Assalamualaikum,
ahah, jom kita throwback kejadian sebelum ni..... sambut birthday mydear Hubby yang sangat ringkas..... tapi surprise menjadi..... birthday Hubby jatuh pada 1 Ogos.....
tapi kejadian ni bukan berlaku tahun ni..... ia berlaku tahun lepas..... haha, gila lama baru nak cerita..... tak pe kan..... janji boleh buat kenangan..... khennnnn
ia berlaku dengan secara tak sengaja pon..... petang satu hari tu, kami jalan-jalan kat Jusco Anggun Rawang..... then Hubby stop satu kedai, kalau tak silap kedai jam atau kedai cermin mata..... Hubby memang pantang nampak kedai jam..... ada je nak di tengoknya..... kang ada la dia aim nak beli tu..... yang kat rumah dah berlambak dah tak di pakai pun..... tapi nak buat koleksi katanya..... baiklah.....
so, sementara Hubby stop kat kedai tu, aku ajak Aisha pegi jalan terus..... dan time tu lah aku plan dengan Aisha..... cakap kat Aisha "jom kita beli kek untuk Papa"..... Aisha apa lagi, suka lah dia..... tengok2 ada kedai Secret Recipe dekat situ..... maka bolehlah merealisasikan rancangan kami..... Aisha sibuk pilih kek yang besar2..... "yang ni Mama"..... "saya nak yang ini Mama"....."Mama, yang ni macam sedap".....
haish, aku bajet beli yang kecil je..... then aku pujuk Aisha untuk beli yang slice je..... Alhamdulillah, dia setuju..... dah selesai pilih kek, oder air pula..... main order je, janji kami boleh minum sama2..... dah siap order, sementara tunggu order sampai, kami duduk kat meja..... Hubby pon telefon tanya lokasi kami..... aku jawablah kami kat mana kan.....
bila Hubby sampai, dia pon duduk kat meja kami..... tanya dah order ke, order apa, makan apa kat sini..... semua soalan pun aku jawab macam biasa..... bila menu yang diorder sampai depan kami..... Aisha dengan pantas ambil kek dan hulur ke depan Hubby..... "Happy Birthday Papa"..... hihi, tersengih2 la mydear Hubby bila terima kek tu sambil cakap terima kasih..... dia ingat Aisha nak makan kek tu, rupanya kek tu untuk dia..... apa lagi, sesi suap menyuap kami tiga beranak pon bermulalah..... maklum, kek sepotong je..... air pon kongsi2 je..... buat alas perut sebelum makan malam kejap lagi..... hihi
hurm, itu sambutan tahun lepas..... untuk tahun ni..... kalau aku rajin nanti aku share kat sini ye..... hehe
k, sekian
1 comment
happy belated birthday