assalamualaikum,
sebelum ni cerita je pasal haiwan peliharaan baru kami si Kaka & si Kiki kan..... x der pon nak share gambar dorang..... kalu ada gambar pon, pinjam dari internet..... huhu sorry ye kengkawan
tapi sebab tak nak kenangan memelihara haiwan peliharaan kami tu dari kecil hilang..... so, aku berusaha rakamkan gambar dorang guna incikNik Hubby yang dah masuk dalam peti ais lama dah..... hehe mujur boleh guna lagi, so apa lagi..... klik klik lah aku ngan Kaka & Kiki..... Aisha bangun pagi, dia pon join sekali..... eh makin rancak lah kami berposing nagn Kaka & Kiki..... hehe
maka, meh aku perkenalkan pada mereka berdua.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tada!!!
perkenal kan!!!!!
Kaka & Kiki
Kaka - arnab cumel warna hitam sebelah kiri gambar
Kiki - arnab cute warna perang di sebelah kanan gambar pose dengan mylilPrincess Aisha yang kiut miut jugak..... hehe
hurm, daripada 7 ekor, tinggal 2 ekor je ni yang masih bertahan, dan harap mereka terus bertahan dengan kami..... in shaa Allah..... sekarang ni, kami sedang berusaha nak buat tempat tinggal dorang kat balkoni terataKami (in shaa Allah ada masa nanti aku share)..... sementara tu, dorang ni kami letak dalam bekas akuarium ikan yang dah x guna dah..... dalam tu letak hampas kayu beli kat kedai haiwan, biar dorang selesa..... harap2 lah kan..... hihi
sekali sehari kami akan susukan dorang ngan ibu dorang si Anna..... kami pangku Anna, then letakkan Kaka & Kiki kat perut Anna supaya dorang boleh menyusu..... setakat ni alhamdulillah berjaya..... kalau hujung minggu, kami susukan dua kali sehari..... nanti dah tiba masa yang sesuai, kena la cuba bagi pallet pula.....atau pon daun alfafa untuk tujuan tumbesaran dorang..... moga mereka semakin membesar dengan sihat bagai johan..... boleh kami anak beranak gomol2 dorang..... hehe
k, sekian
pssst : sorry la, sekarang ni asik ler cerita pasal arnab aku ni, terlebih excited sebab ada haiwan peliharaan yang boleh dipegang2 dibelai2, sebelum ni just ada ikan ngan kura2 je, dorang dok je dalam akuarium kan, x kan nak belai2 dorang kan, macam x sesuai jerrrrr..... hihiada cerita lain nanti, aku selit2 juga ye.....
2 comments
salam perkenalan
belum berani lagi pegang arnab sebab geli..hehehehe
comel pulak warna arnab2 tuh.. selalu tengok warna putih jer. hehehe