^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

10 January 2011

Home » » *Hasil pertama selepas survey cat untuk rumah baru*

*Hasil pertama selepas survey cat untuk rumah baru*

gila semangat aku nie..... semalam dah pi tengok umah baru kat rawang..... semalam dah beli majalah rumah, ari ni plak curi2 masa search kat internet pasal orang deco2 umah nie..... lepas buka website IKEA, buka plak website Nippon Paint..... hm, konon2 nak cari colour concept for our new house.....
'
so, take a look..... saje nak kongsi + cari idea dari kengkawan..... jangan bosan k
'
'
umah ada 3 bilik
'
bilik 1 (master bedroom) ofkos la untuk kami kan..... so, ingat konsep kaler utama nak warna very light purple + adalah add colour lain..... ala sekarang kan pesen orang ada wat picture wall kat ruang2 tertentu kan..... so, mungkin inilah kombinasi colour yang akan aku buat for master bedroom, cam romantik gitu kan.....
'
1st choice'
2nd choice
'
'
bilik 2, kecik sikit, buat masa ni bilik tu ofkos for our lil aisha, walopon sekarang ni dia still tido ngan kami..... nak konsep kaler utama adalah kaler kuning, mungkin ada wat drawing sikit bior nampak ceria..... maklumla untuk kanak2 bagus for their mind development..... betul x??
'
1st choice '
2nd choice
'
'
bilik 3, kami ingat buat masa sekarang ni nak wat bilik sembahyang..... lagi kecik sikit dari bilik 2..... konsep kaler nak biru..... bior ler masa sembahyang nanti rasa tenang jerk kan..... cheh! yo yo oooo jerk.....
'
1st choice

'
2nd choice
'
'
then dapur, for dapur harus ada pokok2 kan, oleh kerana ruang yang terhad, x boleh la nak taman pokok bagai kan, so aku gantikan la dengan kaler2 yang seakan2 pokok, iaitu kaler hijau..... hehe, boleh gitu..... so
'
1st choice
'
2nd choice
'
last but not least..... garaj kereta.... aku rasa ruang ni penting jugak, coz dari pandangan luar, orang akan nampak garaj dulu, n keadaan garaj akan menggambarkan dalaman n orang yang duduk di dalam nya..... n for our garaj, aku nak set kaler kelabu, very light kelabu..... tapi x mor arr kelabu yang nampak suram..... bior ler ruang tu nampak soft n aku akan tambah ngan hijau2 pokok for the fresh scenary..... k
'
1st choice
'
2nd choice
'
'
hah! macam ada yang tertinggal jerk ruang kat umah aku ni kan..... hehe, ruang tamu xder ker?..... ekceli ruang tamu aku cume nak buat kaler offwhite jerk + dinding untuk drawing macam bilik aisha..... nape wat kaler putih jerk, coz aku nak main kaler kat perabot2 yang aku nak beli nanti..... boleh..... hehe
'
amboi2 cam banyak jerk nak guna duit kan..... tu x masuk lagi ngan dinding2 nak nak kene repair, dah ada lubang sana sini dek tuan umah lama..... dah alang2 dinding nak bertampal, baik aku cat balik semula kan..... bior puas ati..... n ada jugak equipment yang nak kena ganti or perbaiki i.e toilet bowl kat master bed room tu, memang x leh guna langsung, penutup dah ilang, paip kat dapur pon nak kena tukar lain, tangga pon nak kena repair..... n so on n so on
'
insyaallah akan aku usahakan untuk keselesaan kami semua.....
'
k, sekian
'
'

8 comments

January 10, 2011 at 3:55 PM

bestnya dpt design2 rmh..
cam lya kalo ruang tamu mmg suka kaler lembt cam beige @ cream + putih sbb nmpak moden & ruang luas.. Kalo dlm bilik.. kaler y mendamaikan kot

January 10, 2011 at 4:14 PM

saya pun baru selesai pilih2 warna utk rumah baru...tup tup bila dah cat macam kureng je...huhu...takpe lah...nak wat camne...happy painting!..kat mana nak dpt sticker dinding cantik2?

January 10, 2011 at 4:20 PM

bestnye dah nak de umah baru ye..

peningkan nk mendeco ni!

January 10, 2011 at 5:19 PM

lyafrina;
tu la, kat ruang tamu memang kena kaler terang / lembut kan, bior nampak luas

January 10, 2011 at 5:20 PM

mrsboan;
hehe, kaler kureng x per kut, leh main ngan perabot lak.. mungkin ok..

sticker dinding, tengah carik2 jugak ni, kalu kat SSF leh try kut..

January 10, 2011 at 5:21 PM

chugie;
tu la, pening jugak, tapi janji nak puaskan ati, coz sebelum ni x penah lagi dapat deco umah sendiri.. huhu

January 11, 2011 at 12:14 AM

selamat menhias rumah...nanti tanam bunga pulak ye :) ... saya suka bunga gantung, berjurai2 :p

January 11, 2011 at 11:14 AM

ariffda;
haha maszz pon suke bunga gantung, tapi yang artificial je la.. senang jaga..

Post a Comment