^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

18 March 2014

Home » , , , » ceritera Tadika Sri Terentang #1

ceritera Tadika Sri Terentang #1


assalamualaikum,


hurm, sekali sekala jerk aku update sekarang ni..... bukan xder mood, tapi x der bende nak share..... dah sibuk kat opis ni, xder la jalan, xder jalan2 maka xder apa nak diceritakan..... hihi

 so, time2 xder cerita ni, meh la aku coretkan kisah2 Aisha pasal sekolah tadika dia.....


Homework
hurm, setiap kali balik dari taska di petang hari aku akan tanya pada Aisha....
"Aisha, ada homework x hari ni"
dan dengan selamba dia akan balas.....
"entahla Mama, cuba Mama tengok"
huhu, aku pulak yang disuruh tengok..... ok lah Nak, Mama tengok.....

kekadang, balik je dari Taska, time mood dia baik, terus je dia bagitau.....
"Mama, hari ni ada 2 buku"
ha, 2 buku tu maknanya ada 2 buku untuk di buat homework..... 




 Bahasa Cina
ha, aku ada bagitau ujung taun lepas kut kan..... yang kat tadika Aisha ni ada belajar Bahasa Cina.....
setakat ni Aisha dah boleh sebut beberapa perkataan dalam bahasa Cina.....
contoh nombor..... dari nombor 1 - 8 dia dah boleh sebut..... (huh, aku pon boleh sebut nombor tu dalam bahasa cina, hihi)
keluarga pon dia dah boleh sebut..... nenek, atuk, mak, ayah, abang, adik lelaki.....
tapi dia lebih kepada menghafal sebutan daripada membaca perkataan..... sebab bila aku tunjuk perkataan yang ada dalam buku, dia x tau nak sebut, tapi bila aku tanya "atuk dalam bahasa Cina apa?"
"ye' ye"..... "adik perempuan dalam bahasa Cina apa?"
"me'i mei"
ok, so kalau ada homework bahasa cian yang di bawa balik, setel buat homework aku akan tanya dia perkataan2 yang di buat dalam buku..... walau aku x tau, tapi kena tahu jugak.....
mana yang ada translation je la aku akan ajar..... selain dari tu, aku mintak dia tanya kat Lousen (cikgu) dia..... ntah apa sebutan yang betul ekk, setiap kali aku sebut Lousen tu, mesti Aisha betulkan..... aku rasa same jerk apa yang aku sebut dengan yang dia sebut tu..... huhu sedey


Logo Halal
ha, lagi cerita pasal logo halal..... siri yang dulu dah ada dah cerita ni, ni ada lagi.....
 setiap kali pi supermarket, especially kat area makanan, Aisha akan pesan kat aku..... "Mama, yang ni ader logo halal, boleh beli" aku iyakan ajer.....
"Mama, tengok ni, logo halal besar" sambil tunjuk logo halal kat pack cereal.....
"Mama, cikgu pesan, kalau x der logo halal, x boleh makan kan Mama"..... hurm, bagus anak Mama, apa yang cikgu pesan, semua dia ikut..... tapi kalu aku yang pesan, erk, sikit2 la dia nak ikut..... kena cakap "cikgu yang bagitau" baru dia nak percaya.....
anak oh anak.....

hurm, x per lah..... harap2 banyak lagi ilmu yang Aisha akan timba kat Tadika tu sebelum ke sekolah rendah tahun depan.....

k, sekian

#doauntukMH370
 "Ya Allah, sesungguhnya engkau maha berkuasa, kami memohon jika MH370 masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah pencarian kami, hanya kepadamu kami memohon pertolongan.
Amiin yarabbal al-amin"

6 comments

March 18, 2014 at 8:28 AM

Bagus juga Mas boleh belajar bahasa manderin dari Aisha. Tapi sebutan utk cikgu memang louse bukan lousen:)

Budak seusia Aisha biasalah Mas. Cikgu 100% adalah betul belaka..

March 18, 2014 at 9:12 AM

bagus nya

March 18, 2014 at 9:16 AM

hai masz....

eh bagus laa tadika aisha siap ade belaja bahasa cina...at least ade gak bahasa ketiga yg die belajar kan....bagus tu masz....

March 18, 2014 at 11:10 AM

bagusnya tadika tu ada ajar bahasa mandarin. nnt si ayish bambam, kitorg nak anta sekolah cina. boleh belajar bahasa mandarin. teringat masa belajar kat U dulu amik bahasa mandarin. hehehe

March 18, 2014 at 12:08 PM

sama cam Kak Ra lah.. Anis belajar Arab, mamanye pon sama kena belajar arab..terbelit2 lidah.. hehehe

March 18, 2014 at 7:09 PM

pandai aisha..
tingat sy kt kazen. suruh dia mandi. lps tu kasi krim mandi. pastu dia tanya, ada logo halal x ni? hehehe

Post a Comment