as salam,
opsss, jangan buat kesimpulan terus dengan tajuk tu yerk..... entry bi bukan aku x bagi kengkawan join AKPK, tapi sila BACA SAMPAI HABIS dulu apa yang aku nak share nieh..... lepas tu baru uat kesimpulan..... wokeh.....
erm, ritu saje la berdiskusi dengan member opis, asalnya dia cerita nak buat loan, then berjangkit pasal camner nak langsai hutang dengan cara cepat, then tercerita pulak pasal AKPK..... so, tergoogle lah aku pasal AKPK nieh.....
kengkawan pernah dengar apa itu AKPK?
ker ada yang dah join?.....
AKPK adalah satu agensi yang boleh membantu kita dalam pendidikan kewangan, memberi kaunseling kewangan dan cara menguruskan kredit dengan bahasa mudah macamana kita nak mengawal hutang.....
agensi ni ada kaitan yang sangat rapat dengan Bank Negara Malaysia ye kengkawan.....
dari carian aku, orang yang banyak gunakan khidmat AKPK ni adalah orang yang ada hutang kad kredit..... ada yang 5 kad, ada yang 8 kad, ada yang sampai 10 kad pon ada.....
aku x boleh la nak komen lebih2 pasal ni sebab aku x guna khidmat agensi ni.....
so jom kita tengok baik ke buruk ke AKPK ni kat kita.....
sedikit dari pembacaan aku pasal AKPK.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NEGATIF
Saya dan keluarga benar2 mahu membeli rumah atau kalau boleh membina
rumah, masalahnyer saya sukar untuk membuat pinjaman oleh kerana saya
ader AKPK, buat masa ini saya dan keluarga masih lagi menumpang dirumah
bapa saya, ialah bak kata perpatah baru2 tu memang lah bau ewangi, lama2
tu bau taik...
Saya terlibat dengan AKPK tu pun pasal kad kredit, bukan saya tak bayar ,
tapi saya mengurangkan bayaran setiap bulan dari RM1200 kepada RM340
dan Alhamdullilah tiada gangguan lagi dari bank2 yang berkenaan.
Dan sekarang pula timbul lagi satu masalah untuk mencari tempat tinggal
untuk kami sekelurga...tak tido malam dibuatnya memikir.KWSP akaun 2 tu
aderlah RM38K kalau campur ngan bini tu ader lah RM 40K, isteri lak
lama dah tak kerja kerana menjaga anak.
**********
mmg rugi g AKPK.. sume loan kena freeze..
**********
1. Akan kena blacklist oleh bank2 selama tempoh perlindungan Bank Negara (via AKPK)
2. Bank2 akan tau kita pernah minta tolong Big Brother sb tak mampu bayar hutang…bank akan take note benda ni..
3. Financial kita terikat atas telunjuk AKPK….
Klu kantoi bayar settlement … klu tak silap 2 kali…ke atau sekali… you’re out from the program…
Dan back to square one…
**********
Jgn apply AKPK sebab :
1) Ko akan kena blacklist selama-2nya…
2) Akan kena blacklist selagi masih hidup.
3) Nak apply loan PASTI kena reject selama-2nya sebab nama dah blacklist.
4) Pendek kata jgn apply AKPK.
Sebabnya member aku sendiri call officer AKPK dan dia mengakui akan hal blacklist ni.
Tq.
**********
but kalau ada positif dia sure ada negatif dia…
kadar bayaran tetiap bulan akan ditetapkan oleh AKPK..
segala maklumat kewangan kita akan direkod…
sory la nak melancong2 ke.. ape ke…
plan nak buat pinjaman apa sorry skit…
setel bagi habis semua hutang dulu…
kesimpulan, akpk nie hanya sesuai bagi yang betul2 dah xde jalan nak
pusing, pastu tido pun dah x lena.. kiranya tahap paling kritikal la..
elok lah ke AKPK… pada yang ada peluang lagi tue.. cuba usahakan dulu…
**********
memanglah akpk bagus dapat membantu tapi selepas habis bayar akpk, saya
tak dapat membeli apa2 misalnya kereta, motor atau rumah, sekarang nie
saya tersesak.. tak tahu nak buat macam mana!! saya tanya akpk kenapa
tak boleh apply loan, akpk jawab terpulang kepada bank… saya tanya bank
kenapa tak boleh apply loan, bank cakap u ada apply akpk dulu so susah
nak apply mana2 bank!!
POSITIF
AKPK… ianya merupakan suatu rahmat kepada penghutang!!!
Jika someone dah duduk bawah AKPK dia tidak boleh disentuh oleh bank,
diishtiharkan bangkrap… dan boleh lah tido lena skit daripada dulu…
kalau join AKPK nie kira nya mcm dapat lesen besar la dari Bank Negara…
bank semua x boleh kacau dah…
**********
bro and sis…saya sudah join akpk. total hutang saya untuk 8 credit card
ialah rm24k. memang saya gila..terlalu memboros..sekarang akpk telah
menetapkan bayaran rm400..untuk lebih kurang 70bulan. interest from 18%
jatuh ke 5%. sekarang saya bebas dari panggilan dari bank yang megejar
untuk duit. tapi syarat setiap bulan kena bayar sebelum akhir
bulan..kepada acc akpk. bagi pendapat saya akpk banyak
membantu..terutama mengurangkan bunga
**********
aku rasa bukan blacklist, BNM akan masukan nama kita kedalam satu list
yang ikut program ni. program ni bagus utk yg dah lepas paras hidung
(bernafas dalam lumpur
) sebab
dia akan restructure semua hutang korang.
**********
AKpk adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan oleh bank negara untuk
membantu mereke yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman. x
silap saya AKPK dah banyak membantu orang dan kebanyakkan berjaya
menyelesaikan masalah mereka. akpk cuma orang tgh diantara penghutang
dan bank. akpk akan cube memujuk bank supaya mengurangkan interst dari
18% untuk kredit card sehingga ke 8% untuk kredit kad. kite akan bayar
ke AKPK dan AKPK yang akan mengagihkan bayaran kepada bank, jadi Kawan
saya hanya tumpu kepada 1 bank sahaja. kawan saya sendiri sudah 2 tahun
dalam Program DMP yg disediakan oleh AKPK. kawan saya ada 10 kreditkad,
dan sebelum tahu akpk kawan saya kena bayar kat bank sebanyak lebih dari
3000.00 sebulan untuk 10 kredit kad untuk setiap bank, tp
alhamdullillah sejak akpk bantu, dia hanya bayar 1100.00 sebulan untuk
10 bank. terima kasih akpk. kini dia telah selesaikan 4 bank dengan
membayar habis. tinggal 6 bank saje lagi, dan pembayaran ke akpk menurun
sebanyak 580.00 sebulan.insyaallah dia akan selesaikan sikit2. kini
pembelanjaan kawan saya itu lebih teratur dan dia sekeluarga bahagia,
harus diingat AKPK TIDAK BLACKLISTKAN ORANG. hanya membantu dan bagi
pendapat kepada orang awam. dan tiada cas dikenakan.
**********
Just nak share pengalaman kawan bf sy. Commitment dia sblm ke akpk
adalah RM5800/sbln, enrol dmp akpk tinggal RM2700.
Br 3 thn, sy tgk dia
tukar keta…dpd honda civic ke skrg ni ford focus platinum+ yg baru tu.
Dia straight away join akpk sbb kena retrench with very minimal
compensation. Sementara akpk settle dgn bank2, the process can buy him
at least 2 months to survive.
Sy tnya bf sy, mcmmana dia blh buat loan keta sedangkan dia under
akpk sbb org dok kata klu masuk akpk takleh dah wat loan bagai…bf sy
bgtau, mana ada blacklist2 ni. terpulang pd budi bicara pihak bank la nk
bg loan ke tak. Gaji dia pun dah naik dpd 9000++ (co lama yg retrench
dia) kpd 12k++ di co skrg. Of course b4 dia trade in keta dia tu, bf sy
kata kwn dia dah ada settle a few accounts.
So, all in all, as long as income kita “mencukupi” ( that is,
mengikut budi bicara pihak bank) & takder commitment2 lain yg
“makan” gaji bersih kita, maybe bank blh approve.
I think, akpk ni beneficial klu dah ada rumah & keta kot. Sbb,
klu takleh wat loan pun takper, dah ada keperluan asas tu. Tp klu masuk
akpk b4 beli rumah & keta, then gaji pun tak baper nak
cantik…..maybe bank dah tak “trust” sbb bkn kerana u dah ada history dgn
akpk…tp u dah ada history takleh manage ur debt.
**********
Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap
bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar
statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara
keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank
pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil
peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.
Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang,
saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar
secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun
akan lagi cepat habis hutangnya.
**********
Kalau dikira dari segi konsepnya,
kita langsung tidak berhutang apa-apa
dengan AKPK. AKPK hanyalah satu badan yang mewakili kita, menjaga hak
kita sepanjang tempoh kita menyelesaikan hutang dengan bank. AKPK
menjanjikan bank untuk memastikan kita membayar hutang bank mengikut
kemampuan kita melalui perjanjian kita, disebabkan itu, AKPK menanggung
sedikit risiko untuk kita membuat bayaran hutang ke bank. Dengan ini,
bank mungkin bersetuju mengurangkan kadar faedah disebabkan AKPK
menanggung sebahagian dari risiko ini. Kaedah pembayaran hutang pula,
kita menyalurkan keseluruhan bayaran ke AKPK. AKPK memastikan kita
membuat bayaran dan kemudiannya mereka menyalurkan bayaran tersebut ke
bank berkenaan tanpa cas apa-apa ke atas kita. Selain bayaran melalui
AKPK, kita juga bebas untuk buat bayaran tambahan sendiri ke bank
berkenaan untuk mempercepatkan penjelasan hutang.
**********
Bank nak duit dr customer, jd dorang akan ambil customer yg ada duit dan
boleh dipergunakan utk dapat keuntungan. Meraka yg sedang atau telah
melalui AKPK, bukan sahaja mempunyai sejarah yg berisiko dari segi duit,
tp juga telah diberi pendedahan oleh AKPK mengenai nilai wang. Jd
bank
takut sikit nak dekat org2 yg pernah AKPK sbb susah dorang nak tipu kita
ngan servis2 dorang utk dptkan duit kita.
**********
loan masih boleh buat....
tapi secara implicit agak sukar nak dapat...sebab banks nak reduce
risks...so customer with poor record nih dorang try to avoid ler...lagi2
kalau kerja swasta...current condition memang tak favour dorang...
macam kawan bono yang
kerja gomen tuh dapat loan sebab as usual lah kerja gomen high security...
**********
sumber :
www.majalah.com, www.bebas-hutang.com, moneymatter7.blogspot.com, www.bicarajutawan.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ha, tu sebahagian yang aku ambil dari website tertentu, nak lagi terang dan jelas boleh jer taip AKPK, lepas tu klik butang 'search'..... so lagi macam2 n banyak ilmu yang akan kita dapat.....
xder la dari satu sumber jerk n kita terus buat kesimpulan AKPK x bagus, AKPK jahat dan lain2 lagi kan.....
setiap apa yang kita buat mesti lah ada pro n kontra nya.....
orang kata, sebelum buat sesuatu, ukur baju di badan sendiri dulu.....
so, renung renungkan dan selamat beramal.....
eceh, pinjam quote Prof Izi jap.....
hehe
k, sekian
pssst : setakat ni cukuplah dulu loan yang ada, x mor tambah dah..... lama lagi tu nak abes..... huhu