^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

27 November 2014

Home » , , , » #throwback : kemas pasu depan rumah

#throwback : kemas pasu depan rumah


assalamualaikum,


cerita bulan lepas..... saje isi masa lapang dengan mengemas pasu.....
pokok serai yang kat balkoni atas pon aku mintak tolong Hubby turunkan bawah..... senang aku nak monitor pokok tu nanti..... kalu kat atas, cuma rajin tengok dari tingkap bilik je, nak keluar ke balkoni rasa macam jauh je nak jalan, padahal dekat je, tapi sebab 'M' menguasai diri..... maka semua benda pon jadi susah..... 

bila dah pindah ke bawah, ni senang sikit nak tengok, pi balik keje kompem akan tengok dulu, then agak2 perlu penjagaan lebih, nanti ujung minggu boleh plan nak buat apa kan..... so, bulan lepas kerja2 pemindahan dan penyusunan semula dibuat.....




tak da lah banyak mana pon, pokok serai 3 pasu, dari atas bawa turun bawah, trim daun biar x nampak serabut..... 
pokok pandan dari 1 pasu, dijadikan 2 pasu, trim bagi cantik semua daun kasi kijau.....
pokok mulberi kasi trim, sebab kalu x trim, nanti dia x mor berbuah.....
pokok kangkung yang comel2 tu, kasi tambah tanah biar membesar bagai johan..... sian si kaloi Mai, makan kangkung kurus2 je..... huhu

hah, cerita pasal pokok mulberi kan, setakat ni dah 4 kali tuai buah dia, sekali tuai sebiji je..... so kami dah merasa 4 biji yang fresh dari pokok..... hehe, pokok comel, maka buah pon comel la kan.....





pokok mulberi yang sentiasa berbuah.....Alhamdulillah




zoom sikit..... ada yang masih muda, ada yang dah nak masak.....



 ini buah yang dah hampir masak.....
erm, kalu macam kat atas tu, separuh hitam separuh merah kira x masak betul lagi tu..... yang warna hitam tu manis, yang warna merah belah atas tu masam..... masa ni dah tuai kali ke 2 kut, dapat la 2 biji..... aku satu, Aisha satu, Papa x makan buah, so tengok je..... 

tapi buah atas tu kami makan yang separuh je, sebab yang warna merah tu masam..... huhu, so lepas kalu nak petik, kena betul2 hitam, tapi kena cepat sebab hitam tu sekejap je, nanti kalu x perasan, dah kering pulak, tak dapat merasa pulak.....

 ha, dapat bayangkan x kecomelan buah tu dari gambar kat atas..... memang comel sangat..... kalu makan, setakat rasa ujung lidah je..... hihi, hurm aku gugel buah ni, saiz dia besar la jugak, tapi yang kat rumah ni kecik je, ke sebab pokok tu masih kecil lagi..... so, kita tunggulah nanti lama2, mana tau dia makin membesar ikut saiz pokok kan.....

Alhamdulillah, dapat merasa buah ni fresh..... orang kata, berbudi pada tanah, inshaa Allah akan dapat hasilnya kan..... ada impian nak tanam pokok2 herba @ ulam, tapi x jumpa benih lagi..... moga impian tercapai satu hari nanti..... hehe

k, sekian



11 comments

November 27, 2014 at 8:26 AM

cantiknya

November 27, 2014 at 8:33 AM

boleh ye tanam pokok mulberi dlm pasu??nak jugak

November 27, 2014 at 9:46 AM

boleh buka kebum mulberry ni ;-)

November 27, 2014 at 4:42 PM

eh hidup cantik jek mulbery tu kan masz...boleh laa buat rase2 kan....

serai pun nampak okey...lieya tanam serai mati plak...tapi pokok kari ngan pokok limau merimbun naik...

November 28, 2014 at 12:18 PM

wahhh bestnya...subur mas punya pokok mulberi tu....buah pon byk....mas ada tanam pokok serai wangi x....seronok bila satu family sama2 mengemas rmh dan tanaman...

November 28, 2014 at 12:35 PM

itulah masalah..sebab penyakit M kan.. ha ha

rajin jugak tanam2 pokok ye..penyeri rumah jugak ni..warna hijau myejukkan mata memandang

November 29, 2014 at 9:08 AM

Cantik...awak rajin.

November 30, 2014 at 8:03 PM

Saya pun baru cuba tanam...
Harap2 rajin berbuah :)

December 9, 2014 at 4:29 PM

geramnyer tgk pokok mulberi akak..kena cantas2 eh dahan dia kak? alin sejak dpt dr kytvtak pernah cantas pun dahannyer..

December 11, 2014 at 9:18 AM

@zettysyardi erm, pokok serai wangi, x der, serai biasa je...
itu la kan, seronok bila ada orang tolong nak mengemas, baru semangat lebih kan.. hihi

December 11, 2014 at 9:19 AM

@aLyNnZ aah, dahan tu kna cantas, baru dia kuar daun baru, lepas tu barulah buah dia kuar...
kalu x, susah nak berbuah...

Post a Comment