Pages

31 December 2013

*Happy 8th Anniversary MyDEAR*


assalamualaikum,



 pada jam ini, 10.00 pagi, 8 tahun yang lalu, selamatlah kami disahkan sebagai suami isteri
ALHAMDULILLAH
hari ini, genap 8 tahun kami melayari hidup bersama
dengan kehadiran seorang cahaya mata
walau kadangkala diselangi onak duri, suka duka, ceria air mata
namun SAYANG tetap sayang DEAR
semoga kebahagiaan yang dikecapi kini sentisa mengiringi kita hingga ke syurga
dan
semoga kita akan terus mencari keredhaan Allah dan diberkati selalu dengan anak-anak yang soleh dan solehah
Amin


k, sekian


pssst : erm, agak2 ada surprise x dari MyDear yer.....
macam tahun2 lepas, erk..... verangan je lahhhhh.....
hihi


30 December 2013

*keputusan akhir Aisha, tadika 5 tahun*


assalamualaikum,


erm, lama dah dapat bende ni..... awal bulan Nov dah dapat..... tapi nak cerita x tercerita.....
ni ha, keputusan final exam Aisha untuk tadika 5 tahun di Tadika Aida.....




Alhamdulillah, walaupun ada yang naik n ada yang turun dari result pertengahan tahun..... Mama bangga dengan Aisha..... cuma subject English tu kena usaha lebih sikit..... ke Mama nak kena cakap omputih kat umah ni..... hihi
untuk hujung tahun ada pertambahan subject iaitu Agama Islam..... total markah, ada peningkatan di situ.....
 harap dapat teruskan untuk tadika 6 tahun pulak nanti ye sayang.....




hadiah buku cerita dari teacher..... dah habis pon Aisha baca, tapi Mama yang tolong ejakan kat sebelah..... hehe

sekarang ni dalam proses menggalakkan Aisha membaca, salah satu cara yang agak berkesan adalah dengan main cikgu2 dengan dia.....
tapi
bukan aku yang jadi cikgu.....
Aisha jadi cikgu, aku jadi anak murid.....
so, dengan cara itu, anak murid (aku) akan sentiasa bertanya pada cikgu, "cikgu, ni tulis apa cikgu?"
then Aisha pon akan mengeja n membaca perkataan tersebut untuk anak murid dia ni..... "b.. e.. n.. ben.. t.. u.. k.. tuk..... bentuk"
lepas tu anak murid tanya lagi, "cikgu, yang ni apa cikgu?"
Aisha jawab lagi apa perkataan yang aku tunjuk tu..... "b.. i.. s.. bis.. k.. u.. t.. kut.. biskut"
semua perkataan akan aku tanya seolah2 anak murid ini x tahu apa2.....

dengan cara ini, walau perkataan tu pada asalnya dia akan cakap "yang ni saya x tahu eja", tapi dia akan berusaha untuk mengeja n membaca sampai dapat..... ye lah, dah jadi cikgu, kena lah jawab kalau anak murid bertanya kan.....
hehe, sejak dari itu, kalau Aisha ajak main cikgu2, aku layankan aje..... janji dia nak belajar.....

k, sekian

27 December 2013

*CPUV ke-22 & ke-23 - 2013*


assalamualaikum,


erm, x tau nak cerita apa di hari Jumaat yang penuh berkat ni di hujung bulan..... sebenarnyadalam kepada ni dok pikir camner la Aisha nak ke tadika baru tahun depan..... lagi seminggu jerk nak mula sekolah kan..... harap2 dia boleh terima suasana baru nanti.....

 erm..... nak update pasal CPUV Nuffnang lah..... dah lama x cerita kan..... hihi ada lah dapat CPUV on going bulan ni..... alhamdulillah.....



 
hurm, ayat biasa aku.....
"bila lah muncul si "Thor 2 GSC Partnership" tu yerk, tetiba dah credit".....
hehe, yang tengah on going sekarang adalah "INTI Cysle 1 Degree Exten..." menjadikan CPUV kat blog ni untuk tahun ni ada 23 kesemuanya.....

erm, perasan x CPUV "Q3 Prepaid Roaming" tu..... ritu kan angka dia x berganjak2 kan..... ni dah naik sikit..... hihi macam malu2 jerk dia nak gerak..... tapi dah gerak tu ok lah kan.....

apa2 pon, moga rezeki dari Allah melalui Nuffnang ni akan berterusan..... untuk tabungan di masa hadapan, mana tau dapat pi rehat2 kan minda lagi tahun depan ngan family macam tahun ni..... amin

k, sekian

26 December 2013

*Aisha's 5th birthday celebration*


assalamualaikum,

 bersamaan 23 Disember 2013 yang lepas, maka genaplah my little princess Aisha 5 tahun..... alhamdulillah, kami di beri kesempatan untuk menjaga Aisha sehingga ke hari ini.....

balik keje petang tu, masa ambil Aisha dari taska, dia dah keluarkan dialog "Mama, Mama bawa kek untuk saya tak?", gulp..... telan ailio kejap aku.....
dengan penuh kasih sayang, aku cakap kat dia..... "x der la sayang, nanti kita pi beli kek yerk".....
"ok"..... simple jerk dia balas..... alhamdulillah, Aisha memang anak yang baik n dengar kata..... jarang membantah kecuali pasal mainan..... ;)

sebelum tu aku plan nak belikan kek hujung minggu ni, n beli makanan segera untuk celebrate birthday Aisha, tapi my dear Hubby cakap, x payah susah2 lah, kita beli sate n kek jerk..... makan kat rumah..... lagipon nak tunggu ujung minggu lambat sangat..... haha, pulak.....
ok lah, aku setuju jerk.....

so, lepas maghrib, keluarlah kami malam tu.....

 

beli kek King's jerk kat bandar Rawang.....
Aisha nak kek cartoon, tapi yang ada cartoon sume saiz besar2, nanti sape pulak nak makan.....



selain dari kek.....
ada sate ayam, sate daging, tempura ayam, nugget daging, biskut+epal+coklat bola (sebagai hiasan) n air rut beer sendiri bikin.....
 simpel sebab sambut kami 3 beranak jerk..... belum ada rezeki nak sambut besar2 an..... asik lari schedule jerk..... huhu



sesi tiup lilin n potong kek lepas nyanyi birthday song oleh kami.....
malu2 anak dara ni kami nyanyikan lagu birthday untuk dia..... hihi
 kalu lagi ramai, mesti lagi meriah kan.....



erm, kita gambo2 kejap yerk.....
sayam anak Mama..... mmuahhhhh

lepas tu, apa lagi, kami pon makan2 lah..... sambil tengok Masterchef kat Astro Maya..... hihi
habis Masterchef, habis kami makan..... kek ada lebih, aku potong simpan dalam tupperware untuk bagi kat school Aisha esoknya.....



rajin birthday girl tuangkan air untuk Mama n Papa.....
so sweet.....



dan
ini hadiah kami untuk Aisha..... beli yang murah2 jerk..... yang penting Aisha suka.....
subang beli masa aku outstation kat Johor ritu.....
brooch huruf A stand for Aisha.....

erm, moga hari2 mendatang akan menceriakan lagi kehidupan Aisha dan sentiasa comel di hati Mama n Papa di bawah lindungan Nya.....
amin.....

k, sekian


24 December 2013

*sambut anniversary di Jusco Anggun, Rawang*


assalamualaikum, 


erm, sebenarni ni entry tertangguh lepas balik dari cuti cuti di Bukit Fraser, Pahang bulan lepas..... ingatkan semua entry dah buat, rupanya ada yang tertinggal..... haha maafkan saya penunggu gua.....

kami ke Bukit Fraser bulan November yang lalu adalah sebab nak raikan ulangtahun perkahwinan Mak n Abah..... tapi kat atas nu xder kedai kek, dah tanya pihak hotel yang kami menginap pon, dia x boleh nak sedia.....

so, bila turun dari Bukit Fraser tu, esoknya kami plan bawa Mak n Abah makan2 n potong kek sekali..... hajat awal nak potong kek kat Taman Tasik Metropolitan, Kepong, tapi disebabkan takut hujan akan turun dek ramalan cuaca, kami decided cari tempat yang berbumbung.....



tempat pilihan kami adalah di Restoran Pizza Hut, Jusco Anggun Rawang.....

siap2 order, sementara tunggu main course (pizza) sampai, aku n my Usu kuar jap pi cari kek..... actually time ni Mak n Abah x tau pun plan kami nak suruh dorang potong kek..... kami just inform nak bawa makan kat luar jerk..... hihi

dan plan kami menjadi bila, masa aku kuarkan kek untuk di potong, dorang terkejut n malu2 kucing gitu..... hihi



kek pilihan..... feeling2 strawberi n salji sejuk ala2 dok kat Bukit Fraser.....
 kek Black Forest, beli kat The Baker's Cottage, RM45.00 untuk saiz 7".....



my anak dara Aisha, dok jeling2 kek sibuk nak potong jugak.....

jom kita nyanyi dulu.....
"Allah selamat kan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mak n Abah
Allah selamatkan kamu"

time ni agak ramai juga orang dalam Pizza Hut ni, tapi kami x kacau orang kan..... kami buat hal kami jerk..... nyanyi pon sekejap jerk dah siap..... then potong2 kek.....


lepas tu kami minta Mak suap Abah kek.....


kemudian Abah pulak suap Mak kek.....
 hihi..... so sweet moment.....

ngam2 jerk, lepas sesi suap2, lepas memasing makan kek sorang sehiris.....
pizza pon sampai..... apa lagi..... melantaklah kami..... 
erm, Mak x makan pizza, so kami orderkan spaghetti, tu pon x abes, maka anak2 n cucu2 lah yang tolong abeskan..... hehe




lepas kenyang makan.....
kami bawa Mak n Abah jalan2 kat dalam Jusco.....
dari Pizza Hut di hujung sana, ke Daiso di hujung sini.....
hehe, banyak jugak yang kami grap kat situ..... maklumlah, semua bawang RM5 kan..... ambik ambik ambik, then x sedar, bila bayar hampir RM50 sorang habis kat situ.....
senyum jerk lah..... hiiiiiiiiiiiii



last but not least.....
our kesayangan Abah n Mak.....
love you forever.....

erm..... cantik x baju tu? aku belikan untuk dorang masa kat Bukit Fraser semalamnya..... alhamdulillah dorang suka, hikhikhik, maklum, aku dok jauh n dah jarang balik kampung..... sesekali jumpa n pi bercuti, kena lah bagi kenangan untuk dorang kan..... hehe

moga ada lagi kesempatan untuk kami dan kita semua berbakti kepada keluarga kita di masa akan datang kan..... amin.....

k, sekian

23 December 2013

* I'm 5 years old today*


bismillahirrahmanirrahim




alhamdulillah,
hari ini, genap my little princess Aisha berusia 5 tahun.....
sekejap jerk rasa masa berlalu, dah 5 tahun dah anak Mama ni.....
di usia 5 tahun, Aisha dah boleh berdikari sikit2.....
dah pandai membaca bagi perkataan dua suku kata.....
masuk tiga suku kata, "saya tak tau..." huhu
dah pandai menambah nombor kurang dari sepuluh.....
nombor lebih dari sepuluh, ha... kena guna sempoa..... hihi
dah sibuk nak tolong Mama masak kat dapur.....
bila suruh cuci botol sendiri, "saya tak sampai..." hehe

tapi apa yang penting, Aisha adalah princess Mama n Papa sampai bila2.....
eh, Aisha nak adik ye?.....
erm, inshaa Allah ada rezeki kita nanti Aisha dapat adik ye.....
;)

Mama n Papa sayang Aisha sangat2.....
semoga princess / cikgu / doktor (cita2 Aisha) Mama n Papa ni akan sentiasa
sihat, murah rezeki, baik hati, senyum n berjaya dengan apa yang di cita2 kan tu ye.....
dan
sentiasa dilindungi yang maha Esa sentiasa.....
amin.....


pssst : nak beli kek, nak beli kek.....

19 December 2013

*jalan2 @ Taman Buaya Melaka*


assalamualaikum


last 2 weeks, aku outstation ke Melaka sebab ada Showcase SDSI 2013 di MITC..... di hujung minggu my dear Hubby n Aisha berkunjung ke tempat aku bertugas..... eceh ayat ala2 skema plak.. huhu

erm, maka dengan rasa tanggungjawab x malu, aku mintak izin kat kawan sekerja yang duty time tu untuk keluar bersama Hubby n Aisha..... dia ok jerk sebab sehari lepas tu giliran dia pulak kuar ngan hubby ngan anak dia..... hehe

so, ke mana kami?..... Aisha sibuk nak pi ke zoo, tapi disebabkan sebelum ni kami pernah ke Zoo Melaka pada tahun 2011, maka x boleh nak ikut kehendak Aisha, lagipon time tu dah petang, nak ke zoo takut x sempat nak jelajah semua..... kami cari destinasi lain n paling dekat dengan tempat tugas aku time tu adalah Taman Buaya Melaka.....

maka..... jom jalan jalan



selamat datang @ welcome
TAMAN BUAYA MELAKA


kadar bayaran
hari biasa n hari cuti lain2 kadar yerk..... masa kami pi tu, time cuti sekolah
[dewasa RM15.00 x 2 orang] + [kanak2 RM12.00 x 1 orang] = RM42.00
dapatlah wrist band sorang satu yang di pakaikan oleh pengawal kat pintu masuk.....
pengawal masa ni bagitau kami yang persembahan pentas sedang berlangsung..... start 2.00 ptg tamat 3.00 ptg..... time kami masuk tu dah pukul 2.45 ptg, tapi pengawal tu bersungguh2 suruh kami pi ke pentas untuk tengok show..... so kami pon berjalan dengan cepat lah untuk puaskan hati pengawal tu kan, takut dorang kecik ati..... padahal bukan dorang tahu pon kami pi ke x tengok persembahan tu kan..... haha



masa kami sampai, sempatlah lagi tengok persembahan yang sedang berlangsung..... ada tarian baba nyonya..... lepas tu ada tengok buaya kecil n buaya besar..... kru buaya masukkan tangan dalam mulut buaya, masukkan duit dalam mulut buaya, cium mulut buaya.....
persembahan sebelum2 tu x tahu lah apa kan,
lepas habis aksi buaya ni, persembahan pon tamat.....



kesian Aisha time ni mengantuk n letih lepas jalan2 dalam booth Showcase SDSI..... lepas tu jalan2 kat sini pulak.....


bukan taman buaya lah kalu x ambil gambar buaya kan..... tapi percaya x. nilah satu2 nya pic buaya yang aku snap, sebab semua buaya tu sama jerk rupe dia, melengkor dalam kolam..... macam x best jerk nak snap..... hihi


haha, dalam taman buaya ada water park rupanye..... baru ada ke dah lama yerk..... sebab sebelum ni memang kami x pernah sampai sini, so x tahu pon.....
Aisha bila nampak kolam ni, terus segar n cergas..... sibuk nak mandi kolam, tapi apakan daya, Mama n Papa x bawa keperluan mandi Aisha..... huhu
merajuk sekejap anak dara sebab x dapat mandi kolam..... rajuk dapat dipujuk dengan  mengajak dia main ngan rabbit.....



Aisha n rabbit.....
dengan bayaran RM6.00 untuk pakej makanan arnab, burung n itik..... dapatlah masuk ke dalam sangkar arnab ni, kalu x beli makanan dia, x boleh masuk yerk.....
seronok Aisha time ni bagi makan kat arnab guna tangan dia..... hilang ingatan dia pada kolam kejap tadi..... hihi


masuk dalam sangkar burung pulak.....
burung x nampak sebab semua dok atas pokok.....
so ambillah gambar ngan itik.....


disebabkan burung semua terbang kat atas, maka makanan burung n makanan itik kami bagi makan kat itik jerk..... adalah burung merak dalam tu, bolehlah campak2 kuaci bagi dia makan..... hehe


kura2 besar..... eh kura2 tu dalam sangkar berjaring belah kanan gambar tu..... ambik pic kura2 tu tapi x nampak, sebab dia dok dalam air..... puas zoom n adjust scenery, tapi tetap x nampak kura2 nye..... last2 ambek gambo 2 branak ni tepi sangkar je lah..... hehe


rumah reptilia.....


pelbagai jenis ular dalam ni.....


dan ada juga kura2 berbentuk buaya (cengkerang n mulut)..... erm, banyak juga duit syiling dalam tu di masukkan orang..... atas tujuan apa x taulah aku.....


masuk Train Dinosaurs jap..... erm bayar RM9.00 untuk 3 orang..... x der la seram mana, cuma terkejut bila tiba tempat gelap, tetiba ada kepala dinasor terjogol keluar..... hurm, macam x berbaloi jerk tapi nak puaskan hati, masukje lah, kalu x, x tau keadaan dia macamana kan.....


selain tu, ada juga Malaysia Miniature (arca mercu tanda negeri2 di Malaysia) dan Rumah Hantu, kami x masuk sebab aku takut..... huhu..... erm ada juga perkhidmatan beca untuk jalan2 dalam taman buaya ni, tapi x tau berapa bayaran dia..... ker free yerk..... huhu x naik pon sebab time tu dah pukul 4.30 petang, nak balik hotel rehat jap, malamnya nak sambung duty lagi.....



sebelum keluar, ternampak buaya awet ni..... masa masuk x nampak pon sebab pak pengawal sibuk suruh pi tengok persembahan kan..... huhu

erm, beli souvenir sebagai tanda kami dah sampai sini, anak dara pula minta teropong..... oklah, upah sebab dia behave sepanjang berada kat dalam tu kan..... hehe


on da way balik hotel, singgah Melaka Mall jap cari sandel aku.....

dapatlah Aisha main mini skuter dalam mall tu.....
macam comel je, macam cantik je.....
hihi

k, sekian


pssst : lepas ni, nak penuhi janji pada Aisha bawa dia mandi kolam..... erm, kita mandi kolam kat rumah je lah ye sayang..... huhu

18 December 2013

*stay @ Hotel Orkid, Melaka*


assalamualaikum,

 erm, cerita awal bulan ritu..... hari ni baru boleh nak cerita sebab nak juga habiskan cerita cuti2 Fraser's Hill kami dulu kan..... hihi

so nak cerita, aku outstation ke Melaka start 28 Nov lepas n balik semula ke KL 2 Dis..... 5 hari 4 malam di Melaka atas urusan kerja, aku stay kat Hotel Orkid, Melaka..... erm, banyak juga hotel yang penuh time cuti sekolah kat Melaka ni kan..... ye lah, bandaraya bersejarah, banyak juga tempat nak di lawati kat sini..... ha, jom aku share sikit keadaan hotel ni macamana..... tapi, harga jangan tanya sebab ni opis bayar..... *winkwink



pandangan dari luar hotel.....


hotel 10 tingkat..... berstatus 3 bintang.....


bilik sederhana besar, tapi cukup selesa untuk tidur 2 orang..... kalu nak letak extra bed pon still selesa.....


setiap bilik disediakan wardrobe, meja tulis, cermin solek, peti keselamatan, room controller di tengah katil..... senang sikit nak adjust lampu n aircond, x payah bangun2..... hihi..... kalu nak iron, kena call housekeeping yer..... 


mini pantry ada kettle, air mineral, cawan, coffeemix 3 in 1.....



ada juga extra bantal n mini freezer kosong untuk simpan apa2 lah yang patut kan....
x macam kat Marriott kan, penuh dalam freezer ni dengan makanan.....



bilik air simple, ada sink, cermin, shower n tub.....


toiletries.....



eh, ini tiada dalam pakej hotel yerk.....
dah alang2 ada bilik extra sebab penghuninya dapat hotel lain yang free..... maka aku offer my dear Hubby ajak Aisha stay kat sini di hujung minggu..... dapat 1 malam pon dah ok dah, dapat lah kami jalan2 kat Melaka ni untuk completekan cuti2 Melaka kami..... tapi still x boleh complete sebab waktu yang singkat..... macam kena repeat lagi ke sana jerk.... hehe
so, stay kat hotel ni aku rasa ok jer, pakej plus breakfast untuk 2 orang satu bilik..... layanan front desk pon ok jerk..... makanan untuk breakfast quite ok, rasa biasa2 jerk..... alah, kat Marriott yang berbintang2 pon makanan dia biasa2 jerk kan..... hehe

dah, x mor komen macam2..... nanti aku share ke mana kami pi masa kat sana tu yerk.....

 k, sekian

17 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill [GAMBAR]*


assalamualaikum,


eh eh, kata semalam dah last entry pasal cuti2 fraser' hill..... tup2 ada lagik.....
hehe sorry yerk..... saje, godeh2 album, tengok ada lagi pic rasa macam nak share kat sini..... asal macam nak share 1 gambar jerk yang paling penting la kan dalam trip holiday ni which is picture all our family yang join trip ni..... tapi bila tengok2, macam nak share lebih dari 1 pulak.....

so, jom lah aku merajinkan jejari runcing ni untuk resize pic n taip ala kadar untuk entry khas gambar yang di snap guna incikNik my dear Hubby yerk..... x banyak pon pic nyer sebab Hubby malas nak snap, kalu lah incikNik tu kat tangan aku, kompem banyak gambo yang bukan2 aku snap..... meriah sikit nak memilih..... hihi

jom layan.....


bunga apakah ini.....
Taman Flora Bukit Fraser

 

bunga misai kucing
Taman Flora Bukit Fraser

 

bunga kekwa
Taman Flora Bukit Fraser



three family
Allan's Water Fraser's Hill
 


red bench
Lady Guillemard Road



three family
Fraser's Hill Golf Club background
 


playing golf
 Fraser's Hill Golf Club



 my USU's family
menara jam Bukit Fraser



free style
menara jam Bukit Fraser

 

cuti cuti @ Fraser's Hill family trip
 menara jam Bukit Fraser



ok, ni betul2 dah setel dah.....
nak tengok pic lain2 sepanjang 2 hari 1 malam kami di Bukit Fraser boleh klik SINI

k, sekian