^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label majlis nikah. Show all posts
Showing posts with label majlis nikah. Show all posts

27 October 2010

*Sambung cerita semalam, pasal photoshoot opocot!!*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
yuhuuuu!, macam biasa sebelum mula kerja, ekceli dah mula dah..... tapi keje ari ni nak wat kertas kerja, so kena carik idea dulu..... carik idea ngan wat n3 dulu..... hehe boley gitu.....
'
so, moh ler kite cuci mate ngan aktvt photoshoot yang kami wat sendirian berhad (tanpa photographer profesional) ms majlis nikah adik aku, Uteh, last 2 week..... sesi di buat lepas majlis selesai n sume tetamu dah balik..... kami paksa suami Uteh tunggu untuk sesi photoshoot opocot! yang kami adakan secara main2.....
'
take a look ya.....
'
'
ikatan cinta termerterai dengan serahan mas kahwin sebanyak RMxxx.....
'
'
acara batal air sembahyang dengan menyarungkan rantai tangan.....
'
'
potong pulut kuning la pulak..... keke kami simpa untuk majlis persandingan ujung bulan 11 nnti.....
'
'
MERDEKA!!!!! hikhikhik sape la yang merdeka ni kan?.....
'
'
isk, bunga tu nampak cam terapung la pulak kan..... nak kena ejas balik nie.....
'
'
renungan manja (hm, manja ke gatai...) oleh kedua mempelai.....
'
'
kau kunci cinta ku, di dalam hati mu..... chewah.....
'
'
tarik, tarik..... nak bawak anak dara orang pi maner tu?????
'
'
pic x edit..... fresh from camera my hubby, click by my 'runcing' finger..... ahaks
'
'
dua orang kareografer tengah ejas pose yang terbaik untuk perantin.....
'
'
menjeling menjeling ku bertentang..... gambar tanpa edit.....
'
'
ala tomei tomei aisha..... nak tolong betulkan selendang mak Uteh yerk.....
'
'
rose putih 3 kuntum..... curik jap dari hantaran dari pihak lelaki..... hehe
'
'
renungan dari seorang isteri yang ditinggal suami selepas majlis akad nikah.....
'
'
'
banyak lagi gambar lain..... tapi dah nak mula kerja ni, lagipon x edit lagi.....
insyaallah kalu sempat, akan dikongsi di lain masa.....
'
'
kerja, kerja
'
k, sekian


26 October 2010

*Kejadian dua minggu lepas, baru nak cerita ari ni, tak pe kan?*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
selamat pagi cikgu..... (gaya cerita upin ipin)
salam,
'
hm, macam biasa, bos xder kat opis ni, so sebelum mula kerja kena lah refresh mind dulu ngan wat karangan yang x payah nak antar kat cikgu sekolah, kan kan kan, cuma publish jerk, n ramai la cikgu2 samada yang dilantik atau cikgu yang melantik diri sendiri membaca..... hehe
'
actually, aku nak cerita pasal kejadian 2 minggu lepas yang sepatutnya akan berlaku lagi 4 minggu dari sekarang..... hm, aper kejadian tu..... adik aku (uteh) sepatutnya melangsungkan perkahwinan dia pada 27.11.2010, tapi telah diawalkan disebabkan MIL dia x berapa sihat..... so jadik la majlis nikah di awalkan pada 16.10.2010..... tapi majlis persandingan tetap pada tarikh yang sama.....
'
so, aku nak kongsi la sikit apa yang berlaku pada tarikh keramat 16.10.2010 lepas..... hehe, jemput cuci mata yerk.....
'
'
'
intro, ni adalah pelamin simpel untukmajlis nikah adik aku, Uteh, sendirian berhad tau..... korek jerk pape yang ader kat umah mak tu n pinjam langsir umah Kak Long..... so, jadik la macam tu rupenyer..... pasan x pokok bunga 2 batang tu, aku yang tanam tu tau, cucuk trus tumbuh bunga..... hihi
'
'
selit jugak my lil aisha, saje test camera hubby untuk majlis malam nnti.....
'
'
hah, mak andam terjun nak wat last touch up pada pelamin.....
'
'
petang sebelum majlis nikah, mak adakan kenduri doa selamat pada petang tu..... begitu gigih makcik2 kat area umah mak membaca Yaasin petang tu.....
'
'
rombongan pengantin lelaki sampai lebih kurang jam 9.30 malam untuk majlis nikah malam tu.....
'
'
adik aku, Uteh sedang di last touch up oleh mak andam sementara tunggu tok imam sampai.....
'
'
tok imam dah sampai, sume sudah bersedia, tapi sebelum mula..... isi borang dulu yerk.....
'
'
sesi serah wakil wali oleh abah kepada tok imam.....
'
'
dup dap dup dap, bismillahirrahmanirrahim,
Shaifuddin bin Zainal, aku nikah akan dikau dengan Izatul Rohayu binti Muhamad dengan mas kahwinnya RM..... tunai
'
'
alhamdulillah, sujud syukur setelah saksi mengeluarkan kata2 "SAH"
hm, nampak x adik aku dah pegang tisu..... terharu tu.....
'
'
sesi lafaz taklik dan serah terima hak oleh pasangan pengantin.....
'
'
selawat ke atas nabi tanda selesai sudah majlis.....
'
'
hah, menu malam tu..... nasi, ayam masak masak kicap, kari daging, sambal goreng, kek pisang, agar2 laici, kuih ape ntah yang bulat2 macam tart tu n air sirap + air teh-o.....
'
'
di sebalik tabir..... orang2 yang bertungkus lumus untuk majlis malam tu..... terima kasih semua.....
'
'
wajah ceria pasangan pengantin baru.....
'
'
sekian dulu, tapi belum tamat lagi tau, lpas ni nak kongsi sesi photoshoot yang kami wat sendiri laks..... tunggu next n3 yerk..... nak wat keje dulu
'
k, sekian