Assalamualaikum,
aku ni sejak register di Klinik Kesihatan untuk cek kandungan, 03 Mei 2017..... dah kena buat susulan setiap 2 minggu..... sebab 1st cek darah, kandungan Hb aku dah dikira rendah iaitu 9.5 g/dl..... kalau orang lain, awal2 pregnant sebulan sekali je g klinik kan, tapi tidak bagi aku..... dah macam pregnant 8 bulan sebab setiap 2 minggu kena ke klinik nak pantau paras Hb aku..... kira aku ni ada anemia la.....
dan setiap kali cek, memang x pernah capai 10 g/dl pun untuk bacaan normal kan..... kalau pregnant kena Hb 11 baru ok sebab kita kongsi dengan baby kan..... masa cek-up tu paling tinggi Hb aku adalah 9.5 dan paling rendah 7.8..... huhu, doktor cakap kalau bawah 7 g/dl dah kena buat pemindahan darah..... maka aku dinasihatkan untuk buat ujian FBP (Full Blood Picture) dan Iron Study..... ia nak tentukan samada aku ni adalah pesakit Talasemia atau tidak.....
so dalam 2 minggu lepas tu, 20 Mei 2017, aku pun buatlah FBP ngan Iron Study tu kat BP Healthcare Group Rawang..... kat klinik x der buat, kena buat sendiri kat luar dengan bayaran RM140.00 lebih kurang..... kalau tempat lain x tau la berapa bayaran dikenakan..... dalam seminggu result keluar..... Hb still rendah, tapi Iron / Ferritin normal..... maknanya aku x der masalah Iron kurang dalam badan..... then doktor amek sampel darah dan dihantar ke Lab kat Hospital Selayang untuk tau samada aku ni pengidap Talasemia atau tidak..... lama juga nak tunggu keputusan tu..... hampir 3 bulan..... merana juga lah aku tunggu keputusan tu, sebab takut juga kan.....
maka masa check-up terkini, 6 September 2017, keputusan ujian Talasemia pon dah dapat..... seperti di bawah.....
aku di diagnosis Beta Thalassaemia Trait iaitu Pembawa Beta Talasemia..... tapi dari keterangan doktor, kalau pembawa ni tak bahaya sangat..... sebab tak perlu untuk buat pemindahan darah..... Hb hanya rendah semasa mengandung atau bila sakit sahaja..... tiada ubat untuk pulih..... makan lah Iron banyak mana pun, Hb tetap akan rendah.....
Talasemia ni adalah ibarat kilang untuk menentukan gen kita..... samada rambut kerinting ke lurus, mata biru ke hijau, kulit cerah ke gelap, rambut hitam ke perang dan lain2..... maka memang tak ada ubat untuk kilang tu.....
so sebagai pembawa, yang perlu dijaga adalah untuk tidak mengahwini pasangan yang pembawa juga..... Alhamdulillah, Hubby normal..... ini untuk elakkan daripada anak kita mendapat Talasemia Major..... kalau Talasemia Major tu yang kena buat pemindahan darah setiap bulan.....
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
jadi sekarang ni, bila dah tau aku ni pembawa, kalau amek darah setiap kali check-up aku dah tak payah risau lah kenapa asek rendah je Hb aku ni kan..... nurse pun dah tak bebel2 kat aku lagi, tanya aku makan ubat x..... makan x makanan yang disarankan..... aku redha je lah dengan keputusan darah tu kan..... yang penting jaga pemakanan berkhasiat untuk diri sendiri dan baby..... dan yang penting Hb kena maintain atas 8, kalau tak, kena lah stanby untuk masuk darah..... huhu
hurm, next week kandungan dah 28 minggu, so nurse dah ajar buat Carta Pergerakan Janin..... nanti kena buat lah kan..... dan time tu juga kena minum air gula (MGTT) lagi sekali..... uhuk..... redha, tapi nurse tak bagi date lagi untuk minum air gula..... harap2 semua dipermudahkan.....
aamiin..
k, sekian