^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label institut kraf negara. Show all posts
Showing posts with label institut kraf negara. Show all posts

21 May 2013

*my dear Hubby ~ pembaca doa di majlis menyambut menantu*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

last Saturday, my dear Hubby dijemput eh bukan di minta tolong oleh rakan sekerja untuk mengetuai bacaan doa sempena majlis kahwin beliau di ibu negara..... ecewah, istilah baeeekkk punya..... hehe

so, berpergian lah kami ke dewan tempat majlis berlangsung seawal 1 petang (pengantin sampai jam 2 petang)..... selesai tugas yang diamanahkan, kami makan apa yang ada, then minta izin balik umah sebab Hubby x berapa nak sihat sangat time tu..... so dalam 2.30 petang kut, kami balik.....

jom layan gambar.....




my dear Hubby sedang baca doa selamat untuk mempelai.....
gambar harus kecil yer, sebab bila besar jadi blur..... maklum, ambil pic guna HP jerk n dah zoom semaksima yang ada untuk snap..... huhu

 


pengantin yang dirai.....

selamat pengantin baharu buat pasangan
Yus Faizal (rakan sekerja) & Syamiza
semoga kekal ke akhir hayat
 
cantik konsep kaler yang dipilih..... KELABU + JINGGA

 


menu adalah nasi beriani dengan ayam masak hapentah yang sangat sedap aku rasa.....
oho, ni pinggan Hubby, sikit jerk nasinya maklum x sihat, aku punya malu nak snap sebab tinggi menggunung, penuh keliling..... haha
tapi aku makan kongsi ngan Aisha tau, bukan makan sorang..... hehe

 


souvenir untuk my dear Hubby dalam beg songket..... ada surah Yasin, bahulu besar, bahulu kecil (dalam kotak) dan air mineral.....
aku dapat bahulu kecil yang dalam kotak tu jerk, n Aisha dapat jajan dalam pack paperbag.....
 



 last but not least.....
pembaca doa bersama isteri dan anak beliau.....
muahaha, baju x sedondon sebab Hubby nyer baju disponsor oleh pengantin.....
aku mintak jugak, tapi x dapat lorrr, kalu x dah boleh buat baju raya kan..... huhu

k, sekian


12 September 2012

*Alahmdulillah, kami selamat dari kejadian yang tidak diingini*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~subhanallah, alhamdulillah, lailahaillaallah, allahuakbar~

bersyukur kepada mu ya Allah tiada apa yang berlaku pada kami bertiga semalam.....

kejadian berlaku petang semalam balik dari kerja bertempat di jalan besar berdekatan Institut Kraf Negara, Templer, Rawang..... kami sekarang ni bertiga naik motor pi n balik kerja..... semalam, hubby bawak motor (Aisha kat tengah tidur n aku dok belakang sekali)..... hubby bawak motor macam biasa, motor LC jerk pun xder la laju mana pon..... dah sampai ke luar line jalan dah pon, kiranya hubby drive kat devider jalan la kan..... tetiba ada satu kereta Iswara lama, kaler biru dipandu seorang lelaki berbangsa India bersama isteri dan anak lelaki telah nyalakan lampu isyarat sebelah kiri n terus jerk nak masuk ke devider jalan yang sedang kami lalui.....

time tu jarak antara motor kami n kereta tu x sampai 2 meter pon..... so hubby n aku terkejut..... trus hubby cuba nak break, kereta tu terus jerk masuk ke jalan divider yang kami lalu tu..... terkena jugak lutut aku kat bonet kereta tu..... hubby dah mengempo2 terdorong ke kiri bawak motor, ke kiri ke kanan sampai ke tanah lah motor kami..... Aisha pon terkejut coz hubby break kuat sangat n cuba nak kontrol motor biar x jatuh..... seb baik masa hubby terdorong ke kiri tu xder penghadang jalan besi kat area tu n x masuk ke longkang sedalam 1/2 meter tu..... kalau x, aku x dapat bayangkan apa yang akan berlaku..... thanx hubby coz jadi hero kami.....

so, bila dah sedar yang ada motor kat belakang kereta, India tu terus perlahankan kereta dia n berhenti agak depan sikit..... time ni hubby dah boleh kontrol motor n boleh jalan straight terus ke depan kereta yang berhenti tu n stop.....

aku takut hubby turun motor n cuba nak serang India tu, tapi awal2 lagi aku dah ingat kan (since kami xder ape2 kan)..... aku ingatkan hubby supaya jangan marah2 n tanya elok2 apa yang India tu cuba lakukan..... so hubby yang agak marah jugak time tu dah cool down sikit n tanya apa berlaku..... India tu mintak maaf bebanyak kat kami n bagitau yang wayar dia sangkut, wayar apa aku x pasti tapi dia cakap, bila dia tekan minyak kereta terus jalan laju walau dia tekan sikit jerk, bila nak tekan break macam x makan..... hurm, hubby macam boleh terima alasan tu n maaf kan, bagitau kat India tu supaya hati2 bawak kereta, ingat "saya ada anak kecik, u pon ada anak kecik"..... India tu angguk2 kepala n mintak maaf lagi..... 

so lepas salam2, hubby pon gerakkan motor n kami balik rumah..... berderau jugak darah ni dalam perjalanan nak sampai ke rumah..... n Alhamdulillah kami selamat sampai..... Aisha sampai ke rumah terus x jadi tidur, siap kami singgah Taska Aida untuk dapatkan maklumat lanjut untuk school Aisha tahun depan.....

inilah pengalaman yang paling ngeri dalam hidup aku rasa sejak aku berkahwin n naik motor..... kalu dulu, masa bujang keje kat Johor, setakat langgar tiang kat Carrefore pasa parking kereta tu aku dah agak biasa..... tapi naik motor ni la aku rasa paling ngeri dengan ada Aisha lagik..... moga dijauhkan dari perkara sebegini pada masa akan datang..... Amneen

k, sekian


06 March 2012

*Hari Suka Suka Sabtu*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam selasa,

erm, mood hari ni ok sikit ker nak buat kerja?.....
hehe

aktiviti last saturday.....
opis aku ada buat Program Pemukiman Melalui Aktiviti Riadah yang melibatkan opis Ibu Pejabat, Institut Kraf Negara dan anak syarikat Kraf Holding.....
lokasi terjadinya aktiviti ini adalah di Institut Kraf Negara, Rawang dari pagi jam 7.30 sampai jam 3.00 petang.....
aktiviti mula dengan senamrobik..... lepas tu ada sukan then ada sukaneka..... sambil2 tu ada jugak cabutan nombor bertuah.....
kali ni nombor aku xder ONG kim swee lah..... 
huhu

korek punya korek dalam camera BB.....
rupanya ada la 2 3 ketul pic yang aku snap.....
so, jom layan pic sambil aku bercerita.....


 kak intan, ana, tia

minah pom pom dari group ping.....
group aku ler tu...
hehe
diantara game yang ada hari tu adalah.....
volley ball, ping pong, badminton, dart dan carom selain daripada sukaneka.....
aku?.....
masuk volley ball yang tersingkir pada peringkat akhir saringan.....
muahaha


 shada, lylie, iza (duduk sebelah kiri belakang)

group orange sedang bersedia untuk memulakan game ping pong.....
ada insiden tidak diingini berlaku.....
si iza (duduk sebelah kiri belakang) telah tercedera di bahagian tangan semasa perlawanan volley ball berlangsung.....
semoga dia cepat sembuh dari kecederaan tersebut.....


 opsss..... pemain dart tak dijemput.....
 hehe


ofkos lah my lil Aisha


tengok orang main volley ball, dia nak main volley ball.....
tengok orang main ping pong, dia nak main ping pong.....
tengok orang main badminton, dia nak main badminton.....
tengok orang main dart, dia nak main dart.....
kesudahannya, aku bagi jugak dia merasa baling dart kat papan tu.....
bawah papan dart ada meja (untuk elak dari mata dart jatuh atas simen lantai), so aku dirikan dia atas meja tu.....
pinjam dart si Andy..... dan..... baling!!!!!.....
hehe

ada harapan x nak jadi ahli sukan dah besar nanti.....
erm, kalu boleh sukan indoor jerk la yerk, coz sebab ari sabtu ari tu, habis terbakar muka, tangan aku ngan Aisha.....
nak kena sapu fair & lovely dan fair & lovely la pulak nieh.....
hehe

k, sekian