as salam,
ini adalah sebagai peringatan pada diri ini di masa akan datang.....
di sebabkan sibuk dengan pilihanraya kerja-kerja di hujung n awal bulan ritu, maka aku terlupa untuk perbaharui lesen kenderaan yang sepatutnya tamat pada tarikh lahir aku 4 Mei hari tu..... hari Jumaat memang x sempat nak keluar, hari Sabtu (4 Mei) adalah hari kami balik kampung untuk mengundi, perjalanan ambil masa 6 jam KL - Kuantan (Hubby drive)..... hajat nak ke Pejabat Pos di sana, disebabkan letih, terus terlupa. lagipon pos office kalu buka pon, hanya setengah hari je kan.....
hari Ahad adalah hari mengundi, selesai sebelah Hubby, jam 11.00 pagi gerak balik ke Kota Tinggi Johor pulak, nak kejar part aku mengundi.....
dengan lesen dah tamat tempoh, aku cekalkan hati bawa kereta sebab Hubby dah tersangat letih drive dari KL-Kuantan (malam Jumaat) pusing balik umah, drive KL-Kuantan again (pagi Sabtu), then pagi Ahad beratur seawal jam 7.30 pagi untuk mengundi.....
jadi sebagai isteri yang prihatin, aku kena ringankan keletihan Hubby drive..... tapi x jauh pon, dari Pekan ke bandar Mersing jerk..... lepas Hubby dah lege dari keletihan dia sambung drive semula..... erm, takut jugak kut2 lah ada polis tahan, tapi alhamdulillah, sume selamat.....
hari Isnin tu Hubby drive lagi dari KT-Rawang.....
isk, panjang jugak mukadimah nak sampai ke cerita sebenar yerk..... huhu, ok balik pada tajuk.....
hajat nak renew hari Selasa ritu, tapi kebanyakkan Pejabat Pos yang Hubby pi offline pulak..... so x boleh nak renew..... hari Rabu aku ingatkan Hubby untuk pi sekali lagi untuk renew lesen..... yelah, hari Jumaat Hubby outstation, so aku kena drive sendiri pi balik keje, xkan nak bawa kereta tanpa lesen kan..... takut lorrrrr
dan hari Rabu, dapat dah aku lesen baru.....
oho ini lesen lama yang dah tamat tempoh.....
see, tarikh tamat adalah 04.05.2013 tapi sedebabkan aku renew lewat 4 hari iaitu pada 08.05.2013, maka aku kena bayar lebih..... biasa kalu nak renew lesen aku kena RM30 + RM2.....
tapi kali ni aku kena double charge.....
oho, bukan kena bayar denda lewat, tapi aku kena renew untuk 2 tahun terus sebab lewat dari tarikh lahir..... so bayaran dikenakan adalah untuk 2 tahun la kan.....
lesen baru
see, tempoh 08.05.2013 - 04.05.2015.....
bayar RM30 x 2 tahun + RM2 kos perkhidmatan.....
ada jugak kos perkhidmatan, hehe
maka lagi 2 tahun lah aku akan renew lesen semula..... harap2 aku x lupa untuk perbaharui lesen sebelum tarikh birthday, kalu x kena 2 tahun lagi la jawabnya.....
erm, ok jerk sebenarnya, tapi takut lupa, huhu
k, sekian
update : untuk pengetahuan, bukan lah kena bayar lebih tu untuk denda, tapikena bayar lebih sebab kena renew untuk 2 tahun..... jadi sepatutunya bayar RM30 (untuk setahun) jadi kena bayar RM60 (untuk 2 tahun)..... kira bayar lebih la kan..... sorry lah pada yang mungkin tersilap fahaman ngan statement aku dalam entry ni yerk.....

