi, dapatlah ubat 2 jenis, satu ubat tahan sakit yang kuning turquoise tu n satu lagi ubat antibiotik yang grey purple tu..... cantik kaler ubat tu yerk so aku sayang nak makan..... kuang3 padahal takut makan ubat..... huhu oh ye, doktor suruh datang ari isnin untuk cabut gigi..... huhu seriau aku dengar.....
owh, ambek ubat kat tingkat bawah, ada farmasi di situ.....
![]() |
ruang menunggu farmasi di Klinik Kesihatan Rawang yang hujung sana nuun rawatan untuk ibu mengandung |
isninnya aku siap2 ambek cuti (sebab cuti lah boleh ambil gambar dalam entry semalam tu)..... pegi lah sekali lagi ke Klinik Pergigian Rawang..... kali ni x payah tercari2 dah, terus jerk naik tingkat atas n pi kaunter, tanya kat misi yang jaga kaunter tu, macamana nak dapat rawatan sebab ritu dah datang kan..... tekan butang ambek no n drop IC kan kotak "ULANGAN"..... tunggu jerk nombor dipanggil..... kali ni lama jugak sebab patient ramai sangat..... sebelum tu kena bayar RM1.00 untuk daftar yerk.....
dalam 20 minit macam tu, nama aku pon dipanggil, masuk bilik rawatan, owh doktor pompuan kali ni, x tau sapa nama dia tapi sweet jerk (hoho, doktor lelaki ko tau nama, doktor pompuan x tau yerk.. dush)..... tenang sikit jiwa raga aku tengok doktor yang sweet tu walau cuma nampak mata jerk..... hihi, lepas dia cek2 apa2 yang patut, tanya itu tanya ini, bersoal jawab pasal gigi..... then dia suruh aku buat keputusan samada nak cabut ke nak tampal jerk..... lah pulak..... ari tu Dr Abdullah suruh cabut, ni suruh pilih nak cabut ke nak tampal jerk..... so lepas berdiskusi dengan doktor tu n tanya dia mana yang the best, dia pon suggest tampal je dulu, kalu sakit lagi, nanti baru datang lagi untuk cabut..... huhu
dalam 10 minit gitu, siap dah urusan aku kat sini, alhamdulillah..... eh ke x sampai 10 minit sebab rasa kejap jer, doktor tu pon sambil buat keje sambil cerita2, tup2 dia cakap dah siap..... padahal aku paling takut dengan tampal gigi sebab bunyi mesin dia yang nginggg3 tu kan, ngilu bila dengar.....
then doktor bagi kad merah (kad rekod), bukan kad pink untuk ibu2 mengandung yerk..... hihi, kad tu bagi kat kaunter semula n kena bayar RM2.00 untuk kos rawatan.....
total hari tu kena bayar RM3.00 untuk daftar n rawatan tampal gigi, kalu cabut gigi sama jugak kut kos dia yerk..... kalau bukan warganegara kena bayar RM20.00 untuk rawatan..... tapi still murah lagi kalau nak banding dengan klinik gigi swasta kan..... dah google dah kos2 rawatan gigi ni kat tenet..... ada yang cabut gigi sahaja RM600.00 kalu kat klinik swasta, padahal kalu sakit sama jerk rasa dia kan, cuma klinik kerajaan ni x buka pada hujung minggu.....
so, terserahlah ikut pilihan masing2 kan.....
k, sekian