assalamualaikum,
lagi cerita pasal cuti2 kami pada labour day n wesak day awal bulan hari tu..... memang dah niat nak kemas bilik kami kat rumah Kuantan..... bilik xder la besar mana, tapi banyak barang a.k.a perabot dalam tu, bayangkan bilik bersaiz 10' x 15' lebih kurang..... dalam tu ada katil queen 1, almari 3 pintu 2, meja solek 1, side table 1, almari 2 pintu rendah 1, rak tuala 1..... hah, dah macam stor dah aku rasa bila masuk dalam bilik tu.....
dari aku kawin 9 tahun lepas, sampai sekarang memang x pernah ubah bilik tu..... tapi ujung tahun lepas my PIL renovate rumah, n ada lah extra bilik yang x digunakan secara kerap..... maka aku minta izin dari my dear Hubby untuk keluarkan sikit perabot dalam bilik tu, tinggalkan yang basiz je, then kemas lah sikit bilik tu biar nampak selesa walau x besar mana kan.....
Alhamdulillah, Hubby setuju, balik ritu minta izin nagn PIL pulak..... sekali kami offer untuk kemas bilik yang extra kat tingkat atas tu yang dijadikan stor..... Alhamdulillah, PIL setuju juga..... so, hari Sabtu balik dr Terengganu, kami dah pon pi ke Mr DIY untuk beli wallpaper yang akan digunakan masa sesi kemas2 nanti.....
inilah di wallpaper yang dibeli.....
harga setiap satu RM3.50 untuk corak bunga, n RM3.90 untuk corak marble.....
pelbagai corak n pelbagai warna..... sebab kat MR DIY x banyak pilihan, untuk 1 corak n warna yang sama hanya ada 2 @ 3 sahaja yang sama..... dan saiz pon x panjang..... cuma 2 meter sahaja..... walaupon corak sama, tapi warna x sama..... so bila dah tampal jadi x setara...... nanti kat bawah tengok hasilnya ye.....
x berapa nak puas hati sebenarnya, tapi beli juga sebab masa pegi tu dah malam..... esoknya (Ahad) dah nak bekerja kemas2, hari Isnin dah nak balik Rawang pula..... so redha je dulu dengan pilihan yang ada.....
sebelum tampal wallpaper, moh le kita kemas bilik dulu.....
pandangan dari pintu bilik
sebelum : katil betul2 sebelah pintu, hujung sana tu berlonggok meja solek, rak penyidai tuala, almari rendah, siap ada kipas yang dah x berapa betul fungsinya..... setiap kali kami balik, ruang tu lah tempat kami letak beg baju n ruang itulah juga tempat solat..... sebelah kiri dah bersusun almari 2 biji + iron board ..... pintu x boleh nak buka habis sebab tersekat ngan almari.....
selepas : katil dah berubah kedudukan, almari rendah sebelah meja solek kami keluarkan letak kat ruang tangga, sebelah kiri dah kosong, 1 almari kami letak di bilik extra n 1 almari kami pindahkan ke tepi pintu sebelah kanan..... pintu dah boleh buka rapat ke dinding..... yeay!
pandangan dari meja solek
sebelum : almari 2 biji menutup dinding.....
selepas : 1 almari yang tinggal, pintu dah boleh buka rapat ke dinding, rak tuala letak sebelah almari, so bila buka pintu bilik, xder la terus nampak rak tuala tu kan..... tersorok sikit.....
pssst..... anak dara pon sibuk juga tolong kami mengemas.....
Alhamdulillah, dah selesai mengemas.....
seharian juga kami mengemas, memula kemas bilik extra dulu sebab nak cari ruang untuk 1 almari tu.....lepas tu baru kemas bilik kami..... dah siap kemas, hati berkobar2 pulak nak menampal wallpaper pula.....
seharian juga kami mengemas, memula kemas bilik extra dulu sebab nak cari ruang untuk 1 almari tu.....lepas tu baru kemas bilik kami..... dah siap kemas, hati berkobar2 pulak nak menampal wallpaper pula.....
sebelum tu, kita rehat jap, mandi2, solat, makan (seharian x makan sebab geram nak kemas bilik yang bersepah)..... lepas maghrib kita mula menampal la pulak.....
memula kita warm up dulu dengan menampal wallpaper pada barang yang kecil dulu.....
cermin meja solek.....
sebenarnya cermin tu dah pecah, so Hubby yang cerdik pandai masa beliau bujang dulu, tampal lah poster Black Hawk Down tu untuk tutup cermin pecah..... bukan retak ye kengkawan, pecah, aku memang x berkenan sungguh poster tu, sebab nampak ganas, tangan ni gatal je nak cabut tapi kalau dah cabut nanti nampak lah cermin pecah tu kan.....
sebenarnya cermin tu dah pecah, so Hubby yang cerdik pandai masa beliau bujang dulu, tampal lah poster Black Hawk Down tu untuk tutup cermin pecah..... bukan retak ye kengkawan, pecah, aku memang x berkenan sungguh poster tu, sebab nampak ganas, tangan ni gatal je nak cabut tapi kalau dah cabut nanti nampak lah cermin pecah tu kan.....
maka, dah ada wallpaper, mari kita tutup poster tu biar nampak feminin sikit..... hihi
zoom : still lagi nampak sebahagian poster tu, x boleh nak koyak habis..... ntah gam apa Hubby guna untuk tampal, sampai x boleh tanggal..... huhu, nanti balik lagi sekali, aku nak double atau triple kan wallpaper tu sampai x nampak poster tu kat belakang..... hehe
cermin ni x per tutup habis sebab kat almari baju sebelah pintu tu dah ada cermin panjang, so nak bersolek, guna cermin tu je.....
ha, ni dinding yang belakang almari 2 biji tu, dah kosong..... dinding playwood je.....
sebelah dinding tu bilik PIL, pon hanya playwood warna coklat tu je...... yang ni kena minta pertolongan Hubby la, sebab tinggi juga dinding tu nak memanjat menampal.....
kerja menampal wallpaper pon dimulakan..... dengan kerjasama anak dara kesayangan.....
senang je nak tampal, cuma cabut kertas pelekat belakang kertas bercorak, pehtu tampal..... memula tu macam susah nak tegakkan biar xder nampak ruang renggang antara 2 wallpaper yang di tampal, bila dah masuk kertas yang ketiga, dah senang dah..... yang penting kena mulakan dari atas, senang nak kontrol kat mana nak tarik wallpaper tu..... kalau ada bubble, just tanggalkan semula sikit, n tampal semula dengan menggosok kertas tu bagi rata..... kertas ni macam boleh memeri jugak, so boleh je tarik2 nak bagi tegak.....
hasil tampalan wallpaper dengan kertas pelagai corak..... corak dah sama, warna pula x sama..... panjang pon x cukup sampai bawah..... sebab kat MR DIY ni dia jual memang dah siap2 potong 2 meter untuk 1 roll, maka kalau x cukup kena la beli banyak roll, tapi dah beli banyak roll, warna x sama, maka gitu lah jadinya..... redha
dah rupa apa ntah aku tengok, kelakar pon ada kan..... haha
dah rupa apa ntah aku tengok, kelakar pon ada kan..... haha
yang ruang kat bawah tu kami tutup juga dengan wallpaper, lain punya corak n lain punya warna.....
tada!!!
nampak wallpaper bawah warna hijau tu..... terpaksa guna.....
asalnya wallpaper tu aku nak guna untuk tampal kat dinding belakang almari sebelah pintu, tapi sebab dinding ni x cukup, maka tampal je la kat sini..... janji tertutup n x nampak dah dinding coklat playwood asal tadi..... haha, dah siap..... yang dinding sebelah pintu tu len kali lah kita buat.....
lepas tu, Hubby ada beli picture frame sticker, konon nak tampal kat wallpaper yang corak bunga2 tu..... tapi bertukar fikiran sebab katanya dinding kat kepala katil nampak kosong..... dia nak buat macam bilik tetamu kami kat rumah Rawang.....
maka
inilah hasilnya.....
inilah hasilnya.....
dinding bahagian atas kepala katil
sebelum : kosong
selepas : picture sticker setelah ditampal (sila lihat jam dinding tu, dah nak pukul 12 tengah malam dah masa siap kerja2 make over ni)
pilihan gambar adalah pasu n bunga, biar nampak berseri sikit bilik ni..... hihi
harap2 tahan lama la sticker ni melekat kat dinding sebab dia lekat guna double sided je.....
maka selesailah make over bilik kami di kampung nuun..... hari Ahad tengah malam selesai kemas, esok pagi nya kami balik Rawang..... so x dapat merasa sangat la dok bilik baru ni kan..... x per, ada masa nanti kami balik lagi ye bilik kami yang comel ye..... tunggu kedatangan kami tau.....
haha, dah macam orang bercinta pulak.....
erm, ada juga plan nak pasang wallpaper kat bilik sebelah, tapi tunggu balik nanti baru boleh nak buat kan.....nanti kita pi Kaison ekk, beli wallpaper yang 10 meter punya, xder la corak atau warna tu nanti jadi lain2 kan..... hihi
kos make over bilik
wallpaper bunga RM3.50 x 5 keping = RM17.50
wallpaper marble RM3.90 x 6 keping = RM23.40
picture sticker RM10.50 x 1 keping = RM10.50
total = RM51.40
kalau beli cat, berapa ye kos?..... x survey pon sebab nak buat kerja yang cepat, mudah n ringkas.....
nanti Hubby nak buat kat terataKami juga..... bila..... tunggu ada rezeki nanti ye..... inshaa Allah
k, sekian
7 comments
cantiknya
wah kreatif. saya pun da beli wallpaper kat diy gak.Murah kan dan glue die pun kuat. kalau nak tanggal tertanggal skali lah cat dinding. huhu
kemas.. oh duduk rawang jgk yea sis??
cantek budget pon x mahal...suke2
dah kemas bila dimakeoverkan..
xpela campur2 pon , asalkan xdelah nmpak kayu tu kan
harap datangla mood rajin nk diy huhu..
http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html
Sye beli wallpaper kat kaison.. 1gulung 10meter cume rm19.90..mmg berbaloi..cantik n byk pilihan