^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label krim gamat. stichopus cream. Show all posts
Showing posts with label krim gamat. stichopus cream. Show all posts

15 August 2014

kena tolak masa main polis polis

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


kelmarin (rabu) petang, masa ambil Aisha dari taska, tengok dia keluar terhencut2, belum sempat aku bertanya, pemilik taska bagitau yang kaki Aisha luka sebab jatuh kena tolak oleh budak lelaki..... aku tengok Aisha macam ok je, so aku pon ok je lah, x kan nak marah2 kan, tapi dalam hati terkilan juga, macamana boleh tolak2 kan.....

then masa on the way balik rumah tu, aku tanya la Aisha camner boleh jadi gitu..... dia pon cerita.....
"saya main polis polis dengan kawan kawan kat taska tadi, lepas tu saya nak tangkap xxx (budak yang tolak Aisha), lepas tu dia nak lari, dia tolak saya"
aku tanya berapa umur budak tu
"umur dia sebelas tahun"..... gulp, tekejut aku, budak 11 tahun, lelaki, tolak Aisha masa main polis polis..... mana x jatuh anak dara comel berusia 6 tahun ni.....
x pe lah, aku just pesan kat Aisha.....
"lepas ni x mor dah main dengan dia ye, dia dah besar, lelaki, nanti Aisha jatuh lagi macam ni"
dengan redha, Aisha angguk kepala je.....

kaki Aisha yang luka, jatuh atas tanah..... 
yang teruk kat pergelangan kaki, ada luka sikit2 sampai ke lutut.....


kat taska dah cuci, cuci biasa je..... so, kami decided untuk bawa Aisha ke klinik malam tu, takut luka tu ada lagi baki pasir @ tanah yang tinggal.....



Aisha masa rawatan..... assistant doktor di Poliklinik Perdana, Rawang sedang cuci luka.....
dia macam nak nangis masa dressing tu, tapi Papa dia pujuk, n cakap "Aisha kuat kan, x mor nangis tau"..... dia angguk n tahan nangis.....
bila dah siap tu, Alhamdulillah, luka kecil je, x der dalam sangat.....
doktor  just bagi ubat sapu untuk luka cepat kering.....



 Chlorop a.k.a Chloramphenicol Eye Ointment
pelik jugak aku, sebab kat ubat tu dinyatakan ia adalah untuk mata, then suruh Hubby call klinik tu untuk confirmkan betul ke ubat tu..... bila di beritahu yang ubat tu betul, memang untuk mata, tapi boleh juga untuk luka biar luka cepat sembuh, so kami iakan aje lah.....

lepas mandi, sapu je kat luka.....
sebagai tambahan, aku sapukan juga krim gamat..... tapi yang aku baru beli ni, rupa dia x macam yang dulu, yang ni bekas dia macam botol balm tu..... harap2 kesan dia sama macam krim gamat yang dalam tiub tu.....




Krim Gamat keluaran syarikat Gamat Asli Enterprise.....
harga RM5.00, bau wangi dan yang penting krim ni diluluskan oleh KKM..... hehe


moga Aisha lebih kuat lepas ni untuk sama2 main dengan kawan2 kat taska dia.....
tapi x mor ganas2 tau sayang, Aisha kan perempuan.....

k, sekian


11 October 2012

*luka dah kering*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 kalau sebelum ni, aku ada up cerita pasal Aisha yang luka dek slider kat school..... so hari ni nak share kesannya sekarang.....


 pada hari kejadian                                                      selepas 4 hari di sapu Krim Gamat

alhamdulillah, lepas kena tu, aku teus jerk sapu dengan Krim Gamat yang memang itulah aku guna kalau ada luka2 kat kulit..... aku pon ada bekalkan krim tu kat school untuk dorang sapu setiap kali lepas mandi.....

dan hasilnya sekarang, luka dah kering, xder la Aisha gatal2 dek luka yang dalam proses pengeringan tu, kalau guna Minyak Gamat biasa..... n semalam kulit kering tu dah terkopek dengan sendiri n tinggalkan parut jerk..... moga nanti parut tu pon akan hilang n kulit Aisha jadi natural semula..... so kena keep in sapu krim tu sampai kulit betul2 baik n pulih.....


ini contoh kulit luka biasa dalam proses nak kering, ambik kat sini

kalau ikut, hari ke2 tu, kulit dah mula kering n hitam2 dan pada masa ni (macam gambar atas tu), biasanya kulit akan rasa gatal kan..... tapi aku tengok Aisha relax jerk n dia x merengek pon gatal ke, sakit ker..... berkat guna Krim Gamat nieh..... tengok2 jerk, yang hitam2 tu dah tanggal sendiri.....














































erm, harap2 lepas ni xder lah lagi kemalangan yang menimpa Aisha walau kecil pon kat school..... sian kat dia, baru seminggu dah ada luka kat siku..... sedih tau..... moga cikgu kat situ pon lebih prihatin dengan anak2 jagaan kat situ.....

k, sekian

10 July 2012

*Testimoni Krim Gamat Serigama*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

testimoni lah sangat kan..... haha
 ingat x entry pasal berita sedih last 2 weeks..... semua gara2 kanak2 yang dibiarkan kuku panjang lalu mencakar anak aku si Aisha itu di school nya..... hukhuk

so, secepat kilat kami pi kedai n dapatkan krim gamat yang dah kehabisan stok kat umah..... maka inilah hasilnya setelah 2 minggu disapu tempat luka tu dengan krim gamat.....


 see luka tu dah baik, tinggal parut.....

aku ambik pesan kengkawan untuk tidak menyapu minyak gamat, dikhuatiri luka tu akan berbekas hitam, so lihat hasil dengan sapuan krim gamat..... bekas luka tu berwarna merah sikit..... insyaallah x lama lagi akan hilang warna tu n ia akan ikut warna kulit semula..... macam sebelum ni Aisha pernah kena mercun tepi mata yang sama, sekarang luka tu dah x nampak langsung..... Alhamdulillah

 jenis krim yang kami guna adalah Krim Gamat Serigama..... keluaran Luxor Sdn Bhd, Selangor..... buatan Malaysia tau, erm kat negara lain ada ker gamat ni yerk..... hehe

 ni pack dia

siap ada nama Aisha tu, coz nak bawa pi school kena letak nama, takut nanti x sampai kat umah semula, kan..... hehe

krim ni mengandungi Stichopus (Gamat) Extract, Isopropyl Myristate, Glyceryl Monostearate, Glycerin, Stearic Acid, Isopropyl Palmitate, Cetearyl Alcohol, D-panthenol, Triethanolamine, Allantoin, Tocopherol Acetate, Methyl Paraben, Propyl Paraben, DMDM Hydantoin, Purified Water

so, kemana saja aku pergi akan ku bawa krim ini sebagai persediaan jika berlaku apa2, terutamanya bila balik kampung atau pi holiday, hukhuk holiday ker?..... bukan meminta, tapi orang kata sediakan payung sebelum hujan..... kan

k, sekian


update : harga 1 pack  masa hubby beli ritu RM36 (beli kat ampang park), kalu kat tpt lain mungkin boleh kurang kut coz ia ikut dealer kan... hehe