Pages

30 December 2013

*keputusan akhir Aisha, tadika 5 tahun*


assalamualaikum,


erm, lama dah dapat bende ni..... awal bulan Nov dah dapat..... tapi nak cerita x tercerita.....
ni ha, keputusan final exam Aisha untuk tadika 5 tahun di Tadika Aida.....




Alhamdulillah, walaupun ada yang naik n ada yang turun dari result pertengahan tahun..... Mama bangga dengan Aisha..... cuma subject English tu kena usaha lebih sikit..... ke Mama nak kena cakap omputih kat umah ni..... hihi
untuk hujung tahun ada pertambahan subject iaitu Agama Islam..... total markah, ada peningkatan di situ.....
 harap dapat teruskan untuk tadika 6 tahun pulak nanti ye sayang.....




hadiah buku cerita dari teacher..... dah habis pon Aisha baca, tapi Mama yang tolong ejakan kat sebelah..... hehe

sekarang ni dalam proses menggalakkan Aisha membaca, salah satu cara yang agak berkesan adalah dengan main cikgu2 dengan dia.....
tapi
bukan aku yang jadi cikgu.....
Aisha jadi cikgu, aku jadi anak murid.....
so, dengan cara itu, anak murid (aku) akan sentiasa bertanya pada cikgu, "cikgu, ni tulis apa cikgu?"
then Aisha pon akan mengeja n membaca perkataan tersebut untuk anak murid dia ni..... "b.. e.. n.. ben.. t.. u.. k.. tuk..... bentuk"
lepas tu anak murid tanya lagi, "cikgu, yang ni apa cikgu?"
Aisha jawab lagi apa perkataan yang aku tunjuk tu..... "b.. i.. s.. bis.. k.. u.. t.. kut.. biskut"
semua perkataan akan aku tanya seolah2 anak murid ini x tahu apa2.....

dengan cara ini, walau perkataan tu pada asalnya dia akan cakap "yang ni saya x tahu eja", tapi dia akan berusaha untuk mengeja n membaca sampai dapat..... ye lah, dah jadi cikgu, kena lah jawab kalau anak murid bertanya kan.....
hehe, sejak dari itu, kalau Aisha ajak main cikgu2, aku layankan aje..... janji dia nak belajar.....

k, sekian

3 comments:

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah