Pages

10 May 2013

*kena bayar lebih sebab lambat renew lesen memandu*


as salam,

ini adalah sebagai peringatan pada diri ini di masa akan datang.....

di sebabkan sibuk dengan pilihanraya kerja-kerja di hujung n awal bulan ritu, maka aku terlupa untuk perbaharui lesen kenderaan yang sepatutnya tamat pada tarikh lahir aku 4 Mei hari tu..... hari Jumaat memang x sempat nak keluar, hari Sabtu (4 Mei) adalah hari kami balik kampung untuk mengundi, perjalanan ambil masa 6 jam KL - Kuantan (Hubby drive)..... hajat nak ke Pejabat Pos di sana, disebabkan letih, terus terlupa. lagipon pos office kalu buka pon, hanya setengah hari je kan.....

hari Ahad adalah hari mengundi, selesai sebelah Hubby, jam 11.00 pagi gerak balik ke Kota Tinggi Johor pulak, nak kejar part aku mengundi..... 
dengan lesen dah tamat tempoh, aku cekalkan hati bawa kereta sebab Hubby dah tersangat letih drive dari KL-Kuantan (malam Jumaat) pusing balik umah, drive KL-Kuantan again (pagi Sabtu), then pagi Ahad beratur seawal jam 7.30 pagi untuk mengundi.....
jadi sebagai isteri yang prihatin, aku kena ringankan keletihan Hubby drive..... tapi x jauh pon, dari Pekan ke bandar Mersing jerk..... lepas Hubby dah lege dari keletihan dia sambung drive semula..... erm, takut jugak kut2 lah ada polis tahan, tapi alhamdulillah, sume selamat.....
hari Isnin tu Hubby drive lagi dari KT-Rawang.....

isk, panjang jugak mukadimah nak sampai ke cerita sebenar yerk..... huhu, ok balik pada tajuk.....

hajat nak renew hari Selasa ritu, tapi kebanyakkan Pejabat Pos yang Hubby pi offline pulak..... so x boleh nak renew..... hari Rabu aku ingatkan Hubby untuk pi sekali lagi untuk renew lesen..... yelah, hari Jumaat Hubby outstation, so aku kena drive sendiri pi balik keje, xkan nak bawa kereta tanpa lesen kan..... takut lorrrrr

dan hari Rabu, dapat dah aku lesen baru.....


oho ini lesen lama yang dah tamat tempoh.....

see, tarikh tamat adalah 04.05.2013 tapi sedebabkan aku renew lewat 4 hari iaitu pada 08.05.2013, maka aku kena bayar lebih..... biasa kalu nak renew lesen aku kena RM30 + RM2.....
tapi kali ni aku kena double charge.....

oho, bukan kena bayar denda lewat, tapi aku kena renew untuk 2 tahun terus sebab lewat dari tarikh lahir..... so bayaran dikenakan adalah untuk 2 tahun la kan.....

lesen baru

see, tempoh 08.05.2013 - 04.05.2015.....
bayar RM30 x 2 tahun + RM2 kos perkhidmatan.....
ada jugak kos perkhidmatan, hehe

maka lagi 2 tahun lah aku akan renew lesen semula..... harap2 aku x lupa untuk perbaharui lesen sebelum tarikh birthday, kalu x kena 2 tahun lagi la jawabnya.....
erm, ok jerk sebenarnya, tapi takut lupa, huhu

k, sekian


update : untuk pengetahuan, bukan lah kena bayar lebih tu untuk denda, tapikena bayar lebih sebab kena renew untuk 2 tahun..... jadi sepatutunya bayar RM30 (untuk setahun) jadi kena bayar RM60 (untuk 2 tahun)..... kira bayar lebih la kan..... sorry lah pada yang mungkin tersilap fahaman ngan statement aku dalam entry ni yerk.....


24 comments:

  1. kena denda juga yerkkk... xde le lama terlewatnya tu ----- udah selamat semua yer.

    ReplyDelete
  2. tuuu diaa... kena mark dlm henpon ni..renew awal sbb bday jatuh hari cuti ;-)

    ReplyDelete
  3. wah.. kena denda juga ya.. aiza lambat lagi.. bulan 12 ni baru kena renew..

    ReplyDelete
  4. berapa caj lewatnye tuh??
    cam sama jer.. selalu pon sis renew camtuh jugak harganye~
    yang caj lewat nye kena berapa RM?

    ReplyDelete
  5. macam saya memang kalau renew mesti 2tahun sekali.. senang & jimat masa.. malas buat setahun2..rasa macam leceh..hehe

    ReplyDelete
  6. tahunni pun akak kena renew dah ni.. sampai dah masanyer...

    ReplyDelete
  7. tahunni pun akak kena renew dah ni.. sampai dah masanyer...

    ReplyDelete
  8. jap2 nak check KA punya lesen pulak

    ReplyDelete
  9. Aku baru renew..lesen tamat 27.8.2013 aku lmbat renew 9.10.2013 baru renew..dan aku kene bayar Rm75 tpi dia tulis untuk setahun je..aku x paham lah..aku denda ke..

    ReplyDelete
  10. @Afiq Hakim owh yer ker..... erm, patut rm75 tu boleh dapat utk 2 tahun (rm30 + rm30) dan maybe yg rm5 tu adalah charge perkhidmatan.. erm musykil pulak ni.. cuba tengok tarikh kat lesen tu expired bila..

    ReplyDelete
  11. Ho..ho.. T.lahir sama ,kes pn sama peace :)

    ReplyDelete
  12. hu2 sama la sy ....da expired ni..terima kasih info yg sangat berguna.

    ReplyDelete
  13. nasib aku pkai lesen terbang xpayah susah2 nk renew kikii

    ReplyDelete
  14. Kalau lesen sudah tamat tempoh contoh 22.10.2015..sampai skarang belum renew.kalau esok renew..berapa semua jumlah termasuh kos

    ReplyDelete
  15. @Unknown kalau ikut perkiraan 2015 - 2016 (rm30) tapi sebab dah lepas tempoh, kena up sampai 2017 so tambah lagi rm30.
    maka kena bayar rm60 + kos perkhidmatan rm2 = total rm62

    tapi x taulah kalau ada perkiraan lain kan.....

    :)

    ReplyDelete
  16. sekarang ni saya ada lesen full yg dah lama tak renew sejak tahun Dec 2013, agak2 saya terlambat sangat tak utk renew sekarang? ke dah ada sistem baru? sapa2 boleh tolong share info. tq

    ReplyDelete
  17. Alahai...saya ni pun terlewat gak. Tarikh lahir kita sama 4/5...tapi sampai msg ni ditulis,saya masih tak renew lagi. Malam td baru tgk lesen....laaaaa...Alhamdulillah sesangat sbb x pernah kena road block...

    ReplyDelete
  18. Sya renew td mati lesen 10.12.17 buat 19.2.2018...kena bayar 72.20 dpt lesen 19.2.2018 - 10.2.19...bukan ka 2 thn 2020..

    ReplyDelete
  19. eventhough this post too old to refer btw it give me info.. actually i already late renew license which is expired last year 2017 in november but today already 2018 in march. haha. thank you..

    ReplyDelete
  20. Boleh bgi info sikit kalau lesen memandu lewat selama 6 Bulan brapa la di kenakan charge denda tamat tempoh 7/4/2018-30/10/2018????

    ReplyDelete

1, 2, 3, 4,
5, 6, 7, 8,
Nak komen x perlu taip cepat cepat,
Yang penting gunakan bahasa yang sopan.

terima kasih in advance.....
(kalau komen x berbalas, bermakna aku x sempat, tapi yang penting tunggu kunjungan balas dari aku, k)

kedai barang dengan harga murah