Assalamualaikum,
Allahuakhbar..... dugaan betul..... dah lama rasanya tak kena gastri teruk lepas warded kat KPJ Rawang dan follow check-up + makan ubat Pantoprazol yang dibekalkan oleh Hospital Selayang..... tapi, iye lah, kata orang, hormon orang mengandung ni lain sikit kan..... zat pon dah kena bagi dua dengan baby..... khennn
sejak awal mengandung, Alhamdulillah, gastrik datang sekali sekala je, itu pon tak de lah teruk sangat sebab ada ubat kan..... tapi last week 24.08.2017 (Khamis) tetiba sakit / pedih ulu hati menyerang dengan rakusnya.....
dalam perjalanan ke pejabat, naik motor dengan Hubby, tetiba rasa sakit..... memula cuba tahan, tapi dah tak tahan sakit sangat, bagitau lah kat Hubby, berenti tepi jalan sekejap, cuba tenangkan diri, tarikh nafas n hembus macam yang diajar oleh doktor masa warded dulu..... tapi tak juga mengurangkan sakit..... Hubby tanya, macamana?..... huhu, tak terfikir aku nak buat apa time tu, nak ke klinik, tak buka lagi..... nak terus ke pejabat, jauh lagi perjalanan..... aku cakap ngan Hubby, g hospital lah, sebab dah tak tahan sangat, sampai menangis lah aku atas motor tu..... time pepagi ni hospital je yang ada 24 jam kan..... so, ke Hospital Selayang lah kami.....
sejak awal mengandung, Alhamdulillah, gastrik datang sekali sekala je, itu pon tak de lah teruk sangat sebab ada ubat kan..... tapi last week 24.08.2017 (Khamis) tetiba sakit / pedih ulu hati menyerang dengan rakusnya.....
dalam perjalanan ke pejabat, naik motor dengan Hubby, tetiba rasa sakit..... memula cuba tahan, tapi dah tak tahan sakit sangat, bagitau lah kat Hubby, berenti tepi jalan sekejap, cuba tenangkan diri, tarikh nafas n hembus macam yang diajar oleh doktor masa warded dulu..... tapi tak juga mengurangkan sakit..... Hubby tanya, macamana?..... huhu, tak terfikir aku nak buat apa time tu, nak ke klinik, tak buka lagi..... nak terus ke pejabat, jauh lagi perjalanan..... aku cakap ngan Hubby, g hospital lah, sebab dah tak tahan sangat, sampai menangis lah aku atas motor tu..... time pepagi ni hospital je yang ada 24 jam kan..... so, ke Hospital Selayang lah kami.....
7.45 pagi - sampai ke emergency Hospital Selayang..... terus masuk ke kaunter dalam, tapi di suruh keluar untuk buat saringan dulu..... huhu, dah la aku sakit, jalan pon terbongkok-bongkok..... nasib baik ada guard yang prihatin, bagi aku duduk kat kerusi roda..... pergilah kami ke ruang saringan..... lepas tanya sakit apa, sakit kat mana, dari mana..... lepas tu dia tanya, pregnant berapa minggu..... aku bagitaulah 26 minggu, opsss, dia suruh kami ke Wad Bersalin kat bangunan atas bukit pulak..... huwaaaaa, kenapa pulak????? dia cakap, kalau emergency, cuma terima wanita pregnant 22 minggu ke bawah je, kalau lebih, kena g terus ke Wad Bersalin.....
hadoi, makin sakit aku rasa, dah lah kami naik motor, disuruh ke wad bersalin yang letaknya kat atas bukit dan bangunan berasingan..... ohoi..... pergi sendiri tu naik motor..... ok, aku tarik nafas panjang2, then redha..... bergerak pula ke Wad Bersalin.....
8.00 pagi - sampai di Wad Bersalin Hospital Selayang..... sampai kat kaunter depan, nurse minta buku merah..... huhu, mana aku bawa..... dah kena marah pulak dengan nurse yang bertugas kat kaunter tu..... mana la aku tau nak kena bawa buku merah tu..... sebab rasa belum ada keperluan kan..... dah lah sakit, kena marah pulak..... lagi sekali guard yang bertugas kat situ menyejukkan hati aku, dia hulurkan karusi roda kat aku untuk duduk..... then dia cakap kat Hubby, "tak apa, adik hantar dulu isteri ke atas, tingkat lima, daftar dulu, then adik balik amek buku merah ye"..... huhu, menangis aku, menahan sakit sambil bersyukur, ada guard hospital yang baik macam ni..... Hubby angguk kepala je lah..... lepas tu guard tu pon tunjuk lah jalan mana nak ke tingkat 5 tu..... "jalan terus, sampai ke pintu dalam tu, naik lift sebelah kanan"..... "terima kasih", kata Hubby.....
8.15 pagi - sampai Wad Bersalin di tingkat 5..... kat kaunter, nurse minta buku merah lagi..... huhu, mana ada..... then dia minta ic n no telefon, tanya serba sikit kenapa datang..... then minta Hubby tolak aku ke dalam bilik saringan bersalin..... tapi sampai ke pintu je lah kan..... mana boleh masuk dalam, sebab dalam tu semua wanita yang tengah check CTG baby dan tunggu masa nak ditolak ke labor room je.....
bila aku dah masuk dalam tu, di suruh baring..... Hubby keluar semula, then terputus lah hubungan sementara aku ngan Hubby masa tu..... mungkin Hubby balik la kan untuk ambil buku merah..... aku sehelai sepinggang je dok dalam tu sementara tunggu giliran untuk pemeriksaan, telefon pon x pegang untuk bagi khabar kat boss yang aku mungkin masuk lewat ke pejabat.....
sampai giliran aku, nurse check janjung baby, Alhamdulillah ok..... then x lama lepas tu doktor lelaki masuk, check aku..... tanya sakit apa, sakit macamana, rasa kat masa, then ditekan2 perut aku, aku redha..... dia tanya lagi pasal buku merah, aku jawab lah tak ada, Hubby g balik amek kut..... ok, dia cakap, x pe..... nanti dia bagi ubat, then nak tengok buku merah juga, nak tengok rekod pregnancy aku..... baik.....
tak lama lepas tu, aku dipanggil ke bilik sebelah..... nak cucuk jarum untuk masukkan ubat..... tiga jenis ubat di beri..... Magnesium (minum), Ranitidine, Omeprazole..... masuk ikut tangan..... time ni dah tak kisah dah, sakit cucuk jarum tu, janji sakit hilang..... lepas tu, aku disuruh rehat kat kerusi..... baik, saya yang menurut perintah..... masa ni, sakit dah semakin kurang.....
ditambah dengan doktor yang sweet, handsome, lembut, cakap pon slow je..... buat sakit aku makin kurang..... hihi
masa menunggu kat kerusi luar ni, aku tercari-cari la mydear Hubby..... mana lah, rasa macam dah lama dah..... tapi x nampak lagi batang hidung..... time ni badan rasa letih, mata pon layu..... kat kerusi meunggu tu pon aku terlelap..... tak lama kemudian Hubby sampai dengan beg baju stanby kalau aku kena warded..... hoho, x nak lah aku..... dan time ni lah baru aku dapat pegang HP, dan perkhabaran pon disampaikan ke office.....
then, tak lama lepas tu..... doktor baik yang rawat aku datang, tengok keadaan aku..... tanya aku dah ok ke x, nak stay lagi ke, ubat berkesan ke tak..... aku cakaplah, aku dah ok walau masih lagi rasa sesak dada sikit-sikit..... kalau aku cakap sakit, nanti kena stay lagi..... time tu dah dekat pukul 11 kalau tak silap..... doktor masuk dalam, katanya nak diskas ngan doktor sorang lagi berkaitan keadaan aku.....
Alhamdulillah, aku boleh balik..... x perlu stay lagi kat Wad Bersalin ni..... lepas buat procedure untuk keluar, doktor bekalkan ubat untuk aku sambung makan kat rumah..... dapat MC sehari, berurusan di kaunter itu ini..... dapat nasihat dari nurse yang jaga kaunter, "kalau dah pregnant 25 minggu ke atas, buku merah bawa je kemana-mana ye, mana tau, nak guna nanti"..... baik lah..... nanti jangan lupa follow up appointment dengan Klinik Pakar Hepato next 6 month which mean aku dah bersalin time tu..... dah siap semua urusan, kami pon balik.....
12.00 tengahari - eh, kena ambil ubat dulu lah..... ambil ubat di Kaunter Farmasi kat Klinik Pakar Tingkat 3 ye..... ambil nombor, dan tunggu nombor di panggil..... semua pon Hubby yang uruskan..... aku masih x larat sangat nak berjalan..... terima kasih dear..... selesai semua, kami pon balik, hampir pukul 1 petang juga selesai semua urusan..... sebelum balik rumah tu, kami singgah Mc D, aku nak makan bubur, nak tunggu Hubby masak kat umah kang, lambat..... so, order segera je lah..... Hubby pon ok je.....
2.00 petang - sampai kat rumah, makan, then aku rehat je..... sampai ke petang.....
Aisha sampai rumah, balik dari taska petang tu, terus jumpa aku, usap2 aku..... maknanya dia tau la tu aku tak sihat..... huhu, terharu rasa..... dia pon x der nak kacau aku sangat hari tu..... aku pon boleh rehat dengan tenang.....
apa pun, Alhamdulillah, aku semakin sihat, ubat pon still ada lagi ni..... harap2 lepas ni x kenalah lagi sakit macam tu..... pedih sangat, sampai nak bernafas pon x boleh..... in shaa Allah, kena jaga makan lebih berhati-hati..... itu pesan doktor sebab pregnant kan.....
moga kita sama-sama dilindungi sentiasa..... aamiin..
k, sekian
1 comment
seronok baca entry ni..
Benar janji Allah "setiap kesusahan pasti ada kemudahan dari Nya"
:)
Happy for ur family