^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label homework. Show all posts
Showing posts with label homework. Show all posts

14 April 2014

ceritera Tadika Sri Terentang #2

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 hihi, seronok sekarang melayan Aisha bercerita..... asik le mulut tu nak bercakap, sampai kadang2 kami terpaksa suruh dia diam kejap sebab kami nak berdiskusi pasal sesuatu..... x kiralah kat rumah, dalam kereta, kat taman atau kat kedai makan, mulut dia sentiasa nak bercakap. kadang2 kat rumah tu, tengok cartoon yang xder suara (contoh canimal @ tom&jerry) kat HP aku pon dia boleh buat dialog sendiri..... kadang aku layankan aje, tapi kalu asek bercakap jerk, keluarlah soalan dari mulut aku "Aisha x penat ke?", nanti dia tanya "kenapa Mama?"..... haha, aku soal balik "ye la, asek bercakap jer, Aisha x penat ke mulut tu?"..... "ooo ye ke, ye lah, saya diam".....

hihi, tapi dia punya diam sekejap jerk, nanti dia nampak benda2 atau khusyuk tengok cerita atau dah terlupa conversation tadi, dia mula bercakap balik..... hadoi anak..... layankan je lah

berkaitan perkembangan tadika pulak..... alhamdulillah, dah banyak yang dia belajar, selain pelajaran akedemik, ada jugak pelajaran sosial, moral yang diterapkan kat tadika tu..... yang lain tu x kisah, tapi yang aku nak share kat sini adalah penulisan Aisha.....

terbalik
Aisha adalah anak yang menggunakan tangan kiri untuk membuat sesuatu, dalam erti kata lain 'kidal' a.k.a left handed..... so yang aku perasan, bukan sahaja dia menulis kidal, tapi ada beberapa huruf yang dia akan tulis terbalik..... contoh macam kat bawah:-



 huruf 'P' terbalik


nombor '7' dan '9' terbalik

ada lagi beberapa huruf yang terbalik.....
kadang2 ejaan pon dia baca terbalik, contoh perkataan GAYA, dia akan eja Y.A. dulu then baru eja G.A...... dah terbalik lah bunyinye kan..... so sekarang, aku kat rumah kena rajinkan diri untuk latih dia menulis n mengeja..... dan satu lagi yang perlu aku peratikan adalah masa makan n beristinjak..... kadang2 dia ada jerk tertukar guna tangan kiri jadi kanan, tangan kanan jadi kiri..... 

harap2 lama2 nanti akan normal semula la penggunaan tangan Aisha untuk makan n beristinjak tu kan.....

 sedikit fakta berkaitan orang kidal:



star n smiley face
ha, zaman berubah, cikgu pon dah moden..... 1st time ni aku tengok cikgu tanda buku sekolah then lekat sticker 'smiley face' sebagai pengganti kepada 'star' bagi pelajar yang mendapat semua jawapan betul..... hihi


hihi, macam comel je kan 'smiley face' tu n lebih attractive kepada kanak2 n ofkos lebih mudah kut pada cikgu dari nak buat corak star..... tapi kat tadika ni, kedua2 tanda tu digunakan oleh cikgu selain dari tanda 'A' atau 'A+' untuk work oleh pelajar..... apa2 pon, yang penting kanak2 dapat pengiktirafan dari kerja yang dorang lakukan.....

 
 tulisan cina
ha, hari tu cerita pasal bahasa cina, rini pasal tulisan pulak..... susah juga nak mengajar anak menulis bahasa yang bukan dalam bidang kita..... kalu setakat english, jawi tu boleh la aku gagahkan..... ini bahasa n tulisan cina, huhu sian kat Aisha, kalu dia tanya kat aku apa2 berkaitan bahasa cina, aku suruh dia tanya kat laushi dia kat sekolah..... sorry la sayang, x dapat mak nak nolong nak oiii.....

tapi setakat ni, laushi dia x derlah straight sangat time mengajar kut, sebab aku tengok buku bahasa cina dia semua diberi markah yang baik2 jerk.....


 see, salah sikit dapat 'A'..... salah banyak dapat star..... x pe lah, belajar sikit2..... aku mengharapkan yang pembelajaran bahasa cina akan berterusan di sekolah rendah tahun depan, tapi x pasti lagi ada ke x bahasa tu kat sekolah yang kami pilih sebab sekolah kebangsaan kan, bukan sekolah cina, kalu ada as a additional subject pon dah ok kan..... kalau xder pon x pelah..... janji Aisha nak belajar.....

sekarang ni tengah kemaruk ngan Frozen, tiap2 hari akan buka video Frozen samada kat tv atau kat HP, then nyanyi sambil buat gaya Queen Elsa masa menyanyi tu, siap ambil gebor (selimut) ikat kat leher, aku la jadi mangsa tolong ikatkan..... hihi

k, sekian
 

18 March 2014

ceritera Tadika Sri Terentang #1

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


hurm, sekali sekala jerk aku update sekarang ni..... bukan xder mood, tapi x der bende nak share..... dah sibuk kat opis ni, xder la jalan, xder jalan2 maka xder apa nak diceritakan..... hihi

 so, time2 xder cerita ni, meh la aku coretkan kisah2 Aisha pasal sekolah tadika dia.....


Homework
hurm, setiap kali balik dari taska di petang hari aku akan tanya pada Aisha....
"Aisha, ada homework x hari ni"
dan dengan selamba dia akan balas.....
"entahla Mama, cuba Mama tengok"
huhu, aku pulak yang disuruh tengok..... ok lah Nak, Mama tengok.....

kekadang, balik je dari Taska, time mood dia baik, terus je dia bagitau.....
"Mama, hari ni ada 2 buku"
ha, 2 buku tu maknanya ada 2 buku untuk di buat homework..... 




 Bahasa Cina
ha, aku ada bagitau ujung taun lepas kut kan..... yang kat tadika Aisha ni ada belajar Bahasa Cina.....
setakat ni Aisha dah boleh sebut beberapa perkataan dalam bahasa Cina.....
contoh nombor..... dari nombor 1 - 8 dia dah boleh sebut..... (huh, aku pon boleh sebut nombor tu dalam bahasa cina, hihi)
keluarga pon dia dah boleh sebut..... nenek, atuk, mak, ayah, abang, adik lelaki.....
tapi dia lebih kepada menghafal sebutan daripada membaca perkataan..... sebab bila aku tunjuk perkataan yang ada dalam buku, dia x tau nak sebut, tapi bila aku tanya "atuk dalam bahasa Cina apa?"
"ye' ye"..... "adik perempuan dalam bahasa Cina apa?"
"me'i mei"
ok, so kalau ada homework bahasa cian yang di bawa balik, setel buat homework aku akan tanya dia perkataan2 yang di buat dalam buku..... walau aku x tau, tapi kena tahu jugak.....
mana yang ada translation je la aku akan ajar..... selain dari tu, aku mintak dia tanya kat Lousen (cikgu) dia..... ntah apa sebutan yang betul ekk, setiap kali aku sebut Lousen tu, mesti Aisha betulkan..... aku rasa same jerk apa yang aku sebut dengan yang dia sebut tu..... huhu sedey


Logo Halal
ha, lagi cerita pasal logo halal..... siri yang dulu dah ada dah cerita ni, ni ada lagi.....
 setiap kali pi supermarket, especially kat area makanan, Aisha akan pesan kat aku..... "Mama, yang ni ader logo halal, boleh beli" aku iyakan ajer.....
"Mama, tengok ni, logo halal besar" sambil tunjuk logo halal kat pack cereal.....
"Mama, cikgu pesan, kalau x der logo halal, x boleh makan kan Mama"..... hurm, bagus anak Mama, apa yang cikgu pesan, semua dia ikut..... tapi kalu aku yang pesan, erk, sikit2 la dia nak ikut..... kena cakap "cikgu yang bagitau" baru dia nak percaya.....
anak oh anak.....

hurm, x per lah..... harap2 banyak lagi ilmu yang Aisha akan timba kat Tadika tu sebelum ke sekolah rendah tahun depan.....

k, sekian

#doauntukMH370
 "Ya Allah, sesungguhnya engkau maha berkuasa, kami memohon jika MH370 masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah pencarian kami, hanya kepadamu kami memohon pertolongan.
Amiin yarabbal al-amin"

05 June 2013

*wordless wednesday ~ perubahan perlu dilakukan*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,





pic dr intagram sbb pic ori still x bleh nak transfer dr HP..... itulah cara my lil princess buat homework kalu kat umah..... sian kan.....

dok atas lantai, letak kusyen atau bantal, then ambil buku untuk buat homework..... meja tulis untuk kanak2 ada (yg ada ABC atau gambar2 tu kan), tapi dia x nak guna, so papa dah buat letak set radio dia kat tingkat atas.....

tapi perubahan perlu dilakukan, x kan selamanya nak macam tu kan..... demi pembelajaran yang lebih selesa, kami, lebih kepada my dear Hubby sebenarnya (sebab dia yg kuar kos, hehe) dah sediakan bilik untuk princess (kata ganti nama baru untuk Aisha) siap dengan meja tulis..... moga dia dapat belajar dengan selesa..... tapi kerusi x der lagi..... huhu

opsssss, pic bilik princess xder yerk, sebab masalah macam yang aku cerita kat atas tu..... sorry yerk kengkawan..... nanti bila dah boleh transfer pic karang, aku share kat sini yerk..... inshaa Allah

k, sekian


pssst : WW yang x berapa menjadi..... huhu
pssst 1 : jap lg dah siap keje utk ari ni, nak jenjalan umah kengkawan.....
pssst 2 : alhamdulillah, Nuffnang ingat lagi kat blog ni, ada CPUV baru start 3 jun ritu..... tq Allah