^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label perpustakaan awam selangor. Show all posts
Showing posts with label perpustakaan awam selangor. Show all posts

01 April 2013

*rentetan kami dalam akhbar Harian Metro*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

atas permintaan kengkawan dalam entri INI..... maka gigihlah aku mencari suat kabo Harian Metro untuk diabadikan di sini untuk kenangan di masa hadapan..... hehe

 


ahah, inilah dia hasil dari di interview oleh wartawan Harian Metro masa Aisha join aktiviti kolaj sempena perasmian PPAS kat Rawang last Sunday..... glemer sekejap kami..... hehe

sebelum tu, Hubby dah mendahului aku, sebab dia ada masuk tv dalam rancangan Primadona (astro prima) episod wanita dan barang kemas..... alah, interview pendapat orang ramai kat luar jerk, bukan dalam studio tu pon..... cuma sampai sekarang aku dan tuan punya badan x dapat tengok rancangan tu sendiri..... tau pon sebab ada kawan2 Hubby bagitau, kesian kami kan.....

erm, bukan senang nak glemer2 macam retis kan, alhamdulillah sekali sekala apa salahnya, jangan sampai kita lupa daratan sudah la kan..... hehe

k, sekian

26 March 2013

*Aisha join aktiviti kolaj, kami suami isteri dalam harian metro*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

last Sunday, kami sekeluarga telah memenuhi undangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui school my lil Aisha, Tadika Aida untuk aktiviti kolaj kanak2 tadika sempena pembukaan library baru di tempat kami..... baru je kami berdiskusi pasal tadika tempat Aisha belajar ni xder buat aktiviti lawatan macam school lama dia dulu, dah ada jemputan, dan aku pon ada niat dalam hati untuk bawa Aisha ke library ni hujung minggu lepas sempena perasmian dia.....
Alhamdulillah, doa kami termakbul melalui undangan tersebut.....

so, apa yang kami buat kat situ, jom tengok.....



 ini lah rupa bangunan PPAS tu.....
bangunan ni belakang jer dengan Klinik Kesihatan Rawang menghala ke Taman Rawang Perdana.....



keadaan dalam PPAS.....
agak selesa dengan masa memula kami sampai x ramai lagi orang masuk dalam, tapi bila dah ramai macam tu, uhuh, sampai yang duduk kat lantai pon ada jugak.....



antara kemudahan yang disediakan.....
bilik komputer dengan kadar barayan RM0.50/setengah jam yang siap boleh print dokumen..... ada wifi free juga..... bilik air, surau, ruang menonton dan zon kreatif (untuk kanak2)



 playground.....
kat luar ada lah playground kecil je untuk lepas lelah kanak2..... mak pak dok tepi je yerk..... hehe



Zon Kreatif

 

dalam bilik ni lah aktiviti kolaj yang aku cerita masa kat atas tadi tu.....
alah, yang dapat jemputan dari PPAS melalui Tadika Aida tu.....
gambar kiri tu, Aisha tengah salam maskot PPAS, gambar blur sebab aku kat luar di sebalik cermin, mak pak kena tunggu kat luar sebab nanti perasmi nak masuk dalam..... kalu x, mesti gambar ni clear kan.....
 
 

 dah selesai aktiviti kolaj (tampal kertas warna yang dah dipotong kecil2 pada lukisan gambar ikan).....
 dapat lah hadiah setiap peserta yang join..... nampak x kertas yang budak tu pegang ada gambar ikan warna merah tu, Aisha punya warna oren.....
untuk aktiviti ini, cuma dua (2) sekolah tadika yang dijemput iaitu Tadika Aida (school Aisha) n Tadika Rimba Rias kut nama dia.....



 sebelum balik sempatlah amik gambar dengan Teacher Aida (tuan punya Tadika Aida merangkap cikgu tadika Aisha - tudung purple)..... aku, Aisha (baju putih) n kawan Aisha kat school, Duratun kut nama dia.....



majlis perasmian PPAS tu dilaksanakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor..... orang selangor kenal x nieh..... hehe

lepas ni, kalu ada apa2 aktiviti anjuran school Aisha, in shaa Allah akan kami penuhi kalau xder apa aktiviti lain, terutama yang melibatkan kerja.....

oho, masa majlis tu, kami suami isteri telah di interview oleh wartawan Harian Metro, so sesiapa yang beli akbar Harian Metro keluaran 25 Mac 2013 (semalam) di column Setempat m/s22, in shaa Allah boleh baca apa yang kami komen pasal PPAS ni..... hehe


k, sekian



18 October 2011

*Perpustakaan Awam Di Selangor Yang Bertaraf Dunia*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.
 
Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.










Info tambahan: 
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur. 
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak. 
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.