Pages

25 May 2015

deko deko terataKami :: make over bilik di kampung


assalamualaikum, 

 lagi cerita pasal cuti2 kami pada labour day n wesak day awal bulan hari tu..... memang dah niat nak kemas bilik kami kat rumah Kuantan..... bilik xder la besar mana, tapi banyak barang a.k.a perabot dalam tu, bayangkan bilik bersaiz 10' x 15' lebih kurang..... dalam tu ada katil queen 1, almari 3 pintu 2, meja solek 1, side table 1, almari 2 pintu rendah 1, rak tuala 1..... hah, dah macam stor dah aku rasa bila masuk dalam bilik tu..... 

dari aku kawin 9 tahun lepas, sampai sekarang memang x pernah ubah bilik tu..... tapi ujung tahun lepas my PIL renovate rumah, n ada lah extra bilik yang x digunakan secara kerap..... maka aku minta izin dari my dear Hubby untuk keluarkan sikit perabot dalam bilik tu, tinggalkan yang basiz je, then kemas lah sikit bilik tu biar nampak selesa walau x besar mana kan.....

Alhamdulillah, Hubby setuju, balik ritu minta izin nagn PIL pulak..... sekali kami offer untuk kemas bilik yang extra kat tingkat atas tu yang dijadikan stor..... Alhamdulillah, PIL setuju juga..... so, hari Sabtu balik dr Terengganu, kami dah pon pi ke Mr DIY untuk beli wallpaper yang akan digunakan masa sesi kemas2 nanti.....



inilah di wallpaper yang dibeli.....
harga setiap satu RM3.50 untuk corak bunga, n RM3.90 untuk corak marble..... 

pelbagai corak n pelbagai warna..... sebab kat MR DIY x banyak pilihan, untuk 1 corak n warna yang sama hanya ada 2 @ 3 sahaja yang sama..... dan saiz pon x panjang..... cuma 2 meter sahaja..... walaupon corak sama, tapi warna x sama..... so bila dah tampal jadi x setara...... nanti kat bawah tengok hasilnya ye.....

 x berapa nak puas hati sebenarnya, tapi beli juga sebab masa pegi tu dah malam..... esoknya (Ahad) dah nak bekerja kemas2, hari Isnin dah nak balik Rawang pula..... so redha je dulu dengan pilihan yang ada.....
















sebelum tampal wallpaper, moh le kita kemas bilik dulu.....































pandangan dari pintu bilik
sebelum : katil betul2 sebelah pintu, hujung sana tu berlonggok meja solek, rak penyidai tuala, almari rendah, siap ada kipas yang dah x berapa betul fungsinya..... setiap kali kami balik, ruang tu lah tempat kami letak beg baju n ruang itulah juga tempat solat..... sebelah kiri dah bersusun almari 2 biji + iron board ..... pintu x boleh nak buka habis sebab tersekat ngan almari.....
selepas : katil dah berubah kedudukan, almari rendah sebelah meja solek kami keluarkan letak kat ruang tangga, sebelah kiri dah kosong, 1 almari kami letak di bilik extra n 1 almari kami pindahkan ke tepi pintu sebelah kanan..... pintu dah boleh buka rapat ke dinding..... yeay!





pandangan dari meja solek
sebelum : almari 2 biji menutup dinding.....
selepas : 1 almari yang tinggal, pintu dah boleh buka rapat ke dinding, rak tuala letak sebelah almari, so bila buka pintu bilik, xder la terus nampak rak tuala tu kan..... tersorok sikit.....
pssst..... anak dara pon sibuk juga tolong kami mengemas.....

Alhamdulillah, dah selesai mengemas.....
seharian juga kami mengemas, memula kemas bilik extra dulu sebab nak cari ruang untuk 1 almari tu.....lepas tu baru kemas bilik kami..... dah siap kemas, hati berkobar2 pulak nak menampal wallpaper pula.....

sebelum tu, kita rehat jap, mandi2, solat, makan (seharian x makan sebab geram nak kemas bilik yang bersepah)..... lepas maghrib kita mula menampal la pulak.....





memula kita warm up dulu dengan menampal wallpaper pada barang yang kecil dulu.....
 cermin meja solek.....
sebenarnya cermin tu dah pecah, so Hubby yang cerdik pandai masa beliau bujang dulu, tampal lah poster Black Hawk Down tu untuk tutup cermin pecah..... bukan retak ye kengkawan, pecah, aku memang x berkenan sungguh poster tu, sebab nampak ganas, tangan ni gatal je nak cabut tapi kalau dah cabut nanti nampak lah cermin pecah tu kan.....
maka, dah ada wallpaper, mari kita tutup poster tu biar nampak feminin sikit..... hihi


zoom : still lagi nampak sebahagian poster tu, x boleh nak koyak habis..... ntah gam apa Hubby guna untuk tampal, sampai x boleh tanggal..... huhu, nanti balik lagi sekali, aku nak double atau triple kan wallpaper tu sampai x nampak poster tu kat belakang..... hehe
cermin ni x per tutup habis sebab kat almari baju sebelah pintu tu dah ada cermin panjang, so nak bersolek, guna cermin tu je.....




 


ha, ni dinding yang belakang almari 2 biji tu, dah kosong..... dinding playwood je..... 

sebelah dinding tu bilik PIL, pon hanya playwood warna coklat tu je...... yang ni kena minta pertolongan Hubby la, sebab tinggi juga dinding tu nak memanjat menampal.....






kerja menampal wallpaper pon dimulakan..... dengan kerjasama anak dara kesayangan..... 

senang je nak tampal, cuma cabut kertas pelekat belakang kertas bercorak, pehtu tampal.....  memula tu macam susah nak tegakkan biar xder nampak ruang renggang antara 2 wallpaper yang di tampal, bila dah masuk kertas yang ketiga, dah senang dah..... yang penting kena mulakan dari atas, senang nak kontrol kat mana nak tarik wallpaper tu..... kalau ada bubble, just tanggalkan semula sikit, n tampal semula dengan menggosok kertas tu bagi rata..... kertas ni macam boleh memeri jugak, so boleh je tarik2 nak bagi tegak.....







hasil tampalan wallpaper dengan kertas pelagai corak..... corak dah sama, warna pula x sama..... panjang pon x cukup sampai bawah..... sebab kat MR DIY ni dia jual memang dah siap2 potong 2 meter untuk 1 roll, maka kalau x cukup kena la beli banyak roll, tapi dah beli banyak roll, warna x sama, maka gitu lah jadinya..... redha
dah rupa apa ntah aku tengok, kelakar pon ada kan..... haha

yang ruang kat bawah tu kami tutup juga dengan wallpaper, lain punya corak n lain punya warna.....










































tada!!!
nampak wallpaper bawah warna hijau tu..... terpaksa guna.....
asalnya wallpaper tu aku nak guna untuk tampal kat dinding belakang almari sebelah pintu, tapi sebab dinding ni x cukup, maka tampal je la kat sini..... janji tertutup n x nampak dah dinding coklat playwood asal tadi..... haha, dah siap..... yang dinding sebelah pintu tu len kali lah kita buat.....

lepas tu, Hubby ada beli picture frame sticker, konon nak tampal kat wallpaper yang corak bunga2 tu..... tapi bertukar fikiran sebab katanya dinding kat kepala katil nampak kosong..... dia nak buat macam bilik tetamu kami kat rumah Rawang.....









 maka






























































































inilah hasilnya.....
dinding bahagian atas kepala katil
sebelum : kosong
selepas : picture sticker setelah ditampal (sila lihat jam dinding tu, dah nak pukul 12 tengah malam dah masa siap kerja2 make over ni)






pilihan gambar adalah pasu n bunga, biar nampak berseri sikit bilik ni..... hihi
harap2 tahan lama la sticker ni melekat kat dinding sebab dia lekat guna double sided je.....

maka selesailah make over bilik kami di kampung nuun..... hari Ahad tengah malam selesai kemas, esok pagi nya kami balik Rawang..... so x dapat merasa sangat la dok bilik baru ni kan..... x per, ada masa nanti kami balik lagi ye bilik kami yang comel ye..... tunggu kedatangan kami tau.....
haha, dah macam orang bercinta pulak.....

erm, ada juga plan nak pasang wallpaper kat bilik sebelah, tapi tunggu balik nanti baru boleh nak buat kan.....nanti kita pi Kaison ekk, beli wallpaper yang 10 meter punya, xder la corak atau warna tu nanti jadi lain2 kan..... hihi

 kos make over bilik
wallpaper bunga RM3.50 x 5 keping = RM17.50
wallpaper marble RM3.90 x 6 keping = RM23.40
picture sticker RM10.50 x 1 keping = RM10.50
total = RM51.40

kalau beli cat, berapa ye kos?..... x survey pon sebab nak buat kerja yang cepat, mudah n ringkas.....
nanti Hubby nak buat kat terataKami juga..... bila..... tunggu ada rezeki nanti ye..... inshaa Allah

k, sekian

21 May 2015

hasil tangan Aisha :: 3D puzzle doll house


assalamualaikum, 


sambungan entry kami jalan jalan ke Mr DIY di Kuantan masa cuti labour day n hari wesak awal bulan ritu..... salah satu barang yang kami beli haruslah untuk anak dara kesayangan kan..... apa lagi kalau bukan mainan..... tapi macam biasa, mainan yang murah2 jerrr ye sayang..... 


 puas memilih mainan mana yang dikehendaki, akhirnya pilihan hati beliau adalah.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

3D puzzle - Holiday House
of course lah yang ada kaler pinky2 kan, ada princess di situ..... dan harga of course lah murah..... RM3.90 sahaja..... setakat ni rasa murah la sebab x der nak compare dengan harga tempat lain kan.....





malam tu balik dari Mr DIY, lepas mandi, x sempat makan, terus nak buat construction bina rumah.....
hah, yang kotak warna hijau kecik dalam gambar tu Ayah Su punye, dia pilih dinasour, RM1.80..... siap lumba siapa siap dulu..... mama jadi pemerhati je..... hihi






TADA!!!!!
dah siap..... pose ala2 model x?..... hehe






ha, inilah dia rupa sebenar 3D puzzle house hasil tangan Aisha.....
kedudukan pokok, orang n haiwan tu boleh ubah ikut citarasa..... dan bahagian belakang bumbung tu ada lubang yang boleh jadikan 3d puzzle house ni sebagai tabung..... pintu kat bahagian depan tu boleh buka, so bila duit dah penuh, nak kuarkan duit ikut pintu tu lah.....

tapi idak nyer la anak dara nak buat sebagai tabung kan..... jadi hiasan je la mende ni..... hihi..... sekarang 3d puzzle ni tinggal kat umah Tok Mi, takut bawa balik Rawang, rosak pula dalam perjalanan kan..... maka, duduk dendiam lah mende tu kat umah Tok Mi ye..... nanti balik umah Tok Mi boleh la lepas rindu kat 3d puzzle house ni ekk..... hehe



k, sekian


18 May 2015

Kaison Selayang City Mall


assalamualaikum,




erm, Kaison nak buka kat Selayang City Mall.....
wah, syioknya..... dekat sikit la nak ke selayang city mall tu nanti..... agak2 bila dia nak buka ekk. ke dah buka sekarang..... x sabar nak terjah nieh.....

hihi

k, sekian

 

14 May 2015

jalan jalan :: Mr DIY, Tanah Putih Kuantan, Pahang


assalamualaikum,

 cuti bersambung dari hari pekerja sampai ke hari wesak yang lepas..... Hubby ajak balik Pahang..... aku ok je, lagipon dah lama sangat x jumpa PIL..... sekali ngan balik Terengganu nak jumpa baby baru abang.....

hari khamis petang bertolak ke pahang dari rawang, hari jumaat ke terengganu, hari sabtu balik pahang semula..... so, awal2 dah plan ngan Hubby untuk kemas bilik kami kat rumah pahang tu..... Hubby setuju, maka hari ahad tu kami mengemas bilik kami, pakej ngan bilik baru tingkat atas rumah PIL..... dari pagi sampai ke tengah malam baru selesai..... sekali buat 5S yang dah lama x buat kan..... seharian la membersih bilik..... apa2 pon alhamdulillah, walau lepas tu aku x sihat seminggu dek skip makan seharian..... syok mengemas sampai lupa makan..... huhu..... terima kasih juga kat adik ipar yang sama2 membantu..... 


erm, sebelum misi mengemas bermula, moh le kita cari bahan2 untuk mencantikkan bilik tu jugak..... malam balik dari terengganu hari sabtu tu, kami ke Mr DIY..... ingat nak ke megamall, tapi jalan jem sebab ada perlawanan bola kat stadium..... so adik ipar cakap, ada bangunan Mr DIY dekat ngan Giant kat bandar jugak..... so, jom kita ke sana.....




rupa depan kedai..... dua tingkat... 





mainan kanak-kanak.....
erm, ni kat tingkat atas ni..... tapi dah memula pulak gambo dia..... ha, sori la kalau susunan tunggang terbalik ye.....
kalau pergi ke lokasi sebenar, susunan barangan adalah sistematik mengikut jenis produk, tapi dalam blog aku ni dah berterabur dah..... haha x per kan.....




ni barang2 hiasan unutk party.....




alat tulis, comel jugak tapi anak dara x berminat.....




baju renang pon ada kat sini..... tapi tengok je la, x der niat nak beli pon.....





bakul plastik pelbagai warna..... ni kat tingkat bawah..... geram je tengok, tapi tengok je ye.....
owh, masa ni, yang 3 orang kat dalam gambar tu tengah cari botol air baru untuk anak dara, yang ada sebelum ni dah pecah penutup dia, so kena la ganti baru nak bawa ke sekolah.....





balang plastik warna warni..... pelbagai saiz jugak.....





hah, barang deko untuk party jugak macam yang kat atas tadi tu.....





antara botol air yang ada, kami cari yang x guna straw, bpa free, ada tali n yang paling penting warna pink..... hihi






buku, x banyak sangat tapi still ada kat tingkat atas.....






frame gambar yang macam sama dengan kat Kaison kami jumpa...... tapi x tengok harga pulak.....





pelbagai jenis gelas n goblet.....






hanger memacam bentuk n warna.....





hiasan meja yang cute sangat..... boleh gubah bunga cumel n letak atas konsul table..... sweet nyerrrrr.....
hihi






hose pancuran air mandi.....





kipas mini yang diidam pon ada kat sini..... mintak Hubby belanja belikan kipas ni, tapi beliau x layan, sebab x cukup bajet lepas beliau membeli jersi untuk beliau n anak dara di stadium sebelum ke sini..... huhu





erm, ape bende ni ekk..... owh frame gambar ukuran kecil.....






barang mainan lagi.....






pinggan mangkuk in da house..... tapi banyak melamin kat sini..... yang kaca pon ada juga kat rak lain.....






nak penyapu, mop, penyodok pon ada kat sini.....






minat nak beli yang atas sekali sebelah kiri tu, penutup bucu meja nak letak kat meja makan kaca, tapi macam x sesuai plak..... huhu





bunga hiasan untuk deko deko.....







hiasan rambut ni kat tingkat atas.....





hanger daun gold tu menggamit mata betul, tapi tengok je ye..... hihi







penyangkut juga ni, pelagai design n warna.....









lagi penyangkut macam2 pattern.....








decoration untuk party lagi..... terselit kat bawah ni pulak..... hihi





berterabur gambar jap tingkat atas, jap tingkat bawah, jap barang itu, jap barang ini.....
jangan pening ye kengkawan..... hihi







pewangi dan barangan kereta.....






mainan play doh.....




oho, tempat faveret anak dara..... tapi x beli pon, Ayah Su dia dah hasut ajak pi tempat mainan..... haha






pelekat pelbagai jenis.....





nak berus, nak span..... ada jugak kat sini.....





hiasan dinding dari kain felt..... ape nama dia ekk..... sesuai untuk bilik anak2.....





sticker untuk buku.....





sticker hiasan dinding.....






barang peralatan dapur pon ada.....






penapis santan, penapis air, penapis minyak..... semua pon ada.....





tuala pelbagai saiz n warna pon ada.....





alat pertukangan pon ada.....







sticker decoration pon ada.....



pendek kata semua yang berkaitan dengan rumah pon ada.....





dan akhirnya.....


inilah hasil tangkapan kami di Mr DIY malam tu.....

tujuan utama ke sini adalah mencari wallpaper untuk dinding bilik kami..... tapi biasa lah, ada je bende2 sampingan yang kena beli jugak kan.....
tapi wallpaper kat sini semua panjang 2 meter je, corak pon x banyak, bila dah lekat kat dinding, terpaksa kombain dengan corak lain2..... huhu kami beli jugak, sebab malas nak mengecat dinding.....

 alhamdulillah, wallpaper dah siap lekat kat bilik pon.....
total damage kat sini RM85.00 dengan 19 barang semuanya.....

macamana hasil wallpaper tu kami kerjakan, inshaa Allah nanti lain entry aku share ye.....





ha, ni gambar bangunan Mr DIY dari jalan bertentangan.....
gambar blur sebab ambil dari dalam kereta yang bergerak.....
huhu


 k, sekian