^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label info pokok. Show all posts
Showing posts with label info pokok. Show all posts

29 May 2014

kebun SAYUR dalam pasu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil.....  so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....


Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia


Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.


 tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....



 Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia



 Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah


 Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

 harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe

k, sekian

13 December 2012

*cerita pokok kaktus pemberian Mai*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


kira2 bulan oktober 2012 ritu..... blogger Mai ada bagi aku adiah untuk deko2 TerataKami yang baru duduk kan..... nak tahu, dia bagi adiah Pokok Kaktus..... hehe terima kasih Mai.....

alhamdlillah, so setelah 2 bulan pokok tu kami jaga n siram..... akhirnya ia menampakkan perkembangan yang sangat baik..... kami tanam 3 pasu kat porch..... tapi setakat ni 2 pokok dah bertunas, tapi yang 1 lagi tu macam xder perkembangan pape jerk, mungkin sebab lokasi x strategik kut, ye lah sekarang ni musim ujan, so mungkin pokok tu asik kena air jerk tu yang x mor kembang2 tu..... pokok kaktus kan x yang bagi air banyak2 kan kan kan.....



ha, ini salah satu pokok yang dah bertunas.....

eh, betul ker istilah 'bertunas' ni untuk pokok kaktus yerk..... kalu x betul, sila betulkan..... hehe saya suka saya suka.....
tapi ada satu mende yang x sedap dipancang lah..... kan aku ada cerita pasal umah sebelah ada kucing yang banyakkkkk kan..... so kucing itu telah mencacatkan pertumbuhan pokok kaktus di Teratakami.....



perbezaan tunas pokok kaktus.....

 ha, nampak beza x antara pokok kiri ngan pokok kanan tu..... yang kiri cantik jerk tumbuh daun2 kecik tu kan..... tapi yang kanan tu dah rongak2 dah siap comot2 dengan getah meleleh jerk kat sekeliling dia..... ini semua gara2 kucing yang suka panjat  pokok kaktus tu melalui lubang tembok untuk pi umah sebelah..... sian kat pokok tu, baru jerk nak membesar dengan jayanya, tapi rongak2 dek kucing yang suka lompat2 kat pokok tu..... huhu



 lokasi pokok kaktus yang rongak2 tu.....


nampak x lubang kat tembok tu..... kut situlah kucing2 tu melompat2 untuk pi ke umah sebelah ulang alik..... hurm hujung pokok tu ngam2 jerk kat lubang tu kan, tu yang rosak pokok tu..... huhu sedey..... rasanya kena bagi idea kat Hubby mintak tukar kedudukan pokok tu dari lubang biar x kena langgar todak dek kucing2 yang dok melompat2 tiap hari..... so, kena tunggu ujung minggu ni lah, coz sekarang Hubby outstation ke JB dari semalam untuk urusan kerja, ari Sabtu baru balik..... Ahad bolehlah kerjakan porch kami tu..... hehe inshaAllah.....

once again, terima kasih Mai sebab bagi pokok ni kat aku, akan ku sedapa upaya jaga biar pokok ni membesar bagai johan..... hehe


k, sekian

05 December 2012

*dah beli baja untuk pokok TerataKami*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


seperti yang kami janjikan pada pokok2 kesayangan kami sebelum last week..... akhirnya pada sabtu lepas, kami ke nursery yang biasa kami pergi, Sunny Pottery And Garden dekat ngan Selayang Mall..... on da way balik dari KWC tu, kami singgah untuk beli baja n racun serangga.....


baja pokok SEA 33 - RM3.50

 sesuai untuk semua jenis pokok samada pokok ada bunga atau pokok xder bunga..... cara nak guna, sukatan 1 sudu teh untuk pokok baru nak idup atau pokok dalam pasu kecil..... 1 1/2 sudu teh untuk pokok dalam pasu besar..... tabur baja jauh dari batang pokok, kiranya tabur kat keliling bibir pasu jelah senang kan.....
baja ni ada 2 jenis, yang ni x der bau, n ada lagi satu berbau ta** ayam..... harga murah RM0.50 dari yang ini..... uhuk, nyonya tu cakap kalu x nak bau, korek tanah sikit then letak baja, pehtu timbus semula..... x per lah aku kan pemalas..... so mahal 50 sen jerk dari berbau n nak kena korek2 kan..... hehe

baja ni aku stanby untuk pokok Java Palm n pokok Kaktus kat porch..... dua2 pon pokok x der bunga kan, so boleh guna baja nie.....



baja bunga SEA 178 - RM5.00

khas untuk pokok berbunga sahaja..... sukatan sama macam baja pokok kat atas tu..... yang ni khas untuk pokok2 kat balkoni kat atas..... dua2 Lavendar n Zebra pon ada bunga..... so sesuai lah kan.....



Impro Anti Pest 800ml - RM17.00

moga2 semburan ni sesuai untuk mematikan n menghalang semut dari bermaharajalela kat pokok Zebra aku tu..... sian tau kat pokok tu bila tengok semut2 tu menghurung kat batang n daun dia..... aku nak pegang pon geli... huhu x boleh nak belai2 pokok tu.....
cara nak guna senang jerk, cuma sembur kat pokok sampai pokok tu basah, sembur dalam seminggu sekali, in sha Allah serangga dah xder dah.....

so, hari ahad lepas, x der kemana2, maka aku tabur lah baja n sembur racun tu..... moga pokok2 tu berkembang dengan pesat n jayanya..... ameen

k, sekian


22 October 2012

*[GAMBAR] pasu pecah dek kucing*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,
~sambungan entry pagi tadi~


ingat nak cerita pasal 'teleto' ari sabtu lepas..... tapi pic nak kena resize dulu.....
so kita sambung cerita pagi tadi pasal pasu dulu yerk..... 



 inilah pasu yang pecah tu dek kucing makcik sebelah.....dah dikemas sikit by my dear Hubby sebelum pi keje pagi tadi.....

actually, kejadian malam tadi, n malam tadi jugak hubby perasan yang pasu tu dah pecah..... tapi aku cakap ngan Hubby, biar lah dulu, sok pagi lah kita bagitau tuan punya kucing tu..... coz time tu dah pukul 11 malam..... x mor arr ganggu jiran tengah2 malam kan, x patut.....

so pagi tadi aku x tahu conversation apa antara Hubby ngan tuan punya kucing tu..... aku turun bawah lepas siapkan Aisha, tengok2 Hubby dah sapu tanah tu dalam pasu yang katanya tuan punya kucing tu bagi..... pasu biasa jerk n x muat nak isi sume tanah yang terabur kat atas lantai.....
see dalam gambar tu, itulah baki tanah yang x muat masuk dalam pasu yang diganti, terima kaish jiran..... tapi kami kena cari pasu lain jugak lah kan..... hurm.....

x tau nak luah perasaan geram camner..... sempat lah aku tanya Hubby, "apa kakak (tuan punya kucing a.k.a anak makcik sebelah) tu cakap pasal pasu tu"..... Hubby cakap, "dia cakap, x per nanti kalu dia dapat kucing tu, dia rotan"..... ha! nak rotan kucing?..... cerdik sangat la tu kan.....
aku dah x tau nak cakap ape dah..... Hubby kan cepat sejuk ati ngan orang, baik ati sangat..... so xder la dia marah2 kat tuap punya kucing tu..... kalu aku ada time tu, rasanya aku dah bagi nasihat suruh dia buat rumah kucing atau aku dapat tangkap kucing2 tu sume n buang kat tempat lain..... 

ha, bukan aku kejam, aku pon suka ngan kucing..... n aku pon pernah bela kucing..... tapi kalu bela kucing tapi x tahu nak jaga leklok, setakat melepak kat porch aku boleh terima lagi, ni sampai berak kencing kat TerataKami, tido kat TerataKami, masuk kuar umah sesukahati kat TerataKami..... ini lagilah dah sampai pecah pasu..... apa ke hal.....

huh..... lepas geram kat sini je lah..... sebab kalu kat umah, aku try nak jumpa ngan kakak tu tapi dia macam mengelak jerk bila terserempak ngan aku, kalu ngan Hubby ok jer pulak..... isk, bukan aku nak cari gaduh pon..... aku cuma nak dapat clear picture pasal kucing2 dia tu jerk..... rasanya tahap sabar aku dah sampai kemuncak jerk ni..... lepas ni kalu ada lagi kejadian yang menyakitkan hati aku..... siap lah wahai kucing2 sekelian..... maafkan jiran sebelah mu ini kalu terjadi sesuatu kat badan2 korang semua..... Aisha pon dah pandai, "mama, nah tayu..... eee geyam la ket tu".....

k, sekian

18 October 2012

*makin banyak, makin ceria... weehaaaaa*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


memula ada 4.....
pehtu kami jadikan 6.....
sekarang yang terkini dah ada 12.....


wah cerianya rasa.....
tapi kalu letak set kerusi atau buaian lagi ceria rasanya.....
kan Dear?.....
hehe


entry ada kaitan dengan  ENTRY INI


ok, buat kerja pulak yerk.....

 k, sekian

16 July 2011

*Tiga Pokok Tertua Di Dunia*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 Pokok Ketiga Tua
Bristlecone Pine 4200 tahun
Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi.
Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.

Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.

Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.
Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine

Pokok Kedua Tua
Jomon Sugi 2000-7000 tahun

Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.

  Pokok Paling Tua
Spruce Ione Norway 9550 tahun

Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden , diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.

Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna , Sweden . Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal .
“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea , Sweden .
Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.

Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter.
Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.

 k, sekian

********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********