^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label anak bijak. Show all posts
Showing posts with label anak bijak. Show all posts

08 June 2012

*FREE diaper*

19 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

~ini bukan entry nak bagi diaper free yerk..... hehe~

pada usia 3 tahun 5 bulan, my lil Aisha dah hampir free diaper.... .kalau di siang hari, memang dia dah x pakai langsung, tapi kalau nak tidur, aku akan pakaikan jugak..... nak jalan jauh pon aku pakaikan jugak..... coz style Aisha ni kalau dah nak betul2 buang air, baru dia cakap..... takut karang x sempat nak berenti kat toilet, dah basah suar atau kain dia..... huhu naya 



pic masa kat Awana Genting Highland last visit

mungkin agak lewat kan, kanak2 lain 2 3 tahun dah free..... tapi ini jerk yang mampu aku buat..... biar pelan2 janji akhirnya nanti Aisha akan free terus dari pakai diaper.... bukan nak salahkan sesiapa, aku bekerja, so Aisha aku hantar ke rumah pengasuh sejak dari lepas pantang lagi..... usia aisha masuk 3 tahun aku hantar ke taska lepas pengasuh dia nak balik kampung..... kalau kat rumah pengasuh memang Aisha x didedahkan dengan cara2 nak free diaper ni, malah nak belajar ABC n bercakap pon tunggu hujung minggu atau hari cuti aku yang ajar..... kengkawan opis pon perasan yang sejak Aisha masuk taska taun lepas, baru lah dia becok n berani nak bercakap, kalau x sebelum ni, dia macam takut2 jerknak bercakap n bergaul dengan orang lain..... alhamdulillah, ada perkembangan di situ

bab diaper pulak, kat taska yang Aisha dok sekarang ni memang ada dalam schedule, tapi aku x tahu la diaorang ajar camaner kan..... aku x harap sangat la orang lain yang ajar sungguh2 kat anak sendiri.....

jadi, sejak Aisha usia 2 tahun, aku slow2 ajar Aisha untuk free diaper, bajet nak free masa umur dia 3 tahun..... tapi dah terlajak la pulak sekarang ni kan..... huhu tapi harapkan aku ajar, tunggu hujung minggu je la kan..... sekarang ni apa yang aku buat..... seboleh2nya setiap pagi aku akan kejut Aisha sebelum pi school n mandi..... lepas mandi aku pakaikan baju n suar tanpa diaper n trus antar dia pi school..... tapi aku bekalkan jugak diaper kat dalam beg dia.....

bila balik dari school, cikgu tetap pakaikan diaper kat Aisha lepas mandi..... aku try tanya cikgu dia, "Aisha x pakai diaper..... ok x dia kat sekolah"..... cikgu dia kata Aisha ok jerk..... maka aku pesan kat cikgu tu kalau boleh nak biar jerk Aisha tanpa diaper kan, kecuali waktu tidur..... takut dia x dapat menahan pulak..... hehe

harap2 cepatlah Aisha full free diaper, bajet dalam 1 2 bulan ni dah ok..... ringan sikit beban kami x perlu beli diaper setiap bulan kan..... moga perjalanan kami dipermudahkan..... ameen


k, sekian

p/s : entry ini ditaip adalah untuk rekod aku tentang perkembangan my lil Aisha..... no heart feeling yerk.....
 

27 February 2012

*Baby Baru*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm, dah lunch ke kengkawan?.....
Alhamdulillah, aku lunch dengan baki makanan pagi tadi jerk.....
cekodok beli rm2 ada lagi, so dengan badan yang masih penat n sakit lepas berkursus 3 hari (habis semalam).....
ditambah dengan kemalasan yang melampau.....
maka aku makan apa yang ada depan mata jerk.....
hehe
gambar kursus, nanti aku share erk.....





sekarang layan gambar ni jap.....

Alhamdulillah,
semalam keluarga aku telah selamat dikurniakan baby baru.....
upss bukan baby aku.....
tapi baby akak aku.....
baby yang kedua.....
nama x letak lagi.....

so aku nak ucapkan

TAHNIAH!!!!!

buat Pn Manizawati (Mak Uda Aisha) dan En Shafie (Pak Uda Aisha)
dengan kelahiran anak kedua mereka iaitu.....
baby PINK
pada 26 Februari 2012 (lebih kurang jam 3 petang di Hospital Kulai)

Tahniah juga buat Mak n Abah kerana bertambah cucu ke-8 buat masa ini.....
seronoknye ada baby kecik.....

tapi.....
sorry sesangat kami x dapat balik melawat baby baru buat masa ini.....
insyaallah bulan 4 nanti kami pulang untuk meraikan yerk.....
(erm, boleh pinjam baby untuk buat baby photoshoot plak..hehe)
semoga kalian semua sihat2 hendaknya.....

k, sekian

boleh jugak baca info kat SINI



14 November 2011

*Apa?.......... Tandai Mama*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Di suatu hari tanpa penetapan tarikh.....


**********
Situasi 1
Waktu pagi si Mama sedang make-up

Aisha : Mama..... Apa? 
sambil tangan mengambil eye shadow dari dalam beg make-up aku.
Mama : Apa tu Aisha?.....
Aisha : Apa Mama?
Mama : Eye shadow
Aisha : Apa?
Mama : Eye shadow..... eye shadow.....
Aisha : Ooo... teydo..... tandai Mama (pandai Mama)


**********
Situasi 2
Balik dari Taska naik motorsikal

Aisha : Mama..... tu
sambil tangan menunjuk ke arah sekolah rendah di sebelah kanan kami.
Mama : Apa Aisha?
Aisha : Tu.....
Mama :Ooo school..... sekolah, school
Aisha : Tskool..... tandai Mama (pandai Mama)


**********

Situasi 3
Dalam kereta on da way ke Tesco untuk shopping barang dapur


Aisha : Mama..... 
panggil dengan lembut sambil tangan menunjukkan ke arah atas luar tingkap kereta.
Mama : Saya
Aisha : Tu..... apa?
Mama : Apa dia tu?

Aisha : Tu.....
Mama : Pokok
Aisha : Butan... (bukan)
Mama : Rumah... house
Aisha : Butan...
Mama : Bukit...
Aisha : Butan...
Papa : Gunung
tetiba papa menyampuk.
Aisha : Apa Mama?...
Mama : Gunung...
Aisha : Ooo tunung..... tandai Mama (pandai Mama)



**********
Situasi 4
Di rumah sambil tengok cerita animasi Upin Ipin

Aisha : Mama Upin..... Papa Upin
Mama & Papa : Ya..... Upin
Aisha : Mama..... me
sambil tangan menunjuk ke arah tv.
Mama : Apa, Aisha nak mee
Aisha : Butan... me
Mama : Owh..... Mei Mei
Aisha : Ha, me me..... tandai Mama (pandai Mama)

p/s: pada usia hampir 3 tahun, setiap apa yang diperkatakan oleh Mama & Papa, Aisha cepat mengikut.
biarlah orang kata Aisha lambat cakap, tapi Mama & Papa senang dengan perkembangan Aisha sekarang.



k, sekian

# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

04 August 2011

*Tanda Anak Bijak*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Bismillah,

Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka . Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja. Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :
  • Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.
  • Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.
  • Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?
  • Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain
  • Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."
  • Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat.
  • Sikap buruk - nobody is perfect but somebody is prefect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.
Peranan ibubapa
  • Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari
  • Sabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang- nak-dibuat- main. Jangan jadi Tarzan macam saya
  • Beri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.