assalamualaikum,
Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil..... so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....
Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia
Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley
Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley
Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.
Aroma
dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau -
‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan
kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan
atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.
tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....
Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan
wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau
lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara.
Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah
berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga,
dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia
Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah
Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.
harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe
k, sekian
6 comments
Walau dlm pasu tapi semuanya memuaskan hati. Kalau tak ada tanah kenalah tanam dlm pasu. Kakak pun buat macam ini juga..
tanaman dlm pasu pon ok...yat pon tanam dlm polybag je....subur sgt pokok2 yg mas tanam ni....
Dah lama rietta xbercucuk tanam....teringat dulu...lebihan sayur didapur selalu ditanam...rindunye pada kampung...
daun sup, daun ketumbar..emm saya tak dapat bezakan..
ada gak niat nk bercucuk tanam dalam pasu..senang takyah membeli jek
hai masz...lama xjenguk blog...rajin menanam...hehe
agk nyr kalu ada tanah ni...penuh dgn tanaman ;-)