^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

24 February 2014

Home » , , » *ceritera Tadika Sri Terentang*

*ceritera Tadika Sri Terentang*


assalamualaikum,

 pejam celik pejam celik, dah hampir 2 bulan Aisha bersekolah di Tadika Sri Terentang.....
alhamdulillah, dia dah boleh membaca perkataan dengan 2 suku kata tanpa mengeja..... tiap2 hari balik sekolah, aku n Hubby saje tanya hari ni belajar apa..... dan tiap2 hari jawapan dari Aisha adalah sama.....
"hari ni saya belajar matematik"
ha, tiap2 hari belajar matematik ngko..... hihi n tiap2 hari akan ada homework yang kena bawa balik buat kat rumah, tapi bukan homework matematik, homework bahasa melayu, bahasa cina, buku mewarna, yang peliknya buku matematik x pernah bawa balik ..... acaner tu

dan alhamdulillah, dah jadi rutin Aisha, balik dari taska petang, buka beg n buat homework, dah siap baru boleh tengok tv atau main..... 



hari Isnin KL cuti but Selangor x cuti.....
pi n balik tadika naik moto ngan Papa..... hihi



selain dari tu, jom layan cerita2 Aisha yang lain.....

 Logo Halal
satu hari kami pi shopping tempat biasa, Tesco Rawang..... then macam biasa, salah satu barang yang akan diambil adalah air susu kultur samada Vitagen atau Solivite..... bila aku ambil Aisha sibuk nak minum.....
"Saya haus la Mama"
aku sebagai mama yang prihatin dengan perut anaknya, bagilah 1 botol kat dia.....
"Eh Mama..... logo halal lah Mama, tengok ni logo halal"
"Iye ke?, mana" aku saje bertanya dengan perasaan yang teruja walau aku dah tau pon mende tu memang ada kan.....
"Ni ha, tengok ni logo halal, saya nak bawa tadika lah"
"Hah! nak buat apa bawa ke tadika?"
haaa, kali ni memnag aku bertanya dengan perasaan yang memang teruja
"Cikgu suruh bawa logo halal ke tadika"
"owh, ok, esok masukkan dalam beg ye"
Aisha mengangguk
Esoknya memang dia bawa botol tu ke tadika n aku dikhabarkan yang cikgu ambil logo halal tu untuk tampal kat tadika, tampal kat mana aku x dapat pastikan..... hihi

then baru2 ni, beli kek pisang, ada juga logo halal kat pastik tu..... again dia nak bawa plastik tu ke tadika.....
"Mama, jangan potong tau logo halal kat plastik tu, saya nak bawa tadika"
aku pon iye kan je lah..... memacam plak tadika ni..... hihi


Bawa Bekal
sejak sekolah tadika ni, tiap2 hari aku bawakan bekal untuk Aisha, kadang2 roti jem coklat, kadang2 biskut, kadang2 roti sapu margerin, kadang2 roti gula..... ikut kehendak Aisha nak bawa apa..... air aku bawakan air masak atau air anggur sebagai bekal.....

satu hari, my dear Hubby rajin pula sediakan bekas bekal atas meja untuk aku masukkan isi bekal..... tapi Aisha kata dia x nak bawa bekal hari tu..... Hubby tanya lah kenapa x nak bawa bekal.....
"saya x nak lah bawa bekal hari ni Papa, nanti saya makan lambat, nanti saya x boleh main dengan kawan2"
hoho, aku senyum je la dia jawab macam tu.....
patut la balik taska, aku tengok bekal dia kadang2 habis, kadang2 tinggal sikit..... rupanya nak main kat tadika.....


Buku Bahasa Melayu
dalam pukul 9 pagi tengah kerja kat opis, tetiba dapat mesej dari cikgu tadika Aisha.....
"Salam pn,minta tlg pn carikan buku bah.melayu dizaaisha d rum ye.trima ksh. dr ckg ham"
haish, tekejut kejap aku, ingatkan ada apa lah kan..... rupanya buku dia xder dalam beg tadika gamaknya..... aku dah risau dah sebab rasanya lepas buat homework, buku semua masuk dalam beg.....
then balik rumah, aku tanya la anak dara tu.....
"mana buku bahasa melayu Aisha, cikgu cakap x der ye"
"ntah la Mama, mana saya tau, cuba Mama cari"
alorhai anak..... buku dia, kita plak yang kena cari.....
cari punya cari punya cari..... akhirnya jumpa dalam beg tarik dia kat dalam bilik atas..... huh, lega..... agaknya dia ada masukkan buku tu dalam beg tarik tu  main cikgu2 kat bilik dia, then lupa nak keluarkan semula..... 

hihi memacam la anak dara ni tau..... lepas ni apa pulak cerita dia yerk..... nanti2 aku share bila masa mengizinkan yerk.....


k, sekian

1 comment

February 24, 2014 at 9:01 AM

tomeinya dia

Post a Comment