^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

12 February 2014

*masak masak ~ donut seri pagi*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 




 hihi, apsal bagi nama Donut Seri Pagi..... sebab rupa donut ni macam bunga, aku saje letak nama bunga seri pagi sebab dia maacam ada 5 kelopak..... eh ye ke bunga seri pagi ada 5 kelopak... haha hantam saje la labu.....

nak kena taip resepi kat sini sebab takut terlupa. refer ntah kat web mana satu ntah, google guna hp, then tulis bahan2 kat kertas..... kertas tu pon sekarang dah hilang, seb baik ambek gambo resepi yang tulis kat kertas tu..... so kena simpan kat sini, len kali kalu nak buat, refer kat sini jerk.....

bahan n cara buat yang ringkas jerk, tu yang boleh buat, kalu susah2 tu x der nyer der aku nak buat kat rumah tu..... jom aku share.....


Donut Seri Pagi

Bahan2
1 cawan tepung gandum (dapat 12 ketul bunga)
 1 sudu teh margerin
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
1 sudu besar gula

Cara2
1. campur yis, gula n air suam dalam bekas n biar seketika
2. campur tepung gandum, margerin, susu pekat masni n garam dalam bekas dan adun hingga bersatu
3. tuang campuran yis tadi dalam adunan n adun lagi hingga sebati
4. biar adunan doh seketika hingga kembang sekali ganda saiz asal (tutup dengan kain lembap)
5. adun semula n bahagikan adunan kepada saiz lebih kecil untuk di canai menjadi donut
6. biar seketika (dalam 10 minit) n goreng hingga kekuningan
7. angkat n tabur dengan gula icing (aku guna gula biasa n kisar halus, tu je yang ada kat umah, hihi)

erm, kalu ikut dalam cara2 nak buat tu kena campur yis, gula n air suam dulu kan..... tapi kau buat cara gitu x jadi, bukan x jadi apa, doh x naik, goreng tetap goreng, rasa still ok cuma x gebus la donut aku tu, hihi..... then kali kedua aku buat, aku campurkan semua bahan sekali..... alhamdulillah jadi pulak..... so lepas2 tu, aku buat main lebur jerk semua bahan dalam mangkuk n adun..... lagi senang kerja aku..... hehe

yang jadi donut seri pagi tu, aku refer kat youtube mana ntah, try cari lagi video tu tapi x jumpa..... huhu, tapi senang je nak buat dia, ikat n simpul jerk..... dah jadi..... aku nak cerita lebih2 pon x reti sebab x der gambar..... nanti2 kalu aku rajin aku buat lagi, aku snap pic yerk..... hihi

harap2 ada lah kerajinan nak mendonut lagi lepas ni.....
tengah cari resepi donut berinti pulak.....
nyum2

k, sekian
 

21 January 2014

*masak masak ~ Agar-agar Miren (Milo + Oren)*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


hihi, ape ke la nama resepi aku letak ni..... saje je kan..... bukan apa, tak tau nak letak nama ape, so aku boh je la gitu..... hihi, ingat x lagi entry pasal Agar-agar Milo aku ritu yang ada lagi belen agar2 tali tu..... ha, belen dia aku buat la Agar-agar Miren ni pulak..... bukan mereng tau..... hehe

so, jom layan Agar-agar Miren aku.....




Bahan2
10 gram agar agar tali
  800ml air
2 senduk gula
 
 *Bancuhan Milo
  1 1/2 senduk milo
  1/2 senduk susu pekat manis
130 ml air panas
 
*Bancuhan Oren
1 1/2 cwn jus buah oren (2 biji)
 2 sudu besar gula
sedikit pewarna oren (aku guna pewarna kuning sebab tu je yang ada kat umah)
 sedikit parutan kulit buah oren
Cara2 buat
1. Dalam periuk, didihkan agar-agar dengan air dan gula
2. Sementara itu dalam bekas lain, bancuhkan milo dan susu pekat dengan air panas
3. Selepas agar2 yang di didih hancur, tapis ke dalam 2 bekas berlainan, satu untuk dicapur dengan bancuhan milo dan satu untuk dicampur dengan bancuhan oren
4. Kemudian tuang bancuhan milo ke dalam bekas yang disukai (sukatan separuh bekas), biar sejuk seketika sebelum di simpan dalam peti sejuk selama 5 - 10 minit
5. Keluarkan semula agar2 dan tuangkan bancuhan agar2 oren ke atas agar2 milo tersebut
6. Masukkan semula ke dalam peti sejuk hingga tiba masa untuk di hidang


lagi sekali, kalau makan time sejuk2..... wallahhhhh
nyaman.....

resepi ni ditulis atas permintaan adik aku nuun di Terengganu yang ada blog tapi rasa dah bersawang yang guna vacumn pon belum tentu ilang sawang dia..... hihi jangan marah dik, nanti jangan lupa buang sawang kat blog tu yerk..... peace.....

k, sekian

pssst : teringin nak beli mangkuk atau cawan kaca yang cantik2 untuk buat agar2 atau puding, mesti cantik kalau nak hidang pada tetamu kan..... hihi (mood : verangan)

 

03 January 2014

*masak masak ~ Agar-Agar Milo (mudah tanpa susu sejat)*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 erm, dah lama x share resepi kan..... bukan x maska tau, tapi biasa masak yang mudah2 jerk..... main campak2 jerk, janji ada rasa, janji bolah makan..... so balun jerk..... hihi

so kali ni nak share resepi yang sangat mudah..... mudah x mudah pon, aku google resepi kat tenet..... hihi
dapat dari www.krazl.com.....



eh, bukan nak share resepi ni.....
ini chichen burger dari Rock Salt Grill & Coffee..... kawan sebelah belanja last Friday.....
tq my friends, murah rezeki ko.....


ha, ni pon bukan resepi yang aku nak share.....
ni menu last Sunday, dah lama x bernasi lemak di hujung minggu, so minggu lepas buat nasi lemak, since pokok pandan Junah (my Mak) dah semakin membesar dengan jayanya.....


 ha, ini lah dia resepi yang aku nak share.....


Agar Agar Milo

Bahan2
10 gram agar agar tali
750 ml air
2 senduk gula
3 senduk milo
1 sudu nescafe (aku x letak sebab x suka)
1 senduk susu pekat manis
250 ml air panas

Cara2 buat
1. Dalam periuk, didihkan agar-agar dengan air dan gula (aku lebihkan air sikit (30 ml) biar agar2 tu lembut n slruppp bila di makan)
2. Sementara itu dalam bekas lain, bancuhkan milo, nescafe dan susu pekat dengan air panas
3. Selepas agar2 yang di didih hancur, tapis ke dalam campuran milo yang di bancuh tadi, kacai biar sebati
4. Kemudian tuang ke dalam bekas yang disukai, biar sejuk seketika sebelum di simpan dalam peti sejuk
5. Keluarkan bila agar2 dah mengeras n boleh lah di makan


aku kata resepi ni mudah sebab agar2 ni x gunakan susu cair/sejat untuk buat, sebab kat rumah aku xder stok susu cair/sejat tu.....

wah..... memang heaven lah makan agar2 yang baru keluar dari peti sejuk ni..... hihi
Aisha suka, Mama gembira.....

k, sekian

pssst : agar2 tali tu ada belen lagi, erm nak buat agar2 apa yang mudah yerk.....

13 November 2013

*masak masak ~ Karipap Sardin Rangup*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, entry minggu ni pendek2 jerk yer..... sebab tengah kejorkan dateline untuk siapkan presentation ujung minggu ni..... selagi x meeting, selagi tu lah asek ler nak dibetulkan.....

so ari ni, kita cerita pasal masak masak yerk..... ni cerita 2 minggu lepas rasanya..... dah lupa dah..... haha
biasa lah, merealisasikan hajat anak dara nak main masak2..... maka aku pon google lah resepi kat internet..... maka dapat resepi mudah n bahan2 ada kat rumah.....



Karipap Sardin Rangup

Bahan2 Doh
400 gm tepung gandum (diayak)
1/2 cawan minyak (100 ml)
1/2 cawan air (100 ml)
2 sudu besar marjerin

 Bahan2 Inti
1 tin kecil ikan sardin (ambil ikan sahaja)
1 ulas bawang kecil (mayang)
1 ulas bawang putih (hancurkan)
Sos tiram
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara2
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang kecil hingga naik bau.
2. Masukkan ikan sardin dan hancurkan.  Masukkan sos tiram sesedap rasa.
3. Tumis hingga agak3 kering.  Matikan api n sejukkan.
4. Campurkan bahan tepung, minyak, air dan marjerin kemudian uli menjadi doh.
5. Bahagian doh ikut saiz yang dikehendaki n canai nipis menjadi bentuk bulat.
6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi n lipat dua doh supaya menjadi bentuk separuh bulatan.
7. Kelim penghujung doh supaya inti tidak terkeluar bila di goreng.
8. Panaskan minyak dan mula menggoreng karipap hingga masak kekuningan.

SIAP!!!



 ha..... inilah dia Karipap Sardin Rangup aku..... buat x letak cili sebab nak anak dara makan..... kalu nak pedas, masa masak inti tu, boleh lah leakkan sikit cili giling.....
yang penting, kulit dia tu rangup n lembut, goreng pon x melekat kat kuali..... n mudah jerk nak buat.....

so, lepas2 ni kalu bosan2 kat rumah, boleh jerk buat karipap ni untuk aktiviti minum petang, makan malam pon boleh..... hehe

k, sekian


08 November 2013

*masak masak ~ sweety crunchy bread'*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum,

erm, last wednesday ada buat entru WW pasal  sweety crunchy bread dan ada pulak yang bertanya resepi..... terima kasih yang cik bertanya tu yerk.....

 so, jom kita masak masak hari ni since pic terbaharu x transfer dalam pc lagik nak diceritakan..... maka kita cerita pasal resepi yerk..... hehe



 aha, inilah dia sweety crunchy bread a.k.a roti keras manis yang aku buat..... ada rentung ye kak ra..... hehe, ni 1st time buat n x dpt nak adjust lagi time n tempreture oven tu..... tu yang rentung, tapi puas hati sebab buat sendiri n sedap..... haha


Sweety Crunchy Bread

Bahan2 :

Roti Tawar
Butter / Margerin
Gula Putih

Cara2 :
  1. Panaskan oven.
  2. Potong roti tawar ikut saiz yang dikehendaki (biasa orang buat potong segi empat, aku potong segi tiga, cari kelainan walau rentung)
  3. Sapu butter / margerin ke atas roti yang dah dipotong (sebelah sahaja)
  4. Taburkan gula (ikut suka nak banyak mana - kalu boleh tabur jangan sampai melimpah macam yang Aisha aku buat tu, jadi x cantik bila dah bakar)
  5. Bakar dalam oven 150 darjah celsius selama 10 minit.
SIAP!!!

dah boleh makan..... kalu buat banyak n ada lebih, simpan dalam balang bertutup..... tapi kalu aku buat guna sebungkus roti yang kecik tu, sempat simpan dalam bekas sehari jerk kalu hari cuti..... sambil tengok tv sambil mengunyah, sedar2 dah habis..... nak mintak lagi memang xder la, kena beli roti lagi lah kan..... hehe

erm, ritu ada la saje test guna roti burger sebab Aisha request nak roti manis, tapi xder stok roti kat umah..... so gunalah apa yang ada kan, roti burger pon roti burger lah, janji roti..... tapi hasil x memuaskan sebab roti tu bila di bakar dia serap marjerin yang di sapu tu, so roti jadi berminyak n rasa kurang kick..... maka lepas ni kalu nak buat kena jugak beli roti tawar yer.....

k, sekian

tambahan : masa bakar tu guna api atas bawah yerk..... (thanx kak ra bertanya)

07 November 2013

*masak masak - Ayam Goreng Berempah*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan stok daging korban dalam peti sejuk dah diselesaikan dengan menu sate last 2 week..... maka kita penuhkan pulak peti ais dengan daging ayam pulak yerk..... dan menu pertama untuk masak2 dengan ayam ni adalah ayam goreng..... erm dah biasa sangat dengan ayam goreng yang biasa tu..... maka aku buat kelainan sikit..... google2 resepi..... maka dapat lah menu Ayam Goreng Berempah..... google resepi kat HP jerk, maka bahan yang ada kat rumah jerk aku guna..... nak pi kedai dah malas sebab balik kerja dah dekat Maghrib..... maka kita buat apa seadanya la yerk.....



 Ayam Goreng Berempah

Bahan2 :
Ayam 6 ketul (potong ikut saiz yang disukai)
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 batang serai
1/2 inci halia
Garam
Gula
1 biji telur ayam
Minyak (untuk goreng)

Cara2 :
1. Tumbuk semua bahan kecuali ayam, telur dan minyak.
2. Lumur pada ayam dan pecahkan telur ke dalam ayam.
3. Perap lebih kurang 1 jam (lebih pon xper).
4. Goreng hingga masak.





DAH SIAP!!!!!

ha, senang jerk kan..... makan pon sodap dengan nasi putih panas2.....
alhamdulillah.....


lepas ni nak kena google resepi ayam lain pulak..... coz dalam peti ais ada stok ayam jerk..... ikan, daging, udang, ketam dan yang sewaktu dengannya nan hado..... haha

k, sekian

06 November 2013

*wordless wednesday ~ sweety crunchy bread*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 




last week buat 'sweety crunchy bread' a.k.a roti keras manis.....
sangat mudah n ringkas nak buat.....
yang paling penting sedap n my family suka.....
alhamdulillah

k, sekian
 

29 October 2013

*masak masak ~ sate daging korban mudah*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan kat rumah ada lagi daging korban berbaki dalam esbok n x tahu dah nak masak menu apa selain dari masak sup, masak kari, goreng, masak lemak..... hubby pon dah x mor makan nasi dah..... maka aku dengan inisiatif sendiri mengoogle resepi untuk buat menu daging selain yang perlu di makan bersama nasi..... maka TING!!! (ada mentol atas kepala) buat sate lah kita daging tu yerk..... so, ditakdirkan aku mc last week sebab mata bengkak, maka adalah masa untuk berperang kat dapur..... ambek Aisha awal sikit dari school, then ajak dia pi kedai runcit Thiam Kee dekat ngan umah untuk beli bahan2 yang xder kat umah..... sekali wajib kena paw untuk makanan dia a.k.a roti, air susu kotak dll..... dah cukup bahan, jom kita masak..... resepi x ingat ambek kat web mana sebab banyak sangat aku google tengok yang mana paling mudah n ringkas nak buat.....



Sate Daging Korban
 Bahan2 :
Daging (potong dadu - saiz ikut suka aku)
Lengkuas
Serai
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Jintan Putih
Jintan Manis
Ketumbar
Kunyit
 Gula
Garam
Batang Lidi Sate

 Cara2 :
  1. Kisar lengkuas, serai, halia, bawang putih, bawang merah, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan kunyit hingga lumat.
  2. Lumur bahan kisar bersama gula n garam pada daging yang dah dipotong tadi.
  3. Perap dalam peti sejuk sekurang2 nya 2 jam (aku perap semalaman).
  4. Cucuk daging pada batang lidi sate yang dah direndam dalam air (nak elak dari cepat terbakar masa bakar).
  5. Bakar.

masa bakar tu boleh lah renjiskan dengan minyak n air perapan daging tu untuk tambah rasa dengan menggunakan serai yang diketuk..... 

oh ya, berapa banyak bahan2 yang aku guna tu jangan tanya yerk..... maaf sesangat sebab aku main campak2 jerk, ikut kesesuaian banyak daging yang ada..... then masa lumur bahan pada daging tu boleh jerk rasa samada masin ke, manis ke..... erm, aku lebihkan gula sebab gula adalah salah satu ajen pelembut bagi daging..... tapi jangan letak banyak sangat pulak yerk..... x elok untuk kesihatan.....

alhamdulillah, Hubby n Aisha suka makan.....
aku simpan n asingkan siap2 dalam plastik berasingan lepas cucuk tu..... senang nanti nak bakar, tinggal ambil plastik n kuarkan dari esbok untuk bakar.... x ganggu yang lain.....

 lagi satu, seingat pembacaan aku, resepi ni x sesuai digunakan untuk buat sate ayam..... sebab rasa dia akan jadi lain, erm aku x cuba lagi lah sebab xder lagi ayam lebih dalam esbok untuk dibuat sate kan..... so x tau nak setuju atau x..... maka, dengan 4 kali pembakaran, Sate Daging Korban berjaya di habiskan..... alhamdulillah, x der pon sambal kacang, timun atau bawang apatah lagi nasi impit sebagai penambah selera..... makan gitu jerk, tapi sedap..... hehe

k, sekian

21 June 2013

*Ketam Masak Lada Bertelur*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 ahah.....
bukan senang aku nak share resepi kat blog ni, sebab aku bukan terror masak pon, masak pon x selalu kan.....
maklum, isteri berkerjaya..... ngeh3

so, ntah bila tapi bulan lepas lah..... sekarang ni aku cerita pasal bulan lepas jerk la sebab gambo yang baru transfer ni sume bulan lepas punya stok.....
boleh kan..... hehe
makan malam kami disajikan dengan lauk spesel dari air tangan aku sendiri..... muehehe
apa yang aku masak.....?



Nasi Putih
n lauk






















































Ketam Masak Lada Bertelur (sebelum)

perghhh..... macam mengidam nak makan ketam, nak beli yang siap mahal, so mintak Hubby beli ketam kat pasal malam..... time masak tu risau jugak sebab my dear Hubby baru detect yang dia alergic dengan seafood..... sian kan dia..... erm, ketam tu sekilo RM24, beli 2 ekor yang beratnya hampir 1/2 kilo.....
x perlah, nak makan punya pasal, bukan selalu kan.....

makan berdua, dapatlah seekor sorang..... anak dara cuma makan telur nye jerk..... eh, bukan telur ketam, tapi telur ayam yang aku campurkan sekali kat ketam tu.....
alhamdulillah, sedap jugak aku masak..... ngeh3



Ketam Masak Lada Bertelur (selepas)


setel malam tu jugak, biasa kalu masak untuk makan malam, akan ada jugak tinggal baki masuk dalam peti sejuk untuk diperangat esoknya.....
tapi bagi kes ketam ni, sebaliknya berlaku.....
ye lah, bukan banyak sangat isi ketam tu kan..... tapi puas jugak makan sambil tengok tv.....
hehe

nak resepi.....
meh aku share.....

bahan :
ketam (wajib)
cili giling
bawang merah, bawang putih, halia - kisar sekali (aku tumbuk jerk sebab blander pisau tumpul)
gula
garam
kuib knorr (sebagai penambah perasa)
telur (dipukul)
minyak (untuk tumis)

cara masak :
tumis bahan kisar + cili giling dalam kuali sampai naik bau
masukkan ketam biar sekejap
masukkan telur yang dah dipukul tadi serata kuali
masukkan air biar ada kuah sikit
masukkan garam + gula sesedap rasa
masukkan suku kiub knor (aku guna ayam) sebagai penyedap rasa
tutup kuali sebentar biar bau n rasa sebati dalam ketam
tutup api n sedia untuk di hidang n makan
 ada cara lain untuk masak ketam?..... meh share sini.....

k, sekian

12 December 2012

*wordless wednesday ~ mee kantonis ala maszmadi*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 



menu kami hari Sabtu lepas.....
nyum nyum



pssst : kurang meriah macam yang sebelum ni aku buat.....

31 August 2012

*Mee Kantonis MaszMadi*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

~MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!~

orang lain bercerita pasal ketupat raya, kuih raya, baju raya, duit raya kan..... aku plak cuti2 ni nak cerita pasal menu buka puasa bulan puasa ritu..... hah! x habis lagi ngan menu buka puasa aku ni..... hehe

layan je la yerk kengkawan pepagi ni yerk.....


 mee kantonis MaszMadi

saje letak nama gitu coz aku buat main boh n campak2 jerk, ikut bahan apa yang ada dalam esbok..... yang aku ingat dalam kepala, nak pekatkan kuah kena letak tepung jagung..... so gigih aku suruh Hubby pi kedai beli tepung jagung, padahal nak guna 1 sudu jerk.... haha

meh aku share camner aku buat mee kantonis MaszMadi nieh..... aku pon google jerk kat tenet tapi aku ubah suai ikut rasa tekak aku... hehe

bahan utama : 
mee kuning (aku guna yang mee kering macam mee segera tu, remdam sampai lembut), kicap
bahan kuah : 
fish ball, carrot, sawi, bunga kobis, baby corn, tepung jagung (bancuh ngan sedikit air), telur, kuib ayam, garam, air untuk buat kuah
cara buat : 
mee kuning yang dah lembut tu digoreng ngan kicap n sedikit minyak, ketepikan.....
panaskan periuk yang dah di isi air, bila dah mendidih, masukkan fish ball, kiub ayam n segala sayuran yang dah dipotong ikut sesedap rasa, sawi last sekali tau..... taburkan sikit garam (x boleh banyak2 coz dah guna kiub, serbuk perasa pon x yah guna).... biar sekejap n pecahkan telur (aku guna 2 biji untuk 2 orang makan), terus kacau biar telur tu hancur..... pehtu masukkan tepung jagung yang dah dibancuh..... kacau lebih kurang n angkat..... sedia untuk dimakan.....

makan panas2 sedap tapi kena ati2 coz takut melecur lak lidah..... hehe

alhamdulillah, aku berjaya buat mee ni.....
erm, tapi kalu untuk aku jerk makan boleh la kan..... kalu nak buat untuk reramai makan nanti takut x menjadi plak..... maklumlah aku bukan terror memasak, setakat ikut rasa tekak sendiri boleh la..... apa yang penting? kerjasama!!! Hubby makan dengan penuh selera n tanpa apa2 komen..... erm tanpa komen tu maknanya sedap ker x sedap, hanya dia yang tahu, kan Dear kan..... haha

k, sekian

07 August 2012

*Murtabak Mee Sendiri Lagi*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

entry semalam pasal makan sensorang masa birthday hubby last week kan..... entry hari ni pon pasal makan sensorang jugak..... tu yang keluar nama menu Murtabak Mee Sendiri Lagi tu..... huhu



aku bagi nama gitu coz masa ari Jumaat aku buat menu ni untuk buka puasa..... aku sendiri lagi buka puasa coz hubby keje..... seb baik Aisha ada, tapi dia x makan murtabak ni coz dia kata pedas..... erm ok, nanti mama buat lagi yang x pedas untuk Aisha yerk.....

cara aku buat
!
aku guna mee kuning yang kering tu (sebab tu menu ni bukan nama murtabak megi)..... celur ngan air panas sampai lembut, tos..... sementara tu tumis lah, bawang putih, bawang merah, lobak merah, daun bawang, serbuk kari, kiub ayam, sos tiram..... sume potong sesedap rasa jerk..... agak2 dah masak matikan api..... tunggu sejuk n masukkan mee yang dah dicelur tu ngan telur ayam, gaul sampai rata.....
pastu panaskan kuali leper dengan minyak..... aku guna cetak telur benjo untuk bentukkan bulat murtabak ni..... bila minyak panas, aku tuang la mee yang dah digaul tadi tu..... balik balikkan sesedap rasa..... buat setiap satu sampai habis mee.....
maka siaplah n boleh hidang.....



ha, ini Mangga FAMA..... sebagai pencuci mulut n makanan untuk Aisha yang x makan murtabak tu..... FAMA bukak gerai buah kat opis aku sempena BARAM KKKL nieh..... beli 4 biji (1 kg) RM5.00..... x bleh banyak2 nanti xder sape nak makan..... selain mangga, ada jugak jual manggis, pisang, rambutan n langsat (kut)..... aku xder la nak beli beria coz hubby x makan buah, so aku beli buah yang Aisha makan..... kalu ada jual durian kan best, leh beli n makan ngan hubby..... hehe

so, itulah dia cerita Murtabak Mee Sendiri Lagi..... malam tu balik keje hubby baru makan..... sedap kata dia..... Alhamdulillah :)

k, sekian


p/s : badan penat mengemas rumah..... uhuk2, ada sesapa nak tolong kami x?..... amal jariah di bulan Ramadhan..... hihi


01 August 2012

*Wordless Wednesday - Homemade Puding Roti Kastad Kukus*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,



p/s : erm manis sangat lah pulak, x leh diterima tekak..... nak kena buat lain n kurangkan gula atau susu..... hehe

16 July 2012

*Singgang Ikan Kembung

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

rasanya sebelum ni aku pernah up entry pasal masakan ni.....
erm jap aku carik.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ha, ada kat SINI

 hehe, bulan 3 ritu..... kalu ritu aku masak guna ikan selar kuning, kali ni aku masak guna ikan kembung..... kalu ritu aku ada letak ngan tauhu, sesuka ati aku jerk kan nak letak tauhu..... tapi kali ni aku x letak pape pon..... cuma ikan semata2

jom jamu mata.....

bahan aku main letak ikut sesedap rasa aku jerk.....
bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai, lada hidup, garam, gula, daun limau purut n ofkos lah ikan kembung kan..... aku x tumis pon bahan2 tu, main campak dalam air n tunggu mendidih..... pastu letak ikan n daun limau purut last sekali.....

aku masak semalam (Ahad) tapi hubby x makan pon coz dia x minat..... hukhukhuk
setakat ni aku peratikan hubby lebih suka makan lauk pauk yang berasaskan santan..... kalu lauk kaler jernih2 @ putih ni dia x berapa suka..... maka aku kena merajinkan diri untuk masak masakan berasaskan santan lah lepas nieh..... dah la aku malas nak menumbuk2 kat dapur..... aku kalu boleh seringkas2 nya masak, main potong2, main campak2, pehtu tinggal..... senang kan, sambil2 tu boleh la buat kerja lain..... tapi kalu masak guna santan ni kena tumis dulu, kena tunggu depan dapur nak kena jaga santan biar x pecah minyak..... leceh kan

tapi xper lah, demi hubby, aku akan cuba rajinkan masak masakan apa yang hubby minat.....macam sebelum ni aku pernak nak masak udang masak sambal, tapi seboleh2 hubby kata x minat udang, tapi bila aku bagi idea udang tu nak masak udang masak lemak, terus dia setuju..... n makan bertambah2 pulak nasi..... hehe pape lah hubby ku sayang oiiii, janji kita bahagia..... wink2

so, nak kena beli stok santan segera bebanyak lepas nieh lah..... haha santan segera jerk senang.....

k, sekian

28 June 2012

*Karipap Aiskrim*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

kengkawan tahu apa itu karipap?..... pada asalnya karipap diambil dari nama 'curry puff' yang merujuk kepada puff yang berinti kari.....

 macam kat dalam gambar bawah nie.....
 google

kalu kat kampung aku, kami panggil epok2..... epok2 kentang, epok2 sardin, epok2 telur dan lain2 lagi..... tapi zaman sekarang ni nak mudah..... sume dipanggil karipap kan..... karipap kentang, karipap sardin, karipap telur dll.....

maka aku pon gunakanlah istilah 'karipap' pada makanan yang aku up kat entry ni.....


 inilah dia..... Karipap Aiskrim

kenapa? kenapa bukan aiskrim goreng?..... suka ati akulah nak letak nama apa, aku yang buat, aku yang tepek gambo..... hehe..... sebab bentuk dia macam karipap, separuh bulat.....


 see, macam karipap kan.....


erm, actually aku tergoda ngan kengkawan yang kebelakangan ni asik ler cerita pasal aiskrim goreng nieh..... memula kat blog Lily, pehtu kat blog kak Zura, pehtu kat blog Neni pulak, x boleh jadik nieh..... so aku trus jerk pi kat link yang kak Zura bagi tu untuk cari resepi.....

x jauh, dekat jerk..... resepi ada kat blog Myra, balik umah trus buat..... hehe, kebetulan ada aiskrim n balance roti kat umah kan..... aku buat ari Khamis minggu lepas, ari Isnin baru goreng (masa cuti jaga Aisha)..... ingat x mor tunjuk kat sini coz x cantik..... then semalam Nureen plak up cerita pasal aiskrim goreng nieh, geram jerk aku tengok kawan2 punya sume cantik2 belaka..... maka aku pon nak share lah hasil kerja aku kan..... x cantik pon x per lah, nanti2 boleh buat kenangan, 1st aiskrim goreng yang aku buat..... tapi aku panggil Karipap Aiskrim yerk.....

nape aku kata x cantik..... dari luar memang nampak cantik kan..... kaler pon golden2 jerk gitu..... tapi macam aku cerita kat atas tu..... aku buat ari khamis, aku goreng ari isnin, kalu ikut dah lebih dari masa yang sepatutnya untuk simpan dalam fridge kan..... tapi boleh pulak ari ahad lepas my hubby pi tutup suis freezer untuk cairkan ais yang dah boleh buat main ice skate dalam freezer kami tu.....


 maka inilah hasilnya Karipap Aiskrim aku......

ice cream dia cair lorrrrr huhu, aku pon bajet freezer tu dah normal balik dah petang isnin tu untuk bekukan aiskrim tu kan..... tapi bila siap goreng..... huhu, gini jadiknyer, x cantikkkkk..... tapi x per, lepas ni dah tahu camaner nak buat..... leh buat stok banyak2..... ritu buat hubby x rasa lagik coz aku buat 2 ketul jerk..... haha

oh ya, camaner boleh jadi bentuk karipap tu?..... sebenonya kat umah ada balance roti 5 keping, 2 keping Aisha dah bedal makan cicah air milo, so tinggal la 3 keping..... nak dipasangkan x cukup, maka aku buat la 1 roti, lipat dua then cetak ngan cawan..... jadilah bentuk separuh bulat karipap..... hehe, lagi 1 keping aisha buat aiskrim goreng cara dia, habis dikoyak2 kan roti tu..... maka tinggallah 2 ketul jerk.....

x puas makan tau..... nanti nak buat lagik lah..... hehe


k, sekian


15 June 2012

*Nasi Goreng Saderi - menu buka puasa*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

dah lunch ke kengkawan sume..... alhamdulillah.....

semalam kan aku berpuasa kan, beria mencari resepi nak masak udang kan..... siap ada resepi mash potato lagik kan..... tapi kan sume tu sia2 jerk..... balik semalam dari opis jam 6.40 ptg, ambik Aisha borak2 ngan cikgu dia lebih kurang..... sampai kat umah dah 7.15 petang..... 

rasanya kalu aku kuarkan udang tu dari dalam fridge, x sempat nak cair air batu tu..... dah masuk waktu maghrib kan..... maka apa yang aku buat..... kuarkan nasi goreng lebihan makan malam sebelumnya dalam peti n panaskan semula n tambah telur..... seb baik cukup2 jerk untuk kami berdua makan..... kena mask jugak walau terkocoh2 coz hubby nak sambung balik pi opis malamnya..... dah seminggu hubby balik umah jam 1 2 pagi nak pantau kerja orang.....

ok, x mor lari tajuk..... sokmo aku lari tajuk kalau buat mukadimah kan..... huhu maafkan hambo yerk kengkawan..... so, inilah hasil masakan petang semalam untuk buka puasa aku.....

v

v

v

v

v

 
 nasi goreng saderi


haha, saderi lah sangat kan..... kat umah, tu jerk sayur yang ada stok selain dari carrot n sawi putih..... maka itu jer la aku humban dalam nasi goreng selain ada fish ball yang aku hiris halus2 biar nampak banyak..... haha boleh jerk gitu kan..... pehtu goreng jerk macam buat nasi goreng biasa tu cuma ada batang saderi tu yang aku letak nama Nasi Goreng Saderi..... hehe

aku hidangkan dengan air milo Ana Muslim..... pasan x mug Ana Muslin yang cumel tu..... beli dari booth Anies masa PBAKL awal bulan lepas, ada 1 lagi design Anies bagi adiah..... cumel jugak..... suka pakai time buat air panas coz kaler dia boleh bertukar kalau kira masukkan air panas n bila dah sejuk, ia kembali ke kaler asal.....

k, sekian

p/s : insyaallah aku akan balik kampung hubby di Kuantan esok n Ahad.....
dari dorang balik Umrah awal bulan ari tu x jumpa lagi dorang.....
oh ya, Alhamdulillah mereka dapat mengerjakan umrah dengan tenang n selamat kembali pada 4 Jun 2012 yang lalu (kami ada di Kelantan sempena pesta sukan jabatan time tu).....
tu yang nak balik jumpa dorang sok..... doakan perjalanan kami selamat pergi n balik yer..... ameen

*Resepi Mash Potato pulak*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

erm, semalam kan aku puasa..... tengah google resepi udang nak masak apa..... tetiba macam terbekenan dengan menu Udang Tempura..... ok dah copy paste resepi..... try google lagik resepi udang lain, ada masak lemak, ada goreng berempah, ada celup tepung, ada butter prawn, ada padprik..... eh memacam resepi lah aku tengok semalam..... rasa nak masak semua tu tapi udang ada 10 ekor jerk dalam peti..... hahahahaha sila gelak korang, udang 10 ekor jerk pon, tu pon nak kecoh kan..... hehe

pehtu jenjalan semalam ada la satu blog cikkak ni..... dia ada letak menu masakan dia dalam tu..... ada rendang sotong, ada tumis kobis ngan lobak merah berudang (haha, aku saje tukar nama menu) ngan last sekali ada la menu nie.....

v

v

v

v

v

 mash potato @ kentang putar -sumber google

ha, dapat agak x blog sapa?.....
hehe
pehtu aku tanya la dia camaner nak buat?

n dengan sepantas kilat beliau me'reply kat kotak komen aku..... terima kasih bebanyak kat Ayu coz sudi jawab pertanyaan aku yang baru belajar memasak ni.....

apa jawapan beliau.....

see


senang jerk rupanya buat mash potato ni rupanya..... nanti boleh try lah, tapi kat umah ada kentang yang kecik jerk, nak kena beli lain la pulak ker?..... hehe, x per nanti aku adjust la pape yang patut ikut sukatan yang dibenarkan..... ye dak?..... x salah kan puan punya resepi..... hehe

yang penting dia nyer sos tu mesti kena ikut.....  sebelum ni kalu ada kentang, aku suka buat wedges, tapi xder la bersos n bercheese bagai kan, janji ada rasa pedas2 cam KFC punya tu dah ok dah..... so, lepas ni boleh la aku cuba buat sendiri mash potato nieh, nanti kalu dah buat aku up sini yerk, kalu xder tu maknanya aku x buat lagi lah..... hehe

k, sekian


update :
ni lah rupa cooking cream yang aku google kat tenet jerk, moga dapat membantu pada mereka yang tak tahu, macam aku nieh..... hehe

14 June 2012

*Ikan Salmon Panggang dot dot dot*

16 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

~insyallah aku berpuasa lagi hari ni, moga semua dipermudahkan~

walau puasa, entry makanan aku nak up jugak..... boleh kan..... hehe
ingat x aku pernah bagitau ritu yang dalam fridge ada ikan salmon ngan udang..... maka ari selasa lepas aku merajinkan diri untuk masak itu ikan salmon..... google resepi udah, belek buku resepi pon udah, last2 aku masak ikan tu ikut sesedap rasa aku gunakan apa yang ada kat umah, malas nak pi kedai kekdahnya aku nieh coz malas nak merempuh jem pasar malam Taman Dato' Senu kalu nak parking dekat kedai tu..... maka jadi lah resepi Ikan Salmon Panggang Hentamsajalah..... hehe


see, dressing kemain lagik kan..... meleleh x air liur, mujur aku x letak bunga carrot..... haha

camaner aku buat..... senang jerk.....
ikan tu aku campur ngan sos tiram, kicap lemak masin n madu (masuk dalam fridge 1 jam jerk, hehe)..... bila dah peram. kuarkan ikan dari fridge, lumurkan dengan margerin n panggang agak2 ikan masak, sambil tu tabur ngan serbuk lada hitam.....

pehtu aku ambik kentang, lobak merah ngan daun saderi potong sesedap rasa (ikut bentuk memasing la yerk), rebus dengan campuran serbuk kari, n garam..... rebus sampai agak2 separuh masak..... pehtu toskan n panggang sayur2 tu gunakan marjerin..... letaklah serbuk perasa sikit, tapi aku x letak pon, so rasa dia ori sayur cuma saderi tu terlembut la pulak masa aku rebus tu, so x fresh lah.....

dah siap sume, letak dalam pinggan n curah lah sos lada hitam segera..... maka siaplah Ikan Salmon Panggang Hentamsajalah..... rasa dia muak sikit lah ikan nieh, kalau dah tekak melayu, makan ikan salmon pon x boleh terima kan..... haha, kalu makan ngan mayonis pon sedap gak aku rasa kut..... n kalau perahkan limau nipis masa panggang pon mungkin lagi sedap untuk hilangkan rasa muak masa makan..... ntah, aku x try lagik.....

lauk dah western, tapi aku hadap ikan ni dengan nasik..... haha boleh jerk kan..... semalam aku makan sorang2 jerk kat umah, Aisha makan biskut jerk, hubby keje balik lewat malam..... sian kat aku kan..... hukhukhuk erm baki ikan salmon ada lagi, tengok lah nanti jadi menu apa pulak aku buat.....

 k, sekian

p/s : hubby dah rasa sikit ikan salmon ni n x kena dengan tekak dia..... so lepas ni idoklerrr kami nak beli ikan ni lagi..... dasar tekak melayu sungguh2 kami ni kan..... hehe
 

12 June 2012

*Nasi Ayam Sup Saderi*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

 last sunday..... aku rajin nak masak..... kalau x hari sabtu pon aku nak masak, tapi dah pi kenduri kahwin, so xder la aku nak masak kat umah kan, malamnye pulak hubby belanja makan KFC, so memang x masak la kat umah..... haha, alasan..... tapi itulah kenyataan.....

so, hari ahadnya aku masak Nasi Ayam simple.....


 inilah rupa nasi ayam aku.....

bajet chef celebrity kan, tu yang gatal letak kayu manis ngan bunga lawang kat nasik tu..... lepas ambik gambo, terus ambik balik simpan dalam lemari..... muahaha

x payah resepi la yerk, aku masak main campak2 jerk..... nanti jadi menu lain pulak kalau aku letak resepi kat sini, coz aku main campak sesedap rasa aku jerk..... janji ada rupa n rasa sikit nasi ayam..... yang penting aku rebus ayam tu untuk dapatkan stok dia nak masak nasi..... lebihan stok ayam aku buatkan sup saderi, n ayam nya aku buat ayam goreng sos tiram..... xder la pulak aku nak buat sambal n sos cicah ayam tu yerk..... aku terlupa la noks..... haha x per, janji anak n hubby suka makan.....

dalam fridge ada ikan salmon n udang..... nak masak ape yerk kengkawan?.....

k, sekian

p/s : hari ni aku n bos ke Pekan, Pahang untuk jumpa usahawan barang kemas di sana.....
semoga perjalanan dan urusan kami dipermudahkan..... ameen

15 March 2012

*IKan Masak Singgang*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

Ikan Masak Singgang

pernah dengar nama masakan nieh.....
alaaa ikan..... ikan masak singgang.....
orang Perak panggil Ikan Senggang.....

kalu aku ringkaskan nama dia.....
jadiklah
Singgang Ikan
hehe, suka ati aku jerk kan bagi nama.....

ha, inilah dia Singgang Ikan aku

aku guna ikan selar kuning jerk.....
senang x payah nak suang sisik.....
potong kepala dengan perut pon guna gunting jerk.....
haha, giler malas aku nieh.....

not bad, sedap jugak aku masak.....
walau bahan x berapa nak cukup.....
tapi rasa ada.....
Aisha suka.....
hubby x dapat rasa coz dia kerje time hari aku masak tu.....
len kali aku masak untuk hubby.....
yerk dear.....

k, sekian